"aku terima nikahnya Maya Ariana Binti Abdullah dengan mas kahwin sebanyak seratus ringgit tunai”
“sah..”
Maya dan Daniel memanjat kesyukuran. Majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar walaupun majlis yang hanya sederhana.Sekadar menjemput beberapa orang sahaja ke pejabat agama.
Maya memandang Daniel yang berlari mendirikan solat sunat syukur.
Hatinya dapat rasa bahawa Daniel bukanlah seperti lelaki lain kebanyakkan.Ada sesuatu yang berdebar.Dia sudah menjadi milik orang walaupun hanya sementara. Tapi dapat juga dia merasa adanya keluarga baru iaitu seorang suami.
Usai solat sunat syukur, Daniel mendekati Maya yang kelihatan cukup cantik dengan pakaian pengantinnya.Bersama tudung yang tersarung. Sungguh berseri dan sangat sopan.
Tidak nampak tua sama sekali malah nampak seperti dirinya berkahwin dengan gadis sekolah.
Cincin yang diberi oleh Puan Salmah diambil perlahan lalu disarungkan pada jari manis Maya. Kali pertama mereka bersentuhan kulit.
Dari hari pertama mereka berjumpa, dia sudah cukup tertarik dengan Maya.Cuma ketika itu dia tahu siapa dirinya tak setanding untuk duduk atau berdiri di sisi Maya.
Kuku Maya yang berkilat,jari-jari yang runcing dan halus, ditambahkan pula dengan tona kulitnya yang sangat putih dan lembab.Ianya cukup sempurna.
Lagi-lagi dihiasi dengan sebentuk cincin emas .
Maya tunduk dan mengucup tangan suaminya.Kucupan Daniel singgah di dahi Maya .Syahdunya perasaan ke dua mempelai.Mulai sekarang dia sudah menjadi milik orang.Kenapa degup gantung kencang…
‘aduhh..’ Daniel menjerit kecil di dalam hatinya. Jantungnya seakan mahu meletup.
*
Majlis doa selamat sudah selesai di kampung Daniel. Disebabkan permintaan ayahnya, sengaja Maya dan Daniel menurut.
Encik Adnan cuma mahu mengenalkan menantunya kepada orang kampung. Tidak mampu untuk buat majlis persandingan dengan keadaan isterinya. Dia hanya membuat majlis doa kesyukuran.
Cukuplah ada orang tahu bahawa anaknya sudah berkahwin agar tidak menimbulkan fitnah.
“Daniel, buat apa lagi dekat luar ni? Mana isteri kamu?” Encik Adnan mendekati anaknya yang termenung di halaman luar rumah.
“Dekat dapur kot?”Daniel berpaling
“apa kot kot ni? Pergilah.. kesian isteri kamu penat, lagipun dia mesti tak biasa di sini”
Daniel mengangguk. Dia bangun dari pembaringannya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Tetapi langkahnya terhenti apabila encik Adnan memegang tangannya.
“Kenapa ayah?”
“Ayah cuma nak pesan.. jadilah suami bertanggungjawab dan melindungi Maya.. sentiasa ada dengannya diwaktu susah mahupun senang.. bimbing dia ke jalan yang lebih baik, ayah tahu anak ayah seorang yang sangat baik..” Pesan Tuan Adnan.
Kata-kata Tuan Adnan benar-benar menusuk ke hatinya. Dia ragu, bahkan dia tidak boleh mengundurnya.Semuanya sudah dilakukan. Maya sudah bergelar isterinya.
‘maafkan Dan ayah..’ Gumam Daniel sebelum berlalu pergi. Dia menapak ke dapur melihat si isteri dan adik-adiknya yang sibuk mengemas dapur.
“Hahahahha lawak lah akak Maya ni”
Dua beradik itu ketawa terbahak-bahak mendengar cerita yang mencuit hati mereka berdua. Sesambil tangan mereka bertiga sibuk mengemas dapur.Suasana baru yang menceriakan rumah kayu itu.
Kehadiran ahli keluarga baru, pasti menambah seri bagi Keluargan Tuan Adnan dan Puan Solehah.
“hahaha lawak ke?”
“Lawak lah.. dah la akak cantik, tapi tu lah makcik bawang tadi sibuk je nak mengata..” Dahlia mencebik.
“Cemburu lah tengok kulit akan glowing camtu Hahahahha” Campur Daniya
Bila kumpulan makcik bawang tadi datang ke majlis rumah mereka. Ada juga yang mengata Maya, umur tua lah.. perasan cantik lah.. apa lah.
Tapi Maya, gadis itu lain dari lain. Dia hanya memekakkan telinganya. Dan fokus kepada majlis. Dia juga banyak meluangkan masa di dapur bersama adik-adik iparnya.
“Biarlah Dahlia.. mulut orang bukan kita boleh buat apa.. akak dah siap, akak nak masuk bilik dulu ya, korang sekolah kan esok?”Tanya Maya.
Dahlia dan Daniya menganggukkan kepala mereka.
“Esok bersiap awal.. akak hantar”
“yeayyy!! akak hantar!” riang dua beradik itu.
Maya tersenyum sebelum melangkah perlahan untuk menuju ke bilik.Tangannya meraba dinding-dinding kayu.
Tak! Tak!!
Karkk!
Maya memejamkan matanya. Takut berjalan diatas kayu-kayu yang menjadi lantai itu. Kalau patah? Tak ke malu? Jatuh macam itu sahaja.Seumur hidup ini adalah kali pertama dia tinggal di rumah kayu ini.
“kenapa jalan macam tu? Sakit kaki?”
Maya mendongak memandang Daniel yang memerhati gerak gerinya.Melihat lelaki itu yang bersandar elok pada dinding, Maya membetulkan dirinya.Takkanlah mahu terlihat kekok di rumah kampung itu. Apa pula kata Daniel nanti. Lagipun dia perlu menghormati keluarga Daniel.
“Err tak.. you buat apa dekat sini?”Maya bertanya.
“Saya nak pergi dapur panggil Miss Maya, tapi tak sangka pula riuh dekat dapur tu” Kata Daniel.
“Ouhh I kemas dapur dengan-- Mak kau jatuh!” Maya terlatah apabila lantai yang dipijaknya tidak kukuh. Seakan dirinya akan jatuh kebawah.
Namun itu hanya perasaannya. Takkanlah lantai kayu rumah ini tidak kukuh? Berat badan mertuanya juga boleh tampung takkan dia yang langsing ini tak boleh.Dia sahaja yang takut mahu memijak lantai itu.
Daniel menahan ketawa.
‘Patutlah tangan tak lepas dari pegang dinding.. takut jatuh rupanya.. nampak sangat tak pernah duduk rumah kayu’ bisik hati Daniel.
“Dah la jom tidur” Ajak Daniel.
“Okay..” Maya berjalan diikuti Daniel memasuki bilik lelaki itu.
Tiada yang menarik. Hanya tidur berlapikkan sebuah tilam usang. Maya memejam matanya. Selama ini dia tidur di atas katil empuk. Tetapi suaminya pula tidur di tilam yang nipis. Pasti sakit badan.
“kenapa berdiri? Tidurlah.. tak boleh tidur atas tilam nipis ke? Maaflah tak sempat untuk siapkan apa apa...”Terasa bersalah pula melihat Maya yang mengagahkan diri berbaring di atas tilam nipis itu.
Macam mana lah dia boleh lupa tentang persiapan bilik. Pasti Maya tidak terbiasa tidur begitu.
“eh tak-tak..”Maya berbaring di atas tilam nipis itu.
Mata masih belum dipejamkan.Maya melihat Daniel mengambil bantal kosong disebelahnya bersama selimut dan dibawa jauh sedikit darinya.
“You nak tidur mana Daniel?”
“Saya tidur sini.. jauh sikit, tilam ni besar .. badan Miss kecil sahaja.. saya rasa kalau lipat mungkin dia tebal sikit. Tak la sakit badan nanti”Kata Daniel yang mula berbaring itu.
“You nak tidur atas lantai?”
“tak lah, atas kerbau Pak Mail..”
Maya mendengus kecil. Main-main pula Daniel harini. Tiba-tiba sahaja.
“Kenapa you tak tidur sebelah I? I tak kata pun I akan sakit badan if I tidur atas tilam ni”
“Tidur lah Miss.. esok nak bangun awal kan?”Daniel terus membaraingkan dirinya di atas lantai kayu yang berlapikkan tikar getah itu.
“I ask you Daniel…”
“i tak bersedia lagi Miss.. Im sorry”
*
“Terima kasih akak, abang hantar kitorang”Daniya dan Dahlia bersalaman dengan Maya dan Daniel.
“ye belajar rajin-rajin okay.. duit belanja yang abang bagi haritu ada lagi?”Tanya Daniel kepada adik-adiknya.
“Ada lagi bang… cukuplah untuk makan lagi tiga hari”Kata Daniya.
“Pandai adik-adik abang jimat, nanti abang da--” Belum sempat Daniel menghabiskan ayatnya.
Maya terlebih dahulu menghulurkan lima keping duit RM100 sama banyak kepada Daniya dan Dahlia. Dia tahu banyak lagi perkara yang mereka perlu gunakan duit, tak salah jika dia sebagai kakak ipar mahu membantu.
“Nah.. ambil duit belanja ni, guna tau apa yang patut”Kata Maya.
“wahh banyaknya.. terima kasih akak, bolehla bayar duit buku dengan yuran hutang tahun lepas” Kata Dahlia.Maya tersenyum. Sudah dia agak.
“Eh Miss saya boleh bagi..”Daniel bersuara perlahan sebaik adik-adiknya keluar dari perut kereta.Dia diam tadi kerana takut pula timbul soalan dari adik adiknya.
“Persekolahan adik-adik you biar I yang tanggung.. you cuma perlu tumpukan kepada perjanjian kita” Kata Maya lalu fokus memandu kereta .
Mereka mahu pulang ke kuala lumpur disebabkan Maya mempunyai banyak kerja. Daniel juga sudah mengemas barang yang diperlunya untuk dibawa ke Penthouse Maya.Jadi jaranglah dia pulang ke rumah Irfan atau mungkin tidak pulang langsung.
“You masih marahkan I ke Daniel?”
Maya memandang sekilas suaminya yang berada di kerusi penumpang bersebelahannya. Bukan Daniel tidak mahu memandu, alasannya tak pandai bawa kereta mewah.
“Buat apa nak marah?”
“ye lah.. I paksa you kahwin dengan I”
“Saya tak pernah marah Miss Maya.. saya buat demi keluarga saya juga”Kata Daniel.
“Okaylah kalau macamtu.. You okay ke nak tidur penthouse I?”
“Okay je Miss, kalau Miss nak suruh saya tidur dalam kandang pun boleh je”
Maya ketawa kecil. Entah kenapa dia rasa mudah ketawa dengan lelaki yang sudah bergelar suaminya itu.
Maya sangat dingin. Susah untuk ketawa kecuali bersama Amira P.Anya.Namun kali ini, suaminya pula yang menambahkan mood keceriannya.
“Miss…”
“hmm?”
“Kenapa wali hakim sewaktu angkat nikah semalam? Mana ayah kandung Miss? Saya tengok ummi Miss sahaja yang datang” Daniel bertanya soalan yang tergiang dikepalanya dari semalam.
“Saya anak yatim piatu.. “
“ha? Tapi ummi?”
“Dia ibu angkat saya di rumah anak yatim” Kata Maya.
“Maafkan saya..”
Terasa bersalah pula.Patutlah semalam Maya sibuk sangat melayan ibu dan ayahnya dengan baik. Bahkan adik-adiknya juga dilayan dengan baik.
Maya juga mengsarankan untuk ibu dan ayahnya berpindah ketempat yang lebih selesa tapi Ibu dan ayahnya tidak mahu. Katanya rumah itu banyak kenangan bersama. Rupanya Maya hidup Maya masih banyak kisah dia tidak tahu.
*
“Sudah-sudah la tu Dahlia.. dari tadi aku tengok kau asyik mengendap Aiman” Hana bersuara. Menegur sahabatnya yang sibuk bersembunyi di pokok bunga.
“Shoo diamlah” Kata Dahlia.
“Dahlia, kita ni dah nak exam tahu tak.. lebih baik kita study daripada tengok Aiman yang tak pernah pandang kita ni..” Kata Hana.
Dahlia mengeluh.Dia mendekati sahabatnya dengan wajah sedih.
“Aku suka dia Hana..”
“Ye aku tau.. tapi kau yakin ke cinta kau berbalas? Sudahla Dahlia.. aku tak mahu kau sakit”
“Tapi aku betul-”
“kau nak dia hina kau macam dulu?”
“Aiman!”
Aiman menghentikan langkahnya apabila seorang wanita memanggilnya. Niatnya mahu ke perpustakaan tetapi wanita yang memanggilnya seolah ada sesuatu masalah yang mahu diberi tahu.
“Err awak siapa?”
“Hi, saya Dahlia.. kelas 16 permata”
“Err ada apa cari saya?”
“Aiman.. kita makan sekali nak? Sekarang kan waktu rehat. Saya ada bawa bekal..”Kata Dahlia teruja. Siapa tak teruja? Crush depan mata kot.
Aiman memandang dahlia dari atas hingga bawah. Pakaian lusuh wanita itu dipandang jijik.
“saya rasa awak memang layak makan seorang diri..”
“tapi kenapa? Jom la--”
“ehh aku gelilah!!”
Pekik Aiman menolak Dahlia kebelakang sedikit.
“Biadap sungguh perbuatan Aiman”
“ye aku tahu.. sorry lah”Dahlia mencebik.
“Sorry.. sorry.. eh aku lupa pula, kau dah buat permohonan sambung belajar ke? Atau kau nak ambil stpm dulu?”Tanya Hana.
“Ermm dah, kakak ipar aku dah daftarkan katanya.. aku sambung belajar luar negara kalau keputusan aku elok”Kata Dahlia.
“wahh serius lah? Aku nak pujuk papa aku jugalah”
*
Daniel masih kaku melihat penthouse milik Maya yang sangat terjelas kemewahan. Biliknya juga terserlah kemewahan.
Tiada balkoni, tapi dinding kaca yang menampakkan ruang kolam di bawah.
Katil yang sangat empuk itu menjadi tempat hempasan badannya.
Penghawa dingin dihidupkan. Dia tersenyum selalunya dapat rasa penghawa dingin di universiti nya sahaja.. sekarang rumah isteri sendiri pula.Ini sangat mewah baginya.
Daniel menyembamkan wajahnya pada bantal. Teringat kata-katanya bersama Maya tadi.
“You buatlah rumah ni macam rumah you sendiri..”Kata Maya.
“Mana bilik saya Miss”
“Ha? Bilik you?”
“ye lah bilik saya.. saya nak tidur mana?”
“Tidur bilik I lah, you kan suami I..”Kata Maya.
Daniel menggaru kepala yang tidak gatal. Ni yang takut ni..
“miss, saya nak bilik asing boleh?”
“kenapa?”
“Saya tak bersedia lagi Miss.. bolehla..”
Daniel menggelengkan kepalanya. Apa pula dia ni.Membiarkan isteri menuntut haknya. Sedangkan dia pula meminta isterinya supaya memberi dia masa.
Itu sangat memalukan.Apa nak jadi lah kau ni Daniel. Lelaki penakut. Kaki dihentak-hentak atas katil .Namun dia fokus kepada soalan yang masih difikirkan.
Maya berkahwin dengannya hanya kerana mahukan zuriat.Bukankah gadis itu boleh mengambil anak angkat? Atau Maya memang mahukan anak dari darah dagingnya sendiri?
Dia masih tidak percaya yang dirinya kini bergelar suami kepada bosnya sendiri.Dia juga tidak percaya bahawa wanita yang telah dia menumpahkan air pada baju akan menjadi isterinya.
Tetapi ianya hanya perkahwinan kontrak.
Daniel tidak kesah walaupun umur dia bersama Maya jauh berbeza. Tetapi sikap matang Maya buatkan dia tertarik dengan Maya.
Share this novel