68

Romance Series 137352

"Maya.."

Panggilan seseorang menghentikan Maya Dari termenung.Jauh betul fikirannya sampaikan orang tegur pun telinga jadi pekak.

"Alone?"Soal Zafril.

"Yes"

Zafril membuang nafas.Dia mendudukkan diri bersebelahan Maya.Bahu gadis itu ditarik lalu kepala Maya disandarkan di dada bidangnya.

"Aku pula rasa bersalah sekarang"Kata Zafril.

"why? kenapa pula?"

"Sebab aku punca kau dua bercerai"

"Entahlah.. Aku pun tak tau salah siapa sekarang,rasanya aku yang salah.. sebab aku penting kan diri sendiri"Ujar Maya.

Zafril mengusap perlahan rambut adiknya.Satu kucupan diberi.Sekarang rasa cinta sudah bertukar menjadi kasih sayang seorang abang.Tak disangka,orang yang dihina dulu adalah adik kandungnya sendiri.

"Zaf..."

"hmm?"

"Boleh tak nanti lepas bersalin,aku nak kau jaga anak aku.."Soal Maya membetulkan posisi duduknya.Perut diusap perlahan.

"Kenapa? Kau ni.."

"Tak,kau tahu kan apa yang dokter cakap.. sekarang ni aku cuba untuk tak fikirkan masalah je.. sebabtu aku larikan diri dari semua orang"

Zafril diam.Ikutkan,mahu saja dia pergi jumpa Daniel dan ceritakan semuanya.Biar tidak ada Salah faham.Maya perlukan Daniel.Dia yakin adiknya sedang merindukan Daniel.

"Maya"Tangan mengusap kepala Maya.Wajag Maya yang pucat dipandang sayu.

"Aku akan jaga kau.. sebagai tanda maaf yang aku buat dekat kau dulu.."

Tangan Zafril kini menyentuh perut Maya lalu memberi usapan lembut.

"Papa Zafakan jaga baby juga okay sayang,jangan nakal-nakal ya? Kesian dekat mommy.. Baby tolong papa Zaf hiburkan mommy okay.. kita sama-sama gembirakan mommy"

Maya tersenyum.

"Dah jangan sedih-sedih"

"mana ada aku sedih!"Maya menepis tangan Zafril yang sibuk mengusik rambutnya.

"ye lah tu,jom mama panggil turun makan.. mama masak your fav food Kari Ayam.. lepastu papa ada beli makanan yang kau mengidam tu"

Zafril bangun lalu menarik tangan Maya.Namun gadis itu Masih belum beranjak Dari duduknya.Maya tersengih nakal.

"Mangga?"

"Entah,kau yang mengidam asal kau Tanya aku pula"

Maya menapar perut Zafril.Boleh pula dia main-main.Dah la semalaman tak tidur sebab teringin nak makan.

"iya.. mangga yang kau nak tu,dah jom turun"

"Boleh tak kau suruh bibik hantar dekat bilik je? Aku malas nak jalan la,perut aku sakit dua tiga hari ni"Adu Maya.

"Nak bersalin dah ke?"Bingung.

Rasanya kandungan Maya belum cukup bulan.

"Bukanlah.. tak cukup rehat kut"

"Nak pergi klinik?"

Maya menggelengkan kepalanya.Tubuh Zafril ditolak keluar.Sekarang ni dia lapar walaupun makan tak berapa lalu.Kalaulah Daniel yang suap,pasti habis satu pinggan.Tapi tak mungkin,dia sudah tak ada hubungan dengan Daniel.

*

“You tak rasa ke ada sesuatu yang terjadi?”

Irfan yang sibuk menanda sesuatu di kertas memandang Amira yang berada di sebelahnya. Matanya turut memandang pandangan Amira yang tertumpu pada Daniel.

Lelaki itu kelihatan seperti biasa. Malah terlihat terlalu bahagia, Seperti mudah untuk lupakan seseorang.

“How can dia senang move on? Sedangkan dia betul-betul tulus cintakan Miss Maya” Kata Amira yang masih pada pandangannya.

Dia benar-benar yakin.Daniel pasti cintakan Maya dan takkanlah semudah itu dia lupakan Maya?

“Maybe dia senang sebab Miss Maya dah tak masuk office dua minggu..”Kata Irfan.

“I don’t think so.. I rasa macam ada something dalam hubungan diorang”

Irfan memandang Amira yang menatapnya serius. Seperti ada hal penting yang mahu dibincangkan.

“apa?”

“Orang ketiga…”

Irfan mengerutkan dahi. Memikir dan mendalami percakapan Amira kepadanya.

“Orang ketiga? Dato Zafril?”

“No, Dato Zafril dengan Miss Maya halal.. so tak ada kena mengena dengan hal ini walaupun gambar yang viral tu ada gambar Dato Zaf” Ujar Amira.

“What?!!!” Terjerit Irfan akibat terkejut mendengar.

Amira mengetuk dahinya. Melihat kelibat Daniel yang mendekat membuatkan dia sambung bekerja. Takut pula dimarahi oleh CEO baru.

“kenapa tu Irfan?”

“Ha? Tak ada apa Tuan.. saya jerit sebab terkejut Amira cerita dia pernah makan telur penyu masak lemak kicap gulai asam pedas” Kata Irfan.

“Ha? Telur penyu masak lemak kicap gulai asam pedas?” Pelik Daniel dengan dua orang sahabatnya itu.

Irfan menyiku lengan Amira agar gadis itu mengikut jalan ceritanya yang entah kemana jauh merepeknya.

“ha ye… err Daniel, awak dah tanda tangan fail yang saya hantar tadi?” Amira mengalih pembicaraan.

“ermm belum lagi kut, jap lagi awak datang ambil..” Daniel tersenyum mesra sebelum beranjak pergi dari tempat mereka berdua.

“see? Dia nampak pelik dan bahagia bukan? I bercerai haritu pun ambil masa berbulan untuk lupakan husband I but dia..”

“Tak, I nak back to the story tadi.. Miss Maya dan Dato Zafril dah kahwin ke? How can? Miss Maya kan pregnant? Nanti apa kata orang pula.. dua-dua pangkat tinggi” Bisik Irfan agar tidak didengari.

“Sebab tu lah I nak cakap, hanya I seorang yang tahu rahsia Miss Maya”

“apa yang you cuba sampaikan ni?”

“You ingat tak, hari yang viral gambar Miss Maya makan dengan Dato Zaf siap bersuap-suap tu?”Tanya Amira.

“Haah, kenapa?”

“Gambar tu dihantar oleh nombor asing kan?”

Irfan menganggukkan kepalanya.

“Siapa yang paling tergedikkan Daniel dekat sini?” Soal Amira lagi.

“I” jawab Irfan tanpa rasa bersalah.

Terus berubah riak wajah Amira mendengar jawapan Irfan. Rang serius boleh pula dia main-main.

“I serius tau..”

“okay-okay.. I tak tahu sesiapa”

“sini I bisik”

*

“Dan.. kau tak solat lagi ke? Dah nak masuk Isyak dah ni” tegur Irfan yang turun mendekati Daniel yang berada di ruang makan.

“Hmm kejap lagi la..” Jawab Daniel yang fokus kepada makanan yang dimasak olehnya.

Irfan memandang Daniel. Sepertinya lelaki itu terlampau lapar. Mungkin sibuk sepanjang bekerja. Biasalah sudah naik pangkat.

“Rajin kau, balik-balik masak…” Puji Irfan menuju ke dapur mengambil pinggan untuk ikut makan bersama Daniel. Sedap pula melihat makanan yang dimasak oleh Daniel.

“Biasalah… kalau nak harapakan kau masak tahun depan baru aku boleh makan” Kata Daniel.

“sekurang-kurangnya aku masak juga.. mana ada lelaki pandai masak macam aku”

Periuk yang berisi nasi yang baru dimasak olehnya dibuka penutupnya.

“aik? Aku rasa aku letak banyak tadi… takkan lah Daniel boleh habiskan sendiri?”

“Termenung apa tu?” Daniel mendekati Irfan bersama pinggan kotor yang diletakkan kedalam singki.

“err aku rasa aku masak nasi banyak tadi, tapi dah habis”Kata Irfan.

“Ouhh aku makan.. kau letak lah lain” Kata Daniel dengan riak biasa.

Terus Irfan menoleh menatap sahabatnya yang berlalu pergi. Bersilih ganti dia memandang periuk yang berisikan sisa-sisa nasi.

“aku makan lauk je lah..”

Nak letak nasi lambat lagilah dia nak makan.Dah la tengah lapar.

Pinggan kosong dibawa ke meja makan. Tersenyum melihat hidangan yang masih tersisa.

“Ayam masak merah bak hang!”

Irfan mencedokkan seketul ayam kepadanya tak lupa juga kuah dan beberapa ulaman yang tersedia. Tangan Irfan berhenti apabila perasan sesuatu yang tidak kena pada makanan yang dihidang Daniel.

“kayu? Kayu apa ni? Ada ke ulam kayu?” Pelik irfan melihat beberapa sepihan kayu didalam pinggan.

Namun diedahkan.Pandangan kembali terarah kepada pinggan yang berisikan lauk pauk didalamnya. Belum sempat tangannya menyentuh lauk pauk itu.

PRANGG!!!!

“Allah!” Bangun berdiri Irfan sehingga berenjak kebelakang akibat terkejut pinggan miliknya tiba-tiba sahaja pecah.

Jantungnya berdengup laju. Seperti ada sesuatu yang tak kena.

“asstarfirullahalazim..” Irfan mengusap dadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience