“Terima kasih la sebab you sudi datang majlis hari jadi anak I”
“Mestilah datang.. anak you dah I anggap macam anak I, comel”Amira ketawa kecil melihat anaknya yang memasuki usia satu tahun terkekeh kecil dipangkuan Maya. Nampaknya gadis kecil itu sukakan Maya.
“you dah boleh jadi mommy ni”
“Mommy? Siapa yang tak nak”
“So kawinlah..” Amira berbisik kepada Maya.
Maya tersenyum hambar.Perkahwinan? Akal fikirannya yang selalu lurus untuk berfikir hal pekerjaan kini sibuk pula memikir hal perkahwinan.
“Macam yang you tahu.. I masih takut” Tangan mengusap kepala gadis kecil yang berada di pangkuannya.
Amira diam sebentar. Sepertinya dia sudah ada jawapan tapi tak tahu bagaimana mahu ungkapkan kepada Maya. Mungkin cara yang mudah dan agak gila jika Maya melakukannya.
“kalau you masih teringatkan kisah silam you.. tapi you mahukan anak sebagai perwaris, why not you buat kontrak?” Amira menyarankan ideanya.
“Kontrak?”
Maya memandang pembantu peribadinya serius. Kontrak? Kontrak apa pula yang mahu dikaitkan dengan perkahwinan? Macam-macam pula idea Amira ini.
“Ya.. kahwin kontrak”
“Boleh ke?”Maya memandang P.A nya dengan penuh tanda tanya.
“Kenapa tak boleh pula? Ramai yang buat sekarang ini Miss”
“kontrak macam mana yang I mahu buat?”
“senang sahaja? Miss cuma perlu berkahwin.. bagi sahaja kehendak lelaki itu mahu, dan kita buat perjanjian.. selepas dapat anak, ianya berakhir dengan penceraian”
*
“Minum sikit air ni bu..”
Daniel membantu ibunya untuk minum. Hati rasa sebak melihat gadis yang sudah menpertarungkan nyawa demi melahirkannya terbaring lemah di atas tilam yang lusuh itu.Terbatuk-batuk Puan solehah selepas menghabiskan air yang dihulurkan Daniel.
“Ibu sabar ya.. Dan kerja nanti kita buat pembedahan okay?” Tersenyum Daniel.
Terdengar suara seperti angin yang keluar dari bibir ibunya. Percakapan wanita itu sudah susah mahu difahami. Mungkin kerana tekak yang sakit. Namun Daniel hanya fahamkan sahaja. Dia yakin wanita itu menolak tawarannya tapi dia sudah tidak sanggup melihat mereka bergini.
“Dan sayang ibu sangat-sangat.. tapi Dan kecewa kerana Dan tak dapat balas jasa ibu yang lebih banyak dan besar ibu pernah buat dekat Dan..”Mata Daniel memandang tepat wajah ibunya.
Wajah yang pucat sehingga menampakkan rangka muka. Puan Solehah sudah jarang mahu makan sejak sakit. Seleranya juga sudah menghilang. Hanya mahukan air kosong itupun satu ke dua teguk. Bubur juga tidak mahu.
“Harini Dan nak pergi Kuala Lumpur ibu.. Dan nak bekerja disana.. Tapi Dan janji, Dan balik tengok ibu..”
Dapat dilihat wajah Puan Solehah berubah. Terkejut dengan berita yang disampaikan Daniel. Seorang ibu susah mahu berjauhan dengan anaknya. Tapi apakah daya, mereka perlu berdikari dan menikmati masa dewasa mereka.
“Ibu jangan sedih ya.. Dan balik nanti, kita buat pembedahan” Tangan Puan Solehah digenggan kuat. Terasa berat mahu meninggalkan ibunya.
“Dan nak minta maaf kalau Dan ada buat salah dengan ibu.. Izinkan Dan pergi ya bu, Dan nak cari rezeki untuk kita sekeluarga”Tangan wanita itu diangkat lalu dikucup perlahan hati bergetar menahan tangisan yang mau diluahkan. Sangat berat hatinya untuk meninggalkan syurganya itu.
“Daniel.. Teksi dah sampai”
Suara Tuan Adnan yang menaiki tangga rumah kayu terdengar diluar pintu. Cepat-cepat Daniel mengucup dahi ibunya.
“Daniel pergi dulu, ibu jaga diri ya.. makan ubat tau. Dan sayang sangat dengan ibu” Ujar Daniel sebelum bangkit dari duduk. Beg bagasi ditarik keluar dari rumah.Kereta teksi yang parkir dihadapan rumahnya dipandang. Pemandu teksi tersebut menghampirinya.
“sini saya tolong angkat beg” Kata pemandu teksi. Daniel hanya menganggukkan kepala. Matanya kini fokus kepada ayahnya.
Tangan Tuan Adnan dikucup.Melepaskan segala rasa kesedihan melalui kucupan yang agak lama itu.Tangan Tuan adnan menepuk perlahan belakang anaknya.
“Jaga diri di sana.. Ayah doakan kamu”
“Terima kasih ayah, ayah jaga diri juga ya.. kalau jadi apa-apa kat ibu call Daniel ya”
Adnan menganggukkan kepalanya. Bahu anak lelakinya ditepuk perlahan. Dapat dirasai sebak namun tidak boleh dia tunjuk begitu sahaja. Daniel adalah anak lelaki satu-satunya. Dia hanya dapat menghadiahkan doa untuk puteranya itu.
“ayah bangga dengan kamu Dan..”
“Along!!”
Mata beralih memandang Dahlia dan Daniya yang berlari menerpa kearahnya. Kedua belah tangan didepakan. Menanti adik-adiknya memeluk.
“Along.. jaga diri ya..”
“Ya, korang pun jaga diri.. tolong ayah dan ibu apa yang patut.. ingat ya pesan Along”
Pelukkan dilepaskan.Daniel memandang rumah kayu yang menjadi sejarah istimewa baginya.Rumah yang dia dibesarkan. Ini adalah kali pertama dia berjauhan dari keluarga dan rumah ini.
Langkah diatur memasuki teksi. Pintu ditutup rapat. Enjin kereta dihidupkan.Daniel memandang ayah dan adik-adiknya melalui tingkap.Tangan membalas lambaian adik-adiknya apabila kereta itu sudah mula bergerak jauh meninggalkan halaman kampung.
*
“I think we need to find sales that are no more than 10% because we also need to make a profit”
“tapi cik Syakir.. Kalau kita cari company jualan bawah 5% kebanyakkan jualan barang tidak berkualiti dan mudah rosak”
“Why not kita cuba naikkan draf peratus kepada harga barang, kebanyakkan yang buat appoiment mestilah orang yang berduit.. orang yang berharta. Jadi kita naikkan sahajalah dalam 30 ke 40?”
Maya hanya diam di dalam perbincangan. Telinganya tekun mendengar perbualan pekerja-pekerjanya.
“How Miss?”
Dahi dikerut. Jualan syarikat banyak lari. Modal dan keuntungan pun seperti sudah lari. Kalau ikutkan mahu sahaja dia bising tapi mungkin tak ada mood untuk marah harini. Beberapa kertas yang berterabur di hadapannya dipandang.
“How can semua ni jadi macamni? Macam mana you semua bekerja?” Suara itu kedengaran dingin dan menakutkan.
“Sebenarnya kami dah cuba yang terbaik Miss, tapi ekonomi sekarang banyak perabut yang mahal..”Kata salah seorang staff,
“Dah tau jualan perabut harganya makin naik kenapa tak naikkan harga jualan syarikat kita? Takkan itu pun tak boleh fikir?”Mata merenung tajam setiap mata.Membuatkan semua pekerjanya kecut perut.Walaupun Maya seorang wanita yang dilihat lemah, tapi tidak jika dari pandangan matanya.
Dia tidak kesah jika modal tidak dapat semula kerana mereka boleh mendapatkan kembali dengan cara lain tapi jika keuntungan lari dan jatuh berkali-kali. Ianya tak akan dapat keuntungan dan modal juga tiada.
“Interior designer?”
“Saya Miss…”
“Ouh yaa… apa gunanya you bekerja ya kalau hal ini pun you tak boleh nak settlekan? Sebut harga semuanya you yang lakukan but--” Bibir dikemam.Makin panas pula keadaan.Kalau dia teruskan bersuara lain pula jadi. Entah mengamuk teruk pula
“saya minta maaf Miss, saya ingat Miss akan tetapkan sales syarikat..”
“What are you talking about? I lantik you as interior designer satu-satunya di sini, dan ada lagi budak-budak di bawah you yang masih belum peroleh apa yang you dapat. Kalau lah I tak tahu tentang ini semua kemingkinan kita boleh bankrup!” akhirnya suara meninggi
“tolong jangan rosakkan mood I, kemas barang you and GET OUT !!!!” Bentak Maya.
“Start from now, I nak awak semua buat sales baru semula.. dan you Mira cari interior baru!”
Maya mahu berdiri namun tangannya terlebih dahulu disambar oleh Shira salah seorang pekerjanya.
“Miss, kami perlukan bimbingan Miss untuk kenaikan harga ni.. kami takut kalau kami salah Miss pasti akan marah”ujar Shira.
“Harga lebih daripada 70 peratus dari harga asal.. lain fikir lah sendiri, apa gunanya you diterima di syarikat ini untuk bekerja”
*
“Masuklah Daniel.. buat macam rumah sendiri..” Irfan mempelawa sahabatnya masuk kerumah sewa itu sambil membantu membawakan beg bagasi milik Daniel.
Terasa segan Daniel memasuki rumah sahabatnya itu. Tapi terucap syukur dalam hati kerana Irfan memberinya tumpang di rumah itu. Kalau tidak pasti dia perlu bersusah payah pula untuk mencari rumah sewa yang murah. Tak mudah nak cari rumah sewa berdekatan kuala lumpur ini.
“terima kasih Irfan.. aku selalu susahkan kau”
“ish kau ni.. kau kawan aku, apa gunanya aku sebagai sahabat”
Daniel sekadar tersenyum. Mata melirik memandang ruangan rumah sewa Irfan yang tidaklah terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Ianya sederhana dan sesuai untuk dua orang bujang seperti mereka berdua.
“Duit rumah sewa ini aku ambil dekat kau RM150 sahaja lah.. boleh?”
“Boleh.. tapi aku bayar lewat sikit, kerja pun belum lagi”
“Tak apa aku faham. Pasal kerja nanti aku tanya bos aku, sebab diorang perlukan pekerja, sesuai dengan kelayakan kau mungkin” kata Irfan.
Harap-harap dia diterima bekerja. Dia perlu mencari wang lebih untuk adik-adik, keluarga dan dirinya sendiri.Ibunya juga memerlukan rawatan dengan kos yang agak tinggi. Dia perlu berusaha keras.
“Okay lah kalau macam itu aku nak siapkan dokuman bos aku jap, kau boleh lah tengok rumah tak seberapa ni.. bilik kau dekat atas tau sebelah bilik aku”
“Haah..terima kasih Fan”
*
Ipad ditangan yang mempamerkan video itu tidak langsung menarik perhatian Maya. Gadis itu sedang berehat di balkoni biliknya.Malas mahu fikirkan hal kerja, kalau itu sahaja memeningkan kepala.
Fikirannya melayang dan fokus kepada perkara lain. Entahlah sudah beberapa hari dia tidak dapat tidur dengan lena selepas mendapat ‘idea’ gila dari pembantu peribadinya.
“senang sahaja? Miss cuma perlu berkahwin.. bagi sahaja kehendak lelaki itu mahu, dan kita buat perjanjian.. selepas dapat anak, ianya berakhir dengan penceraian”
Kata-kata Amira masih tergiang difikirannya. Entah kenapa dia memilih untuk berfikir soal itu.Selalunya dia akan memilih untuk biarkan otaknya sibuk dan fokus kepada pekerjaan tapi lain pula kali ini.
Cadangan Amira seolah menarik dirinya untuk mencuba perkara baru. Tapi tidak logik pula jika difikirkan lagi.Maya bersandar pada kerusi, dia mengeluh. Itulah kenapalah dulu kau tak cari boyfriend dan kawin sahaja?
“Boleh ke aku nak cari cinta sejati? Umur aku macam ini pun ada lagi ke yang mahukan?” Maya bertanya kepada dirinya.Masih ada ke lelaki yang mahukan wanita berumur sepertinya. Kalau ada pun pasti yang lebih tua darinya.
Maya menghela nafasnya.Fikirannya betul-betul serabut dengan hal perwaris hartanya.Dan yang paling difikirkan ialah kesunyian juga.
Ramai wanita diluar sana yang menginjak umur sama dengannya kini sudah bergelar seorang isteri dan seorang ibu. Tapi dirinya?
Masih belum lagi memasuki alam perkahwinan.
“argh! Stressnya..”
Dia juga mahukan anak. Mempunyai keluarga kecil, itu yang dia mahukan. Kenapa baru sekarang dia mahu berfikir soal ini?
“Kalau kahwin kontrak..?”
Share this novel