40

Romance Series 137352

Pintu bilik air dubuka oleh Daniel. Mahu sahaja dia menjerit dek kerana terkejut melihat isterinya yang berada di hadapan pintu.

“Allah.. terkejut lah”

Daniel keberlakang sedikit. Mengusap dadanya. Keluar sahaja dari tandas nampak muka Maya, mananya tak terkejut. Nasib muka Maya kalau benda lain?

Mahu Pengsan dia di situ agaknya.

“Terkejut ke? Hahah sorry.. you lambat sangat dalam toilet. I ingat nak ketuk pintu tengok-tengok dah terbuka.. nasib I tak ketuk kepala you” Kata Maya.

Daniel menjelingkan matanya. Malas nak jawab kata-kata Maya. Dia berjalan mahu melepasi Maya mengikut arah kiri. Namun Maya yang berada di tengah menghalangnya.

Daniel berjalan pula kearah kanan. Maya turut menghalangnya.

“Maya tepilah.. saya nak solat”Kata Daniel.

Maya berpura tidak dengar. SEronok mengusik Daniel. Tangannya dihala kearah Daniel. Berpura-pura mahu memgang lelaki itu.

“Maya tak payahla.. saya ada air wudhuk” Daniel cuba mengelak. Sampai masuk ke dalam tandas semula.

Maya pula sudah ketawa besar. Lama tak kacau Daniel.

“Maya! Tak payahla..”

“Tak I nak pegang je..”

“ saya ada hahaha Maya!”

Maya tersenyum riang melihat Daniel yang ketawa dengan usikkannya itu. Dapat juga dia memujuk Daniel walau dengan hanya usikkannya.

“Tepi lah saya nak pergi solat, dah isyak dah kesian ayah tunggu dekat motor lama”Kata Daniel.

“Ouhh ye ke? Ha pergilah.. “ maya beranjak ketepi memberi laluan untuk Daniel berjalan.

“Daniel”

Daniel menghentikan langkahnya sebaik sahaja namanya dipanggil oleh Maya.

“awak nampak sexy pakai kain pelekat”Maya mengigit bibir. Sengaja mahu mengusik suaminya lagi.

“Jangan nak nakal Maya.. lebih baik aku pergi, kalau tak lain yang jadi” Laju Daniel berlari meninggalkan Maya.

Ketawa Maya dibuatnya.

*

Tiga hari bercuti dikampung. Harini Dahlia sudah memulakan sesi pertamanya di kolej yang didaftarkan oleh Maya.

Dahlia memakir kereta pemberian kakak iparnya sebagai hadiah kecemerlangan dia mencapai keputusan menarik di peperiksaan spm.

Ramai mata tertumpu kepada Dahlia. Mungkin Dahlia nampak lain. Gadis itu mengenakan gaun labuh berwarna kelabu bersama tali pinggang berjenama mahal dipinggang rampingnya.tak lupa juga kereta Audi R8 berwarna biru.

Tudung shawl biasa dipadankan olehnya.

Berdebar-debar Dahlia melangkah masuk ke dalam kolej. Mencari tempat lokasi pendaftaran murid baru.

Pukk!

“Eh maafkan saya” Dahlia menunduk membantu seorang gadis yang dilanggarnya.

“Takpa-takpa.. saya yang tak nampak”

“Nah kertas awak..” Dahlia memberi kumpulan kertas kepada gadis yang dilanggarnya nanti.

“awak baru ke?”tanya Gadis itu.

“Ya saya masih baru dekat sini.. awak?”

“samalah.. Saya Tengku Mawar Qalisya.. “ Mawar menghulurkan tangan bersalam dengan Dahlia.

“Err saya Dahlia.. Dahlia Natasya”

Dahlia menyambut salaman Mawar. Senyuman manisnya dilemparkan.

“Kalau macam tu boleh la kita jadi kawan?”

“siapa kata tak boleh? Mestilah boleh” Kata Dahlia.

“Hahah kalau macam itu apa kita kita pergi daftar sama-sama..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience