Maya duduk termenung dihadapan sawah padi. Memikirkan pergaduhannya bersama Daniel tadi. Memang salahnya keranan merahsiakan hal yang wajib Daniel tahu.
Maya memejamkan mata. Menikmati angin petang di kampung itu. Ramai ahli keluarga Daniel dari kedah bersiap untuk kenduri doa selamat yang dibuat oleh Pakcik Hamdan atas kehadiran Maya dan Daniel.
Makan tengahari tidak dijamah lansung oleh Maya apabila melihat Daniel yang seakan masih marah dengannya.
“Fikir apa tu Miss?”
Tersentak Maya dengan teguran yang menerpa dari berlakang.
“Mira.. awak rupanya, Aisya mana?”Tanya Maya kepada P.A.
Sengaja dia bawa Amira bersamanya. Amira juga sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Dia juga mahu Amira menenangkan fikiran di kampung ini.
“Aisya dah tidur.. ngantuk sangat lah berjam dalam kereta pot pet sahaja dia..” Kata Amira.
Maya ketawa kecil. Sungguh banyak perkembangan gadis kecil itu yang semakin besar. Begitu jugalah anak dia nanti.tak sabar mahu menyaksikan perkembagan anak sendiri.
“Miss Maya kenapa tak rehat? Masih fikirkan masalah?” Amira bersuara. Dari tadi selepas mereka sampai di kedah Maya diam.
Bersuara sahaja dua ke tiga patah. Daniel pula tidak bercakap langsung. Memilih untuk fokus ke pada telivisyen dan melayan sepupu-sepupu kecilnya.
Sudah pasti pasangan suami isteri itu di dalam mood yang berantakkan.
“I rasa bersalah sangat..” Kata Maya dengan penuh perasaanya.
“I rasa bersalah sebab paksa dia kahwin dengan I hanya untuk kontrak bodoh.. dan I juga salah sebab terlampau fokus kepada kejayaan sehingga diri sendiri tak fikir”Kata Maya. Tubuh dipeluk.
“Semua yang terjadi ni takdir Miss.. Mungkin jodoh you dengan Daniel? Kita tak tahu”
Maya memandang Amira yang berdiri di sebelahnya.
“I tak tahu why perasaan ni hadir terlalu awal.. Daniel memang pandai ambil hati I, perbuatan Daniel buatkan perasaan I makin menjadi”Curhat Maya.
“I tak tahu kenapa fikiran I bodoh sejak-sejak ni, I tak fikir langsung nasib yang akan datang dekat anak I tanpa seorang ayah.. itupun kalau I hidup lagi dengan keadaan macamni”
Maya menundukkan kepalanya. Baru sekarang dia dapat fikir. Selama ini dia rasa hanya pentingkan diri dan hartanya sahaja.
“jangan cakap macam itu Miss.. bukan ke kita sama-sama nak rawat you? You kena kuat..” Amira memegang lengan Maya.
“I buntu Mira.. I tak tahu nak buat apa sekarang ni..”
“shhh.. it’s okay, dengar cakap I, keputusan yang terbaik ada di tangan Miss Maya, dan ingat.. syurga ada di bawah tapak kaki suami”Ujar Amira.
“Dan ingat.. kasih sayang ibu bapa perlu penh sepenuhnya untuk anak-anak.. Miss Maya anak yatim kan? Tak dapat sama sekali merasa kasih sayang dari keluarga kandung, Tapi Miss Maya perlu bersyukur yang Ummi masih beri dekat Miss Maya”
“Macam anak saya.. saya cuba dengan sepenuhnya untuk beri kasih sayang dekat dia, saya taknak dia beban.. penat lelah saya bekerja dia nyawa saya..” Ujar Amira menyakinkan bosnya itu.
“Berpisah tak akan selesaikan masalah..” Sambung Amira.
“I takut kalau--”
“Miss nampak sendirikan bertapa ikhlasnya daniel Nazief ujar katacinta dekat Miss.. walaupun saya tak tahu apa yang terjadi, bila Daniel masuk kerumah wajah dia yang memerah saya dapat tahu dia menangis..”
“menangis hanya kerana seorang wanita yang dicintainya.. Miss cintakan dia juga bukan? Baby yang dekat dalam tu pun sayangkan mommy dan Daddy dia” Kata Amira.
Amira mencapai kedua belah tangan Maya. Menganggam kuat kepada bosnya yang sudah dianggap kakaknya. Dari dulu sehingga sekarang Mayalah yang selalu bantunya.
“Bincang baik-baik dengan Daniel.. buang ego dalam fikiran.. buat kepetusan yang terbaik untuk semuanya, fikir baby dekat dalam tu..”
Amira memandang lembut anak Mata Maya yang berair itu.
Maya terdiam seribu kata. Sungguh memasuki hatnya dengan kata-kata Amira.Matanya turun memandang perutnya yang berlapikkan baju.
Tidak pernah disentuh dan diusap perlahan oleh tapak tangan Daniel selepas kehadiran darah daging mereka. Suara halu Daniel yang berbual pun tidak pernah dengar.
Daniel sekali tidak pernah tahu kehadiran darah daging mereka!
‘Maafkan mommy…’
“daniel tu muda lagi Miss.. sebab itu kita kena faham”
*
Dahlia memusingkan bola matanya malas. Tiada mood dia harini. Datang-datang kena beratur untuk menyemak kerja yang diberi pensyarah semalam.
Tinggal lagi dua orang dahlia akan berhadapan dengan pensyarah yang akan memeriksa kerjanya. Yang dia takut sekarang adalah
Bukan pensyarah tetapi Dato Zafril yang mengantikkan Puan Aini yang tidak dapat hadir. Dato Zafril berkumpulan mengadakan projek terbaru dengan Puan Aini untuk pelajar-pelajar baru.
“Hello girl.. berangan apa tu?”
Dahlia Terhinjut bahunya apabila ditegur oleh Mawar yang beratur di berlakangnya. Dahlie memandang Mawar.
“Turn kau” bisik mawar perlahan.
Dahlia memandang depannya. Kosong! Laju betul dua orang perempuan tu pergi. Perlahan dahlia berjalan mendekati meja Zafril.
Beberapa kertas yang dipegang olehnya diletakkan di atas meja berhadapan Zafril.
“Fikir boyfriend ke yang termenung sakan je tadi?” Zafril memandang Dahlia sekilas.
Dahlia menggeleng perlahan. Ragu-ragu mahu berjumpa dengan lelaki itu. Zafril mula sibuk melihat tugasan yang menjadi kerjanya.
Mendidik pelajar universiti bukanlah terlalu susah baginya. Walaupun bukan pensyarah tetap, dia perlu menguji dan membantu mereka semua.
Zafril merenung tajam Dahlia. Mankala gadis itu terpingan dengan renungan Zafril.
‘Aku ada buat salah ke?’
“Kenapa tak habiskan soalan?”Tanya Zafril.
Dahlia memandang bingung. Tak habiskan soalan. Rasanya malam itu dia sudah menjawab semua soalan yang diberi kecuali…
“38,39 dan 40.. dimana jawapan dia Dahlia Natasya?” Dingin Zafril bertanya.
Dahlia menelan liur. Dia baru berjanji mahu bertanay dan berbincang soalan itu bersama mawar. Tapi datang sahaja ke kelas sudah disuruh beratur untuk pemeriksaan.
“I ask you Dahlia?”
“err…”
“tak ada mulut dah ke?”
Dahlia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tak tahu nak jawab apa.
Semalam dah kena, harini pula dah kena. Tapi lain macam Zafril punya tahap garang bagi Dahlia.
“saya tak marah dan tak akan marah tapi… GET OUT FROM MY CLASS!!”
Jerkahan zafril membuatkan semua pelajar diam sunyi. Dahlia pula sudah kaku.
Zafril melemperkan kertas soalan Dahlia kearah lain. Matanya memandang mawar yang dibelakang menyuruh wanita untuk pula kehadapan.
“err saya tak siap juga” Kata Mawar gugup. Dia juga berjanji dengan Dahlia.
Dahlia memandang sekilas Mawar. Tak tahu nak cakap apa. Pasti mereka berdua akan didenda juga. Dahlia mengutip kertasnya yang dilempar oleh Zafril tadi.
“Korang datang belajar ke datang bercinta? Kalau puan Aini mesti korang selamat tapi kalau dengan aku.. jangan harap”Tegas Zafril.
“Kamu mawar saya nak kamu salin semua soalan ni.. titik biar betul tiada ejaan yang salah dan KELUAR DARI KELAS SAYA SEKARANG!” Laju Mawar menarik Dahlia keluar dari kelas Zafril.
“kenapa dengan Dato? Moodie je?” Tanya Mawar.
“kenapa awak tanya saya?” Pelik Dahlia dengan Mawar.
“Awak kan bakal isteri dia..”
“bakal isteri lah sangat, sekarang ni kita nak kemana?”Tanya Dahlia.
“Kita ke perpustakaan je lah, lagipun saya lepas kelas ada tugasan dekat sana” Kata Mawar.
“Ikutlah.. pelik betul saya dengan Dato zafril, layan macam kita budak sekolah..” Dahlia berjalan disebelah Mawar.
“Biasalah.. dia nak kita berjaya”
“awak..”
“hmm?” Jawab Dahlia.
“saya nak minta maaf sebab haritu.. saya tak ada niat nak marah awal tentang Aiman” Kata Mawar.
Dahlia tersenyum. Tangannya menarik tubuh Mawar mendekatinya. Bahu gadis itu dipeluk olehnya.
“sudahlah tak payah fikir.. lebih baik kita siapkan kerja Dato ni.. kang dia mengamuk pula kang susah pulak”.
Share this novel