62

Romance Series 137352

“Maafkan kami sebab batalkan perjanjian semalam”

Maya tersenyum ramah kepada Puan Amina dan Tuan Kamal.Rasa janggal pula jumpa pasanggan itu.Hari pertemuan di hotel haritu pun tak sempat sangat nak berbual.

“Tak apa.. saya pun ambil cuti semalam, tak berapa sihat.. so jadi ke perbincangan kita ni?” Maya menunjuk semula lakaran-lakaran dan catatan maklumat yang dia dapat.

“Ya, kami sangat sukakan rumah yang berhiasan kayu-kayu.. Kami nak nampak kepada dua bahagian. Yaitu mewah dan alam semula jadi” Kata Puan Amina.

“Itu sangat menyejukkan diri.. Pandai puan sri pilih kawasan rumah” kata Maya.

“untuk kami berdua tenangkan diri juga.. Nanti Maya jempu datang, bawa suami sekali’ Ramah tuan Kamal.

“hahah baik Tan sri.. dan pihak kami akan usahakan dan puaskan hati Tansri dan Puan sri untuk deko rumah tu, terima kasih juga kerana sudi pilih My company”

“Mestilah.. Zafril banyak bagitahu yang My Company buatkan hasil yang menarik, sebab itu kami pilih..”

Maya tersenyum. Agak kekok bersama orang tua Zafril. Entah kenapa hatinya berdebar. Seperti kali pertama dia melayani pelanggannya.

“Jemputlah minum Maya..”

Air teh panas dituangkan ke dalam cawan. Lalu diberikan ke pada Maya.

“susah-susah je”

“eh tak apa.. Maya yang susah sebab datang ke rumah kami, sepatutnya kami yang perlu pergi berjumpa Maya” Kata Tuan Kamal.

“Customer is only right, kita perlu kejar rezeki kalau ada di depan mata” Maya menghirup secawan air teh panas itu.

“Tak sangka.. Umur muda sudah dapat bukak syarikat sendiri. Darimana kamu dapat modal sebanyak itu?”tanya Tuan Kamal.

“Tak perlukan modal, cuma perlu main modal..” Balas Maya.

“Macam mana itu?”

“Contohnya Tan sri mulakan dengan diri Tan sri, tampa tempat… duit untung kita ambil terlebih dahulu, baru kita dapat hasilkan modal yang banyak. Dan bila modal banyak, baru kita boleh tukar caranya semula”Ujar Maya.

Tuan Kamal dan Puan Amina mengangguk faham. Nampaknya Maya bukanlah orang biasa di dalam dunia perniagaan.

“Zaf tak ada ke Puan sri?” Soal Maya.

“ Zaf tak ada, dia jarang balik kerumah ni..”

Maya hanya membentukkan mulutnya ‘o’ menandakan dia mengerti apa yang cuba disampaikan. Biasalah lelaki yang bekerjaya pasti banyak kerja di luar sana.

“betul ke Zaf dengan Maya satu sekolah?”

“Ya Puan sri.. kami satu sekolah.. umur pun sama” Balas Maya ramah,

Puan Amina memegang tangan suaminya yang berada di sebelah apabila mata lekap pada rantai yang dipakai oleh Maya. Rantai yang menghias leher putih Maya.

Bukan kali pertama, tapi kali kedua Puan Amina melihatnya.

‘ Anak mama..’

“Puan sri okay ke?”

“M-maya.. Rantai tu rantai siapa?”bergetar suara Puan sri.

*

“Makanlah Daniel.. saya masak tau semua ni” Alia senyum manis.

Bekal-bekal makanan yang dibawanya dibuka penutup lalu dihidangkan di hadapan Daniel. Di sudut meja meraka hanya ada dia Daniel.

Irfan dan Amira sudah bergerak meeting dari pukul lapan tadi. Mungkin tidak akan masuk pejabat dan terus pulang. Jadi Alia mendapat masa dan ruang untuk bersama Daniel.Tidak sia-sia diacadangkan untuk masak dekat Daniel.

“Bau pun dah sedap, rindu asam pedas yang awak buat” Daniel membalas senyuman. Mengambil sudu yang diberi lalu mula menjamah.

Jimat duitnya dan jimat masa.

“Ye ke? Esok saya buatkan dekat awak.. tapi tu lah, sekarang ni saya ada masalah lah awak.. saya kena cari rumah sewa yang lain pula” Alia memuncungkan bibirnya.

“rumah lain? Kenapa dengan rumah awak?”

“Tuan rumah nak jual, sebabtu saya terpaksa keluar.. kerja baru mula.. duit pun cukup-cukup makan minum, duit minyak kereta”Adu Alia.

“saya faham.. lagipun bukan senang nak cari rumah sewa dekat sini. Yang ada pun kondo-kondo mahal-mahal..”Kata Daniel.

“Betul tu.. serabut kepala saya, ayah ada call.. dia suruh saya tumpang rumah awak dulu dan kumpul duit untuk beli rumah”

Hampir tersedak Daniel mendengarnya. Mahu sahaja nasi yang dimakan olehnya terkeluar dari mulutnya. Bagaimana Alia boleh berkata sebegitu tanpa rasa malu?

“Saya taknak menyusahkan awak tapi… saya betul-betul perlukan pertolongan awak. Kita kan dari kecil sahabat Dan”

“Tengoklah macam mana, nanti saya cuba berbincang dengan isteri saya”

Angin Maya dengan Alia sahaja sudah berbolak balik.Macam mana pula kalau gadis itu tinggal bersama mereka?

*

‘Kita sah kan ujian DNA ya nak’

Klerk!

Fail yang diperhatikan oleh Maya ditutup rapat semula apabila mendengar bunyi pintu bilik pejabatnya terbuka. Dia memandang Daniel yang masuk mendekatinya.

“Tak tidur lagi?” tanya Maya kepada suaminya.

Daniel menggelengkan kepalanya. Buku-buku dan beberapa kertas yang dibawanya diletakkan di atas meja berhadapan Maya.

“Macam mana meeting tadi? Sorry saya tak dapat ikut.. kerja banyak” Kata Daniel bersalah.

“Why you sorry? I yang bagi kerja dekat you.. Lagipun Irfan dan syahira ada. Its fine” Jelas Maya mengurangkan rasa bersalah Daniel.

“Can I ask you something?”

“Sure”

“Kenapa balik-balik tadi awak tak ke office? Balik terus ke?”

Maya diam. Berfikir sejenak. Ya dia pulang awal kerana hal yang terjadi meriuhkan otaknya. Dia perlu berehat agar dia tidak mengalami tekanan.

“err yap, I penat.. satu badan sakit” Beritahu Maya sambil mengurut bahunya.

“Kalau macamtu esok tak payahla pergi office, rehat sahaja dekat rumah. Dokter tak bagi awak buat kerja berat bukan?”

“No, I okay.. lagipun I perlu lah kuat sebab kalau I kuat I boleh lawan semua penyakit” Ujar Maya. Nampak sedikit kebohongan. Jangan harap dia akan membiarkan Alia berseronok bersama suaminya.

“degil eh?”

“Your wife juga..”Maya menahan ketawa.

Daniel menjeling. Tubuhnya diduki berhadapan Maya. Sehelai kertas dihulurkan kepada Maya. Memberi gadis itu membacanya.

“Luxury decor with a capital of three million. Top bottom, according to customers wishes” Maya tekun membacanya.

“Itu catatan yang saya dapat dari pelanggan, sepertinya dia anak atau cucu yang berketerunan raja yang berpindah dan memiliki keluarga yang masih baru, cuma saya tak faham apa yang dia mahukan dengan hiasan”

Maya mengerutkan dahinya.

“are you sure dia anak raja?”

“see it, Tengku right?” Daniel memberi borang yang diisi oleh pelanggan mereka tadi.

“in all, RM100 million.. and he want three million decorations, I think he wants the space to look luxurious plus expensive funiture” Terang Maya.

“such as wall paint or wallpaper?” Soal Daniel.

“Yes, more of less.. it will show a luxurious atmosphere through the colors that match it”

“Okay, faham”

Daniel menconteng kertas kosong. Idea-idea yang berputar difikirannya dikeluarkan. Tersenyum Maya melihat Daniel yang sangat bijak melakukan kerja dengan pantas.

“Dah minum susu?” Tanya Daniel kepada Maya.

“ermm dah, thank you sebab belikan perisa lain dekat I” Ujar Maya melemparkan senyuman.

“Memang kena beli, kalau nak suruh minum susu biasa sampai ke tahun depan alasannya. Baby perlukan banyak protien and kalsium.. thats why I buy it”

Maya memang tidak suka minum susu. Mungkin tawar baginya sebab itu dia tidak minum atau tekaknya tidak terima. Kalau tidak paksa, pasti Maya tidak akan minum.

“Sweet daddy”

“sweet daddy for baby..” Telapak tangan didakap pada perut Maya.

“romantic daddy for mommy” Sengih Daniel nakal sambil mengelipkan sebelah matnya kepada Maya.

“Ouh really?”

Maya memasangkan senyuman nakalnya. Anak mata melirik setiap inci wajah Daniel yang kelihatan takut dengan pandangnnya.

“okay fine, saya kalah!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience