34

Romance Series 137352

“Kilang pun mungkin dalam dua ke tiga minggu lagi nak siap.. tu tak termasuk barang dengan peralatan lagi, mungkin kita tambah-tambah semuanya akan ambil masa dalam dua bulan lebih untuk siapkan pembangunan..”

“Jadi cik Daniel, kita masih perlu beroperasi seperti biasalah?”

“Ya betul.. kita perlu menempah barang atau lebih lagi perabut di syarikat yang sudah sudi bekerja sama” Kata Daniel yang serius itu.

Maya yang sedari tadi hanya mengangguk faham. Dia benar-benar fokus melihat cara suaminya bekerja. Itu adalah sesuatu kelainan.

“Tapi kita ada satu masalah sekarang” Semua mata memandang irfan yang berada di sebelah Daniel.

“ada empat orang client kita.. minta desing rumah yang betul-betul khas dengan perabut dan peralatan berjenama tinggi.. sekurang-kurangnya lebih dari 8.9 jangkaan”Jelas Irfan.

“apa? Syarikat kita sendiri tidak mengambil peralatan atau perabut yang lebih seperti itu, sultan ke dia?” Syasha bertanya.

“Biasalah.. setiap orang ada rumah idaman masing-masing.. Ada duit adalah rumah yang di desing hebat itu..”Kata Maya.

“Jadi macam mana ni Miss, apa kita perlu cari syarikat perabut yang lain?”

Maya mengetuk meja menggunakan jarinya. Berfikir cara yang benar untuk mengatasi masalah. Rugi sebesar mana pun, syarikatnya tetap tidak akan rugi.

Sebab itu Maya harus pandai bermain dalam bidang perniagaannnya.

“Mira, boleh you uruskan kontrak dengan Dato Zafril?”

Dengar sahaja nama itu. Daniel yang sibuk menulis itu memandang laju wajah Maya.Bola matanya dikecilkan memandnag Maya yang kelihatan biasa dengan nama lelaki tak cukur janggut itu.

“Dato Zafril?”

“ya, sebab tak silap I Dato Zafril ada buka syarikat perabut di New zealand..perabut-perabut juga berasalkan dari bahan yang sangat mahal, dan I juga pernah beli perabut dekat syarikat yang sama Di malaysia cuma harganya lebih murah dari yang berada di new zealand ” Kata Maya.

“Tapi kenapa pula kita perlu menempah di syarikat luar negara?”

Maya dan Amira memandang Daniel. Begitu juga dengan semua orang yang ada di bilik mensyuarat itu.Macam tak logik pula soalan Daniel keluarkan.

Irfan menyigung perlahan lengan Daniel.

“Bukankah sebelum ini kita dah pernah tempah barang luar” Aizat bertanya.

“T-tak.. maksud saya, banyak lagi syarik--”

“Saya rasa keputusan Miss Maya betul, lagipun Dato Zafril sahabat baik Miss Maya.. dan kemungkinan harga yang kita beli boleh rendah dari harga asalnya”

Maya terdiam mendengar potongan Hasniza.Sokongan staff lain juga sudah kedengaran setuju dengan cadangan.Daniel memasam muka. Terpaksalah dia berhadapan dengan lelaki tua itu.Pasti banyak akal lagi dia mahu menggoda Maya.

‘Maya pun satu.. handsome sangat ke muka orang tua tu sampaikan nak bekerja satu sale dengan dia? Lepasni mesti Zaf tu rapat dengan wife aku.. takkan aku nak biarkan je?”Daniel ketap bibir.

“Weyh”

Daniel tersentak apabila Irfan menyiku lengannya.Dia kembali memandang hadapan yang sudah ramai menatapnya.Pandanganya turun pula kearah Maya.

Wanita itu mengangkat kening seolah mahu mendengar jawapan dari soalan yang ditanyakannya tadi.

“err maaf sayang-- tak maksud saya miss”

“Eyyy pengantin baru ni.. sweet betul lah.. tak apa panggil je sayang, kitorang bukan boleh kata apa pun, you guys pasangan suami isteri kan?”Hasniza tersenyum nakal.

Irfan disebelah Daniel sudah tertawa terbahak melihat wajah Daniel yang memerah akibat menahan malu.

“macam mana Daniel? You still nak buat kaedah baru tu?”Soal Maya kali kedua.Mungkin staffnya sibuk mengusik mereka berdua tapi rasanya lebih baik dia perlu tegangkan muka kerana ia melibatkan hal pekerjaan.

“I will Miss”

*

“aku kalau boleh marah.. memang aku marah betul-betul” Daniel mengenggam sudu yang dipeganganya. Nasi ayam di pinggan tak terusik langsung.hatinya betul-betul panas dengan hal di pejabat tadi.

“Ish kau ni sensetif betul lah Dan.. ini urusan syarikat kan, hal kerja bukan hal peribadi” Kata Irfan sambil menyuap sesudu Mee goreng.

“Tapi Maya tetap akan jumpa dengan pakcik tak cukur janggut tu..”

“apa yang kau nak risau sangat ni? Kita ada sekali kan waktu meeting tu nanti, kira okay Miss Maya ambilkau kalau tak ambil? Entah apa bini kau buat pun kautak tahu”

Daniel meletakkan sudunya kasar. Hilang selera makannya. Hanya air yang dipesan sahaja dihirup sehingga meninggalkan ketulan ais.

“aku bukan apa.. Zafril tu Dato, mewah sana-sini, aku ni tak ada apa-apa.. dah la muda lagi.. tak matang pula tu” Kata Daniel.

“itu je kau takut? Miss Maya pangkat dia lebih tinggi dari Dato Zafril.. Kaya dari Dato Zafril.. Kalau kau tak matang, kau takkan berdiri di pangkat seorang suami sekarang ni”

“Macam mana kalau kontrak aku dengan Maya tamat.. diorang bersama dengan… anak aku?”Daniel memandang Irfan.

“apa yang kau cakap ni?”

“aku taknak Maya dengan orang lain.. aku nak dia kekal dengan aku..”

“Jodoh tu ditangan tuhan.. andai kata Maya jodoh kau,berpanjanganlah.. kau cakap kau cintakan Miss Maya kenapa kau tak luahkan lagi?”

Daniel diam meluahkan perasaan cintanya? Maya sendiri sudah lain dari lain bahkan hanya nampak cintanya sahaja tidak ada langsung balasan cinta dari Maya. Lagi-lagi kejadian di kampung yang masih segar di ingatan,

Kata-kata cinta palsu.Dia rasa sangat sakit apabila mengingati peristiwa yang terjadi.Bahkan kata-kata Maya selepas sembuh dari kemalangan pun masih diingatkan.Perkahwinan kontrak. Itu yang sering keluar dari bibir Maya disaat dia mahu manja berlebihan bersama Maya.

“Kalau kau sayangkan dia kau kena berusaha dapatkan hati dia”

“susah Fan.. kau tak ada dekat tempat aku, akurasa sukar sangat semuanya sekarang ni..”

“Solat hajat minta petunjuk.. aku doakan kau juga Dan.. aku sentiasa doakan kebahagiaan kau dengan Maya”

Daniel tersenyum tipis.Hanya itu sahaja yang dia dapat balas untuk Irfan.Apa yang difikirkan ini adalah satu perkara yang baru.Walapun sudah berbulan dia berstatus suami kepada Maya, tapi rasa seperti dua hari dia tinggalkan zaman bujangnya.

Hidupnya berubah dengan kehadiran maya.Bahagia dengan duit? Itu mungkin bukan.Maya memang sudah banyak laburkan duit keadaan dirinya dan keluarganya.Tapi itu tak terasa lain baginya walaupun dirinya hanyalah anak kampung biasa dan susah.

Kasih sayang Maya. Itulah yang dia harapkan dari awal perkahwinan.Awal niat yang disebut serta dilafazkan.

*

“masuklah Dahlia.. buat macam rumah sendiri”Kata Maya.

Dahlia masuk pukau melihat penthouse milik Maya. Bagaikan rusa masuk kampung.Hidupnya dulu seolah mengemis tapi sekarang Maya mengajarnya hidup baru tanpa rasa sombong.

“besarnya rumah Kak Maya dengan Along..” Puji Dahlia. Ternganga dia melihat penthouse Maya yang ada perlatan mewah.

“hahaha ada-ada je Dahlia ni.. Bilik Dahlia tingkat dua tau, sebelah bilik kerja akak..”

Dahlie menganggukkan pelajarannya. Tanggannya ditarik oleh Maya supaya duduk bersebelahannya. Daniel meletakkan beg-beg adiknya berdekatan.

“Sure ke nak sambung belajar dekat sini? Taknak dekat luar negara?”Tanya Maya.

“Kalau susahkan akak dengan Along tak apa.. Lia boleh je belajar dekat sana cuma Lia tak terbiasa”

“apa yang susahnya? Akak anggah Dahlia macam adik kandung akak sendiri.. tak apa dapat keputusan nanti kita tengok macam mana.. sekarang ni Dahlia sesuaikan diri dekat KL dulu..”Ujar Maya dibalas anggukkan,

“betul tu.. nak keluar minta izin dulu.. bagitahu nak kemana, Lia boleh pinjam kereta Along kalau nak”Campur Daniel.

“Betul ke Along?”

“haah.. haritu Kak Maya ada bagi Lia ambil lesen kan? Tak la takut sangat along.. tapi kalau kena saman bayar sendiri” Usik Daniel.

Maya ketawa melihat guraun si adik-beradik itu. Senyuman Maya pudar sebaik sahaja teringat sesuatu. Dibesarkan tanpa keluarga.

Tiada adik beradik kandung.Tiada abang atau kakak mahupun adik. Daniel sangat beruntung mempunyai keluarga besar.

Walaupun hidup yang kurang keuwangan tapi kasih sayang satu keluarga mereka sangat cukup.

“terima kasih tau along.. kak maya sebab sudi bagi Lia tumpang dekat sini”

“Lia akak dah cakap kan, lagipun Lia dah besar.. Lia perlu jenguk dunia luar.Betulkan Along?”Maya menggengam tangan Dahlia.memandang wajah cantik Dahlia yang berlesung pipit seperti abangnya. Sangat manis dipandang.

Dahlia tersenyum manis.Ya ini adalah masanya untuk dia buktikan bahawa dia bukan perempuan lemah.Dulu sering dibuli dihina kerana miskin tapi sekarang bukan lagi.Dia akan jadi Dahlia baru.

Dahlia yang tidak akan lemah dan akan melawan segala kesakitan yang datang.Dan cinta. Lupakan sahaja tentang perkara yang tidak penting itu.

Dia sangat menyesal.Menyesal mainkan perasaan cinta difikirannya sedangkan usianya sahaja masih muda. Lagi-lagi sibuk mengejar cinta lelaki yangtidak pernah akan dia dapat balasanya.wajah iman masihterbayang.

Kali terakhir mereka bertumu lelaki itu hanya menatapnya dengan pandangan biasa di hari mengambil keputusan SPM.Tiada kata-kata selamat tinggal ataupun lambaian. Hanya memandang dengan biasa.

Dia juga sudah tidak mahu ada apa-apa lagi.Cukuplah dia menerima kesikatan cinta yang tidak berbalas.Itu kedengaran sangat tidak logik diusianya yang masih muda.

Dia akan membuka mata.Lupakan segalanya dan akan banggakan ibu dan ayahnya.IInilah masanganya untuk dia bangkit berdikari.

*

“Cakit..”

Amira mendukung tubuh kecil Aisya itu. Dari tadi tidak berhenti merengek kerana lemas badannya. Suhunya pula makin tambah.

Namun Amira mengucap syukur, Maya telah memberinya kenaikkan gaji dan Maya juga telah memberi sedikit wang untuk keperluan Aisya.

Amira membawa Aisya ke hospital kerana demam gadis kecil itu masih belum kebah.Resah hati perasaan ibu melihat anak gadis merengek dan menangis.Sudah dua hari dia tinggalkan Amira di rumah ibunya akibat tekanan yang dirasai.

Bahkan dia sendiri dia kuat mahu menatap wajah anaknya.Tapi ibunya menelefon bahawa demam Aisya makin menjadi-jadi.

Mahu sahaja Amira ikut menangis melihat si anak yang merasai sakit.

“Mama minta maaf ya sayang..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience