Alia mencuci tangannya selepas selesai makan tengah hari. Makan dimana, sudah pasti keseorangan. Dia sudah mengajak Daniel tetapi lelaki itu menolaknya.
Katanya busy. Alia memutar bola matanya. Busy apa? Busy balik masak dekat isteri kesayangan.
Untung Alia ada menyediakan roti bakar yang dibuatnya pagi tadi. Itu sahajalah makanan dia untuk rehat. Itu pun terpaksa makan dekat tempat parkir.
Irfan dan Syahira menjalani puasa sunat. Tak baik juga jika dia menayangkan kepada mereka berdua.
Alia memandang wajahnya yang terpapar di cermin. Ditilik sekilah wajah dan pemakaiannya harini. Hari pertama kerja.
Baju kebaya bersama kain pario menjadi pilihannya. Tudung bawal merah dan ditambahkan dengan solekkan tebal agar dia nampak menawan di mata orang.
Tapi mungkin dirinya sahaja yang berfikiran begitu. Alia tersenyum memandang dirinya.
“Cantik je aku harini, patutlah Daniel banyak tolong dan layan aku.. Cuma bila Makcik tua tu keluar sahaja yang buat Daniel kembali rajuk dengan aku”Kata Alia.
“Kenapa ya Daniel nakkan orang kaya? Aku tak yakin Maya itu boleh setia.. duit banyak kiri kanan pasti lelaki pun banyak kiri kanan,dah la tua”
“Aku rasa Daniel pasti sudah kena tipu dengan Maya.. aku perlu tolong Daniel, selamatkan Daniel dari perempuan jahat tu”
“Dari kecil sampai besar aku bersahabat dengan Daniel, dan akhirnya berpisah selepas kami menamatkan sesi persekolahan..Dan sekarang kami sudah tamat belajar..”
“Kau pula muncul rampas cinta hati aku.. Kau jangan ingat Daniel akan jatuh dekat kaki kau, sebab Daniel tak akan layak dengan orang yang macam kau!”
"perempuan tua berduit.. apa yang kau nak semua kau dapat sebab kau berduit.Berapa kau bayar Daniel ni?"
Klerk!
Pintu tandas terbuka menampakkan seorang staff masuk dan memandangnya. Alia hanya beriak biasa seolah tiada apa-apa yang berlaku.
“err maaf, err tu.. tarik sikit kain awak naik atas. Nampak spenda awak corak doreamon tu” Tegur staff itu.
*
“Makan perlahan.. macam tak makan sebulan saya tengok” Daniel mengambil tisu. Mengelap bibir isterinya yang comot.
“Sedap sangat, itu yang gelojoh” Kata Maya sambil menyuapkan Nasi Kerabu yang dimasak oleh Daniel.
Daniel pintar memasak. Walaupun dia seorang lelaki yang tegas, hal memasak tidaklah terlalu remeh baginya. Lagipun bila adik-adik sibuk bersekolah.
Ayah pula bekerja. Ibu pula terlantar sakit. Dia juga yang akan memasak walaupun jarang kerana selalunya Dahlia yang akan menyiapkan jika dia pulang sekolah awal.Dari semalam dia idamkan nasi kerabu yang dimasak oleh Daniel walaupun dia was-was mahu suruh Daniel masak.
Nasi kerabu sudah pasti susah untuk dimasak.Tap tak sangka Daniel boleh memasaknya.
“Rajin betul awak pusing satu office tadi” Daniel bersuara sebaik sahaja selesai makan. Dibawa pinggan miliknya kesingki. Mereka hanya menjamah di meja bar.
“Saja.. nak tengok perningkatan pekerja sekali dengan tengok cik suami punya kerja berlakang bini” Selamba Maya bersuara.
Daniel melepas ketawa. Mencuci kedua belah tangannya agar bersih. Lalu kembali menduduki dirinya di atas kerusi berhadapan Maya.
“Nampaknya Maya yang saya jumpa dulu sudah datang..”
“What?”
“Ya, sejak-sejak ni sikap awak lembut dan lain tapi lepas Alia masuk office.. perangai awak yang dingin devil apa semua tu datang kembali” Ujar Daniel.
“Garang ke I?”
“Entah, tapi waktu kita jumpa dulu-dulu garang lah juga.. kecut perut saya time tu”
“Macam-macam..”
“Tapi satu je saya nak cakap, ingat jangan terlampau stress dan fikirkan Alia dalam hubungan kita. Dia bukan siapa-siapa..jujur saya tak ada hati langsung dengan dia"Pesan Daniel.
Maya mengangguk faham. Tapi tidak yakin. Lihat perangai Alia di pejabat tadi sahaja sudah buat dia geram. Mahu sahaja dia pukul wanita itu.
“Tenanglah.. saya tak mahu awak fikir tentang dia sangat. Saya anggap dia macam kawan. Saya tahu awak cemburu kan?”
“Baguslah kalau you tahu I cemburu, Tapi I tak kesah.. you akan dinaikkan pangkat dan you akan berjauhan dengan dia Hah! Suka betul I” Maya bersorak riang.
Daniel melihat Maya dengan mengerutkan dahinya. Naik pangkat?
“Naik pangkat?”
“CEO of MY INTERIOR DESIGN AND DECORATION SDN.BHD” sebut Maya.
“are you--”
“yap, But jangan ingat I lantik you us CEO atas sebab you my husband or sebab lain. I lantik you sebab I berpuas hati dengan kerja dan pencapaian you Daniel..”
“Kalau you kerja dengan orang lain, you pasti akan dapat juga tempat seperti ini” Ujar Maya.
“Kejap, jadi betullah awak pemilik syarikat MY?” Daniel memandang Maya penuh tanda tanya. Selama ini dia hanya ingat Maya bermain-main dan Maya hanya CEO.
Buka sebuah syarikat bukan mudah lagi-lagi Maya adalah seorang gadis.
“Takkan selamani you tak tahu lagi Daniel? Habistu kenapa nama syarikat I MY? Maya.. ada dua huruf itu kan?”
“Saya betul betul kagum dengan awak.. Its was Amazing, mesti banyak jalan hidup pahit yang awak tempuhi.. saya ingat sebelum ni syarikat tu family awak punya, tapi lupa pula nak fikir lepas awak bagi tahu yang awak hanya tinggal dengan ummi”
Maya tersenyum. Pasti, pasti jalan hidup yang sangat pahit dia tempuhi.
“Can you share with me?”
“Jom” Maya mengambil pinggannya lalu diletakkan disingki. Tangannya dicuci bersih sebelum mencapai tangan Daniel dan membawa lelaki itu ke bilik rahsianya.Bilik yang tidak pernah orang tahu melainkan dirinya.
“Eh bukan awak tak bagi saya masuk bilik ni ke?” Daniel memandang pintu bilik dihadapannya.
Hari pertama datang penthouse dia sudah dimarah besar oleh Maya kerana mencuba curi-curi masuk ke bilik ini. Kali kedua, baru sahaja dia memegang tombol pintu ada satu kesan eletrik mengenai tangannya.
“I think ini masanya…”
Maya melengkapkan tapak tangannya pada satu mesin yang tergantung elok. Klerk! Pintu bilik itu dibuka. Maya menarik Daniel memasuki bilik itu.
Mata dia membulat sempurna. Kagum dengan bilik itu yang seakan seperti muzium.
“welcome.. to my secret room” Kata Maya.
Daniel memandang sekeliling. Terhias banyak barang-barangan lama dan agak lusuh tersusun di dalam bekas kaca.
Mata Daniel tertumpu kepada pakaian bayi yang berada di dalam bekas kacak itu. Seperti kasut yang sangat lama. Adakah itu kepunyaan Maya?
“Itu pakaian yang terakhir I bersama dengan keluarga kandung I sebelum I pergi ke rumah anak yatim” Kata Maya menusuk ke hati.
“Macam mana awak boleh berpisah dengan keluarga awak?”tanya Daniel.
“I don’t know.. ummi tak pernah cerita macam mana I boleh ada dekat situ, yang I tahu.. I ditinggalkan semasa umur I empat bulan.. masih bayi lagi”
“apa yang terjadi dekat keluarga awak?”
“Tak tahu… Tak tahu sama ada hidup atau mati.. I dah tak kesah semua itu, I bersyukur masih ada ummi yang memberi kasih sayang kepada I”
“kali pertama I jejak ke sekolah.., dunia luar.. Ianya sangat luar biasa. Ramai keluarga yang menghantar anak-anak mereka sedangkan I, I hanya ada ummi “
“I kerap dibuli kerana pakaian buruk I, duit makan yang tak cukup.. kerap muntah dekat sekolah sebab lewat makan. Dicaci dimaki. Walaupun masih kanak-kanak.. I dapat bilang berbilah pisau yang menikam hati I”
Daniel serius mendengar cerita Maya. Matanya kini beralih memandang baju sekolah yang agak lusuh, Ada dua helai. Sepertinya baju sekolah rendah dan tinggi.
“I tahan selama enam tahun.. cuba belajar. Umur I 12 tahun I dah start cari kerja.. I tolong Uncle Fadhil dan isteri dia jual kuih. Dapatlah sedikit untuk beli barang keperluan”
“ I masuk form one.. disitu lebih hangat I dihina dan dimaki. You tahu tak, I pernah duduk atas gam yang diorang letakkan atas kerusi I.. susah I nak buang”
“Lepastu diorang bakar semua buku latihan I, buku kerja I sampai I perlu mengemis untuk cari duit beli yang baru. Nak minta dekat ummi kesian.. banyak lagi anak yatim yang ummi perlu atasi. Bukan I seorang,lagipun dulu ummi juga susah”
“I pernah dibuli di dalam tandas.Lepastu diorang kunci I.. untunglah ada cleanner yang masuk. I tak pernah ada kawan, I dipandang buruk walaupun pelajar yang capai rekod cemerlang”
“I dah start kerja lebih, pergi balik jalan kaki.. I kerja kedai makan sahaja.. waktu itu I memang dah tak fikir apa-apa, yang penting I dapat duit. Kasut yang lusuh sahaja I biarkan kerana mahu simpan duit”
Kali ini Mata mereka memandang pula satu bekas kaca seperti bekas yang berisikan ubat namun ianya hanya bekas kosong.
“Yang paling sakit, bila I demam.. satu badan sakit, I nak pelukkan yang sangat hangat, ummi sibuk,I taknak paksa dia. Tapi ummi gagahkan juga nak peluk I”
“I menangis setiap malam, I rasa seperti seksa sangat. Rasa penat sangat.. Tapi keeasokkan itu I dapat surat dari pihak universiti”
“Dari situ, I mulakan semuanya dan berusaha gigih untuk berjaya”Maya menangis. Menangis semahunya dipelukkan Daniel.
Hidupnya diubah satu persatu.dan akhirnya sekarang semuanya sangat jelas.dulu dipandang hina dan dikeji sana sini dan sekarang dia dipandang tinggi bahkan dihormat oleh orang sana
Share this novel