Maya membuka pintu yang menampakkan suasana kolam di dalam penthouse miliknya.
Matanya tertunpu pada Daniel yang asyik berenang kemari tanpa mengenakan baju. Hanya sekadar seluar pendek membuatkan lelaki itu sangat ‘hot’ dimata Maya.
“Huhh!” Daniel berdiri tegak di dalam air. Wajahnya diusap serta mengambil nafas semula. Lama dia tidak berenang.
Kali terakhir pun apabila dia sertai pertandingan berenang di universitinya. Setelah itu dia sudah jarang bermandi manda di kolam.Untunglah rumah isteri ada kolam, tapi sibuk punya fasal tak dapatlah dia main air.
“Tak bawa tuala ke?”
Daniel memandang Maya yang sudah duduk berendam kaki di kolam itu. Daniel mendekati Maya.
“ada.. saya dah bawa tadi”Kata Daniel.
Maya tersenyum melihat Daniel yang meraut rambut ke belakang.Kacak,ditambahkan pula air yang menitik dari rambutnya yang basah. Sangat buatkan hati wanita bergelora menjerit.Tubuh badan yangcantik, ia sangat menganggumkan.
“Awak dah okay Maya?” Tanya Daniel.
Maya menganggukkan kepalanya. Dia sudah tidur lama, itu membuatkan dia sedikit segar. Tidurnya juga tidak cukup.Dia juga sudah mengambil vitamin-vitamin yang disarankan dokter.
“Baguslah.. saya sangat risau kalau awak tak sihat”Kata Daniel.
“I minta maaf sebab I tak dengar cakap you..”
“tak apalah.. tapi lain kali dengar cakap saya okay?”
Maya menganggukkan kepalanya.
“Dah solat?”
“dah.. I baru solat, lepastu dengar macam orang tengah swimming.. itu yang datang”Kata Maya.
“Seingat saya, bukan this week awak datang bulan ke Maya?”Tanya Daniel.
“err.. lambat maybe, I tak menentu.. lagipun dah berumur kan..”
“Tak apa.. Nanti kita usaha sebelum you monopouse.. lagipun lambat lagi kan?”
Maya menganggukkan sahaja.
“Daniel..”
“Hmm?”
*
“Bukan ke awak lebih suka beli online atau hadiri mana-mana fasyen show? Kenapa tiba-tiba ajak saya datang shopping baju pula?”
Daniel mengikuti langkah Maya yang sibuk memilih kemeja-kemeja berjenama itu.
“Saja.. ikut mood” Kata Maya.
Daniel menggelengkan kepalanya. Tangannya mengambil salah satu kemeja yang menjadi perhatiannya. Tidak pernah dia datang ke butik ini selama ini.Dan yang pasti, ini adalah salah satu butik yang berjenama.
Lihat sahaja jenis kain pun sudah tau,
“Enam ribu?!”
Terkejut Daniel melihattanda harga kemeja tersebut. Dia memandang tangan pelayan yang penuh dengan baju kemeja pilihan Maya.
Nampaknya, Maya seorang yang suka membeli belah tanpa melihat harga. RM2k mungkin dianggap RM2..
“Kenapa Dan?” Tanya Maya.
“err takde apa.. Banyak sangat awak beli ni” Daniel meletakkan baju kemeja yang diambilnya ketempat asal semula.
Namun baju kemeja itu diambil oleh Maya semula lalu ditilik sebelum dia memberi kepada pelayan yang mengikut mereka.
“Dah jom bayar”
Maya menarik tangan suaminya menuju ke kaunter. Sibuk pekerja itu membungkus pakaian yang dipilih Maya.
“Tak banyak sangat ke?”
“Banyak?”
“Haah la banyak..”
Maya diam. Blackcardnya dikeleuarkan lalu diberi kepada penjaga kaunter. Membulat mata Daniel memandang harga baju yang dibeli Maya terpapar pada screen komputer dihadapannya.
Harga itu mungkin cukup untuk membeli dua biji rumah banglo yang telah siap dengan barang-barangnya.
“Nah..” Maya memberikan beg-beg baju itu kepada Daniel.
Daniel hanya membawanya. Mereka berdua keluar berjalan ke butik itu.
“Mall ni besar kan?”Tanya Maya.
“Haah.. Tak pernah lagi saya datang kat sini.. maklumlah, orang kaya je dapat datang sini”Kata daniel.
“Hmm sekarang dah datang kan? I nak tengok jam tangan kejap, lepastu I ingat nak tengok barang baby” Kata Maya tanpa sedar.
“Barang baby?”
Maya mengetap bibirnya. Macam mana pula boleh terlepas cakap.
“Bukanlah… I cakap I nak cari perfume baby, perfume yang berjenama sexy baby tu..”Bohong Maya.
“Laa.. nak beli perfume baru ke?”
“haah la.. you buang semua perfume I , takkan I nak busuk je?”Tanya Maya.
“awak tak pernah busuk sayang.. tak payah la pakai, saya tak suka.. rasa mual”KataDaniel.
Maya hanya tersenyum.
Apa pula yg akan jadi dekat hubungan Maya dan Daniel ni? Jangan lupa follow,Love u readers
Share this novel