"Suprise"
Tangan yang menutupi mata Maya dibuka.Maya tersenyum dan lebih lagi terkejut melihat permandangan Vila dihadapan mereka
"Cantik kan?"Soal Daniel.
"Yes,pandai eh you sekarang ni?"
"Iyakah.. dulu saya tak gentleman.. muda lagi time tu,awak pula yang bawa saya honeymoon.Tapi kalini saya bawa awak pula.. "Daniel memeluk bahu Maya berjalan masuk ke dalam Vila yang menjadi pilihannya untuk honeymoon.
"Besar betul Vila ni,pandai you cari.."Tak habis-habis Maya memuji suaminya.Honeymoon di Maldives.Tempat penginapan pun dah nampak romantik.Bersemut lah mereka japgi.
"Irfan yang carikan,diorang datang juga but tak duduk dekat dengan kita"Kata Daniel
"Diorang duduk bilik lain?"
"Tak.. diorang duduk hotel je,takkan la saya nak bagi Amira dengan Irfan duduk dekat dengan kita.Kacau la honeymoon kita"
"iyalah.. tapi tak best la sebab tak ada kawan"Maya duduk diatas katil.Memerhati Daniel yang membuka langsir menampakkan air laut yang sangat cantik.
"Dulu tak kesah pun.. Kali ni kita kena lah berdua.."Daniel mendekati Maya lalu duduk disebelah wanita itu.Tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya.
"Kalini kita kena romantik.. Bersayang-sayang.. Cuba awak panggil saya abang,takpun kekanda.. fuhh!!"
Pi Daniel ditolak bersama ketawa.Mula sudah perangai mengusik.
"Iyalah cik abang.. dah you pergi lah mandi,tadi kata nak mandi kan?"
"Okay.. Tolong siapkan t-shirt dengan kain pelekat Jap"Daniel bangun mencapai tuala yang disedia khas oleh Vila.
"Ha? kenapa nak pakai kain pelekat.. kata nak keluar makan lepasni? I lapar la.."Maya memuncungkan bibir.Dia punya tak sabar nak menikmati kawasan luar tapi Daniel macam tidak mahu keluar saja.
"Takpalah.. kita makan lah"Kata Daniel semakin perlahan.
"Takkan lah nak pakai kain pelekat you ni pun.."Maya mengerutkan kening
Daniel senyum nakal.Dia mendekati Maya.Tubuh wanita itu didukung.
"Daniel!"
"Abang makan sayang boleh?"
*
8 bulan kemudian..
"Sayang.."
Maya yang sibuk membaca majalah mengalihkan pandangan melihat Daniel mendekatinya.
"Kenapa?"
"Tak.. saya cuma nak bagitahu sesuatu"
Dengar sahaja cara Daniel bercakap,Maya terus mengubah posisi duduknya dan menatap lelaki itu serius.
"Kenapa ni?"
"Kita balik kampung nak?"Pelawa Daniel.
"Kenapa tiba-tiba ni?"
"S-saya nak melawat Alia"
Dengar sahaja nama itu.Hati dah panas malah membara pula.Dah lama tak sebut kali ni dengar pula nama yang dia benci tu.
"Sayang jangan salah faham.. saya nak melawat dia je.. saya tahu awak tak suka tapi tak salahkan?"
Maya mengangguk faham.Lepas kejadian tu,Alia disahkan menghidap penyakit mental.Dia juga pernah ditahan di hospital akibat hampir mencederakan diri sendiri.
Tak tahu lah macam mana boleh jadi macamtu.Dia dah tak seperti dulu.Sekarang dah serabai.Rambut pun pendek akibat dia gunting.Dokter sahkan dia mental sebab cinta tak diterima.
"Sayang boleh lah eh? Ayah cakap esok dia dah nak pergi buat rawatan,lepastu saya baru tahu yang bila dia habis je buat rawatan dia kena ada sesi makhamah pula sebab dia ada baut kesalahan pinjaman wang"Daniel cuba memujuk.
Jahat macam mana pun dia,tak perlulah sampai mahu berdendam.Walaupun hati dia masih panas dengan ingatan dulu,dia cuba lupakan.
"Bukan I taknak pergi.."
"Sayang.. kalau sayang taknak ikut abang pergi tengok Alia.. sayang duduk je dekat rumah kampung,Abang tahu sayang Masih marahkan Alia"
"Tak-- saya--"
"Bolehlah sayang.. abang kesian dekat-"
"Boleh tak awak bagi saya bercakap dulu Daniel!!"Maya menjerit kuat.Asal nak cakap ja lelaki itu potong.
"Yes.."
"Saya nak awak ingat,jaga pergaulan awak.. saya rasa saya tak boleh ikut awak.Sakit Pinggang duduk dalam kereta lama"
Maya mengusap perutnya yang sudah membuncit.Daniel senyum.Betul juga,Maya sudah tak boleh duduk lama-lama.Kebas kaki dengan pinggang katanya.
"you pergi sendiri ya?"
Setahun kemudian…
“Elvina Adeela.. sini la dekat mommy pula..” Maya yang duduk di atas kerusi memandang si anak yang berada di dukungan Daniel.Dari kecil sampailah sekarang mahu melekat sahaja dengan Daddy dia.Mungkin anak perempuan sama.
“Mau!” Jawab gadis berusia satu tahun lebih itu.Baru mahu boleh bercakap.Jadi banyak lah mulut dia dapat.
“amboi marah.. tak apa.. nanti nak susu minta kat Daddy”Maya menjeling bayi kecil perempuanya.
“Itulah haa.. anak perempuan Maya, biasalah tu”Puan Solehah tersenyum gembira melihat anak menantu itu.
“betul tu, dulu ada seorang je girlfriend daddy.. sekarang dua orang. Nak kena lebih dekat yang kecik ni.. kesian sorang tu kan Adeela”
Kata Daniel sambil berjalan mendekati ibu dan isterinya yang duduk di bangsal menikmati angin petang.
“Mmommmomm…”
“apa mom mom?” Soal Maya kepada Adeela.Gadis kecil untuk menggapai-gapai tangan mahu meminta diubah dudukakna kepada Maya.
Daniel mendudukan dirinya. Diletakkan Adeela bersebelahn ibunya. Pinggang Maya ditarik mendekati. Susah betul jika sorang merajuk dua-dua kena pujuk.Maklumlah dulu kalau merajuk isteri seorang sahaja sekarang dah ada anak pula.
Adeela pun pandai juga.Kalau merajuk Daddy yang kena pujuk.Kalau daddy tak pujuk laju sahaja dia berjalan mencari tempat untuk bersembunyi dan tak akan keluar dari tempat itu sehinggalah Daniel memujukkan kembali.
Pernah Adeela merajuk dan tidak makan dengan kata-kata ajuk Maya.Niat Maya mahu meredakan marah anaknya jadi hanya membiarkan adeela bersendirian di runag tamu dan dia kembali kedapur untuk memasak makan malam.Bila dijenguk anaknya tiada pula di ruang tamu.
Hampir satu rumah mereka mencari tiada.Sampai mahu buat report polis takut anak mereka kena culik.Tapi akhirnya mereka jumpa Adeela dibawah katil sibuk bermain permainannya.
“ha biar ibu pergi bawa Adeela kat atuk dia, korang bersweet-sweet dulu” Puan Solehah menggendong Adeela lalu dibawa pergi. Mahu memberi masa kepada pasangan itu.
“merajuk?”
Maya menggelengkan kepalanya.
“habistu? Cemburu? Takkan dengan anak sendiri pun cembur sayang besya kite ni?”
“tak adalah.. cuma rindu” Maya menayangkan wajah manja kepada Daniel.Pinggan daniel turut dipeluk olehnya.
“tak payahla dekat kampung ni…”
“apa you merepek ni? I cakap I rindu.. rindu faham?”
“Orang tua bukan boleh percaya, tua-tua ni lah bahaya..”Kata Daniel.
“Nak kata I tua lah ni?”
“Siapa kata? Saya tak kata pun.. tua mana awak, muka tetap nampak macam umur 20 tahun.. sebab tu saya kena kurung awak nanti ada pula bapak-bapak ayam datang berkokok”
Maya ketawa kecil mendengarnya. Sungguh bahagia mereka selepas bersatu semula. Kehadiran Elvira Adeela. Puteri pertama mereka yang tumbuh sihat dan cergas mengetatkan ikatan keluarga mereka.
“I tertanya lah eh.. why ada lelaki kampung yang handsome macam you” Maya melilitkan tangannya pada leher Daniel.
“Handsome? Tapi awak tak boleh lihat dari segi rupa..”
Tangan Daniel melilit pada pinggang si isteri dirapatkan. Menatap wajah Maya yang cantik itu.
“Habistu?”
“Dari hati.. kerana, cinta adalah perasaan dan perasaan datang dari hati”Ujar Daniel.
“Pertemuan kita indah kan? Tak sangka suami kontrak I ni dah jadi suami forever I..”
“haah, saya dah macam sugar baby awak awak pula sugar mommy, ingat kali pertama kita berjumpa? Saya tumpahkan air dekat baju termahal awak”
“hahahah I still remember that”
“Kalau awak nak tahu, malam tu saya serabut gila bila fikir mana nak cari duit nak ganti baju mahal awak tu lagi-lagi awak bos saya..”
“Hhahahahaha tapi tak ganti pun…”
“Nak ke? Sekarang duit saya banyak hahahah”
“ada-ada je la.. “ Maya memandang anak mata Daniel. Dalam-dan dalam.
“I sayang you Daniel.. I cintakan you so much”
Daniel tersenyum. Siapa sahaja tidak gembira jika diucapkan kata cinta. Cinta saling berbalas, itu adalah sesuatu yang paling indah.
“I love you too sayang…”
Maya tersenyum. 32 tahun hidup hanya dipenuhi kerja, kerja dan kerja. Akhir sekali bertemu rancangan bodoh yang ada di fikirannya.
Membayar Daniel mahal hanya untuk menjadi suami kontraknya. Setiap manis pahit dilalui bersama bahkan perpisahan membuatkan dua pasangan itu trauma.Segala masalah yang mereka hadapi bagaikan satu pengajaran di dalam rumah tangga.
Alia? Gadis itu sudah dihantar ke pusat pemulihan bagi merawat dirinya. Dia juga mengalami masalah mental sejak belajar diluar negara,
Sungguh, Maya tidak berani berkata apa-apa soalnya dia sudah malas berfikir. Wajarlah seorang isteri cemburu.Lagipun sikap Alia memang nampak sangat yang dia mahukan Daniel. Dan keluarganya entah sudah pindah kemana.
Dahlia pula sudah menyabung pelajaran di Korea atas permintaannya. Dahlia masih muda, layak untuk berjaya dan dia yakin Dahlia juga akan berusaha.Lagipun gadis itu sangat bijak dan meminati untuk belajar disana.
Daniya juga sudah masuk ke kolej yang sama kakaknya masuk. Gadis itu juga mula terkenal dalam bidang lakonan. Mungkin cita-citanya dan bakatnya dibahagian tersebut.Memenangi anugerah hasil dari bakatnya.
Dua beradik itu sangat cantik, bahkan beruntung mempunyai seorang abang dan keluarga yang menyangi mereka.
Puan Solehah dan Tuan Adnan sudah mula membuka restoran besar di Johor. Pasangan itu kekal bahagia. Begitu juga dengan keluarganya, Puan Amina dan Tuan Kamal.
Kehadiran keluarga kandungnya membuatkan Maya bertambah bahagia, bertahun berpisah akhirnya berjumpa sedangkan dia sudah dekat dengan abang kembarnya.Walaupun tidak percaya tapi semuanya sangat buatkan dia bersyukur.
Dia masih dapat berjumpa keluarga kandungnya.
Zafril, lelaki itu sama sikap sepertinya. Suka bekerja berlebihan. Zafril juga sudah berjaya membuka beberapa cawangan. Dan dirinya… masih solo.Zafril sahaja yang acuh tak acuh.Tapi niatnya untuk melamar Sofea gadis manis selepas gadis itu menamatkan pelajaran.Mungkin gadis itu sahaja yang dapat memiliki hatinya.
Ummi atau lebih lagi puan Salmah, seringkali Maya bertemu gadis itu. Pusat anak yatim yang pernah Maya tinggal sudah diubah lebih besar.
Puan Salmah banyak membantu dirinya. Maya bersyukur,, walau apa pun yang terjadi puan Salmah masih ada dengan dirinya.Dari kecil sehinggalah besar.Wanita tua itu sahaja yang ada dengannya sebelum dia berjumpa dengan Daniel dan keluarga kandungnya.
“Tu ha anak mommy merengek dah tu..”
Maya berpaling memandang gadis kecil yang merengek di pangkuan atuknya.
“lapar lah tu, you pergi bagi snek baby yang I bawa jap.. malas la nak naik”Maja Maya.
“iee apa malas-malas ni, nasib sayang dengan Miss Maya saya seorang ni” Kata Daniel berlalu naik ke halaman rumah mendapatkan Adeela.
"Miss Maya?"
"Yes.. Miss Maya.. boss and isteri tercinta cik Daniel"
TAMAT
Share this novel