Daniel berjalan berhati-hati di tapak bangunan yang baru ditubuh oleh pihak syarikatnya. Sibuk pekerja pekerja kontrak bekerja untuk membina sebuah kilang.
Prejek baru mereka benar-benar menjadi persutujuan Maya dan ahli-ahli yang tinggi.Daniel juga tidak sangka.Maya adalah idolanya seorang gadis yang dapat buka syarikat sendiri dan juga sekarang membina kilang yang menghasilkan jenama sendiri.
“Daniel.. you tak balik lagi ke?” Amira menyapa.
Daniel berpaling sedikit memandang Amira yang mendekatinya. Daniel tersenyum.
“Belum lagi.. ingat nak pergi jenguk bahagian atas kejap lagi”Kata Daniel.
“Ouhh.. saya pun nak pergi bahagian atas kejap lagi”
“Kita pergi sekali lah macamtu..”
Kata Daniel dibalas senyuman oleh Amira. Daniel kembali memandang bangunan yang masih belum lengkap dibina itu.
“Hebat kan Miss Maya?” Amira bersuara.
“Haah”
“Dia mulakan dengan penuh semangat untuk berjaya, lebih lagi dia bukanlah orang kaya.. tiada sokongan sesiapa sama sekali.. tapi tetap boleh berjaya”Kata Amira.
“Betul lah tu.. Kita yang kaya awal ni pun tak semestinya senang..”Kata Daniel.
“Awak patut beruntung Daniel sebab awak dapat Miss Maya--”
Amira terhenti kata apabila telifonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Daniel memandang Amira yang ragu-ragu mahu menjawab panggilan itu.
“Hello?” sapa Amira terlebih dahulu.
“aku tak ada duit, tolonglah.. anak nak makan pun susah.. kau tak kesian ke hah?”
Daniel mengerutkan dahinya mendengar perbualan Amira walaupun gadis itu menjauhi dirinya sikit.
*
Puan Amina tersenyum manis memandang gambar bayi kembar yang berada ditangannya. Sesekali rasa sebak datang menhantui dirinya.
“Sudah-sudah la tu mina.. tak balik ke Malaysia kita kalau awak asyik tenung je gambar tu” Kata Tuan Kamal menegur isterinya.
“abang tak rindu ke dengan anak perempuan kita bang?”
Tuan Kamal menghela nafasnya. Kehilangan seorang anak bukanlah perkara biasa baginya. Lagi-lagi darah dagingnya sendiri. Sebagai seorang ayah pastilah sedih.Walaupun bukan dia yang lahirkan,tetap juga berasalkan dari benihnya.
“Kalau kita tak jadi balik New Zealand.. anak perempuan kita tak akan hilang bang..” Amina menangis. Berat hatinya walaupun sudah bertahun-tahun.
Setiap kali diingat ianya sangat menyakitkan.Hatinya hancur dan sentiasa memikirkan dia gagal menjadi ibu yang baik.
“Sudahla Amina.. benda dah nak jadi.. Allah dah takdirkan kita macamni, Insyaallah anak perempuan kita baik-baik sahaja..”
“Sempat tak kalau kita cari dia abang?”
“Macam mana nak cari dia Mina? Dunia ni besar..”
“Tapi bang, saya ada tinggalkan rantai terhad untuk dia.. abang tak ingat ke?”
“Macamnilah Mina, nanti abang cuba bincang dengan Zafril.. itu pun adik kembar dia.. mungkin dia boleh tolong cari, kita sama-sama doakan”Kata Tuan Kamal.
“Bukan sekejap abang.. lama tau kita kehilangan dia.. sekarang umur dia sudah pasti 32 tahun sama dengan abang kembar dia zafril, entah macam mana muka anak mama sekarang?”
Puan Amina menundukkan kepalanya. Gambar itu dipeluk olehnya.
“Sudah pasti macam awak.. cantik macam awak. Sudahla jangan fikir lagi.. esok kita balik Malaysia kan?”
“Macam mana kalau kita jumpa dia.. dia tak anggap kita ini keluarga kandung dia? Kita berpisah dengan dia dari kecil bang.. dia baru masuk 5 bulan”
*
“I tak tahu macam mana lagi nak cakap dengan you Maya..” Faridah mengeluh.
Maya menunduk. Bermain dengan jarinya. Entah keputusannya sekarang betul atau tidak. Dia sendiri ragu.Drai semalam dia tidak dapat tidur lena dengan fikiran yang sangat menyerabutkan kepala.
“Please dokter.. I taknak buang”
“Macamnilah Maya, ini betul-betul risiko untuk diri you.. lagi-lagi umur you sekarang sudah 30 lebih.. kebanyakkan wanita hamil diumur macam you.. mudah jatuh sakit dan cepat lemah.. tenaga senang berkurang”
“apatah lagi you Maya”
Maya diam. Dia tidak mahu berkata apa-apa. Biarlah orang berkata pilihannya salah. Asalkan dia tetap bersama keputusannya.Usian kandungannya yang baru memasuki 3 minggu sangatlah menjadi berita baik.
Tapi dengan keadaannya sekarang, sangat susah untuk rahimnya membesarkan janin dengan keadaan lemah kesan akibat kemalangan yang terjadi.Sanggupkah dia membuang anaknya hanya disebabkan mahu menyelamatkan dirinya sendiri?
Rasa sangat jahat walaupun dia melakukan demi kesihatannya.
“Tadi scan baby you sihat.. Proses tumbesaran dia pun sangat baik.. bulan depan you masuk tiga bulan kan?”
Puan Faridah meredakan keadaan. Tidak boleh terlalu marah kepada pesakitnya. Takut pula Maya tertekan. Mahu tidak mahu dia perlu menyokong keputusan pesakitnya.
“I nak you berehat cukup, jangan buat kerja berat.. elakkan diri you dari stress, kerja-kerja you tu.. you letak tepi dulu.. I akan bantu you”
Maya kembali memandang Puan Faridah yang memberi senyuman sokongan untuknya.
“Betul ke?”
“Ya.. tapi I nak jumpa suami you dulu.. boleh?”
Jantung Maya berdengup kencang. Dia tidak pernah mengkhabarkan tentang kehamilannya kepada Daniel sama sekali.
Bahkan berita yang disembunyikan olehnya…
Share this novel