Setelah seminggu berhari raya kini mereka kembali ke pejabat seperti biasa. Rutin harian pun bermula. Ternyata lebih sibuk apabila beberapa projek usaha sama dengan beberapa syarikat.
Namun bagi Maya tugasnya sebagai bos dan isteri tidak pernah diabaikan. Rumahtangga mereka cukup sempurna. Daniel juga bukanlah lelaki yang suka ambil kesempatan.
Setelah hampir dua bulan bertungkus lumus
“Alhamdulillah akhirnya dua projek dekat Rawang dah settle” sorak Irfan keriangan.
“fuhh… tidur lena bro” Daniel menepuk bahu Irfan
“so malam ni lepak jom ” Irfan mengangkat keningnya
“lepak je kerja korang” Amira menyampuk dua sahabat baik itu.
“projek yang dekat putrajaya tu camne? ada perkembangan ?”soal Daniel kepada Amira
“tak ada apa-apa berita lagi but saya rasa mungkin akan dapat berita gembira.. tapi sekarang taknaklah cerita soal kerja.. how about you daniel? Muka awak dengan Miss Maya nampak berseri je”Amira tersenyum nakal.
“kau ni kan Mira, diorang dah kahwin lama lah.. agak-agak lah harini baru nak naik seri muka tu..”
Daniel ketawa besar dengan telatah dua orang sahabtnya.Kepala-digeleng-gelengkan.
“aku balik dulu.. Maya tak berapa sihat harini”
“lah patutlah tak datang office, Miss Maya kenapa? Ke kena hujan semalam?” Soal Amira risau. Jarang-jarang Maya nak sakit.
“Tak pastilah, lagipun dia tu bukan boleh sangat.. kerja pun tak ikut masa.. mungkin rehat tak cukup”Kata Daniel.
“Betul lah tu, kau pergi la balik.. Nanti apa-apa call, takut juga Miss Maya tu, sakit-sakit pun bekerja”
Daniel menganggukkan kepalanya. Berjalan pulang ke tempat parkir kereta. Dari pagi sehinggalah sekarang hatinya sibuk memikirkan keadaan Maya dirumah. Awalnya dia tidak mahu bekerja, Dengar sahaja Maya cakap yang dia tak larat terus susah hati mahu biarkan dia di rumah sendiri.
Kereta memasuki tempat parkir khas dihadapan penthouse Maya. Barang-barang kerja dibiarkan. Kepalanya sekarang hanya fokus kepada Maya yang buatkan dia tidak senang duduk bila berjauhan.
Sejak akhir-akhir ini dia jarang nampak lansung batang hidung isterinya. Gadis itu tidak berenjak, hanya di bilik sahaja dari petang tadi.Mahu kata dia sakit pagi tadi katanya sudah baik dan dia juga pergi kerja.Atau dia ada lakukan salah apa-apa pada MayaMaya seperti menanggung kesakitan..Maya sakit? soal Danial dalam hati.
Daniel sudah perasan. Memang akhir-kahir ini Maya sakit.Cuma bila disoal kenapa sakit, gadis itu cuma menjawab bahawa dia dalam kepenatan.
Di ajak ke klinik tidak mahu.Ke hospital lagilah tidak mahu..
Pintu bilik dikuak Daniel perhatikan Maya seperti keletihan. Sarapan pagi pun dijamah sikit saja. Melihat Maya yang terlena di katil ,perlahan lahan di hampiri Maya.
Tangannya mengulas lembut rambut Maya. Sehari dua ini Maya kelihatan pucat dan tak bermaya.Walaupun tidak sihat Maya bukanlah jenis yang suka merungut.
Walaupun sakit, Maya tetap berkeras untuk bekerja. Dia diberitahu oleh Amira. Maya walaupun sakit, tidak pernah ambil cuti sakit.Daniel menatap fail yang berterabur tidak jauh dari katil.Laptop yang masih terbuka ditutup oleh Daniel.
Fail-fail dikemas rapi olehnya.
“kenapa lah sakit-sakit pun tetap nak kerja..”
Daniel menggelengkan kepalanya.Dia menuju pula ke bilik pakaian Maya.Mengambil pakaian tidur gadis itu untuk menukarnya.Usai menukar pakaian gadis itu.
Ditariknya selimut menutupi hingga ke dada Maya dan akhirnya Danial sendiri terpejam mata…
*
“Fan ,balik dari tapak projek nanti jom teman aku makan di Beef & Bistro Restoran”
“biar betul Dan,sejak bila pulak kau suka makan western ni?” Irfan menunjukkan wajah kehairanan.Peli pula tiba-tiba sahabatnya makan makanan western.Dari sekolah hinggalah masuk universiti Daniel memang tidak gemar bahkan tidak pernah suka makanan western.
“ikut jelah…aku belanja kau ” pinta Danial.
Irfan akur.Dia mula membelok keretanya menuju ke restoran yang ingin dituju sahabatnya.Parking sahaja kereta, laju mereka berdua turun dan memasuki restoran itu.
Mereka memilih tempat duduk berdekatan dengan kaunter bayaran. Daniel dan Irfan mula memasan makanan.Tidak mengambil masa yang lama
Makanan yang dipesan terhidang dihadapan mereka.Daniel menelan liurnya.Begitu menyelerakan makanan yang dipesan mereka.Dari semalam tekaknya sangat menginginkan makanan itu.Sampai susah untuk tidur lena.
“kebulur ke apa kau ni Dan?macam tak jumpa makanan setahun.”terkejut Irfan melihat cara Daniel makan.
Dah lah set lunch yang dipesannya siap dengan starter ,maincost dan desert ditambah dengan menu alacart lagi
“membela ka apa kau ni?” Irfan menggeleng kepala.Cara Daniel makan begitu menakutkan baginya.
“entahlah sehari dua ni tekak aku ni dah jadi mat saleh pulak,teringin nak makan western je” kata Daniel
“habis kat rumah Miss Maya masak apa kat kau?” soal Irfan
“aku request western la, Maya masak je” jawab Daniel selamba.
“Kau makan banyak, kau nampak gemuk.. tapi kau bukan gemuk, kau sado”
“halah kau, macam la tak kenal aku.. tapi buat masa sekarang bentuk badan tak penting yang penting makanan ni, kau tau tak aku tak boleh nak tidur sebab teringin sangat nak makan”Daniel berkata dengan makanan yang masih penuh dimulut.
“Ye aku faham, kalau ya pun telan lah dulu makanan tu.. ni kau nak bungkus tak? Boleh lah simpan dalam peti ais, balik nanti kalau teringin ambik makan terus”
“Taknak ahh, Aku suruh Maya masakkan ja”
*
“Sayang saya tak suka ubat gigi tu,kita tukar ya” kata Daniel sambil mengering rambutnya dengan tuala sebaik saja keluar dari bilik mandi.
“You.. dalam minggu ni saja dah tiga kali tau kita tukar ubat gigi tu” Maya merasa pelik dengan Daniel ,macam macam perubahan Daniel dilihatnya
Ada sahaja yang tak kena. Shampoo tak wangi,busuk sabun mandi pun sama lepasni agaknya perlu tukar satu bilik air agaknya.
“Tak.. Bau ubat gigi tu.. halaa.. taktau la” Daniel memejamkan mata. Teringat pula dengan bau ubat gigi yang buatkan rasa mual dan loya ditekaknya.
“I pakai okay je” Maya memandang bingung Daniel yang melemparkan badannya berbaring disebelah Maya.
“Itu awak bukan saya.. Tak ada ke ubat gigi yang wangi?”Daniel mendongak kepalanya memandang Maya yang bersandar dikepala katil itu.
“ada.. pergi guna sabun badan tu..”
“Ish awak ni..”
“Nanti I cuba cari ubat gigi yang sesuai dengan you.. kalau Susah sangat pakai gigi pasu je lah.. tak payah nak berus gigi dah”
“awak ni main-main pula.. kalau saya tak ada gigi tak handsome la..”
Maya menjeling tajam memandang suaminya yang sibuk memakai pakaian dihadapannya. Daniel meloncat naik ke atas tilam.Mendekati si ieteri yang sibuk dengan ipad di tangan.
“demam lagi?”tanya Daniel lembut.
“Tak.. you tak perlu risau, I tak cukup rehat sahaja.. you sendiri tahu kan yang kita akan hadap projek baru tahun ni, jadi I kena banyak berusaha”Jelas Maya.
“Tapi takkanlah sampai tak rehat you?”
*
“What???Danial berubah”Jerit Amira dengan nada terkejut.
Mereka berdua jadual kosong.Dapatlah mereka berbual sebentar sebelum masuk waktu makan tengah hari.Lagipun disebabkan banyak hal pekerjaan yang banyak susah juga mereka nak luangkan masa bersama.
“entahlah Mira, pelik I tengok Daniel sekarang, selera nak mat saleh bagai, ubat gigi syampoo I kena oder sendiri dekat mana-mana syarikat untuk buat yang jenis Daniel mahukan , dan yang paling pelik tu semua minyak wangi I dia buang”kata Maya.Kopi panas buatan Amira dihirup perlahan.
Maya menggelengkan kepalanya. Sikap Daniel makin hari makin pelik.Pening dia dibuatnya.Ada sahaja yang tak kena di rumah.
Amira terlopong dengan cerita Maya. Patut la hari tu Irfan ada cakap yg Danial belanja dia makan di restoran western food.
Sekarang dengan penjelasan Maya pula memang sah si Daniel ni dah berubah.
“Boleh dia kata I ni berbau wangi sedangkan semua minyak wangi I dia dah buang…pelikkan” tambah Maya lagi sambil mengurut keningnya.
“Miss kenapa?sakit kepala ke?” soal Amira risau melihat Maya mengurut keningnya seakan menahan sakit.
“entahlah tiba-tiba berat rasa kepala I” jawap Maya
“Miss nak ke klinik?”tanya Amira
Maya menggelengkan kepala.
“I nak rehat kejap,nanti ok la” kata Maya
Apa pula nak jadi dekat hubungan Daniel dan Maya?? Jangan lupa follow and komen okay:)
Share this novel