63

Romance Series 137352

“why you tak bagitahu I semua benda ni?” Suara Maya kedengaran tinggi di dalam cafe tersebut. Untung hanya mereka yang berada di situ sebagai pelanggan.

Maya memandang tajam kearah Zafril yang duduk berhadapannya. Lelaki itu diam selepas mendengar penjelasanya.

“Your not my twin” Kata Zafril tanpa memandang wajah Maya. Zafril menyilang tangannya kedada.

“kalau tak sebabkan mama dan papa jumpa I for meeting, sudah pasti I tak akan tau semua benda ni Zaf..”

“I dah cakap, you bukan twin I Maya.. I kenal twin I macam mana. Muka you tak sama dengan I pun”

“Pernah dengan kembar tak seiras? Pernah kan? You nak kenal I macam mana Zafril kalau kita sendiri berpisah dari kecil”

“stop it Maya, kalau you nak bincang--”

“Jangan kerana cinta you pada I you jadi macamni Zaf.. I dah kahwin Zaf. Bukankah dulu you hina maki I dan tak berharap dengan cinta I?”

“I know I bersalah… tapi please, give me a second change” rayu Zafril memandang Maya dihadapannya.

“Semua orang ada buat salah Zaf.. I pun ada banyak salah dengan you. Mama dan papa pun ada kesalahan masing-masing. Tetapi hidup kita takkan bahagia kalau kita fikirkan semula kesalahan tu”

“I dengar cerita dari mama semalam.. jantung I rasa macam nak berhenti dari berdengup. 32 dua tahun bukan sikit Zaf.. lama sangat.. I tunggu kehadiran keluarga kandung”

“I tak tahu sama ada I nak rasa gembira or sedih bila keluarga kandung I ada depan mata. Sedangkan orang yang I kenal tu lah keluarga I..”

Titisan jernih membasahi pipi Maya. Jatuh satu persatu. Rasa bersalah menyesali datang pada dirinya. Tetapi rasa sakit itu lebih kuat.

Dia tidak perlu salahkan orang lain. Mungkin ada sebab lain yang boleh dikatakan mereka salah.

“esok ikut I buat ujian DNA… Kalau you adalah adik I, Zafira irdina, I bersyukur you kembali”

“ I minta maaf atas apa yang salah.. I bukanlah lelaki yang terbaik.I hanya lebihkan perasaan, dan tak fikir orang lain. Bukan selama ni I tak berusaha mencari kembar I tapi..”

“I dapat tahu semuanya diumur I 11 tahun”

*****
“Kami.. kami tak ada anak perempuan” Berketar-ketar suara Puan Amina berkata kepada seorang wanita tua yang mengunjungi mereka.

“wahh baguslah, Jadi aku boleh serahkan harta dekat kamu semua. Dan Zafril.. nenda akan bagi 50% kepada kamu, You akan jadi cucu kesayangan nenda..”

Kanak-kanak lelaki yang menjalani fasa remaja mengemam bibir. Fikiranya mencelah kepada kata-kata ibunya.

Tiada anak perempuan? Sedangkan mereka selalu bercerita soal Zafira, adik kembarnya yang telah hilang di lapangan kapal terbang.

Wanita tua itu berlalu pergi dari rumah mereka.Puan Amina jatuh terduduk. belakangnya diusap oleh Tuan Kamal. Membiarkan isterinya tenang.

“Saya rasa bersalah sangat… Kita lebih kejar harta dari anak sendiri. Mana Zafira bang…” Tangisan Amina deras.

****

“Kita hidup miskin katanya, sampaikan makan pun susah nak dapat.. untunglah kita masih kecil waktu itu. Bekalan susu badan mama sahaja yang membuatkan kita kenyang..”

“I tak tahu sama ada mama sengaja tingalkan atau--”

“Mama cakap mama sengaja tinggalkan, Kawasan airport ramai orang bukan? Mungkin I dijumpai oleh pihak polis? Atau orang-orang sekeliling”Campur Maya.

“Kita tak tahu cerita awalnya Maya, tetapi kau tak marah ke dengan sikap mama dan papa dah buat?”

Zafril mengubah cara percakapan. Seolah adik dengan abang bercakap. Kalau digunakan ‘I&you’ jelas terlihat sangat lain.

“Daniel pernah bagitahu.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah dah takdirkan semuanya.. aku cuma fikir, kalau aku takkan hilang.. Pasti aku tak akan berdiri di sini sekarang”Maya memahamkan Zafril dengan ayatnya.

Zafril hanya mengangguk faham. Entah kenapa rasa kekok apabila dia bersama Maya. Rasa seperti orang lain.

“Daniel tahu?” Tanya Zafril.

“Tak, biar kita siasat dulu.. nanti aku akan jumpa ummi untuk tanya lebih lanjut. Tetapi kenapa orang tua tu tak mahu cucu perempuan?”

“Itu aku tak tau.. mungkin cucu perempuan tidak dapat kembangkan harta? Lagipun orang tua tu bukan keluarga kandung kita”Ujar Zafril.

Maya memandang Zafril dengan dalam. Ternanti-nanti untuk tahu cerita lebih lanjut.

“Nenek kita sudah lama diceraikan oleh atuk.. tak tahu mana keberadaan dia. Dan orang tua itu adalah isteri kedua atuk lebih lagi keluarga tiri kita”

*

“Jadi meeting kita tamat harini.. I ucap taniah kepada pekerja-pekerja baru untuk bahagian kilang. Semoga boleh berterusan bekerja macam yang I nampak selalu okay?”

Maya tersenyum ramah memandang semua pekerjanya yang mula mengemas barang mereka utuk bersuarai. Maya duduk semula. Melepas keluhan satu persatu.

“You ada masalah ke Miss?”

Maya memandang Amira yang sedang mengemas barangnya dan miliknya. Kepala digelengkan menjawab soalan.

“habistu kenapa lain macam je tu? I tengok pun dah tahu.. bergaduh lagi dengan Daniel?”

“Bukan.. hubungan I dengan dia makin baik”

“baguslah tu, tapi ni kenapa sedih je muka?”

Maya memandang Amira dengan penuh harapan. Salah satu sahabat yang paling rapat dengannya. Rasa nyaman jika luahan hatinya didengari oleh Amira.

“I jumpa keluarga kandung I”

Amira melebarkan mata. Bukan sahaja mata yang melebar, malah bola matanya nyaris tersembut keluar dari soketnya.

“Really?” Soal Amira tidak percaya.

“Ya..”

“how can? Siapa diorang? Macam mana Miss tahu?”

“I--”

“sorry ganggu, Miss Maya.. Alia pekerja baru tu buat kecoh dekat luar” Seorang staff menerpa mereka.

Maya dan Amira saling berpandang. Apa pula yang perempuan tu buat? Laju Maya berdiri keluar dari bilik meeting membiarkan Amira mengemas bersendirian.

Suara kecoh yang tidak jauh didengari itu dia dekati. Fail-fail dan kertas yang bertarabur di lantai dipandang. Bergaduh apa pula sampai bersepah satu office? Kalau file tak penting dia tak kesah tapi kalau hal kerja? Lalu matanya menoleh pula kepada Alia dan syahira.

“Kau memang sengaja curi yang aku punya kan? Kalau tak boleh buat kerja dengan elok, tak payah kerja dekat sini!” Amarah Alia sambil menarik tudung yang tersarung dikepala syahira.

“Alia sudahla!” Daniel dan Irfan cuba menghalang perbuatan mereka. Staff-staff lain juga menjerit menyuruh mereka berhenti.

“saya tak buat pun kak Alia, saya sendiri tak tahu macam mana boleh ada dekat meja saya” Syahira menahan tudungnya.

“Penipu!!! aku nam--”

“erkhem”

Semua yang riuh kini diam apabila mendengar deheman seseorang.Hanya deheman perlahan, dari riuh satu office boleh diam.Semua mata memandang Maya yang sedang berdiri memandang mereka sejak dari tadi. Bergaduh sampai tak nampak bos sendiri ada tengok.

“whats up?”Maya bertanya selamba.

“i ask you guys..”

Semua diam. Tidak berani untuk melawan atau menjawab kata-kata Maya.

“Irfan.. Daniel.. tell me apa yang terjadi?”

“Alia tuduh Syahira curi kerja yang dia buat, sedangkan Syahira tak curi pun ha itulah yang saya tahu pun” Jelas Irfan.

“aku tak tuduh pun memang dia yang curi”Bentak Alia

“masuk pejabat I..” Maya bersuara lantang.

“SEKARANG!!!”

Hampir terkeluar anak tekak Maya menjerit. Dia memberi pandangan tajam semua orang agar kembali bekerja. Syahira dan Alia mengikut dirinya menuju keruangannya.

Maya menduduki diri di atas kerusi berhadapan mereka berdua. Membiarkan dua gadis itu berdiri dengan rasa bersalah masing-masing.

“Kenapa you tuduh Syahira, Alia?” Tanya Maya

“Saya jumpa kertas lakaran saya diatas meja dia Miss Maya, terang-terang dia curi..”Alia membalas.

“You yakin dia curi? Atau you terletak dekat atas meja dia tanpa sengaja? Atau you memang sengaja nak buat kecoh?” Dingin Maya.

“jujur saya cakap, saya tak mencuri.. dan saya taktahu apa-apa pun dan macam mana kertas itu boleh ada atas meja pun saya tak tahu” Syahira pula bersuara.

“Kau diam lah, kau memang nak aku kena marah dengan Miss Maya kan? Mentang-mentang aku masih baru kau nak buli aku kan?” Alia geram dengan sifat Syahira.

Maya memejamkan kepalanya. Kepala digeleng. Datang mahu kerja atau mahu bergaduh? Mahu sahaja dia pecat kedua-duanya tapi tak boleh begitu.

Masih ada adap pekerjaan dan kepentingan yang perlu dijaga.Siapa yang salah pun dia belum tahu.

“kau tak layak tau nak marah aku.. sebab aku ni boleh dikira sebagai bakal isteri kedua Daniel,CEO of MY company. You know why, kami akan tinggal satu rumah tak lama lagi..”

Maya yang memajamkan mata kini mencelikkan mata mendengar kata-kata Alia yang melontar. Dia memandang Alia yang masih berperang mulut dengan Syahira.

“apa? Isteri kedua Daniel?” Syahira memandang tidak percaya.

“Itu lah--”

“what are you talking Alia Dina? Kau sedar tak dengan siapa yang ada depan kau ni?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience