“Kenapa pakai macamni?” Daniel menegur Maya yang baru sahaja keluar dari perut kereta alpha miliknya.
Daniel dan irfan satu kereta. Jadi Maya hanya menaiki alpha berasingan yang dipandu oleh salah seorang staff perempuan yang mengikuti meeting.
“Kenapa?”
Maya memandang pemakaiannya harini. Apa yang lain?
“Selalunya kalau awak pakai kemeja, awak akan masukkan kemeja ni dalam seluar biar nampak kemas and nampak pinggang ramping awak”
Daniel memegang pinggang Maya.Pelik betul penampilan Maya harini.
“err salah ke? Ubah penampilan lah katakan.. dah jom masuk” Maya menari tangan Daniel memasuki syarikat perabut milik Zafril diikuti staff-staff yang lain.
“Hai selamat datang Miss Maya, gembira kami dengan kedatangan Miss Maya dan seluruh pihak” Seorang staff asing menyapa ramah kearah mereka.
“Mari, saya tunjukkan bilik mensyuarat.. Dato ada di dalam”
Maya menganggukkan kepalanya. Tangannya tidak lepas menggenggam tangan Daniel. perlahan mereka berjalan mengikuti langkah staff itu.
Daniel pandang sekilas kaki Maya. Selalunya kalau isterinya jalan.. bunyi tumit kasut terdengar dan hal itu sangat menakutkan bagi pekerja.
Tapi kali ini Maya hanya mengenakan kasut serlung berjenama Channel. Maya terlihat simple tapi bergaya.
“Whats wrong with you today?” Bisik Daniel.
“what?”
Daniel menarik lengan Maya agar gadis itu menghentikan langkah. Dengan kerutan di dahi dia kembali memandang Maya dari atas hingga bawah,Penampilan simple dan lain.Baju yang sangat longgar dan agar besar,
“kenapa awak pakai macamni? Saya rasa ni bukan cara pemakaian awak Maya..”
“stop it Daniel.. baju I banyak tak basuh lagi, lupa ke Maksu balik kampung?”
“kalau ya pun kenapa keluarkan kemeja?”
“seluar I singkat, nampak tak cantik”
Maya mengerling sekilias sebelum masuk ke dalam bilik mensyuarat bersama staff ikutannya.
“Hi Maya! Nice to meet you sayang..” Zafril bangun menyapa Maya yang baru masuk ke dalam bilik mensyuarat.Tanpa segan lelaki itu memeluk Maya.
‘Eii pakcik janggut ni, aku cukur jambang tu bagi lincin kang.. tapi tak boleh juga.. kalau aku cukur nanti kau handsome mengalahkan aku..’Jeling Daniel.
“Sorry sebab terpaksa minta you datang sini..”Kata Zafril.
“It’s okay Zaf.. Come on kita mulakan..”
Meeting dimulakan dengan sangat fokus hingga ke akhirnya. Daniel banyak diam melihat kemesraan si isteri bersama ‘Pakcik Janggut’
Daniel juga jarang berbual, memilih untuk berdiam diri dan memberi peluang untuk staff lain memberi penerangan.Lagipun kerjanya hanya mendengar dan mencatat apa yang patut.Soal bertutur sudah dia jelaskan kepada beberapa staff yang ikut. Irfan pula disebelahnya tidak habis-habis menenengjkan dirinya yang makin berasap itu.
Siapa sahaja tidak cemburu melihat isteri bermesra dengan lelaki lain?
“ I betul-betul kagum dengan you Maya.. You memang hebat dalam bermain modal sampai keuntungan you pun you boleh dapat lebih dari I”
Maya ketawa kecil. Biasalah.. lawak tetap lawak.
“Usaha tanda kejayaan, Terima kasih juga sebab you sudi bekerja sama dengan syarikat I Zaf..”
“Everything for you sayang..”
*
“you ni kenapa Daniel?”
Maya menghempas begnya diatas sofa selepas pulang dari meeting bersama Zafril.
Kelibat Dahlia yang sibuk menikmati manisan itu diedahkan. Ada hal penting mahu diselesaikan,
“saya tak nak bergaduh.. penat”
“Jangan nak mengelak daniel.. I tahu you cemburu fasal tadi kan?” Maya masih mengawal suaranya.
Daniel menghentikan langkahnya. Dia memejam mata erat sebelum membuka dan memandang Maya dengan tatapan biasa.
“Suami mana tak cemburu walaupun ianya hanya kontrak?”
“sudahla Dan.. I dengan Zaf cuma kawan.. Just a friend, tak lebih pun.. sampai bila you nak macam ni?”
Maya benar-benar marah dengan sikap Daniel. Bukan apa, bila hal pekerjaan memang Maya tidak buat main. Dia benar-benar angin bila Daniel tidak terlalu bersuara dalam perbincangan tadi.Seolah menunjuk aura negetif di bilik meeting itu.
“Kawan? Sampai bersayang lepastu peluk? Macamtu?”
“Tolong lah Daniel.. kalau tiada i mungkin i tak berdiri di hadapan you sekarang.. dia yang sedaya upaya selamatkan I dari kemalangan tu.. Tolong hormat dia Dan..”
“Ya.. saya akan hormat dia.. buatlah apa yang awak nak buat, im tired right know dan i need some rest”
Daniel berjalan dahulu naik ke bilik.Maya menghela nafas.Sikap Daniel makin menjadi-jadi sejak kehadiran Zafril.Tapi dia tidak kesahkan sangat,Zafril juga satu masih lagi bermain-main walaupun sudah tahu yang dia dah kawin.
Atau mungkin lelaki itu masih mahu mengambil kesempatan kepadanya.
“akak okay?”
Maya menatap Dahlia yang mendatang kearahnya sambil membawa sayur sawi yang masih basah.
“okay, dahlia buat apa dengan sawi tu?”
“Ouhh pagi tadi along cakap dia teringin nak makan nasi goreng cina dengan kari ayam yang dahlia masak itu yang nak buat tu..”Kata Dahlia.
Maya hanya menganggukkan kepalanya.Pagi tadi juga Daniel tidak menjamah makanan bahkan makan tengah hari bersama Zafril dikata masih kenyang.
“dahlia masak cepat boleh? Akak nak bagi along makan sebab dia tak makan apa-apa lagi..”Maya berkata sopan.
“baik akak, lagi stau Dahlia nak minta izin nak guna dapur ya”
“ya sayang.. guna sahaja buat macam rumah sendiri, akak pula rasa malu sebabbagi Dahlia yang masak”Maya tersenyum tangan naik mengusap rambut Dahlia.
“hihih tak apa akak, dahlia tahu akak mesti penat kan.. dah la Dahlia menumpang,takkan lah nak duduk goyang kaki”
“apa lah Lia ni, akan tak pernah anggap pun Lia menumpang.. akak naik dulu ya, nak mandi”
Maya dan daniel masih didalam mood mereka. Usia menunaikan solat asar Maya turun mendekati Dahlia dan Daniel yang menjamah makan itu.wajah Daniel masih seperti awalnya.Mungkin dia masih marah.
Selesai sahaja makan niat Maya yang mahu memujuk dibatalkan apabila Daniel mahu keluar bersama Irfan untuk pergi menonton bola di stadium.Maya tidak halang mungkin cara yang boleh meredakan ajukknya apabila dia pergi berseronok diluar bersama Irfan.
“Tak tidur lagi?”
Maya menegur adik iparnya yang sibuk membancuh minuman didapur.
“Belum kak.. akak? Kenapa tak tidur lagi?”
“Akak haus”
Tangan Maya mencapai gelas kosong lalu dia mengisikan bersama air tapis berdekatan.
“akak nampak makin berisi”
“Uhukk!”
“eh akak”
Laju Dahlia mendapatkan Maya yang tersedak kerana olahnya. Ini kalau disoal oleh abangnya, pasti habis dia diceramar nanti.
Dahlia menggosok perlahan berlakang Maya supaya gadis itu rasa baik semula.
“maaf akak..”
“tak apa”Kata Maya.
“maaf akak, Dahlia bukan nak cakap akak gemuk tapi akak cuma nampak berisi sikit maybe err alaa salah ayat la pula..”
Maya sekadar memandang dengan senyuman.Tiada kata-kata untuk menjawab soalan yang Dahlia utarakan.
Share this novel