Apa nak jadi dengan kau ni angah?” Daniel bersuara dingin memandang adik keduanya.
Matanya tajam memandang Dahlia yang sedang duduk berhadapan gurunya.Maya hanya sedari tadi menunggu di tepi pintu masuk pejabat sekolah.Dia mendapat panggilan dari ayah mertuanya bahawa guru sekolah memanggil mereka untuk ke sekolah.
Ayah mertuanya tidak dapat datang kerana perlu menjaga puan Solehah yang masih lagi dalam perawatan pihak hospital.Tergesa-gesa mereka dari pejabat terus pulang ke rumah dan kemas pakaian untuk pulang ke kampung.
“Kau datang sekolah nak bercinta ke nak belajar?”Marah Daniel. Kecewa malu dan macam-macam lagi perasaan yang dirasainya sebagai waris Dahlia.
“aku penat-penat cari duit untuk kau sekolah ini yang kau buat?”
“Daniel stop.. kita kat sekolah sekarang ni”Maya mendekati Daniel. Bahu lelaki itu diusap perlahan agar dirinya kembali tenang.Maya tidak mahu masalah dibesarkan lagi-lagi dihadapan guru pengetua dan juga guru kelas.
“apa yang terjadi sebenarnya cikgu?”Soal Maya kepada dua orang guru yang berada di bilik itu. Sedari tadi dia diam dan malas mahu masuk campur tapi melihat kemarahan Daniel pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku.
“Biasalah Puan, cinta monyet budak sekolah.. kami dapat aduan dari pihak pelajar lelaki yang Dahlia cuba memeluk dia dan menganggu dia” Kata Guru pengetua itu.
Diam sahaja Maya mendengar penjelasan guru itu.Diperhati adik iparnya yang sibuk melayan tangisan.
“siapa budak lelaki itu ya?”
“Kami minta maaf, bagi tidak ada salah faham diantara pihak sekolah dan waris pelajar kami terpaksa merahsiakan pihak yang melaporkan”
“Kami minta maaf bagi pihak Dahlia.. jom balik”
Maya menarik tangan Dahlia keluar dari bilik guru.Daniel turut melangkah laju keluar dan memasuki kereta Maya.
Mereka terus pulang ke rumah.Sunyi sepi dan tiada bualan lansung.Hanya suara tangisan Dahlia saja terdengar.
Sampai sahaja di rumah.Maya tidak hiraukan Daniel.Terus dia keluar dan membawa gadis itu masuk ke rumah Sempat dipujuk Dahlia yang menangis.
Daniel pula terus masuk ke dalam bilik.Penat juga memandu berjam-jam untuk sampai ke kampung.
Pintu dibuka dari luar.Daniel memandang Maya yang masuk ke dalam bilik dengan pandangan tidak puas hati.
“You tak patut marah dia macamtu Daniel..”
“Habistu saya nak buat macam mana? Dia perlu pengajaran..” Pintu bilik dihempas kuat oleh Maya. Baru sahaja selesai memarahi adiknya kini perlu menghadapi pentengkaran dengan isteri pula.
“memang dia perlu pengajaran tapi bukan cara macamtu.. you marah dia depan-depan guru ingat dia tak malu ke?”Maya masih mengawal suaranya agar keluarga mertuanya tidak dengar.
“Habistu saya nak marah dia macam mana? Tell me… dia dah malukan saya tau.. saya penat-penat cari duit--”
“I know that.. you berusaha keras untuk sekolahkan dia kan? I pun tempuh benda sama macam you dulu..”
“You cuma fikirkan diri you Daniel.. you tak fikirkan perasaan adik you.. you cuma fikir yang you bersusah payah cari duit tapi adik you?”
“Dia masih belajar Daniel.. she need focus for study.. dia pun nak berjaya, I dulu pun susah payah macam you.. I kerja kedai makan je.. balik jalan kaki, you? You naik motor kan?”
“You cari duit sekurang-kurangnya you ada sokongan ibu bapa you.. I? I hanya ada sokongan ummi..”
“Dahlia perempuan Daniel.. wajarlah kalau dia sukakan seseorang, tapi you pasti ke yang adik you yang bersalah? You tahu tak lelaki remaja zaman sekarang macam mana?”Maya sudah mula hilang sabar.
Mungkin kenangan sejarah lama menghantui dirinya buatkan dia sendiri emosi dengan kes di sekolah adik iparnya.
“I nak you cakap dengan adik you baik-baik.. slow talk with her.. tanya dia apa yang patut, bukan main serang ja..I bukan apa, walaupun I baru sahaja kenal Dahlia but..”
“adik you.. bersalam dengan lelaki pun tak mahu sebab diorang tahu bukan muhrim dan berdosa.. lagi-lagi peluk..benda tu nampak sangat tak waras kalau adik you peluk lelaki ”
Daniel diam.Apa yang dikata Maya betul juga. Mungkin dia terlalu ikut egonya sampaikan dia tidak dapat berfikir perkara yang betul. Kenapa dia tidak berfikir dahulu? Itu adalah perkara yang sangat bodoh jika Dahlia melakukan hal sebegitu. Laju dia keluar dari bilik dan mencari kelibat Dahlia didapur.
Mahu memujuk dan bertanya lebih lanjut kepada gadis itu.
“Angah.. sini”
Dahlia yang sibuk mencuci pinggan itu perlahan menuju ke abangnya yang sedang berdiri memandang tajam kearahnya.Takut mengusai diri, dia yakin abangnya masih mahu menyoal tentang perkara yang berlaku di sekolah.
“apa?”
“Cerita dekat aku apa yang terjadi sebenarnya” Dingin Daniel bertanya.
“Along salah faham.. Aiman tuduh angah.. sebenarnya angah sukakan Aiman dari dulu.. tapi Aiman tak suka angah sebab angah tak cantik macam orang lain..Aiman tak nak angah kacau dia lagi sebab tu Aiman guna tindakkan macamtu”Ujar Dahlia.
“kenapa kau nak kena sukakan orang yang tak sukakan kau?”
“Angah tahu siapa diri angah bagi diorang Along.. Hati aku sahaja cakap yang aku sukakan dia tapi tak pernah sekali pun aku ganggu dia, mungkin kerana kami terserempak dan hal itu buatkan dia terganggu..”
“Kenapa Along nak kena marah angah macamtu? Dah lupa ke macam mana perangai adik sendiri sampaikan sanggup salahkan adik sendiri?”
“see”
Maya sedari tadi mendengar perbualan mereka bersuara. Sudah agak Dahlia masih berfikir waras soal percintaan di zaman sekolah. Tidak mungkinlah dia mahu memeluk lelaki di sekolah kalau mahu menyentuh kulit pun tidak pernah dia lakukan. Bukan mahu salahkan pihak lelaki tapi ada betulnya juga dari adik iparnya.
“I dah cakap..”
“Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal angah?”
“Macam mana nak bagitahu kalau along main serang je ?”
Daniel kemam bibir. Kenapalah dia cuai sangat? Dia tak patut terus marah Dahlia, dia perlu dengar penjelasan Dahlia juga.Rasa malu pula jika menjadi abang yang sangat tidak bertanggungjawab.
“aku minta maaf..”
Daniel mengusap lebut kepala adiknya.
“Tak apa.. angah faham, mesti along marahkan angah”
“Tak apa.. aku tak marahkan kau, kau tak salah? Dah lah pergi masuk bilik esok nak bangun sahur”
Langkah diatur ke bilik diikuti Maya. Terus Daniel membaringkan tubuhnya diatas katil yang baru ditukar itu.Rasa bersalah malu semua ada. Kenapalah dia ikutkan sangat kata hati sehingga memarahi adiknya begitu.
“dah la tu.. lain kali jangan buat lagi” Selimut ditarik oleh Maya menutupi tubuhnya.
*
Pukul 5 pagi. Suasana langit masih gelap. Bunyi mangkuk pinggan yang dihentakkan perlahan diatas meja sahaja kedengaran. Biasalah bangun awal, mahu cakap pun masih terasa lemah.Maya mencedokkan nasi kedalam pinggan untuk keluarga mertuanya.
Ini adalah kali pertama mereka bersahur bersama. Rasa lain dari lain. Selalunya Maya sendiri yang akan bangun masak dan makan seorang diri tapi kalini bersama keluarga mertuanya dan juga suaminya.
Maya tersenyum melihat keluarga mertuanya yang sibuk mencedok lauk pauk yang dimasak olehnya. Kali pertama dia masak untuk keluarga mertuanya.
“Ibu nak sayur ke?”Maya menyoal ibu mertuanya yang masih tidak mengambil lauk pauk yang dimasakkanya.
“Boleh juga.. sedap je ibu tengok Maya masak, pandai Maya masak”
Maya sekadar ternyum menerima pujian ibu mertuanya. Dicapai pinggan puan Solehah untuk diletak sayur dan beberapa jenis lauk.Melihat semuanya sudah menikmati makanan,Maya duduk bersebelahan Daniel yang masih mamai dengan tidurnya itu.
“makan tu buka mata la Daniel.. ni lah perangai kamu waktu sahur. Dari dulu sampailah sekarang tak pernah berubah..” tegur Tuan Adnan.
“tahh.. along ni tak malu ke dah ada isteri pun perangai masih sama macam dulu.. lauk pun tak ambil.. kenyang ke makan nasi saja?”Campur Daniya pula. Tergeleng-geleng kepala melihat abangnya itu.
“abang? Abang nak lauk apa?”Tiba giliran Maya melayani suaminya.
Dari mata yang sangat berat mahu dibuka terus Daniel memandang Maya dengan mata tidak berkelip. Kemudian dia berpaling melihat belakang dan sisinya pula.Tiada lelaki lain kecuali dirinya dan ayahnya.Takkanlah Maya nak panggil ayah mertuanya abang pula?
“Abang..”
Sekali lagi Maya bersuara.Bergetar tangan Daniel yang memegang cawan yang berisikan kopi panas itu.Semalam bergaduh sampai tidak mahu bercakap, harini berabang-abang pula demam ke isterinya?
“a-ambil je lah..”
Maya akur. Dia hanya mencedokkan beberapa lauk ke dalam pinggan untuk Daniel.
“Makanlah… “
“Maya tak sibuk ke yang terpaksa balik kampung ni? Maaflah ayah tak dapat pergi sekolah Dahlia..”Encik Adnan bersuara menghilangkan rasa sunyi di dapur itu.
“tak ada apa ayah.. ingat nak cuti lama sikit, hal kerja tu biar pekerja Maya yang uruskan..”Kata Maya sopan.Mahu jaga hati bapa mertuanya. Bukan tidak sibuk, sangat sibuk. Tapi dia tidak kisah dia masih boleh bekerja di rumah.
“Baguslah tu… Daniel bawalah Maya pusing-pusing kampung, petang ni bawa Maya pergi bazar ramadhan ke dekat simpang sekolah tu”Kata Puan Solehah.
Bicara Puan Solehah buatkan Daniel semakin buntu.Maya tersengih memandang Daniel yang sedari tadi fokus dengan makanannya. Maya menahan ketawa.Rancangannya mahu memujuk Daniel berjaya.
“Abang okay ke..?”Maya bersuara lagi.Seronok mengusik suaminya itu.Tangan kirinya memengang bahu Daniel.Mengusap-usap bahu lelaki itu.
“Uhukk! Uhukk!”Terbatuk Daniel dibuatnya.
“Abang, makan lah baik-baik” Maya memberi air kosong miliknya.
Daniel tidak menolak malah mengambil dan meminumnya.
“sweetnya along dengan akak.. minum satu cawan..”
“PPUFFFFF!!!!”Mendengar pujian Daniya, habis tersembur Daniel mengenai wajah adik-adiknya.
“along!!!”
*
“Buat apa dekat luar ni Dahlia?” Maya menegur adik iparnya yang duduk di beranda depan rumah itu. cardigan miliknya ditutup apabila merasa tiupan angin sejuk malam itu.Maya duduk bersalahan Dahlia.
“Tak ada apa lah akak..”
“sejuk kan malam ni?”Maya tersenyum
“Haah, dekat kampung malam-malam memang sejuk… akak suka duduk kampung?”Tanya Dahlia.
“suka.. tenang sangat”
Dahlia ikut tersenyum mendengar jawapan Maya. Jarang orang luar yang sukakan susana kampung.Tapi tidak seperti Maya yang lebih kelihatan tenang dan sangat sukakan suasan kampung.Tidak pernah lagi mendengar Maya merungut soal di kampung.
“Dahlia, akak nak tanya sesuatu boleh?”
Dahlia mengangguk.
“Dahlia memang sukakan Aiman?”
Kepala ditundukan. Sedih, marah kecewa semua ada. Sanggup lelaki itu berbuat sebegitu kepadanya.terlalu buruk kah dia untuk dibuat sebegitu?
“Akak faham apa yang Dahlia rasakan.. akak pun pernah rasa macam apa yang Dahlia rasa, tapi nak tahu apa yang akak buat?”
“Nak”
“akak move on.. lupakan dia selepas apa yang dia buat dekat akak walaupun ianya sangat susah tapi akak cuba.. penat tau menangis berhari hari hanya kerana dia, tapi apa yang kita dapat?”
“Kita tak akan dapat apa-apa pun Dahlia… Walaupun sakit tapi akak cuba lupakan dia sampai sekarang”
“akak hebat..”Puji Dahlia.
“Dahlia pun hebat.. Air mata perempuan ni berharga Dahlia, sangat berharga.. kalau Aiman tu mampu bayar.. mungkin dia hebat untuk memiliki hati Dahlia tapi kalau tidak bermakna air mata Dahlia sangat berharga”Tangan Dahlia disentuh lembut oleh Maya.
“sakit sangat rasa dia.. akak faham, akak janji lepas Dahlia pindah pergi kuala lumpur nanti akak akan bantu Dahlia”
“Terima kasih akak.. Dahlia nak sangat jadi macam akak, tapi tak naklah membujang macam akak Hahahhahahah”
Kata-kata semangat Maya sangat menusuk ke dalam hatinya sheinggakan dia benar-benar sudah lupa apa masalah yang berlaku.
“ehh budak ni kan!”
Daniel yang memandang disebalik tingkap hanya tersenyum. Riuh ketawa Maya dan adiknya membuatkan dia turut gembira.
Wajah Maya sangat cantik bila ketawa dan tersenyum.Entah apa yang sudah dirasainya sekarang? Adakah perasaan itu sudah hadir?
‘Tidak Daniel.. ini hanyalah perkahwinan kontrak’
“dah dah la tu mengelamun you...”
Terhinjut bahu Daniel mendengar suara Maya dari berlakang. Dipandang Maya yang berdiri dibelakangnya dan beranda yang menjadi tatapannya tadi.Tinggal adiknya sahaja, tapi bukankah tadi Maya berada di situ juga.
“bukankah..”
“dah nak dekat tiga minit I masuk berdiri sebelah you.. kenapa you pandang kitorang berbual?”
Tingkap bilik ditutup. Daniel hanya diam dan berjalan menuju ke rak yang terletak barang makeup Maya.Sikat diambil lalu disikit rambutnya.Mahu lari dari soalan Maya.
“kenapa tak jawab?”
“Buat apa saya nak jawab? Miss tu kenapa masuk?”
“kenapa? I tak boleh masuk bilik ni dah ke?”
“tak cakap pun, awak tu kenapa masuk bilik? Tadi bukan main seronok sembang dekat luar, berbual apa?” Daniel mengalihkan pembicaraannya.
Maya menggarukan kepala, macam mana dia mahu mulakan percakapan? Tapi sepertinya ia sangat memalukan jika dia terus terang kepada Daniel. Takkanlah dia nak tahan sampai ke pagi esok?
“kenapa Maya?” Soal Daniel lagi.Bingung dia melihat tingkah laku isteri yang seperti resah.
“You….”
“erm?”
Maya menelan liur. Macam mana pula nak cakap ni. Malu pun ada juga.
“err.. teman I pergi tandas boleh?”
Kening Daniel terangkat sebelah. Tidak percaya apa yang baru dikatakan Maya. Namun diri sendiri menahan dari mahu ketawa besar. Maya meminta dia untuk meneman dirinya ke tandas.
Maya tersimpul malu, bukan dia tidak tahu Daniel sedang ketawakan dirinya di dalam hati. Mahu ke tandas sendirian? Tapi tandas di berlakang rumah.Tidak mungkin untuk dia berjalan malam-malam ke tandas.
“Kenapa saya kena teman? Awak boleh pergi sendiri kan?” Daniel memeluk tubuh. Mahu mengusik si isteri pula.
“You.. takkanlah I nak berjalan malam-malam takutlaa..”
“ta--”
Bunyi ketukkan pintu buatkan percakapan Daniel terpotong. Dia memandang Maya sekilas sebelum bangun membuka pintu.
“Ibu..”
Daniel tersenyum melihat ibunya di muka pintu. Puan Solehah menjenguk sedikit kedalam bilik tidur anaknya. Memastikan menantunya ada di situ. Kepala digeleng-gelengkan.
“Takkan kamu tak mahu teman isteri kamu Dan? Lagipun dia bukan biasa guna tandas berlakang rumah..” naik geram pula Puan Solehah bila Daniel tidak mahu menemani isterinya ke tandas.
Daniel tersengih.
“alaa.. tandas dalam rumah ada.. suruh la dia buang air kecil kat situ..”
“Engkau jangan nak main-main dan.. isteri kamu tu keracunan makanan, kesian la kat dia.. nak mengusik pun ikut waktu, isteri tengah sakit jangan dibawa main.. ni ibu ada bawakan ubat dengan minyak”bakul berisikan ubat itu diberi kepada Daniel.
“bawa isteri kamu pergi tandas sekarang.. teman lah dia”
Daniel menetup pintu selepas ibunya berlalu pergi. Ubat dan minyak di diberi ibunya dipandang sebelum dia beralih pandangan memandang Maya yang menahan sakit sambil memegang perut.
“awak okay tak?” Soal Daniel menjadi semakin risau melihat kerutan dahi Maya.
“Okay je kot lepas membuang..”Jawab Maya.Nak malu pun dah tak ada guna. Dia memang betul-betul mahu membuang takkanlah disebabkan malu dia mahu tahan pula.
“Mari..”Daniel berlalu keluar diikuti Maya.Lampu dipasang melalui Iphone.Daniel dan Maya melangkah perlahan-lahan di kawasan yang agak gelap itu.
“kenapa buat tandas dekat berlakang?”
Soal Maya memegang belakang hujung baju Daniel kerana takut kehilangan jejak lelaki itu.
“Tandas kampung.. biasalah. Dah sampai masukklah”
Maya memandang tandas dihadapannya. Air liur ditelan kasar. Tandas yang terletak diberlakang rumah.Kiri kanan gelap gelita.Lampu pula tiada.Siapa sahaja yang tak takut? Rasa was-was pula dia mahu masuk kedalam tandas itu.
“kenapa tak masuk lagi? Tak sakit perut dah?”Soal Daniel bingung melihat isterinya yang masih berdiri tegak di hadapan tandas.
“awak tunggu ya Daniel..”
“ye saya tunggu la takkan saya nak tinggal awak, bahaya kan awak tengah sakit..”Daniel menggelengkan kepalanya.Tengah sakit pun lain macam manja isterinya.
“Lampu tak ada ke?”
“lampu tak ada, eleterik tak sampai.. Tak apa, nampak je dekat dalam tu.. kalau tak nampak nanti saya suluhkan dekat lubang pintu ni”Daniel menunjuk pintu tandas yang agak lusuh.
Maya menggaru kepalanya. Kaki dihentakkan.Dah lah tengah sakit, main-main pula suaminya ditandas rumah yang gelap.
“masuk je lah..”
“saya tak nak tutup pintu eh?”
“what?”
“ALAA kita pergi petronas je lahh!!!” Maya menarik tangan Daniel pergi. Dia tak sanggup lagi membuang ditandas tersebut.
Share this novel
Bila nak update lagi