33

Romance Series 137352

“Aku nak duit!”

Pintu dihempas kuit. Lelaki itu sudah tidak mengedahkan orang sekelilinganya. Yang diperlukannya sekarang adalah duit. Itu sahaja yang dia nampak.

Amira sedikit terkejut dengan tingkah suaminya yang menerpa masuk ke dalam bilik itu. Sibuk dia menidurkan anaknya, tiba-tiba sahaja lelaki itu mengejutkan mereka.

“saya tak ada duit lah” Amira bercakap perlahan, namun masih dapat didengari oleh suaminya.

Badan Aisya yang tertidur di atas katil di tepuk supaya tidak rasa ternganggu dengan mereka berdua.

“Kau tak ada duit? Kau kerja punya hebat.. takkan tak ada duit?”

“Sudah lah Hariz! Sampai bila awak nak macamni.. makan minum anak saya nak beli pun tak cukup awak tahu tak?!” Amira berdiri mendekati suaminya.Tubuh gigil ketakutan.Wajah marah lelakinya ditatap.

“Kau nampak aku kesah ke sekarang ni?! Yang aku nak duit, bukan aku nak dengar aduan kau ni!” Bentak Hariz.

“Saya tak ada du-- Hariz!!”

Amira cuba menahan suaminya yang berjalan mendekati almari bajunya. Habis seluar dan baju berselerak di atas lantai. Dengan kasarnya dia menyelongkar segala barang yang ada di dalam almari.Tangan berhenti selepas menjumpai sesuatu yang berharga baginya.

“Hariz jangan Hariz…” Maya cuba mahu merampas barang perhiasan emasnya namun laju lelaki itu menepis.

“Kau cakap kau tak ada duit, ini apa?”

“Hariz jangan…”

“Terima kasih sayang, aku pergi dulu”

Amira duduk selepas kahadiran lelaki itu hilang dari pandangnnya. Sakit dan penat, itu yang dialaminya. Segala simpanan asetnya kini habis.

Duit gajinya sahaja tidak cukup duntuk makan minum dia bersama anaknya. Ditambahkan keperluan Aisya dan hutang-hutang kecil.

Tangisan mula keluar.Matanya beralih kepada gadis kecil yang berbaring di atas katil.Mimpi indah yang menemaninya saat tidur tidak sama di dunia nyata yang dia sendiri tidak akan faham selagi dia tidak dewasa.

“Ya Allah…”

Hariz, lelaki yang dicintainya dulu.Setia janji yang dikatakan kini semuanya berubah.Hidupnya seolah dikurung dikandang.Lelaki itu juga bukanlah seperti yang dia kenal dulu.

Pukulan yang masih terasa di tubuh badannya.Setiap kali lelaki itu cuba mahu mendapatkan uang.Tidak difikirkan yang lain, sehingga sanggup memukul Amira asalkan dia dapat apa yang dimahukannya.

Amira memeluk lutut menangis sepuasnya.Dirinya tidak berhenti berdoa.Bahkan meminta penyelesaian untuk semuanya.Jika dia tinggalkan Hariz,anaknya pasti tidak akan sama seperti keluarga lain.

Itu yang sentiasa difikir olehnya dan buatkan dia masih boleh tahan dengan lelaki itu.

“aku kuat.. demi Aisyah”

*

Pintu utama dimasuki oleh Maya. Agak hiaran ruang tamu penthousenya kelam. Menandakan sesiapapun tiada. Suiz lampu ditekan.

Rumahnya mula terang dengan cahaya lampu. Maya memandang sekeliling. Tiada sesiapa, jam tangan di tangannya dipandang sekilas.

Ianya sudah waktu pulang kerja, tetapi mana pula kelibat Daniel.
Maya memanjat tangga menuju ke biliknya bersama Daniel.Tombol pintu dipulas.

Klerk!

Pintu bilik dibuka, biliknya turut gelap. Maya meraba dinding mencari suiz lampu biliknya.

Dan..

Pap!

“happy birthday to you..
Happy birthday to you…
Happy birthday.. happy birthday..
Happy birthday to Maya..”

Niat Maya terbantut apabila melihat biliknya penuh dengan cahaya lilin. Dapat dilihat juga beberapa taburan bunga di atas lantai dan katil.

Belon-belon mereah berbentuk hati tergantung dan elok bertebangan.Hiasan yang sangat romantik.

“happy birthday sayang..” KataDaniel sambil menghalakan kek yang dibelinya kepada Maya.

“Harini birthday I ke?”Tanya Maya yang menerima huluran Daniel.

“Habistu? Kalau bukan birthday awak kenapa pula saya nak buat macamni?”

Maya menepuk dahinya. Sibuk sampai terlupa hari bahagianya. Maya kembali memandang Daniel sebelum matanya meliar melihat kawasan biliknya.

“Did you do it?”Tanya Maya.

“Yes.. just for you sayang.. I doakan, you sentiasa sihat, dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan.. dan murah rezeki.. again, Happy birthday”

Maya tersenyum manis memandang Daniel. Kek yang berada di tangan diletakkan perlahan atas katil.

Perlahan tangannya memeluk pinggang Daniel dan menyembamkan wajahnya di dada bidang milik Daniel.Maya memejamkan matanya. Menikmati haruman yang datang dari tubuh suaminya.Haruman Daniel yang sangat mengaggumkan dirinya.Bahkan wanita lain juga.

Daniel tersenyum. Ringan tangannya memeluk semula tubuh si isteri. Daniel menyinggahkan kucupan lembutnya pada ubun-ubun Maya.

“I tak pernah sambut ulang tahun macamni.. Thanks Daniel, you telah ajar I erti.. apa itu keluarga”

“I’m your husband.. and I your family too.. saya sentiasa ada untuk awak Maya..”

Maya tersenyum. Pipi Daniel dikucup mesra. Tidak sangka harini menjadi hari yang sangat bahagia baginya.

“Saya ada beli hadiah untuk awak..” Daniel mengambil kotak kecil yang berada di atas katil lalu diberikan untuk Maya.

Maya menerimanya. Tangannya mula membuka kotak itu untuk melihat isinya. Gelang yang diperbuat dengan ratusan manik-manik asli itu dikeluarlan dari kotak.

“Oh My Gosh”

Maya benar-benar terkejut dengan pemberian Daniel itu. Dirinya sendiri jarang pernah membeli barang perhiasan yang dibuat oleh manik-manik atau batu permata asli.

“Ini hadiah saya untuk awak.. tak kisahla kita berpisah nanti pun.. saya tetap nak awak pakai gelang ni, boleh?”

Daniel merapati tubuh Maya yang berdiri dihadapannya.Tangan meraut pinggang ramping Maya.Mata mereka saling bertatapan.

“gelang ni andai kita berpisah.. pakaikan dekat anak kita nanti ya? Sebab saya nak dia tahu walaupun dia tidak tahu siapa ayah kandung dia,dia tidak pernah jumpa ayah kandung dia.. tapi dia tahu yang ayah kandung dia sangat sayangkan dia”

*

“Mira.. lewat awak masuk harini” Daniel menyapa Amira yang baru sahaja lalu di ruangannya.

“anak tak sihat, hantar dia pergi klinik dulu..” Kata Amira.
Daniel memandang wajah Amira yang kelihatan sembab. Seperti mata yang habis dari menangis.

Fikiran cuba memikirkan.Tak mungkinlah anak Amira sakit teruk.Jika sakit teruk sudah pasti dia tidak akan datang ke pejabat.

“awak ada masalah ke Mira?” Tanya Daniel cuba menundukkan leher mahu memandang Amira.

Amira cepat menggelengkan kepalanya.

“Tak adalah.. biasalah anak tak sihat saya resah sikit” Jelas Amira.

Daniel dapat tahu, dari wajah wanita itu pasti ada masalah menimpanya. Dia sudah menganggap Amira sahabat baiknya walaupun Amira jelas tuan darinya bertahun.Sahabt pasti menolong dikala susah mahupun senang tapi bagaimana pula?

Dia sendiri tidak tahu masalah Amira. Lagi-lagi Amira jenis tidak suka berkongsi masalah.

“Kenapa dengan Aisya?”

Daniel dan Amira menoleh kebelakang memandang Maya yang baru juga memasuki pejabat. Kaku pandangan Daniel melihat pemakaian Maya harini.

Maya selalunya akan mengenakan pakaian formal jika di pejabat tapi kali ini, Maya hanya mengenakan Tshirt hitam yang sedikit menampakkan bentuk badannya bersama skirt labuh paras lutut berwarna merah.

“Aisya demam”Balas Amira.

“Demam? Habistu you tinggal dengan siapa?”

“I tinggal dekat mak I Miss..”

“how can Aisya demam?” Maya memandang Amira serius.

Maya melihat Amira dari atas hingga bawah. Matanya pula mendapat pandangan isyarat dari Daniel.Fikirannya sudah dapat menangkat. Mustahil seorang ibu akan datang bekerja kalau anaknya sedang sakit.

“Masuk bilik I Mira..”

Laju Maya melangkah masuk ke bilik ruangannya. Amira akur, takut pula dimarahi. Dia berjalan mengikuti langkah Maya ke bilik gadis itu.

Amira berdiri dihadapan meja Maya. Maya pula duduk bertentangan dengan Amira. Maya tidak berhenti memandang dalam mata sahabatnya itu.

“Tell me.. whats wrong with you..”

“tak ada apa Miss, cuma masalah keluarga sahaja..”

“Tanggungjawab you bawah I sebagai seorang bos atau majikan.. so beri tahu semuanya sebelum I yang siasat sendiri”

Amira ketap bibir.Jari jemari dimainkan.Otaknya seakan dibius melihat pandangan tajam Maya.Tak ada gunanya dia sembunyikan hal yang patut.Bagaimana pun Maya pasti akan dapat tahu.Tidak tahu dari mulutnya tapi dapattahu dari mulut orang upahannya.

Air mata Amira jatuh. Mengingati kejadian dia bersama Hariz.Dari awal percintaan dan sehinggalah lahir cahaya mata yang dikatakan bukti cinta mereka semuanya berbeza.Entahlah, sangat sukar untuk dia ceritakan kepada Maya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience