Klerk!
Pintu ditutup rapat oleh Maya. Matanya kini beralih memandang Daniel yang sedang berbaring di atas katil. Sepertinya lelaki itu baru sudah menunaikan solat.Songkok dikepala masih belum dilepaskan.
Maya mengeluh perlahan apabila melihat muka Daniel yang masih tegang. Pasti Daniel masih memarahinya. Fikir Maya.
“erkhem..”
Maya berjalan mendekati bagasi yang dibawanya. Baju yang sudah dipakai disumbat kedalamnya. Maya baru sudah membersihkan dirinya.
Kampung dikedah agak berbeza dengan kampung mertuanya. Mandi air telaga buatkan Maya rasa seperti mandi air ais di kutub utara. Ditambahkan sejuk pula.
Rambut yang dililit oleh tuala dilepaskan membiarkan rambut yang basah mengenai udara. Baju kurung modern yang dipadankan sangat sesuai dengannya.
Maya memandangDaniel yang masih tidak bersuara dengannya.
‘Fokus sangat dekat telifon tu… aku dekat depan buat tak tahu’ Maya berkata di hatinya.
“Daniel..” Panggil Maya namun tiada sahutan dari Daniel.
“Daniel…”
“Dan..”
Maya memejam mata. Susah betul mahu memujuk suaminya itu. Perlahan Maya mendekati Daniel dan melabuhkan punggung bersebelahannya.
Mata maya menatap screen telifon Daniel. Bibir tersenyum kecil. Sejuk hatinya apabila
Nama-nama bayi lelaki dan perempuan
‘Patut panggil tak jawab.. fokus betul pilih nama’ Maya tersenyum.
“Kalau baby boy nak letak nama apa?”
Terkejut Daniel dengan suara Maya yang berada disebelahnya. Bila Maya masuk tidak tahu. Tiba-tiba dah ada di sebelah.Kusyuk sangat dia melihat telifon sampai tak sedar apa yang berlaku.
Berkelip-kelip mata Daniel memandang Maya yang berada di sebelahnya.
“nama apa?”
“apa?”Tanya Daniel bingung.
“Tu…” maya memuncungkan mulutnya menunjuk kearah screen telifon milik Daniel dihadapannya.
“Ikut saya lah nak letak nama apa, anak saya..”kata Daniel bernada merajuk.
Maya ketawa kecil. Tidak mahu kaitkan hal pergaduhan mereka. Mood Daniel seperti baik tapi tidak. Itu yang Maya rasa.
“Jom keluar.. majlis dah nak mula”Ajak Maya.
Daniel diam. Telifonnya disimpan di atas rak semula. Perlahan dia bangun dan membetulkan songkok yang dipakai di atas kepalanya.
Maya mengikuti daniel yang siapkan diri. Maya mengambil sikat rambutnya. Rambut disikat kemas dan dibiarkan terburai.
Maya berjalan terlebih dahulu mahu keluar dari bilik, langkahnya terhenti apabila Daniel memegang tangannya.Maya berpaling.
“Tudung ada? Takkan nak free hair dengan majlis macam ni” daniel bersuara.
Maya memandang begnya. Tudung? Sama sekali dia tidak pernah memakai dan membelinya.Tapi kalau di rumah ummi pasti ada.Rasa segan memuak soalah Daniel memerlinya.Tapi ada yang benar takkan lah dia tak bertudung di majlis macam ni.
“ada ke tidak?” Tanya Daniel lagi.
Maya menggelengkan kepalanya.
“kejap saya pergi minta dekat Za--”
Tok! TOk!
Maya dan Daniel memandang pintu bilik mereka yang diketuk. Daniel menyua tangannya dan membukanya. Kelibat Zara di hadapan pintu disapa mesra.
“Nah tudung hang minta.. selendang biru ja aku ada, ni anak tudung”Zara memberi kepada Daniel.
“Terima kasih Zara.. biru pun biru lah, Maya pakai baju warna biru juga”kata Daniel mesra.
“ha padanlah tu.. bersiap cepat, ayah aku panggil” Tangan Zara menarik semula untuk menutup pintu bilik Daniel dan Maya.
Tudung ditangan disua kearah Maya. kaku gadis memandang tudung dihadapannya. Teragak mahu ambil.
“ambillah.. pakai tudung ni”Kata Daniel.
“errr..” Maya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bukan taknak pakai tapi..
‘Tak pandai pakai..’
“Maya, kalau awak taknak pakai jangan keluar dari bilik.. makcik bawang dekat kedah ni bukan boleh kata..”Pesan daniel.
“Bukan I taknak pakai tapi I..”
“I?”
“I tak reti pakai..”Jujur Maya.
Daniel membuang nafas kecil. Mendekati Maya. Getah rambut Maya yang berada di atas tidal dicapai lalu disanggulankan rambut Maya agar tidak terganggu.
Anak tudung berwarna hitam dipakaikan untuk Maya. Daniel banyak membantu adik-adiknya memakai tudung diwaktu sekolah apabila adik beradik itu lewat mahu ke sekolah.
Tangan sibuk nak pegang makanan. Mulut pula tengah kunyah. Mahu tak mahu dia perlu menolong mereka. Kalau tidak terlambatlah mereka mahu kesekolah.
Oleh itu Daniel nampak handal memakaikan tudung kepada Maya. Selendang berwarna biru diletakkan di atas kepala.
Daniel tidak membutangkan, hanya memperbaiki kedudukan kain dan melipatkan ke arah belakang sisi kiri dan kanan.
Wajah Maya ditatap dengan dalam. Cantik. Daniel benar-benar kagum dengan kecantikkan Maya.
“Mommy nampak cantik sangat..” Puji Daniel tanpa sedar.
“Erkhem.. hem..” Daniel pura-pura batuk.
Sungguh indah Maya dihadapannya. Sangat cantik apabila gadis itu bertudung. Daniel sangat terpana dengan kecantikkan Maya.
Laju Daniel berjalan keluardari bilik. Maya tersenyum memandang dirinya dicermin. Perlahan dia berjalan mengikuti Daniel.
“Miss.. Ya Allah cantiknya Miss Maya” Puji Amira yang terserempak dengan Maya.
Ingat anak orang itali mana lah tersesat, rupanya Miss Maya. Kagum Amira dengan gadis itu.
“hahah ada-ada sahaja awak ni.. jom tolong diorang dekat dapur”
*
“kenapa duduk dapur?” Irfan bertanya kepada Amira sebaik sahaja perasa kelibat gadis itu yang duduk bersila di dapur.
“Hmm? Aisha…err”
Amira mengalih tubuhnya ketepi, menghalang tempat yang terbuka dan mengelakkan Irfan nampak. Sibuk Amira menyusu dan melayan kerenah Aisha tiba-tiba Irfan datang.
“Ouhh maaf-maaf I tak tahu” Irfan mengalaihkan pandangannya. Masih tidak bergerak di tempatnya.
“you buat apa Daniel datang dapur?”Tanya Amira kepada Irfan. Tanganya pula sibuk menepuk gadis kecil yang tidur didakapannya itu.
“err nak ambil air kosong, dekat depan diorang jamu kopi tawar.. rasa pelik sikit” Kata Irfan.
Amira ketawa. Orang yang manis mesti makan benda manis ke? Susah betul dengan lidah irfan ni.Lagipun betul juga, kopi yang dibancuh tadi agak tawar.Mungkin kopi biasa yang tidak dicampurkan susu.
“Kenapa Aisha kena menyusu? Bukan dia dah setahun? Bukan ke dia minum susu botol?”Irfan bertanya tanpa memandang Amira.Tangan mengambil segelas cawan dan mendapatkan air kosong.
“Susu ibu ni bagus, taknak bagi dia berhenti awal sangat..dua tahun nanti baru nak ajar, kalau susu botol bila dia duduk dengan mak saya atau orang lain” Ujar Amira.
“ermh”
“shhh..” Amira menepuk tubuh Aisha perlahan apabila gadis itu merengek.Baju yang terangkan ditutup semula. Gadis kecil dipangkuannya sudah terlena kembali.
“Tidur dah ke?”tanya Irfan matanya kini memandang Amira apabila perasan wanita itu seakan bangun dari kedudukannya.
“haah.. nak pergi letak dalam bi--”
“sini bagi dekat I dulu.. biar I teman dia dekat ruang tamu, kesian pula dia duduk bilik sorang-sorang.. nyamuk banyak” Irfan mendekati Amira.
Tubuh Aisha dipindah kedudkungannya. Ditepuk perlahan punggung gadis itu agar tidak terjaga dari tidurnya.
“Tak apa ke?”
“Tak apa.. you pergilah tolong diorang”Kata Irfan.
Amira tersenyum. Mahu sahaja dia tidur bersama Aisha tetapi tak beradap pula dirumah orang. Makcik bawang sahaja banyak.Untunglah Irfan sudi membantunya.Nak tinggalkan Aisya bersendiri di dalam bilik.Risau pula jika gadis itu mencarinya.
“terima kasih Irfan..”
Share this novel