51

Romance Series 137352

“Awak tak patut datang sini.. saya cuba selesaikan masalah kita sekarang” Daniel berpeluk tubuh.

“You cuba selesaikan masalah kita? Dengan cara jauh dari I macamtu? You cakap you nak pergi langkawi kenapa you sampai sini?”Soal Maya kepada Daniel.

Maya menatap tajam lelaki itu. Maya pelik sebenarnya apabila daniel memberi tahu bahawa dia oustsation sedangkan daniel tidak mempunyai jadual padat pada hari itu.Untung dia memeriksa jadual lelaki itu.

Maya cuba bertanya Dahlia, gadis itu tidak tahu kemana abangnya. Dahlia juga sudah fokus dengan pelajarannya. Dan akhir sekali Maya bertanya kepada Irfan.Dia pasti Irfan sahaja yang tahu kemana Daniel pergi

Awal-awal lelaki itu ragu mahu menjawab. Tetapi ugutan Maya buatkan lelaki itu menjawab juga.

“Saya nak cari ketenangan.. maaf sebab tipu awak”

Maya membuang nafas. Memandang Daniel yang tidak menatapnya. Lelaki itu memilih memandang kawasan sawah padi yang hijau itu.

“Kita tak ada masalah sama sekali kalau ikut tu.. tak pernah ada. Yang ada salah faham diantar kita berdua. I tahu I tak patut rahsiakan semua ni dengan you”

Maya cuba mencuri memandang wajah lelaki itu. Tangan Daniel dicapainya lalu digenggam.

“I minta maaf sebab I buat you macam orang lain sedangkan you suami I.. I minta maaf atas semua kesalahan yang I buat” Satu kucupan jatuh pada tangan Daniel.

Hati Daniel cair. Dari yang beku cair kerana tingkah isterinya yang memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan.

“Maafkan I.. I janji lepas ni I tak buat lagi, I rindu you.. rindu sangat-sangat, I salah sebab I memang bodoh.. I pentingkan diri sendiri..”

Daniel memejamkan mata. Mungkin ringan bagi Maya tetapi berat baginya. Jika dia terus bersama dengan Maya, pasti perasaan itu akan membuak.

Tubuh badan Maya dipandang dari atas hingga bawah. Gadis itu semakin berisi. Wajah yang pucat diabaikan kerana solekkan nipis yang diberi.

‘Dapatkah aku lihat wajah ini lagi selepas semuanya berakhir?’

Anak mata Daniel memandang perut Maya yang sedikirt membukit tetapi tidak terlalu kelihatan kerana Maya memakai pakaian yang besar dan agak selesa.

Darah dagingnya sendiri dia tidak dapat melihat nanti. Hanya ditinggalkan azan merdu bersama nama yang dibintikan.

“Saya tak kuat untuk semua ni” suara Daniel kelihatan bergetar.

Maya menatap anak mata lelaki itu. Dengan dalamnya melihat kesedihan yang dialami.Dia telah menakutkan perasaan lelaki itu,dan dia juga telah menyakitkan dan menyeksa perasaan suaminya sendiri.

“saya tak kuat untuk akhiri semua ni jika hati saya betul-betul ikhlas untuk awak Maya..” Terluah buat kalinya.

Cinta yang diisi di hatinya kini terbongkar dan diketahuan oleh pemiliknnya. Maya Ariana, gadis itu terpaku mendengarnya.

“Daniel..”

“saya tahu saya dah buat satu kesilapan.. saya sudah menaruh perasaan terhadap awak.. tapi saya dah tak boleh undur.. susah Maya”Kata daniel.

“Berpisah dengan awak.. dan juga anak kita buatkan saya rasa sakit. Saya lemah untuk hal ini” Air mata Daniel jatuh.

“You tahu--”

Daniel mengangkat tangan. Mengisyaratkan agar Maya berhenti dari bercakap. Air mata yang jatuh dihapuskan. Entah kenapa dia selalu rasa lemah apabila dengan Maya.

“Kalau awak nak teruskan perjanjian bodoh kita.. gugurkan kandungan awak, dan kita rawat diri awak dulu.. awak tetap boleh mengandung selepas kita dapatkan rawatan” Tegas suara Daniel.

“Apa yang you cakap ni Daniel?”

“Kita perlu buat demi awak Maya!” daniel meninggikan sedikit suaranya.

“You dah gila ke nak gugurkan anak sendiri? I taknak kehilangan anak I”

“Tahu pun taknak kehilangan anak.. macamtulah perasaan saya bila kehilangan anak.. dan lebih sakit bila kehilangan awak.. masing-masing sudah buat hal sendiri. Dan saya gila sebab layan perasaan ni”

“You kenapa Daniel..” Kali ini Maya melepaskan tangisan.

“saya tak kenapa apa! Kita buat proses gugur dan kita rawat diri awak dulu Maya.. demi kesihatan awak juga”

“I taknak! I cakap I taknak I taknak.. jangan paksa I.. biarlah apa-apa pun yang terjadi dekat I asalkan anak kita hidup dengan sihat..”tangis Maya.

“Tolong jangan degil..”

“Tolonglah daniel.. I taknak..”Rayu Maya yang menagis teresak. Gadis itu duduk dihadapan Daniel. Kaki lelaki itu dipegangnya.

“batalkan perjanjian kita, batalkan kontrak tu dan kita lalui bersama..”

*

Air Milo panas diletakkan di atas meja berdekatan. Badannya dihempap di atas katil. Muka disembamkan pada bantalnya.

“Ahaaaa”

Kaki dupukul-pukul atas katil. Fikirannya teringatkan kejadian di kolej pagi tadi. Sangat memalukan baginya. Entah kenapa lelaki itu berfikiran gila.

“dahlia?” Zafril menghentikan pegerakkan mawar.

“Errr haah Dahlia..”

“I think bagus lagi kalau you panggil dia Datin Dahlia” zafril menekan ayatnya.

Membulat mata Dahlia mendengarnya. Wajah dialihkan memandang Zafril yang berdiri di berlakangnya. Dapat dilihat juga riak wajak Mawar.

“apa yang Dato cakap ni?”

Zafril memandang wajah Dahlia sambil tersenyum. Pipi wanita itu disentuh oleh kedua belah tapak tangannya.

“apa sayang ni? Lupa dah ke you will be my wife?”

“wha--”

Tangan zafril laju melingkar di pinggang Dahlia. Gadis itu ditarik rapat dengannya.

“Sorry ye.. nanti saya edarkan kad perkahwinan kami” Ujar Zafril dengan riak biasa.

“Aku taknak kahwin dengan orang tua!!!!”

“tapi dia bukanlah tua sangat, baby face apa? Cuma jambang dia tu tak cukur bagi lincin.. kalau cukur tu comferm handsome.. Ehh apa aku cakap ni?!”

Dahlia menduduki dirinya. Rambut yang serabai diedahkan.

“Ibu!!! Taknak kahwin lagi!!!”

“Macam mana kalau.. Aaa mesti viral esok dekat kolej.. apa aku nak jawab kalau orang tanya? Dia betul-betul nak kahwin dengan aku ke?”

Maya menggelengkan kepalanya.balik kolej tadi dia pergi membeli makanan bungkus di kafe Sudah ramai menegur dirinya dengan panggilan hormat ‘datin’.bagaimana esok? Silap-silap pensyarah pun panggil sama.

Habislah dia.Takkan lah dia nak ponteng pula.yang zafril pun satu, tiba-tiba sahaja cakap orang bakal isteri dia.Tapi Zafril juga telah menyelamatkan dia dari soalan mawar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience