17

Romance Series 137352

“Mana abang dengan ayah kamu?” tanya Puan Solehah kepada dua orang puterinya.

“Taktau la.. moreh dah habis tapi diorang tak ada pun dekat khemah”Kata Dahlia.

“Kejap la ibu, Maya pergi tengok de….”Mata Maya berhenti memandang sepasang lelaki dan wanita yang sibuk berbual di tangga surau itu.

Tidak terlalu asing,Maya dapat mengangkat Daniel yang sedang berbual dengan seorang wanita.Wanita itu nampak sama seperti gadis yang dia jumpa di bazar? Hati Maya kembali panas. Mahu sahaja dia tumbuk dua orang itu.Patutlah tak reti-reti nak balik. Jumpa perempuan itu rupanya.

‘Maya.. sabar, buat apa kau nak kesah? Kau dengan dia hanya kahwin kontrak?’

“Maya.. kenapa ni?” Puan Solehah yang duduk di atas kerusi roda memengang tangan menantunya yang berada di belakang.

“Dahlia dengan Daniya tolak ibu ya, akak sakit perut lah pula..”Bohong Maya. Mahu lari dari lihat pandangan yang membarankan dia.

“Lah kamu makan apa Maya?Kerap betul kamu sakit perut..Risau ibu”Risau puan Solehah.

“Tak boleh nak bercakap ni ibu..sakit sangat Maya balik dulu ya”Laju Maya berlari meninggalkan mereka bertiga.

“Eh kenapa tak balik lagi?” Encik Adnan menyapa anak dan isterinya.Daniel turut berada di sebelahnya.Mata mencari kelibat isterinya.

“Tunggu ayah dengan along laa..”Jawab Daniya.

“Kakak Maya mana?” Tanya Daniel sebaik sahaja perasan isterinya tiada.

“Akak balik, sakit perut katanya..”

“Itulah, dia tak jamah apa-apa langsung kan buka puasa tadi? Minum air sahaja” Campur Encik Adnan.

“ya Allah patutla.. Tolak ibu cepat Daniya, kesian akan Maya kau masuk angin agaknya..Daniel, kamu lari cepat sikit tengok isteri kamu, takut jadi apa-apa pula”

*
Amira My PA

You know what?
Im stress now!

Whats wrong?

Entahla perempuan mana tiba-tiba datang.
Menggedik dengan husband orang!

Wait..What?
Siapa pula tu?
Taktau lah I..
Dia siap kata yang I ni budak kampung!
Astu kata pula nak try husband orang!

You cemburu ke Miss?
Entahla..
I tak tahu apa yang I rasa sekarang..

You cintakan Daniel Miss?
I rasa you dah mula sayangkan Daniel..

Jangan nak merepek Mira..

“Erkhem!”

Maya cepat-cepat menyembunyikan iphone miliknya.Dia memandang Daniel yang memeluk tubuh disebalik pintu.Wajah lelaki itu dipandang riak biasa.

“Kenapa tak makan?”Daniel memasuk bilik. Pintu bilik ditutup rapat.Dia berjalan kearah Maya yang sedang berlunjur di atas katil.

“siapa cakap I tak makan? Baru sahaja telan daging you tadi”

“Pergilah makan nanti masuk angin..”Daniel menelan liur.Seram pula lawak Maya kali ini.

“urusan you ke I makan ke tak? Diamlah!”Maya keluar dari bilik. Sengaja dia berlaga bahu dengan Daniel.Mood dia sedang tidak baik sekarang.

“Hey? Datang bulan ke bini aku tu? Tiba-tiba nak marah”

*

“Daniel dengan adik-adik dia cukup suka makan ulam-ulam ni.. bagi diorang nasi putih dengan ulam-ulam pun dah cukup”

Cerita Puan Solehah kepada menantunya.Maya tersenyum sambil membantu Puan Solehah memotong ulam ulam yang baru dipetik oleh mereka tadi.Berbagai ulam dipelajarai olehnya. Sayuran yang diingat rumput juga baru dia tahu boleh dijadikan ulam.

Daniel dan Pak cik Adnan entah kemana hilangnya.Dari pukul empat sampai sekarang belum pulang.Daniya dan Dahlia sedang belajar di dalam rumah.

“Maya suka ulam?”

“Suka ibu.. dulu ummi selalu hidangkan bila ada kenduri kecil-kecilan”Kata Maya

Teringat pula kenangannya dirumah anak yatim dulu.Makan minum yang tidak seberapa. Sebelum dia berjaya mengbankitkan lagi bangunan rumah anak yatim mereka beramai lebih susah. Dia tahu bagaimana susahnya ummi yang menanggung anak-anak disitu.

“Itulah.. tekak malayu ni lain rasanya..”

“Maya dengan Daniel bergaduh ke?”Soalan Puan Solehah mendebarkan Maya.

Maya menggelengkan kepalanya.Malas mahu berlebihan pula.Dia sudah besar malah sudah matang.Dia harus pandai menyelasaikan masalah rumah tangganya sendiri.Lagipun mungkin pergaduhan kecil dia dengan Daniel sangat terlihat jelas dihadapan mertuanya semalam.

Salah dia juga, tidak dapat kawal emosi.

“Baguslah.. bukan apa, risau ibu tengok Maya macam dingin dengan Daniel”

“Tak ada apalah ibu, Daniel tu suka sangat mengusik orang.. itu yang kena bagi muka tu”Tipu Maya.

“hahaha betul lah tu, dia kalau bab mengusik memang A”

Bunyi motorsikal yang memasuki ke halaman rumah menjadi tumpuan Maya dan Puan Solehah. Encik Adnan dan Daniel sudah pulang.

“Assalamualaikum”Daniel menghampiri ibu dan isterinya.Dipandang seklias Maya yang sibuk memotong sayur bersebelahan Puan Solehah.Lansung wajahnya tidak dipandang Maya.

“Waalaikumusalam..Dari mana kamu Dan?”

“Dari rumah Pak Long ibu.. Rindu nak makan ikan keli masak kari yang ibu buat..”Jawab Daniel bersama senyumannya.

Maya memejamkan mata.Salah satu kelemahannya sebagai seorang isteri.Senyuman Daniel yang menampakkan lesung pipit itulah yang mudah mencairkan dia.

“Ha betul juga.. sebelum ni ibu sakit je.. rindu masakkan ibu lah ni?”Tanya Puan solehah.

“Mestilah ibu”

“ha.. Maya, kamu boleh tolong siangkan ikan keli ni tak?”

Maya memandang plastik hitam yang dipegang oleh daniel.Plastik hitam itu bergerak-gerak menandakan ikan keli itu masih hidup.

‘Ikan keli? Macam mana nak buat?’Maya mula gelisah.Takkanlah dia mahu menolak?

Maya diam lalu mengambil plastik hitam dan dibawa kedapur melalui pintu berlakang tanpa bersuara.Dia meletakkan bungkusan itu di dalam singki.

Perhiasan-perhiasan ditangannya dilepaskan.Pisau yang berada di rak diambil.Maya menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka ikatan plastik itu.

Dan..

“ARGHH!!!!”

“Ya Allah kenapa?!”Terkejut Daniel yang baru sahaja masuk dapur itu.Tiba-tiba sahaja Maya memeluk lehernya dan bergayut dibadannya.

“Geli!!!”Jerit Maya melihat ikan keli yang melompat jatuh ke lantai rumah.

Daniel ketawa. Tak tahu nak kesian ke nak ketawa.Tangan Naik memegang pinggang Maya yang sedang bergayut ditubuhnya takut jatuh.Ikan keli yang sudah jatuh di atas lantai dipandang.

“Itulah.. kalau tak tau cakap taktau..”Kata Daniel.

“Turunlah.. ingat awak ringan ke?”Perli Daniel.

Maya yang baru perasan kedudukannya cepat-cepat turun dari dukungan Daniel. Dia berjalan berdiri di atas kerusi.Takut pula ikan itu melompat kearahnya.

“Nak matikan ikan keli mati, tabur garam”Kata Daniel tanganya menabur garam ke dalam plastik hitam.

Ikat keli yang terdapar di lantai diambil lalu diletakkan ke dalam plastik semula.Tidak ada rasa geli melainkan terbiasa. Malah dia sendiri yang menangkapnya. Dari usia 5 tahun dia sangat gemar memancing dan sudah pasti dia tidak pernah geli atau tidak pandai siang ikan.

“Lepas nampak macam diorang tak aktif.. pegang kepala ikan keli..siang macam biasa, buang perut--OPOCOT!”kali ini Daniel pula membaling ikan keli itu.

Terkejut apabila ikan keli itu bergerak aktif ketika pisau hampir menyentuhnya.

“hahahahahhah tadi acah hebat!” Maya ketawa terbahak hingga jatuh kerusi.

“Memang hebat lah! Orang terkejut je…”

“ye lah tu.. tak baik tau acah berlagak depan orang, padahal dia pun sama..”Maya mendekati Daniel.Mata mengerling ikan yang masih mengelupur di dalam singki.

“kenapa dia makin aktif bila--”

“assalamualakum..”

“waalaikumusaalam… Alia”

Sopan Daniel menjawab salam.Maya menggulingkan matanya melihat Alia yang memasuki ruang dapur tanpa disuruh.Laju Alia mendekati Daniel dengan bekal makanan di tangan.Ini mungkin kali pertama Maya melihat kedatangan Alia kerumah ini.

“Maaflah ganggu awak, saya ada bawakan asam pedas ikan pari.. kegemaran awak kan?”Alia menyua bekal itu kepada daniel.

“Uihh sedap ni, awak ke yang masak?”Daniel menyambutnya.

“Haah.. taktau lah sedap ke tidak”

“Mestilah sedap, bau pun dah sedap”

Rasa mahu termuntah. Itu yang dirasakan oleh Maya. Boleh pula mereka bermesra dihadapannya. Dapat asam pedas pun seronok?

‘Tch! Masak sendiri konon.. tah tah beli dekat bazar ramadhan.. aku tengok warna pun sama ja macam yang aku beli semalam’Bisik hati Maya.

“Awak buat apa ni? Dengan ikan keli berterabur..”

“ahh saya nak siang ikan keli.. Isteri saya tak reti.. itu yang nak ajar dia tu”Jelas Daniel.

Maya membulatkan matanya apabila mendengar jawapan Daniel. Boleh pula dia memberi tahu wanita itu yang dia tidak pandai siang ikan keli.

“Lah.. biasalah orang bandar mana nak reti buat, takkan awak pula nak siang.. sinilah biar Alia buat”

Entah kenapa Maya rasa sakit.Makin dipandang makin sakit hatinya.Maya beredar dari situ.Malas pula mahu melayan mereka berdua yang lebihnya membuatkan dia sakit.

‘Kenapa dengan aku ni?’

“Maya.. nak kemana tu?”

Tegur puan Solehah apabila melihat menantunya tergepoh-gepoh keluar dari dapur.Gadis itu memandang kosong Puan Solehah. Kunci keret ditangan diangkat menunjukkan dia akan keluar menggunakan kereta. Bermaksud dia akan pergi ke suatu tempat.

Mulut rasa berat mahu bercakap. Maya meneruskan perjalanannya.Kereta Audi miliknya dihidupkan enjin lalu beredar dari kawasan kampung itu. Marah kecewa semuanya bercampur bauk.

You cemburu ke Miss?
Entahla..
I tak tahu apa yang I rasa sekarang..

You cintakan Daniel Miss?
I rasa you dah mula sayangkan Daniel..

“cemburu?”

Dia cemburu? Dia sudah jatuh cinta kepada Daniel?

Kepala digelengkan berkali-kali. Dia sudah gila, takkanlah dia sudah jatuh cinta kepada Daniel? Mereka hanya kahwin kontrak.Dan akan bercerai..

“Maya.. kalau kau cintakan dia sekali pun belum tentu dia cintakan kau semula..”

Share this novel

Zurina Md Ismail
2022-08-07 17:05:39 

bila nak update


NovelPlus Premium

The best ads free experience