6

Romance Series 137352

“Yes Dato, but I will tell you later.. semuanya akan disiapkan secepat mungkin..Okay.. Thankyou Dato” Maya meletakkan panggilan. Maya berjalan dan melihat satu persatu meja staff pekerjanya.

Nampaknya jualan syarikat makin baik, kalau dia tidak marah akan hal haritu pasti sudah hancur perniagaannya.Matanya terhenti pada sebuah tubuh yang sibuk mengutip kertas-kertas yang berselerak di atas lantai.

Maya mendekati lelaki tersebut.Dari rambut dan cara pakaian lain taklain pastilah Daniel Nazief.Lelaki itu sahaja yang boleh dikatakan mempunyai rambut yang kemas dan juga rapi.Maya berdehem. Buatkan lelaki itu mendongak memandangnya.

“eh Miss..” Daniel bangun. Kertas yang selesai dikutip diletakkan di atas meja. Dia memandang Maya yang berdiri berhadapannya. Dari awal dia perasan dengan kasut tumit tinggi Maya. Saja dia pura-pura tak tahu, takut kena marah pula.

Ye lah dia sibuk menghadap komputer sampaikan kertas yang baru diprint dia tidak letakkan dengan baik hingga kertas itu dibawa angin. Itulah akibatnya terabur.

“How work?”

“okay baik, saya tengah siapkan lakaran sahaja..”Daniel tersenyum biasa.

“Pekerja lain tak bantu ke?”

“eh tak, diorang bantu cuma tak semuanya saya perlukan bantuan.. saya kena usahakan sendiri dan banyak lagi perkara yang perlu saya belajar.. tapi Irfan dan Amira dan tolong sikit-sikit.

“baguslah macamtu..”Maya menganggukkan kepala. Dia melihat lakaran Daniel yang berada di atas meja. Tangan seni lelaki itu menggambarkan perabot-perabot yang disusun rapi bersama hiasan-hiasan nampak sangat jelas.

“cantik lakaran..”

Tak tahulah nak gembira atau nak malu atau terkejut. Jarang Maya memuji orang kata Irfan.Tapi boleh pula kalini lakarannya dipuji oleh Maya.

“Terima kasih Miss.. biasa-biasa saja”

Daniel menggaru kepala medapat pandangan dari Maya. Air kopi panas yang dibancuh oleh Amira tadi diambil. Masa untuk mengelak.

“Saya nak pergi tambah air ni dulu ya Miss “Daniel beranjak ke kiri namun Maya menghalang laluannya. Dia kekanan pula Maya menghalang juga laluannya. Gementar dihati sudah rasa. Kenapa pula ni?

”Miss saya--” baru sahaja Daniel mahu melanggar kuat bahu Maya, sisa air didalam cawan itu tertumpah mengenai baju T shirt putih Maya yang berlapikkan bersama blezer itu.

Mata Daniel membulat. Ruangan pejabat juga terkejut dengan apa yang berlaku.

“what are you doing?…”

*

Daniel memasuki pejabat. Bisikkan staff-staff tidak diendahkan. sejak dia mula bekerja disini,wajahnya yg goodlooking sentiasa menjadi igauan wanita wanita di pejabatnya.Tetapi harini mungkin berbeza, itu yang buatkan banyak bisikkan memandangnya.

Meja miliknya dituju.Fail-fail di atas meja dipandang dengan kemalasan.

“Huh…”

Malas betul nak buat kerja. Bukan apa, takut pula tidak dapat fokus kerana dirinya sendiri dalam keadaan serabut.Seratus ribu? Dimana dia mahu mencari wang sebanyak itu. Mungkin gajinya cukup jika dapat dia kumpul dalam masa lima ke empat bulan tapi sekarang ibunya sudah tenat.

Dari semalam dia tidak dapat tidur dengan lena. Terfikir juga kenapa nasibnya begini. Tapi dia tidak boleh menguluh. Sekarang tanggungjawab keluarga adalah pada dirinya. Dia anak lelaki, dia perlu berusaha selebihnya.

“Daniel Nazief masuk bilik I sekarang!” intercome dari Miss Maya kedengaran .

Daniel memandang bilik Maya yang tidak jauh dengan tempatnya. Kenapa pula Maya tiba-tiba sahaja panggil dia? Dah kantoi ke dia malas buat kerja? Bisikkan orang ramai diendahkan. Biasalah orang banyak fikir yang dia ada buat salah jika dipanggil begitu sedangkan dirinya sendiri tak tahu apa salah dia.

Daniel bangun dan berlalu ke bilik Maya, sempat dipandang Amira yang tersenyum manis kepadanya.

Pintu bilik diketuk sebelum dibuka.Daniel melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat Maya.Seperti biasalah, gementar mahu menghadap Maya. Entah kenapa rasa begitu jika dia dekat dengan Maya.

“Ada apa Miss cari saya?”

Maya memandang Daniel dari atas hingga bawah.Sangat kemas penampilanya walaupun hanya kemeja putih yang dipadankan dengan slack hitam.Cuma…

Tali leher yang tidak rapi bersama rambut yang serabai.Maya menggelengkan kepalanya. Dah kacak tapi rambut pula yang tak rapi.

“I tahu you stress.. tapi takkan penampilan diri pun tak boleh nak jaga?” Maya bersuara tegas.

“Miss tahu mana saya stress? Saya malas je harini..”Kepala yang tidak gatal digaru oleh Daniel.

“datang kerja memang kena malas ke? Duduk sekarang” maya mengarahkan Daniel duduk dihadapannya.

Melihat lelaki muda itu duduk berhadapannya. Dapat dilihat mata lelaki itu masih merah dan bengkak. Terasa sayu hati memandangnya.

Pasti Daniel menangis dan tidak tidur memikirkan hal itu. Walaupun Maya tiada ibu dari kecil, namun di dapat rasakan betapa sedihnya lelaki itu.

“You perlukan duit?”

Daniel mendongak kepalanya memandang Maya.Takkanlah Maya bisa baca semua kata-kata hati dan fikirannya? Macam mana Maya tahu? Pakai bomoh ke?

“I ask you Daniel.. your mom sakit apa?”

“Ha? S-sakit apa? Apa Miss cakap ni?”

Daniel benar-benar tidak faham dengan keadaan. Bagaimana pula Maya bisa mengetahui masalahnya sekarang? Sedangkan dia tidak pernah sebarkan masalah ini kepada siapapun kecuali Irfan rakannya.

“I tahu semuanya Daniel. jujur dengan I”

“kanser hati” Daniel menjawab dalam keterpaksaan.

“Berapa kos rawatan ibu you?”

“seratus ribu lebih..”Maya menganggukkan kepalanya. Seratus ribu lebih tidak mempunyai masalah baginya.

“I sudah tranfer dalam akaun you.. dah tengok?”

“Ha?”

“You terlampau stress sampai phone pun tak tengok? Cuba periksa akaun you”Arah Maya.

Daniel mengambil telifonnya dari poket seluar. Dengan gelabah dia memeriksa jumlah wang simpanannya.

1 juta

Membulat mata Daniel memandang screen phonenya yang memaparkan jumlah wang. Dicampurkan pula wang simpanannya yang sikit itu.Tunggu, kenapa Maya memberikan jumlah wang kepadanya sebanyak itu?

“Tapi kena--”

“I buat bukan percuma…”

“maksud Miss?” kening dikerutkan.

“I nak you kawin dengan I.. Kawin kontrak..”kata Maya serius.

“kawin kontrak?!”

Daniel sudah faham. Walaupun dia tidak tahu bagiamana Maya dapat tahu tentang masalah yang dihadapinya, tetapi dia sudah agak pasti ada kemahuan wanita itu yang dibayar menggunakan duit.Biasalah orang kaya, pasti menggunakan seseorang hanya dengan sebuah kertas yang dipanggil duit.Tapi Lain macam pula cara Maya.

“Yes”

“tapi kenapa saya? Banyak lagi lelaki lain..”

“I tahu I tua.. dan tak layak jadi isteri you, tapi kalau you tak nak tak apalah.. you tranfer balik du--”

“okay-okay, bagi saya fikir dulu..”

Daniel sudah ragu-ragu. Dia memang perlukan wang untuk kos rawatan ibunya. Tapi bolehkah dengan cara ini?

Tapi duit yang diperlukan sangat banyak.Kalau dia tolak? Ibunya pula sudah tenat. Mampukah dia cari duit kos rawatan itu?Adik-adiknya pula masih sekolah. Banyak perlukan wang lagi-lagi Dahlia. Dia akan memasuki universiti tahun depan.

Tapi apa cara ini dia perlu lakukan?

“i give you 24 hours from now kalau you setuju, Lawyer i akan uruskan semuanya, and jangan risau.. perjanjiannya mudah saja”

Mata Daniel terbeliak. Betul-betul rasa seperti banyak harta dihadapannya sekarang.

“You tak perlu fikir banyak.. perjanjiannya betul-betul mudah”

“you cuma perlu kahwin denga I dalam tempoh 2 tahun. Jika I mengandung awal dari tempoh yang ditetapkan, selepas I bersalin.. Kita akan bercerai” Sambung Maya.

“Maksud Miss?” Daniel masih bingung dengan perjanjian yang ditentukan oleh Maya.

“I cuma nak anak.. thats all”

“Anak?!” dengan gagap Daniel bertanya.Daniel tergaman seketika.Kahwin dengan dia hanya sekadar mahukan zuriat darinya.

“Bila anak itu lahir nanti, you tak perlu bertanggungjawab apa-apa pun.. Tapi yang i nak, berbintikan nama you”

“apa semua ini?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience