47

Romance Series 137352

Dahlia berjalan menuruni anak tangga dengan perlahan. Buku ditangan dipegang kuat agar tidak jatuh dari pegangannya.

Penat seharian kelas. Begitu nasib pelajar-pelajar yang akan menghadapi masa pekerjaan. Banyak perkara yang perlu dibelajar.

“Dahlia”

Terhenti langkah Dahlia sebaik sahaja namanya dipanggil oleh seseorang yang dia kenal.Lelaki itu mendekati Dahlia tanpa disuruh.

“ada masalah ke cari saya?”Soal Dahlia.

“Ya ada..”

Dahlia memandang wajah Aiman yang jelas sangat kacak baginya. Tapi sekarang, entah mengapa hanya kelihatan wajah kacak lelaki itu sedangkan rasa cintanya pada Aiman hilang.

“kenapa kau perlu muncul dalam hidup aku ya?”

“Saya datang sini mahu belajar, bukan bercinta.. saya harap awak faham..”

“Wau.. kau tiru ayat aku nampak, nak perli ke?”

“Saya tak perli cuma niat saya datang ke kolej memang itu..”

“Aku tak kesah semua itu, cuma tolong.. tolong jangan buat perkara bodoh macam dulu, aku tak mahu mawar sakit kerana aku. Dalam hati aku cuma ada Mawar Qalisya.. bukan Dahlia Natasya..”

“Daripada kamu menulis nama orang dekat hati lebih baik kamu pergi salin nama pelajar yang tersenarai dekat papan bacaan depan tu..”

Dahlia dan Aiman saling berpandangan menatap seorang lelaki yang menuruni anak tangga mendekati mereka. Berpakaian yang sangat formal dan bergaya.

“Dato.. Dato buat apa lagi dekat sini?” Aiman bertanya sopan.

Zafril, lelaki itu mengerut dahi memandang Aiman yang berada di hadapannya.

“Selagi saya punya kerja tak habis saya akan ada dekat kolej ni.. kenapa? Awak halau saya ke?” Pedas ayat Zafril keluar.

“T-tak.. saya cuma tanya, saya pergi dulu”

Zafril menggelengkan kepalanya melihat Aiman yang laju meninggalkannya dan Dahlia. Budak-budak sekarang kalau bercinta macam itulah.

Zafril memandang Dahlia yang menunduk wajah. Pandangan Zafril kini memandang pakaian Maya. Gadis itu kelihatan sangat sopan.

“Bercinta?” Soal Zafril.

Dahlia menggelengkan kepalanya.

“Baguslah niat awak datang sini mahu belajar.. ingat, jangan ada lelaki kalau kita mahu berjaya, kecuali lelaki itu boleh membimbing awak kearah kejayaan dan kearah kebaikan”

Kata Zafril serius.

“Terima kasih Dato.. saya nak balik dulu..” Izin dahlia tanpa memandang wajah Zafril.

“Kereta..”

“Balik rumah siapa?”

“Kak Maya..”

“Bukan ke Maya ada belikan awak kondo tak silap saya? Maya pernah berurusan di syarikat saya untuk beli perabut mahal dekat adik ipar”

“Kak Maya masuk hospital.. Along suruh saya jaga rumah”

*

“Kau betul ke nak pergi ni Daniel?” Irfan bertanya kepada sahabatnya.

Daniel mengeluh, dari perjalanan sehinggalah dia sampai ke lapangan kapal terbang. Soalan itu tidak berhenti keluar dari bibir Irfan.Salah ke apa yang difikirkan?

“Aku buat semua ni demi kebaikan aku dengan Maya juga.. aku perlukan masa, Maya pun perlukan masa. Aku taknak Maya terlampau stress disebabkan aku”

“tapi buat masa sekarang.. Miss Maya perlukan kau. Dia perlukan sokongan dari seorang suami sekarang ni, kau tak ingat ke apa dokter faridah cakap?”

Daniel terdiam. Kelu lidahnya sekarang. Pening apa semua ada. Entah apa yang dia buat ini betul atau tidak. Tetapi dirinya juga perlu menenangkan diri.

“Aku tak kuat untuk semua ini.. aku tak tahu kenapa semua ini terjadi dekat aku.. aku tak faham apa yang aku rasa sekarang ni” Kata Daniel.

“Allah dah takdirkan yang terbaik untuk kita Dan.. Ada hikmah disebalik perjumpaan kau dan Maya…”

“Aku rasa kan.. kalau penceraian boleh akhiri semua benda ni.. aku tak kesah. Tapi hati aku dah tertulis nama Maya Ariana.. susah aku nak padam”Daniel memegang dadanya yang terasa sesak.

“Susah untuk keluarkan perasaan itu Daniel..kau tenangkan diri kau dulu. Buat keputusan yang terbaik untuk dirikau dan Maya”Irfan menepuk bahu Daniel. Memberi semangat.

“Kau tolong tengokkan isteri aku ya.. aku pergi dua minggu sahaja..”

“Hmm.. Miss Maya tahu ke yang kau nak balik rumah arwah opah kau?”Tanya Irfan.

“Tak.. aku bagitahu yang aku pergi outstation dekat langkawi”

“Asal kau tak bagitahu perkara sebenar?”

“Biarlah, kau jangan lupa tau.. aku ingat nak ubah sedikit rumah arwah opah aku tu, kesian pula sebab makcik aku dengan pakcik aku tinggal dekat situ.. anak-anak pun masih sekolah”

“Ha baik, nanti aku suruh Aina sediakan semua tu..”

“Okay bro, duit nanti aku tranfer.. aku pergi dulu, jaga diri baik-baik”

Daniel mendakap tubuh sahabatya. Membalas pelukkan satu sama lain.

“Kau pun.. ingat ya, keputusan yang terbaik ada di tangan kau sendiri”

Daniel mengangguk perlahan berjalan memasuki lapangan kapal terbang bersama beg bagasi beroda yang tarik.

Rasa resah mahu berjauhan dengan isteri yang masih terlantar di hospital.Tapi hati dan perasaannya memerlukan sesuatu untuk diubati.Dia perlu ubat semuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience