54

Romance Series 137352

“kau betul ke nak tidur dengan aku ni?”

Daniel menganggukkan kepala. Membaringkan badannya disebelah Irfan.

“ye lah.. Amirakan tidur dengan isteri aku, takkan aku nak tidur tengah-tengah? Rasa macam bini dua pula” Kata Daniel.

“banyaklah kau bini dua.. yang satu pun kau merajuk sampai lari, mengada betul.. tak gentleman langsung, selalunya kalau dalam drama aku tengok bini yang lari.. ni suami yang lari”

Pak!

Satu tamparan diberi oleh Daniel untuk Irfan. Geram pula dengan sahabatnya itu.

“kenapa kau bagitahu Maya? Kan aku dah cakap rahsiakan benda ni..”

“bukan niat aku nak mungkir janji tapi aku kesian tengok Miss Maya, setiap hari dia datang office nak cari kau sebab kau tak balik.. dah la muka pucat, kerap pengsan pula tu” beritahu Irfan.

“Pengsan?”

“haah, dia terlampau penat.. yang paling teruk pun time dia mengamuk bila kau kantoi tak ada outstation tu.. dua hari dia pengsan.. itu yang aku bagitahu juga”

“Dokter ada cakap juga, Miss Maya memang dah betul-betul lemah sekarang ni.. harapkan ubat sahaja..Dokter ada juga cakap tentang proses gugur tu terus dia mengamuk”

“Dia lain sangat bila kau tak ada.. “ Ujar Irfan.

“Taktahu lah aku macam mana lagi nak buat.. lepas satu-satu yang datang”Daniel mengeluh.

“Sabarlah Dan.. setiap rumah tangga pasti ada ujiannya.. kau kena kuat”Kata Irfan.

“Tengoklah macam mana.. aku sendiri tak tahu nak buat macam mana.. Maya pun perlukan aku buat masa sekarang”

Irfan menganggukkan kepalanya. Mahu tidak mahu Daniel perlu tetap berada di sisi Maya kerana keadaan gadis itu sekarang.

“kau tak cuba pujuk--”

“aku dah buat perjanjian dengan dia.. tengoklah dia pilih yang mana.. aku redha” Kata Daniel.

“Ikutlah Dan.. aku sentiasa sokong kau sebagai sahabat, dan aku sentiasa doakan terbaik untuk kau”Kata Irfan.

“Terima kasih Fan.. ni anak Amira asal ada sini? Tak bagi dekat mak dia? Kang dia cari susu kang.. sapa nak bagi”Tanya daniel melihat gadis kecil yang terlena puas ditengah-tengah mereka.

“aku dah minta izin Amira.. dia bagi siap bancuhkan susu lagi, katanya Aisha susah jaga malam tapi tak tahula dekat kampung ni dia macam mana”Ujar Irfan.

“Ouhh..”

“Kalau dia terjaga kau tengoklah dia eh? Practice jadi Daddy..” Irfan tersengih nakal.

Daniel hanya tersenyum biasa. Taktahu nak cakap apa. Dapat kah dia besarkan anaknya bersama Maya bersama nanti? Atau dia akan pergi jauh dari mereka.

*

“Saya balik dulu lah..”Kata Mawar kepada Dahlia.

“hmm? awak balik dengan siapa? saya tak nampak kakak awak pun” Tanya Dahlia melihat kawasan parking di hadapan kampus.

“Saya balik dengan Aiman la.. mama papa kitorang ajak makan sekali” Mawar tersenyum. Tidak sabar mahu pulang atas urusan keluarganya bersama keluarga Aiman.

Dahlia senyum hambar. Entah sakit atau tidak apa yang didalaminya. Nak lepaskan crush pasti susah, bukan senang baginya.

“Awak balik dengan siapa Dahlia?”

“err taksi? Kereta saya ro--”

Pon! Pon!

“Ouk. Aiman dah sampai.. saya balik dulu Dahlia, jaga diri awak okay. Jumpa lagi esok” Mawar memeluk tubuh Dahlia. Begitu juga dengan Dahlia.

Kaki Mawar melangkah mendekati kereta Almera milik Aiman. Senyuman manis dilemparkan oleh Dahlia yang memandang dari jauh.

Dahlia mengeluh. Baru dia rancang mahu pulang bersama Mawar. Keretanya entah kenapa tidak boleh hidup pagi tadi. Terpaksalah dia jalan kaki ke kampus.

Dan sekarang? Dengan panas takkanlah dia perlu jalan. Mahu pengsan dia nanti. Telifon di dalam beg galas diambil olehnya.

Nomber daniel didail olehnya.

“Hello?”

“Along!”

“Ye kenapa?”

“along kereta aku rosak…”

Macam mana boleh rosak? Ada dekat mana kereta kau?” Soal daniel disebalik panggilan.

“ada dekat kondo aku.. Aku datang jalan kaki je pagi tadi, nak balik dah ni.. takkan aku nak jalan kaki, dah la panas”Kata dahlia.

“Teksi ada, grab ada.. aku ada dekat kedah lagi ni.. kau tumpang je lah kawan-kawan kau tu”

Dahlia mendengus geram apabila si abang menamatkan panggilan. Bukan nak tolong orang. Getus hati Dahlia. Jalan dihadapannya dilihat.

Cuaca agak panas. Kondonya pula jauh dari sini. Kalau nak ke penthouse abangnya pasti dekat cuma abangnya dan kakak ipar tiada di sana.

Dahlia menghentakkan kakinya. bateri phone sudah mahu habis. Kalau dia buat panggilan dekat teksi atau grab sudah pasti tidak sempat.Nak berjalan menghadap panas pula? Tambahkan jauh dia nak berjalan.Lagi-lagi kasut yang bertumit rendah pasti akan buatkan kaki dia sakit.

“Kenapa tak balik lagi?”

“OPOCOT BAPAK KAU HIJAU!” Terkejut Dahlia dengan teguran dibelakangnya.

“bapak saya hijau? Pernah tengok papa I kan sebelum ni? Warna hijau ke kulit dia?” Soal zafril.

Dahlia mengemam bibirnya. Seram sejuk pula apabila dengan Dato zafril ni. Dah la terlatah. Itu sangat memalukan.Melihat lelaki itu yang penuh tangan dengan berbagai buku buatkan dia tertanya.

“Kenapa tak balik lagi?”

“Nak balik ni..” Jawab dahlia lembut.

“Naik apa?”Tanya Zafril.

“jalan kaki..”

“what jalan kaki? Tak panas ke macamni?”

“Nak buat macam mana? Nak tak nak kena la jalan kaki juga.. takkan nak tidur sini malam ni”Kata Dahlia.

Mulut Dahlia dicubit perlahan oleh Zafril.Terkejut Dahlia dengan tingkah Zafril.Tangan tak dapat menghalang perbuatan lelaki itu.Dirinya kaku bagaikan lumpuh bila lelaki itu menyentuh bibirnya.

“suka sangat menjawab.. where’s your car? Kenapa jalan kaki? Asal tak naik kereta?”

“kereta saya rosak..”

“rosak? Rosak bila?”

“pagi tadi, nak start kereta tapi tak hidup.. “

“dekat rumah you?”

“haah”

“Habistu you datang dengan siapa?”

“jalan kaki ke stesen bas lepastu ambil grab.. camtulah”Ujar dahlia.tangan naik memegang tudung yang terbang ditiup angin.

“sekarang nak balik jalan kaki?”Tanya Zafril dengan kening yang diangkat kedua-duanya.

“Macamtu lah..”

“Naik kereta I”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience