11

Romance Series 137352

“Miss..”

Daniel memasuki ruangan pejabat Maya yang terletak di tengah penthouse.Melihat gadis itu sibuk membelek screen Ipad.Kerja mungkin.Daniel melangkah mendekati Maya.

“Miss..”Sekali lagi Daniel menegur.

“Hmm?”Jawab Maya tanpa memandang Daniel.Matanya masih fokus kepada Ipad Pro miliknya.Kerja bertimbun sejak dia cuti menguruskan perkahwinan mereka berdua.

“Err.. Jom keluar”

Daniel menunduk malu.Dia betul-betul bosan duduk di penthouse Maya.Asyik telifon sahaja dipegangnya.Kerja pula tak ada.Maya memberinya cuti. Pasti untuk tidak mencurigakan kehadiran mereka yang baru kahwin ke pejabat.

Selalunya begitulah jika menjadi pasangan yang masih baru, mereka akan menghabiskan masa dengan pergi honeymoon.Kalau Maya dan dia, mungkin tidak.Lagipun dia tidak kesah tentang hal itu. Dia sendiri yang perlu bawa Maya tapi dia pula taktahu bagaimana caranya.

Takkan nak honeymoon di Malaysia sahaja? Maya pasti tidak kelas bercuti di kawasan malaysia sahaja.Nak bercakap pun dah segan apatah lagi nak ajak Maya pergi honeymoon. Kalau nak keluar sendiri, tak tahu pula nak kemana dan nak buat apa?

“Pergi mana?”

“Mana-mana..”

“You keluarlah, I dah bagi blackcard untuk you kan? Pergi naik kereta I.. I busy right now”Kata Maya.

Daniel akur.Mahu tak mahu dating seorang lah dia kalini. Ajakkannya gagal namun tidak diambil hati. Mungkin dia dapat meluangkan masa bersama sahabat?

Daniel berlalu keluar dari pejabat Maya. Langkah diatur mahu kebilik pakaian tapi pintu bilik pakaian Maya yang terbuka luas buatkan dia tertarik.Maya lebih selesai mengasingkan bilik yang dipenuhi pakaian barang perhiasan.

Itu akan nampak mudah baginya dan bilik tidur tidak kelihatan serabut dan tidak kemas.Pintu bilik yang terbuka sedikit kini terbuka luas. Daniel memasuki bilik tersebut.

Alamari yang memaparkan pakaian yang berjenama.Baju-baju yang digantung kemas.Ianya sangat menakjubkan.Bilik ini kelihatan sangat mewah dengan susunan dan warna perabut ditambahkan pula barang-barang mahal.

Daniel menyentuh salah satu pakaian yang masih disaluti plastik.Sepertinya Maya baru membelinya.Warna biru yang ditambahkan corak warna unggu. Dan fashion baju yang dapat menunjukkan maksud wanita yang berjaya.

Kemudian matanya beralih pada meja kaca di tengah.Terdapat beberapa perhiasan di dalam meja rak kaca.Daniel melirik cincin,gelang,rantai dan juga subang yang tersusun rapi di dalamnya.Dari awal perjumpaan dia tidak pernah melihat Maya memakai barang perhiasan yang disalutkan emas. Melainkan barang perhiasan yang ada berlian asli.

Jam berjenama dipandang mata rambang. Sangat cantik dan menakjubkan.

Beberapa barang yang lain turut dipandang.Koleksi cermin mata, tali pinggang,kasut dan handbag.

“Semuanya harga beribu.. Mesti tak ada lagi baju berharga Rm10”Kata Daniel.

“Siapa kata tak ada?”

Daniel tersentak mendengar suara yang menegurnya. Laju dia berpaling melihat Maya yang berdiri memeluk tubuh di belakangnya.

“M-miss.. err saya..”

“You ingat I ni sombong sangat ke yang sampai nak kena pakai pakaian semua beribu?”Maya mengangkat kening sebelah.

“ada je baju yang murah dah bawah dari RM100”

Maya berjalan mendekati Daniel yang kaku berdiri menatapnya.

“Nak tau?”

“err..”

“Nak tengok yang dalam almari ke atau nak tengok yang I pakai?”

“Ha?”Daniel bingung apa yang cuba disampaikan Maya. Tapi hati tertarik mahu mengetahui pakaian apa yang Maya beli bawah harga Rm100.

“Nak tengok yang mana? I tak ada masalah.. tapi tu lah tak berapa cukup kai--”

“Miss!”

Daniel menarik tangan Maya supaya menutup semula baju yang sengaja diangkat.Maya ketawa kecil. Baru mengusik dah takut.

“Pakain melambangkan sifat kita, thats why saya suka beli pakaian yang menarik..”Ujar Maya.

*

“amacam kahwin?”Soal Irfan bersama sengihan nakal.

“Macam tu la..banyak juga lah benda yang memalukan..tapi Miss yang ingatkan”Kata Daniel.Dia menghirup jus oren yang dipesannya itu.

“Biasalah tu.. Kau pun muda lagi, sekurangnya okay dia tegur.. kalau tak? Dosa lah kau”

“Betul lah tu..”

“Kau kenapa tak masuk pejabat Dan?”tanya Irfan.

“Miss bagi cuti.. aku pula terperap dalam penthouse tu, bosan betul.. dah la dia asyik menghadap ipad je.. tak ipad lap top, kuat kerja betul dia kan.. patutlah tak kahwin kahwin.. sampaikan makan pun tak menentu, ada satu hari dia aku tengok dia tak makan langsung tapi muka dia tenang ja macam tak lapar”

Irfan ketawa kecil.Bukan tak kesian, tapi kesianlah juga.Maya pasti tiada masa kerana Maya bukanlah seorang yang bermain dalam hal pekerjaan.

“Tapi dia bagi kau kemewahan kan?”

“yang itu aku nak bahas sekarang, kau tahu tak Miss Maya masukkan duit dalam akaun aku tup tup dah beratus ribu juta entahla berapa sudah..”

“seriuslah?!”Irfan turut terkejut mendengarnya.

Berkahwin kontrak sahaja sudah dapat duit yang banyak.Kalau begitu duduk rumah goyang kaki pun boleh.

“Haah..”

“Kau tak pegi honeymoon ke?”

“Malas aku nak sebut pasal tu.. aku ingat nak bawa Miss balik kampung sahaja.. Haritu pun tak sempat nak bawa dia ronda kampung”Kata Daniel.

“okay juga tu, biar dia serasi dengan family kau”

“Itulah yang aku fikirkan.. aku pun nak kena tahu juga banyak lagi tentang diri dia. Tapi tu lah aku nak cuba ajak tapi dia macam sibuk ja..”

“sebab tu kau kena pujuk. Lagipun aku rasa dia akan ikut sebab kau dah jadi suami dia. Isteri tak boleh ingkar arahan suami..” terang Irfan.

Minuman yang dipesan mereka diminum sambil bertukar cerita. Dua sahabat itu benar-benar menikmati hari petang itu.

*

“Daniel.. you nak ikut I tak?”Maya menyapa Daniel yang sibuk menonton telivisyen di ruang tamu itu.

Dapat dia rasa haba sejuk yang mengenai kulitnya sejuk. Dia memandang penghawa dingin yang tergantung itu seraya menggelengkan kepalanya.

Sejak Daniel datang ke penthousenya, lelaki itu banyak mengenakan penghawa dingin.

Bukan mahu mengata, tapi biasalah Daniel berasal dari kampung.

Terjumpa kemewahan seperti sesuatu yang baru baginya.Maya tidak marah, malah Maya sendiri mahu mengajarnya kehidupan baru.

Tidak kisahla bil eletrik mahal sekalipun. Asalkan Daniel gembira dan tidak keberatan dengannya.

Ialah, berkahwin dengan orang yang lebih tua darinya bukanlah perkara yang mudah.

Perlu menahan telinga dengan bisikkan-bisikkan orang.

“Pergi mana?”

“bulan depan kan dah nak puasa.. I ingat nak keluar beli barang dapur”Ujar Maya.

“Bulan depan ke?”

“Iyelah, you sibuk sangat ke sampaikan kelender pun tak tengok..”Maya memeluk tubuh. Pelik-pelik Daniel punya perangai.

“b-bukan.. cuma saya sibuk fikirkan masalah client”Kata Daniel.

“Masalah client? Did anything happen yang I tak tahu?”

“ha jom lah..” Daniel berdiri, lebih kepada dirinya mahu mengelak dari menjawab soalan Maya.Berjalan perlahan mengambil kunci motornya yang tergantung.

“You nak naik motor ke Daniel?”Tanya Maya melihat Daniel yang menuju ke pintu rumah.

“Ye.. saya naik motor, Miss naik kereta Miss..”Kata Daniel berlalu keluar diikuti Maya.

Buka sahaja pintu rumah. Tubuh Daniel kaku melihat motorsikalnya tiada. Sedangkan dia sudah menyuruh Irfan menghantar. Baru semalam di menunggang ke masjid.Dan rasanya dia parkir dengan baik.

Takkanlah ada orang curi sedangkan kawasan perumahan mereka berdua dipenuhi dengan pengawal keselamatan? Takkanlah jiran da pula curi motor buruk itu? Pastinya jiran-jiran mereka kaya dan tidak akan pandang motor itu.

Kemana pergi motornya?

“Mana motor saya?!”

Daniel sudah gelabah mencari motornya.

“Miss mana motor saya?”

“Tu…”Maya memuncungkan mulutnya. Menunjuk kearah kereta BMW yang tertera dihadapanya.Daniel turut memandang sama.

“Tu bukan motor tu kereta mana motor saya?”

“I dah buang.. start from now.. belajar bawa kereta ni..” Kata Maya selamba.

“Apa?! Miss buang?!”

“yes, kenapa?”

“Miss ingat lawak ke? Saya beli motor tu susah payah tau.. banyak kenangan saya dengan motor tu.. Kenapa Miss buang macam itu je? Saya bekerja susah payah untuk beli tapi Miss-- Ya Allah..”

Daniel mengusap kasar wajahnya.Taktahu lah bagaimana nak mengungkap perasaanya sekarang. Kenapalah Maya boleh buang motor kesayangannya itu. Walaupun buruk tapi berharga baginya.

Dia bersusah payah bekerja. Menempuh hari hujan,panas dan banjir. Itu bukanlah hal yang mudah baginya untuk membeli sebuah motor.

“you marahkan I?”

Risau Maya melihat wajah Daniel yang benar-benar kelihatan kusut mencari motor yang dibeli olehnya. Dia tahu banyak kenangan Daniel bersama motor itu cuma..

“Yes!! pergilah beli barang sendiri” Daniel akhirnya mengatur langkah memasuki rumah. Membiarkan Maya sendirian. Dia betul-betul marah.

Walaupun diri dilamun perasaan marah namun dia cuba untuk bertenang.Dia tidak mahu Maya terasa hati kepadanya juga,

*

“You dari mana Miss?” Tanya Amira sambil menghidangkan secawan kopi untuk Maya.Terkejut juga dengan kehadiran Maya kerumahnya dihari minggu.

“i baru balik dari beli barang, bulan depan dah nak mula puasakan”

“Daniel tak ikut?”

“sebab itulah I datang rumah you..” Riak wajah Maya berubah.Amira duduk bersebelahan Maya. Dapat dia tahu bahwa bosnya itu mempunyai masalah.Biasalah pasangan yang baru kahwin, pasti susah untuk menyelesaikan peperangan dingin atau pergaduhan apa sekali pun.

“Kenapa ni Miss? You bergaduh dengan Daniel?”

Maya diam dan menunduk kepalanya.Tak tahu bagaimana mahu cerita kepada Amira. Tapi dia perlukan bantuan dan pertolongan Amira. Inilah akibatnya kahwin lewat, Nak pujuk suami pun dah bengang .

“But how?”

“I hantar motor dia ke bengkel untuk perbaiki apa yang rosak.. I cakap dekat dia I buang motor dia.. tak tahu pula dia akan marah macamni”Jelas Maya kecewa.

“Miss, you tahukan tak baik menipu? I know niat you mahu berlawak but maybe motor tu ada makna bagi dia..Kalau barang yang bermakna bagi I orang buat macam tu pun mesti I sedih dan hilang kawalan Miss”

“Ya I tahu, tapi I buat semua ini sebab nak ajar dia naik kereta yang I belikan.. tak tahu pula akan jadi macamni.. apa yang patut I buat Mira? I dah la tak pernah pujuk lelaki..”Ujar Maya.

“ha itulah Miss.. membujang lama sangat..”Kata Amira diselitkan ketawa.

“Lelaki ni senang sahaja nak pujuk.. tapi ikut jugalah cara apa yang Miss nak, tapi lebih baik kalau gunakan cara percakapan.. ye lah Miss dengan dia pun masih belum rapat kan?” Saran Amira. Mungkin idea orang yang sudah berkahwin sepertinya agak baik untuk Maya.

“Maksud you?”

“Miss cakap je dekat dia.. pergi dekat dia, peluk dia then cakap Miss minta maaf.. than sattle”Ujar Amira.

Maya cuba membayangkan situasi itu. Tak pelik ke orang tua tiba-tiba peluk lelaki muda? Tapi bagi orang lain mereka seakan pasangan penganti baru yang berumur 23 keatas.Tapi dia akan melakukan hal itu?

Tapi kalau dia tak buat sampai ke esok lah dia berperang dingin dengan Daniel. Rasa pelik pula berdiam diri dengan Daniel.

“Perkahwinan ni lain Miss.. Kalau perkara tu boleh ubah sikap kita, just do it tapi jangan sampai kita ubah diri kita. Sebab apa.. sibab kita pelu jadi diri sendiri..”Ujar Amira dibalas anggukkan Maya.

“I tak sangka baru kahwin dah banyak cabaran.. kadang-kadang rasa untung juga kahwin lewat walaupun hanya sementara”

Amira tersenyum sebelum mengangkat semula wajahnya memandang Maya.

“Susah tanggungjawab seorang isteri tu.. sebabtu saya tak pernah kata apa-apa dekat Miss waktu Miss masih bujang, saya dah jadi isteri orang jadi saya faham.. kalau orang kata tu mungkin diorang tak faham lagi apa itu tanggungjawab seorang isteri”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience