Bab 1

Romance Series 137352

Secawan kopi panas diteguk oleh Maya. Sesambil tangan gadis itu menyemak fail-fail yang berada di atas meja. Wajah serius dipamerkan.Itulah dia seorang gadis yang sangat gemar bekerja dan dikira dingin kerana kelakuannya.

Siapa sahaja tidak mengenali salah satu wanita yang berjaya dalam bidang dan hasil keuntungan perniagaan tersendiri? Hampir seluruh dunia tahu siapa Maya Ariana, pemilik MY interior designer sdn bhd.

“Amira, I ada apa-apa temu janji?”

Dingin suara Maya bertanya kepada pembantu peribadinya.Air kopi yang awalnya hangat kini dingin dipandang biasa sahaja. Rasa tidak lalu tekak memandang kopi itu. Mungkin dia mahukan minuman lain tapi, nanti sahajalah dia minum.

“I rasa jadual Miss kosong harini, esok sahaja Miss ada meeting dengan Dato Saiful”

Maya menganggukkan kepalanya. Dapat jugalah dia berehat di penthouse nya. Jarang sekali dia pulang kerana hal pekerjaan.Seorang yang menyibukkan diri dengan hal pekerjaan. Itulah dirinya, Maya Ariana.

Tidak kira waktu. Pagi siang dan malam dia banyak menghabiskan masa untuk perkembangkan syarikat yang dibangunkan sendiri. Tiada kata penat baginya, mungkin kerana dia hidup sendiri?

Tiada apa yang perlu dilakukan melainkan kerja, Itu sahaja ungkapanya setiap hari.

“Mira.. I rasa ada sesuatu yang I nak bincang dengan you”

“apa tu Miss?”

“You tahu kan umur I sekarang dah masuk 32 tahun, dah nak meniti senja..”

“Jadi apa masalah Miss sekarang? You have everything.. Scattered money.. Luxury life.. still not enough?”Tanya Amira salah satu pembantu peribadi Maya.

“Wang dan kehidupan yang mewah? Tetapi siapa pewarisnya? I penat kerja siang malam untuk himpun kekayaan, tetapi I nak bagi dekat siapa kalau terjadi apa-apa dekat I?”

Keluar juga kata-kata yang menyerabutkan fikirannya dari semalam. Bukan semalam mungkin sudah berbulan-bulan dia fikirkan cuma dia sahaja yang malas mahu kaitkan soal itu.

“maksud Miss anak?”

Amira seperti memahami kehendak majikannya. Dalam usia sepertinya, dia masih belum bersuami dan teman lelaki pun tiada.

Mengapa? Kerana Maya adalah seorang yang Workholick dan seorang yang tidak suka bergaul dengan orang ramai kecuali hal pekerjaan.

“You tak mahu berkahwin ke Miss?”

Maya memandang pembantu peribadinya. Berkahwin? Perlahan-lahan keluhan dilepaskan. Dia agak terasa melihat wanita lain yang sama umur dengannya diluar sana yang sudah berkahwin dan juga memiliki anak.

Tapi dirinya?

Kenangan 15 tahun yang lalu mula menyinggah di memori nya.

Zafril Izham lelaki yang pertama singgah di hatinya.Cinta zaman persekolahan, itulah yang dirasainya.Tetapi sekarang semuanya adalah memori paling ngeri baginya.

“Hi Zafril, dekat sini rupanya awak.. rupanya di perpustakaan. Puas saya cari awak” Maya bertanya.

“Buat apa kau cari aku?” Zafril yang sibuk membaca buku itu memandang wajah Maya.

“Semak je lah kau ni..” sambung Zafril.

Maya sedikit tersentak dengan kata-kata lelaki itu.

“Zaf saya nak berterus terang dengan awak.. tidak lama lagi kan kita mahu menduduki peperiksaan, sebelum itu saya nak awak tahu sesuatu tentang hati saya”

“Apahal dengan hati kau?”

“Saya sayangkan awak Zaf..” terluah perasaan yang dari dulu dia simpan.

“Apa? Kau ulang sekali lagi”Bentak Zafril.

“saya betul-betul sayangkan awak Zaf”

“Hey perempuan! Kau dah cerminkan diri kau? Layakkah kau nak bersayang sayang dengan aku?”

“kenapa Zaf? Hina sangat ke saya?” Suara Maya sudah bergetar. Orang sekeliling sudah memandang mereka dan mula berbisik-bisik.

“memang hina.. taktahu dari mana asal keturunan!”

Maya terdiam. Dia tahu, dia dibesarkan di teratak kasih. Hidup tanpa kasih sayang ibu dan ayah, hanya mengharapkkan kasih sayang seorang wanita bergelar ummi.

Air matanya membasahi pipi.

Terasa sangat hina dengan dengan kata-kata lelaki yang dicintainya . Bertahun dia menyimpan perasaan pada lelaki itu tetapi..

Apa sahaja pandangan orang kepadanya waktu itu? Hanya sekadar seorang gadis yang tinggal di teratak kasih. Gadis yang tiada duit. Gadis miskin, busuk dan semua yang buruk.Sampai sekarang dia rasa sangat malas untuk memiliki lelaki asing dalam hidupnya.

“I masih trauma dengan masa lalu I.. I takut perkara sama berulang” Kata Maya.

“Bukan semua lelaki sama Miss..”

“ yes I know, tapi I takut dengan keadaan sekarang mereka bukan pandang I tapi harta I”

Pen yang sentiasa lekat ditangannya diketuk-ketuk pada meja.Mata melihat wajah Amira yang seakan tidak tahu mahu melakukan apa-apa.

“I bukan taknak berkahwin Mira.. but sometime I rasa perkara tu buang masa.. tapi entahlah.. sejak-sejak ni hati I terdetik nak kaitkan hal perkahwinan pula”Ujar Maya.

Amira membalas dengan anggukkan. Dari pandangan mata sahaja dia sangat mengerti perasaan majikannya itu. Tapi apa yang dia perlu bantu? Susah juga jika Miss Maya mahu berkahwin diusia 30-an ni.

Tapi jika difikirkan balik, apa salahnya? Ada sahaja wanita diluar sana yang berkahwin diusia begitu. Atau mungkin perangai Maya sahaja yang susah untuk dia bantu menyelesaikan masalah itu.

*

“ibu batuk lagi ke ayah?”

Daniel yang baru sahaja memasuki rumah menjenguk ibu dan ayahnya yang berada di ruang tamu. Terlihat si ayah yang sibuk mengusap belakang ibunya membuatkan dia risau.Wajah ibu yang pucat seakan menahan kesakitan buatkan hatinya bergelora kegelisahan.

“Ibu dah makin tenat Dan.. nak bawa ke hopital tapi..”

“Ibu dah makan ubat ke ayah?”

Tangan memeriksa bakul yang berisikan ubat-ubatan milik ibunya.Salah satu botol diambil. Kosong.

Keluhan dilepaskan.

“assalamualaikum..”

Encik Adnan dan Daniel berpaling kearah pintu yang dimasuki oleh Daniya dan Dahlia.Dua anak gadis Tuan Adnan dua Puan solehah. Daniel pula memasang wajah kebingungan memandang kedua adik perempuannya yang berwajah sugul.

“Waalaikumusalam.. kenapa adik-adik along ni?” Daniel bertanya.

“Cikgu minta duit yuran..”Kata Daniya.

“angah pun sama”

Tuan Adnan mengeluh lagi.Duit duit dan duit, kalau diikutkan mungkin harini dia boleh memberi duit untuk anaknya membayar apa yang patut cuma, makanan di dapur sudah habis. Rasanya keperluan di rumah lebih penting. Perlahan-lahan Daniel menggenggam tangan ayahnya.

“tak apa ayah.. esok Dan ke pekan, duit simpanan Dan masih ada lagi. Cukup untuk membayar yuran adik-adik”

Encik Adnan mengangguk perlahan.

“jadi ke kamu mahu ke Kuala Lumpur?”

Soal encik Adnan kepada anaknya. Gembira juga mendapat berita bahawa Daniel akan bekerja di kuala lumpur untuk menyara keluarga mereka.Dia pula sudah jarang bekerja, lagi-lagi isterinya sedang sakit.

Dahlia dan Daniya sibuk di sekolah jika mereka pulang ke rumah, perlu pula mereka uruskan hal rumah. Jadi lebih baik Encik Adnan menjaga isterinya. Dan Daniel, lelaki itu memutuskan sendiri untuk bekerja.

“Insyaallah jadi ayah.. Irfan ada call..katanya ada kerja kosong di pejabat yang dia kerja”

Hampir lima tahun dia menghabiskan masa belajar di Universiti tidak membawa apa-apa erti baginya. Kelayakkan yang dimiliki oleh orang kampung sepertinya tidak dipandang tinggi.

Kini dia hanya bekerja di kedai Pak Cik Mail. Duit gajinya sahaja cukup-cukup makan. Untung dia sempat membeli motorsikal sewaktu masih belajar untuk berulang alik.

“allhamdulillah.. ayah tak kesah, asalkan pekerjaan halal”Daniel tersenyum. Tidak pasti lagi dia akan dapat atau tidak tawaran bekerja disana. Harapnya dapatlah. Tidak kesah bidang apa pun asalkan dia bekerja untuk menampung keluarganya. Daniel meminta izin berlalu ke bilik adik-adik perempuannya.

Pintu diketuk. Tiada balasan dari mereka, Daniel hanya memilih untuk memasuki bilik mereka. Melihat Daniya dan Dahlia yang sibuk berfikir jauh diatas katil, tangannya naik mengetuk dinding kayu menyedarkan mereka berdua dari lamunan.

“Along?” Daniya bangkit dari baring.

“Cikgu korang berdua memang minta duit yuran tu dibayar secepat mungkin ke?”Soal Daniel memandang kedua adiknya.

“Macamtulah.. bayaran yuran banyak tertangguh, yang pelik tu kenapa pihak sekolah tak faham yang kita bukan orang senang..”Adu Dahlia.

Daniel menghela nafas. Dia menduduki katil mereka berdua. Tak tahu lagi bagimana mahu berfikir. Masalah keuwangan dah makin teruk. Ibunya pula sakit. Ditambahkan lagi yuran adik-adik. Apa gunanya dia sebagai seorang abang jika tidak dapat membantu?

“Kau tak ada duit tak payah lah bayarkan Along, esok kitorang ingat nak ponteng biar cikgu tak tanya..” Kata Dahlia diikuti anggukkan Daniya.

“Apa korang ni? Nak belajar tu belajar je lah, tak payah ponteng, Along nak adik-adik along berjaya faham tak?”

“Tapi kalau cikgu tanya? Kami tak kisah along kalau dimarah atau dihina oleh cikgu dan kawan-kawan, tapi yang kami kesahkan keluarga kita”Kata Daniya.

“Along simpan duit along untuk pembedahan ibu dan duit makan, Along tak payah risau lah.. nanti kitorang pergi tolong kak Nab kat kedai makan dia dapat lah lima ringgit. Sepuluh hari dah lima puluh ringgit|” Sambung Dahlia.

Hati mengucap syukur. Dahlia dan Daniya sangat mengerti keadaan mereka sekeluarga.Tapi dirinya pula rasa bersalah.

“Along.. ibu dan ayah adalah harta yang paling berharga yang ada dengan kita.. Along guna duit tu untuk pembedahan ibu ya?” Dahlia menggengam tangan Daniel.

Hati dua beradik itu sangat tersentuh melihat si abang yang seakan banyak beban. Mereka hanya bisa memberikan semangat dan doa. Itu sahaja yang mereka mampu tolong.

“Nanti Along kerja, kita cover balik ya duit-duit yuran tu”pesan Danial dibalas anggukkan kedua beradik itu.

Share this novel

Rohaya Ramli
2022-10-24 06:48:11 

jln ceritanya bagus dan happy ending saya suka


NovelPlus Premium

The best ads free experience