70

Romance Series 137352

“Kenapa datang tak bagitahu?”

Daniel memandang kedua orang tuanya silih berganti. Terkejut dengan kedatangan mereka ke rumah sewa Irfan yang kini sudah dibeli olehnya.

“Kami datang memang kami perlu bagitahu ke?” Kasar Solehah.

Daniel diam. Sudah pasti hal ini akan naik dalam pembicaraan. Hal apa? Hal penceraian nya dengan Maya.

“Daniel minta maaf ibu.. ayah..”

“Apa nak jadi dengan kamu ni Daniel?”Tuan Hamdan bersuara terlebih dahulu. Geram dengan sikap anaknya.Begitu juga puan solehah.Kecewa bagi pihak wanita yang diceraikan semasa hamil.

“Ayah.. anggap sahaja lah kami tiada jodoh, lagipun bukan salah Daniel. Maya yang curang”

Irfan tersentak mendengarnya lantas menoleh memandang Daniel yang duduk disebelahnya. Jawapan yang mudah dia berikan.

“Apa bukti kamu Maya curang Daniel? Kamu tak siasat dulu tapi dah buat keputusan terlebih dulu..”Kata Puan Solehah.

“along dah tak sayang kak maya ke?” Tanya Daniya.

Dia juga geram dengan sikap abangnya. Bagaimanalah boleh lepaskan seorang wanita yang baik begitu sahaja. Tangan Daniya disentuh oleh Dahlia. Mengisyaratkan bahawa tidak perlu masuk campur.

“ayah nak kamu rujuk balik dengan Maya”

“ibu pun, Maya tengah mengandungkan zuriat kamu.. takkan tak ada sedikit rasa hati kehilangan?”

“Tak, biasa je.. Daniel senang move on. Buat apa kita nak ingat sedangkan orang itu khinati kita berkali-kali”Ujar Daniel.

“ayah dengan ibu hanya tau salahkan Dan.. semua Dan yang salah. Ayah dengan ibu tak pernah tahu pengorbanan Dan waktu kita susah dulu”

“Panas hujan Dan keluar juga tolong ayah cari duit, sanggup bagi adik-adik beli baju sekolah baru sedangkan Dan ni dah macam orang gila pergi sekolah sebab baju buruk dan terkoyak rabak”

“Ibu sakit, Dan tak tidur malam sebab nak cari duit lebih untuk ubat ibu. Bukan murah bu.. Mahal. Setiap minggu beli beras RM10 sahaja..”

“Dan pergi Kuala Lumpur.. Niat nak cari kerja untuk kos pembedahan ibu. Tapi tak sempat, ibu dah tenat. Duit Dan dah habis beli pakaian kerja dengan barang keperluan..”

“Dan akhir sekali, disebabkan Dan betul-betul sesak.. Dan buat keputusan bodoh untuk kahwin kontrak dengan Maya. Hanya untuk mendapatkan zuriat, Maya bayar Dan seolah bekerja dengan dia”

“Dan akui.. Dan sayang dia sangat-sangat. Tapi Dan tak tahan sebab dah berkali-kali dia buat seperti Dan ni bukan suami dia!”

Ujar Daniel panjang lebar. Entah sedar atau tidak dia bercakap. Segala isi hatinya terluah bersama air mata yang membasahi pipinya.

“Dia buat semua ni ada sebab Daniel..”Campur Irfan.

“Ibu dan ayah tak fikir perasaan Dan.. Ibu dan ayah cuma tahu salah kan Dan sahaja.. Ibu dan Ayah tak fikir perasaan Dan sepanjang disakiti oleh Maya!!”

Daniel menyerabutkan rambutnya. Dia bangun memandang keluarganya yang duduk berhadapan.Rasa panas pula bila semua orang hanya tahu salahkan dirinya

“Daniel bawa-bawa mengucap” Irfan ikut berdiri menenangkan Daniel. Takut pula lelaki itu hilang kawalan.Suara yang kedengaran biasa semakin tinggi nadanya

“Ikut la ibu dengan ayah nak cakap apa.. janji Daniel bebas!” Kata Daniel berlalu pergi meninggalkan ruang tamu.

Puan Solehah memandang suaminya dengan tatapan sayu. Risau akan anak sulung mereka.

“Takkan gila talak bang..”

“Boleh jadi ke? Kalau dia gila talak kenapa tak cari Maya..” Kata Tuan Adnan tanpa memandang semua orang. Matanya tertumpu kepada pasu bunga yang terletak diatas meja.

“Apa maksud Pakcik?” Tanya Irfan.

“Tak apalah.. nanti Pakcik cuba panggil ustaz kampung kami. Harini kita cuba buka ayat Al Quran dulu..” Kata Tuan Adnan.

Irfan membulatkan mata. Jadi apa yang dianggap Amira benar. Untung dia setuju dengan saranan Amira untuk menyembuhkan penyakit yang dihadapi Daniel.

“Macam mana boleh ni bang? Ada orang buat dekat anak kita ke?”

“Saya tak tahu.. saya bukan handal sangat, esok kalau teruk kita panggil ustaz untuk rawat dia. Malam ni sebelum maghrib buka surah-surah yang patut. Jangan tutup sampai pagi esok” Pesan Tuan Adnan.

Irfan menggengam jarinya.Bibir dikemam.Otak memikirkan bagaimana hal ini semua boleh terjadi.Dan dia sendiri lambat meneka dengan sikap Daniel yang berubah.Andai dia tidak makan bersama Daniel dihari lepas, pasti dia sendiri tidak akan tahu.

“Boleh sembuh ke pakcik Daniel tu?”

“insyaallah boleh kita doakan banyak-banyak.. nasiblah Irfan bagitahu awal.. kalau tak lagi susah nak berubat”

“siapalah yang buat perkara syirik macamni Ya Allah…”Irfan mengusap wajahnya kasar.

Manusia berhasrat dengki.Sanggup melakukan hal sejahat begitu kepada Daniel.

“Mak cik ingat dia gila talak.. rupanya lain..”

“Maya tu baik wak.. memang patut pun dia gila talak.. tapi tengok cara memang lain, buat masa sekarang kita rawat pelan-pelan dulu”

*

Pintu dihempas kuat lalu dikunci oleh Daniel. Badan dihalakan kearah balkoni. Rambut diserabutkan, sesekali dia memukul kepalanya sendiri.

Sekarang semua kesalahan dihalakan kepada dia.Sedangkan apa yang dia lihat bukan datang dari dia yang dituduh membuat masalah.Maya sendiri yang curang.Bukan baru tapi sudah lama, sudah lama dia bersama lelaki itu.Zafril.

Ya dia sedar siapa dirinya nak dibandingkan dengan lelaki kaya yang lebih diminati orang ramai.Memang dia tidak layak, jika diteruskan hubungannya bersama Maya dia pasti akan sakit.Ditipi berkali-kali.

Andai dia cuba untuk fokus hidupnya bersama perkahwinana di atas kertas.Dimana dia hanya perlu menanam benih di rahim Maya untuk gadis itu melahirkan zuriat.Dan dia tidak akan ada apa-apa hak di atas anaknya nanti melainkan dia meninggalkan binti untuk nama anaknya.

“Apa salah aku sampai semua aku yang salah?!” Bentak Daniel.

“Siapa kata kau salah?”

Daniel berhenti pegerakkannya apabila terdengar suara dari arah berlakang. Perlahan dia mengalihkan pandangannya kearah berlakang.

“Siapa tu?”

Soal Daniel sebaik sahaja tidak nampak kelibat seseorang dibiliknya.Telinga sangat jelas mendengar suara yang tidak jauh dari dirinya.Seperti berdiri berbelahannya.

“Kau terlalu bodoh Daniel, kau tak sepatutnya biarkan diri kau disalahkan orang lain. Perempuan itu yang salah kau pula kena..”

Jantung Daniel berdengup laju. Anak mata kini berlari memandang sekeliling biliknya. Telinga terdengar suara ketawa dan percakapan. Tapi tiada siapa pun di dalam biliknya.Hati cuba beristifar.Tubuh badan dipeluk penuh ketakutan.

Suara bisikkan yang semakin menjadi buatkan tubuhnya begertar hebat.

“Ya allah… apa jadi dengan aku ni”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience