Maya berjalan memasuki pejabat. Bunyi banyak tapak kasut tumit tingginya, bersamakan pakaian kemeja putih dan skirt paras lutut menaikkan serinya. Semua sapaan pekerjanya hanya dibalas dengan anggukkan sahaja.
“Morning Miss.. berseri nampak, ada apa-apa ke?” Amira mengusik majikannya itu.Gadis itu nampak lain dari lain, mungkin cukup tidur atau mood membaik. Maya membalas dengan senyuman.
“Mira, staff baru dah sampai?” Tanya Maya.
“Sudah Miss, dia tengah tunggu di bilik meeting. Miss nak mulakan meeting sekarang ke?”
“Ermm… give me 5 mints..”
“Okay Miss..”
Maya berlari memasuki ruang pejabatnya. Handbagnya diletakkan di atas meja. Terus dicapai fail-fail yang diperlukan dan dia berlalu ke bilik mensyuarat.
Pintu bilik mensyuarat dibuka.
“Morning Miss” serentak Amira dan Irfan.
Maya melangkah masuk ke dalam bilik mensyuarat dengan tenangnya, langkahnya terhenti apabila memandang lelaki muda yang sedari tadi menunduk.Diperhati lelaki yang duduk disebelah irfan.
‘Macam kenal..’
“You?!!” Maya terjerit kecil.
Dia sudah ingat.Lelaki muda itulah yang dia terserempak di Mall haritu. Dan lelaki itu jugalah yang menumpahkan air ke bajunya.
“jadi dia ke staff baru kita Mira? Irfan?” Maya bertanya kepada dua orang pekerjanya itu.
Daniel bangun dan menghulurkan tangan kearah Maya. Wajahnya dibiasakan seolah tiada apa-apa yang berlaku. Dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gementarnya dia berhadapan dengan Maya.
“Hi Miss Maya, Nice to meet you” kata Daniel.
Maya memandang dingin wajah Daniel.Pandangannya jatuh pada tangan yang dihulur lelaki itu.
“Not muhrim” Kata Maya.
“Ouh sorry..” Daniel diam menarik semula tanganya. Irfan memberi tahu kebanyakkan urusan kerja banyak melibatkan berjabat tangan jadi dia hanya lakukan untuk mengohormati bos barunya itu.
“You tak ingat ke Mira lelaki ini?”Maya mengerling Amira
“Ingat Miss..” Kata Amira perlahan.
“Okay lah.. kita start meeting sekarang!”
Amira menghulurkan beberapa dokumen pekerja baru yang banyak kaitkan Daniel. Tekun Maya meniliknya. Namun hanya memandang yang penting sahaja.
“Ada pengalaman?”Soal Maya.
Daniel memandang Irfan. Lain macam pula suara Maya yang menyoalnya tanpa memandang dirinya itu. Naik seram mahu menjawab tetapi pandangan Irfan seolah memaksa dirinya menjawab juga.
“err tak ada..”
“Dah tau tak ada, boleh ke cipta pengalaman baru dekat sini?”
Pakk! Fail dokuman itu ditutup lalu diangkat dan diletakkan di sebelahnya dengan kuat.Matanya kini memandang Daniel yang berada di hadapannya. Lelaki muda yang berasal dari kampung. Kacak dan mungkin terlihat sangat manis.
“Insyaallah Miss, saya akan usahakan”Jawab Daniel.
“Kenapa pilih untuk bekerja di bidang ni?”
“sebab saya minat..”
“esok masuk kerja”
Daniel membulatkan mata. Takkan sekejap itu sahaja dia dapat diterima oleh syarikat ini? Bukan dia sahaja yang terkejut, Irfan dan Amira juga terkejut. Susah untuk penerimaan syarikat ini, kerana Maya banyak memerlukan staff dan pekerja yang mempunyai pelajaran yang tinggi.
*
“Sedap pula ya Mee goreng ni” Puji Daniel. Tangannya sibuk menyuap Mee goreng kedalam mulut.Suasana kedai mamak itu riuh rendah dengan suara jeritan. Bunyi pinggan mangkuk yang berlanggaran.
“ha sinilah tempat kegemaran aku..” Kata Irfan. Makin seronok dia apabila sahabatnya sama-sama dapat mengikuti makan tengah hari. Selalunya dia akan rehat sendiri ataupun rehat bersama Amira. Kalini lebih meriah lah dia.
“Eh kenapa makcik tua tu tak keluar lunch?” tanya Daniel kepada Amira dan Irfan.
“Ouh.. Miss Maya ni pelik sikit. Kalau dia ambil heavy breakfast, dia tak akan ambil lunch.. jaga badanlah katakan..” Ujar Amira.
Daniel mengangguk faham. Biasalah perempuan kan. Badan yang cantik ibarat mahkota kedua mereka.Jujur, Maya mempunyai tubuh langsing dan ketinggiannya menepati ciri seorang model.
Ditambahkan pula dirinya yang suka bergaya, tetapi tidak terlalu berlebihan. Pemakaian yang sentiasa menampakkan kematangannya.
Bersama kulit putih gebu, rambut hitam paras pinggang dan solekkan yang tidak terlalu tebal. Ia membuatkan gadis itu kelihatan cantik dan tidak dimamah usia sama sekali.
“fan berapa umur Miss Maya?”Tanya Daniel.Tertarik mahu tahu lebih tentang bos barunya itu.
“Kalau aku cakap ni mesti kau tak percaya, umur Miss Maya tahun ini 32 tahun”Kata Irfan.
“Tuanya.. tapi nampak muda, macam umur 20” Daniel benar-benar terkejut.Miss Maya memang nampak tidak sama dengan umurnya.
“Tahupun 20, yang kau panggil dia makcik itu kenapa?”
“tak lah.. dia nampak lain dari lain.. sebab itu aku gelarkan mak cik, beradap lah sikit lagipun beza umur kitorang pun jauh”kata Daniel.
“banyak lah kau, kitorang semua panggil dia Miss, kau pun kena pnggil Miss juga. Dekat office ni jangan panggil Makcik sudah”Pesan Irfan
“Baru nak cuba panggil nenek”
“Woii!”
Daniel ketawa kecil. Begitu tak sangka dirinya Maya sangat berumur dan lebih tua darinya. Tapi gadis itu memiliki wajah yang sangat muda.Untunglah siapa yang memilikinya.
Hanya kali pertama mereka berpandangan Daniel sudah menganggap dia seorang wanita lain dari yang lain dan memberi contoh yang baik.Menjadi idola dalam apapun tindakkan.Cara berpakaian, cara bekerja,cara bertutur dan cara dia berjalan pun buatkan semua orang kagum.
Walaupun dia sangat serius orangnya tapi apa-apa saja yang dia pamerkan buat orang rasa teruja.Kadang-kadang menakutkan juga bila wanita itu sedang marah. Tapi auranya memang berbeza.
*
“ye ayah.. Daniel dapat duit gaji pertama nanti Daniel tranfer dekat ayah.. ayah gunalah dulu duit tu, nanti Daniel tambah lagi”Kata Daniel. Telifon diletak bersebelahan telinganya.
“Ye nak.. maafkan ayah kalau susahkan kamu, ayah nak bekerja takut pula nak tinggalkan ibu sorang-sorang dirumah.. adik-adik kamu pula tak lama lagi nak duduki peperiksaan”
Kata Tuan Adnan disebalik panggilan.
“tak apa ayah.. kali ini biarlah Dan yang bertanggung jawab untuk keluarga.. Ayah, ibu macam mana?”
“Ibu kamu makin tenat.. setiap hari ayah ulang alik kehospital.. keadaannya makin lemah..”
“Dokter ada cakap apa-apa ?”
Tuan Adnan terdiam. Teringat dia apa yang dokter sampaikan kepadanya semalam.
“Pasal kos pembedahan tu,mahal Dan.. kita tak mampu..”
Daniel terduduk. Sudah dia agak ibunya akan menggunakan kos yang mahal. Kanser hati bukanlah senang untuk diubati.Penderma sudah ada, cuma kos bayar pembedahan tiada.
Mana dia mahu cari wang sebanyak itu? Dia mahu melihat ibunya kembali sihat seperti biasa.
“tak apa ayah.. Dan akan cari duit.. dan letak dulu ya,kirim salam utk semua ayah,assalamualaikum”
Panggilan ditamatkan.Daniel melepaskan keluhan berat.Dia menyandarkan badannya di sofa.Macam mana dia nak cari duit sebanyak itu. Dia juga kerja makan gaji. Lagi-lagi dia pekerja baru.
Banyak duit untuk digunakan.Gajinya juga jika ditolak dengan keperluan pasti habis banyak dan cukup untuk kos pembedahan.
“Dan? Kenapa tu?”
Irfan yang sedari tadi mendengar perbualannya bersama sang ayah tertanya-tanya.
Irfan tidak dapat fokus dengan kerja, perbualan Daniel dan ayahnya membuatkan dia tertarik untuk tahu. Sibuk lelaki itu ke kiri dan ke kanan.Seperti ada masalah besar yang dihadapi Daniel.
“Duit pembedahan ibu aku banyak.. mana aku nak cari duit? Gaji aku pun bulan depan.. itupun tak cukup, ibu aku dah tenat” Daniel sebak.
Dia tidak mahu terjadi apa-apa kepada ibunya.Anak mana tidak sayang ibu mereka?
“Berapa?”
“seratus ribu lebih..”
“aku nak bagi pinjam pun aku tak ada banyak macam itu..” Irfan kecewa tidak dapat membantu sahabtnya.
“Tak payah la irfan, kau dah bayak bantu aku.. aku perlu usaha sendiri”
*
“I terima you bekerja bukan saja-saja.. jadi tugasan you memang nampak mudah tapi ingat.. keuntungan syarikat ni datang dari hasil kerja you, Faham?” Soal Maya kepada Daniel.
Daniel mengangguk kepalanya. Dari awal Maya bercakap sehinggalah sekarang, matanya tidak memandang langsung wajah bosnya. Bukan apa,masih takut akan hal haritu dimana dia melanggar Maya.
Baju Maya juga masih belum diganti.Itu lagi satu masalah. Baju itu lagi mahal dari harga kos pembedahan ibunya.
“So ada apa-apa soalan?”
“S-saya boleh mulakan kerja?”
“sure.. harini awak akan uruskan pelanggan biasa-biasa dulu, dan saya harap bila awak bercakap dengan diorang jangan sesekali pandang lantai”Perli Maya. Geram juga bila dia bercakap lelaki itu asyik memandang lantai.
“Maaf..”
“You takut hm? Baju I you tak ganti lagi?”
Terbutang mata Daniel. Maya seakan boleh membaca akal fikirannya. Dia ingat Maya sudah melupakannya tapi ternyata gadis itu masih ingat.Rasa sukar mahu meneguk air liur apabila pandangan mata bertentang tepat pada anak mata Maya.
Seram dan menakutkan.
“where--”
“Miss..opps-- sorry”kata-kata Maya terpotong apabila Amira memasuki biliknya tergesa-gesa. Wanita itu membawa beg dan beberapa fail menuju kearahnya.
“I rasa you kena pergi jumpa Dato Azman sekarang, dia tunggu you di kafe bawah..”Kata Amira.
“kenapa di kafe?”
“i rasa dia maybe nak lunch.. “
Maya mengangguk faham. Dari duduk bersandar, dia bangkit dari kerusi. Mata hanya melirik sekilas Daniel sebelum dia berjalan keluar dari pejabatnya.
“kenapa awak jumpa Miss?”Soal Amira bingung. Masuk-masuk dah ternampak Daniel.
“Miss bagitahu tentang kerja..”
Share this novel