“ada apa nak jumpa saya?” tanya Daniel kepada Maya dihadapannya.
Maya berdehem. Jus oren yang dipesannya diambil lalu diteguk agar menyejukkan lehernya yang terasan panas mahu bercakap.Tiba-tiba sahaja rasa janggal duduk bersama daniel sedangkan mereka adalah bekas yang sudah pasti mereka pernah bersama.
“Hello.. im talk”
Maya memandang Daniel. Sejak jadi CEO makin matang lelaki itu dalam percakapan. Luaran juga cukup matang dari segi pakaian dan rambut.Tak tak pernah ubah sifatnya yang comel itu.Masih menarik perhatiannya.
“I.. I jadi”
“Ha? Jadi apa?”
Maya merenung tajam Daniel. Pura-pura tak tahu ke atau memang tak tahu ni?
“Rujuk…”
Daniel menayang wajah biasa walaupun hatinya bersorak riang mendengarnya. Nampaknya rancangannya berjalan lancar. Maya pasti akan menerima kerana mahu menjaga namanya dan nama keluarganya.
Maya juga tidak ada apa untuk difikirkan.Dia memang rindukan saat-saat manis dirinya bersama Daniel.Dan cinta dia dengan Daniel tidak akan pernah terpadam walaupun dia cuba untuk padam.
“Good, jadi setuju tarikh minggu depan?”
“Nope, I nak lagi dua minggu sesuai untuk persiapan..”
“okay, baguslah tu.. nanti kita per--”
“jangan ingat semudah itu you nak dapatkan I balik lepas apa yang you dah buat” Potong Maya laju.
“apa maksud awak?”
“I nak you dapatkan hati I semula.. I nak kahwin dalam keadaan I mendalami cinta..”Kata Maya.
“senang, sangat senang..”Kata Daniel bersama ketawa kecil. Tangan disilang kedada.Mempamerkan riak wajah berlagak sombongnya.
“Tak senang, sebab I akan bagi syarat dia…”
“what?”
“I nak you dating dengan I hanya menggunakan RM5,tak kesahla apa pun”Kata Maya.
Daniel membulatkan biji matanya. Malah hampir terkeluar biji mata mendengarnya. Buat Dating bersama Maya hanya menggunakan modal RM5? Duit minyak kereta sahaja tak cukup, itu nak dating dekat mana kalau RM5?
“Mana-- saya yang miskin dulu pun rm15 tau.. minyak motor pun dah rm5 mana nak buat dating macamtu?”Daniel menggaru kepalanya.
"tu tak kira lagi moto lama saya dah rosak.. naik je comferm macam naik kuda.."
“I tak kira, kalau you taknak I lagi sanggup dimalukan…”
“But how? Kita duduk rumah minum ayaq hujan lah lagutukan.. pastu goreng telur dadar kat jalan tar, sorang sebiji”kata Daniel menukar loghat percakapannya.
“i taknak.. I nak romantic”
Daniel menyembamkan kepalanya diatas meja makan cafe itu. Rambut diserabutkan. Bagaimana pula mahu mengambil hati Maya kalau begini? Tak pernah lagi orang berdating macamni.Budak sekolah pun boleh habis dalam RM30.
“Boleh?”
“Tengoklah macam mana..” Kepala diangkatkan semula.
“hey, baru bagitahu dah down? Dah taknak I ke?”
“Ok fine, deal! Esok pagi saya nak awak pakai pakaian sukan.. pukul 7:30 saya tunggu depan rumah Tan sri Kamal”Daniel mengetuk meja perlahan.
“No, jangan tunggu disitu”
“kenapa?”
“nanti Zafril marah you.. better kita janji untuk berjumpa dimana-mana”
Daniel hanya mengangguk faham. Walaupun dia tertarik untuk bertanya kenapa Maya merahsiakan hubungan dia dan keluarga Zafril.
“Awak dah melawat ummi?”Tanya Daniel.
“Ummi yang datang melawat I, dia jaga I waktu pantang…”Beritahu Maya.
“baguslah..”
“kenapa? You ingat I dah lupakan ummi lepas I jumpa family I? I bukan orang macamtu.. tanpa ummi I pasti tak ada ada disini sekarang”
“Tak kata pun… dia yang kata”
Maya menjeling malas. Keluar sudah perangai manja atau lebih lagi kebudakkan Daniel yang selalu membuatkan dirinya cair.
“You okay? Dah sihat?”
Daniel mengangkat sebelah keningnya dengan pertanyaan Maya.
“Mestilah sihat, kalau tak? Tak adanya nak duduk depan awak”Kata Daniel mengikut kata-kata Maya sebentar tadi.
“okaylah kalau macamtu I nak balik..”
“tunggu kejap, saya ada soalan lagi untuk awak”
“cepat”
“macam mana awak boleh keguguran” Soalan dilepaskan dengan nada perlahan. Membiarkan gadis itu fokus dengan soalannya.
Daniel merasa kesal dengan dirinya. Seolah dia gagal untuk semuanya. Tapi bersyukur, Maya masih mahu mengahwini dia.
Dia tidak akan siakan peluang. Dia perlu membaiki kesalahan dirinya semula,
“I stress dan berlaku pendarahan.. “kata Maya tanpa memandangDaniel.
Benar, dia tidak boleh mengambil gangguan fikiran kerana dirinya sendiri dalam keadaan tidak baik. Banyak rasiko untuk umur 30 an hamil.
Maya hanya redha. Mungkin bukan rezekinya lagi. Tetapi kehilangan bayi mereka seoalah kehilangan harta yang beribu malah leih tinggi lagi harganya,
“Barang-barang yusuf Izqian yang you buat I dah derma dekat orang, maaf..”
“Macam mana..”
“i suka nama tu, terima kasih sebab ciptakan nama indah dekat anak I”
*
Hari yang dijanjikan kini menanti. Daniel melibas tangan sambil mengambil udara segar dipagi hari.Anak mata sesekali melirik beberapa orang yang bersenam ditaman.
Jam tangan dilirik pula, sudah pukul 7:39 tapi kelibat Maya masih belum dijumpainya. Mereka berjanji untuk bertemu ditaman ini.Udara yang segar menambahkan kegembiraannya.Wajah Maya tergiang-giang dikepalanya.Tak sabar mahu menanti wanita itu.Gila cinta sudah dia.
Semalam nak tidur pun susah.Rindu sangat dia kepada Maya.Kalau boleh mahu saja dia pergi ke rumah Dato Kamal dan culik Maya.
Lebih selamat tanpa pengetahuan keluarga Maya. Lagipun Daniel masih was-was dengan Zafril yang dulunya menjadi musuh rebutan isteri tetapi sekarang ‘abang ipar’ .
“sorry I lambat” tercungap-cungap Maya berhenti dihadapan Daniel.
“jalan kaki ke datang taman ni?”Tanya Daniel
“Haah, dekat je dengan rumah mama papa..hah.. penat” Maya mengelap peluh yang bertempel di dahi. Umur 30 an rasanya dah tak padan untuk berlari.
Daniel memandang pemakaian Maya. Seluar lenggeng bersama tshirt lengan pendek. Rambut yang dikat rapi seperti ekor kuda bersama topi.sangat simple tetapi cantik.
“Makin letop”
“apa?”
“err tak maksud saya, pecah peluh awak.. mesti lama tak bersenam?”
“kalau asyik kerja macam mana nak bersenam?”Kata Maya sambil membetulkan badannya.
“Betul lah tu, jom lah”
“Pergi mana?” Soal Maya.
“Mulakan Dating menggunakan modal RM5 kita..”Tangan Maya ditarik perlahan mengikutinya. Maya aku mengikuti langkah Daniel.
Mengambil udara segar sesekali. Permandangan indah dipandang. Itu adalah ketenangan yang hebat bagi Maya.
“you pernah datang sini?”
“haah, tak ingat ke dulu saya selalu keluar jogging bila cuti”
“kenapa nak pilih dating macamni?”
“Jimat, saya datang pun jalan kaki sebab takut duit minyak kereta tak cukup..untunglah rumah Irfan pun dekat”
“You duduk rumah irfan?”
“tak selalu sangat, kadang-kadang balik tidur kondo Dahlia”Kata Daniel.
“baguslah”
“kenapa awak jual penthouse tu?”
“bukan jual tapi nak bantu orang dalam kesusahan..”
Sejuk hati Daniel mendengarnya. Baik hati Maya susah dapat dilihat. Gadis itu benar-benar terlalu fikirkan hal orang lain melainkan dirinya.
Dari berjalan mereka memulakan larian setempat. Mereka berlari sehingga cukup masanya untuk berhenti. Daniel menghentikan langkah sebaik sahaja tiba ditasik.Dia mengerling Maya yang baru sampai selepasnya.
“hahh! Penatnya” adu Maya.
Mana tak penat. Daniel tak apalah muda lagi. Boleh berlari sana sini, dia? Kelaut lah jawabnya, Permandangan tasik dipandang.
“wahh cantiknya” Puji Maya.
“Catikkan? duduk lah atas rumput ni” Kata Daniel yang sudah duduk itu. Permukaan rumput disebalahnya ditepuk agar Maya duduk disebalahanya.
Perlahan Maya melabuhkan punggung disebelah Daniel. Menikmati permandang indah dihadapannya.
“Tenang?”
Maya menganggukkan kepala tanpa sedar bibir mengukir senyuman indah.
“tunggu sini sekejap”
“nak pergi mana?”
“kejap la..”
Daniel berlari kecil pergi ke suatu tempat. Tidak mengambil masa lama untuk Maya tunggu lelaki itu kembali bersama dua cup ditangan.
“what are you buying?”
“ hot coffee”Daniel menduduki dirinya semula.
“Hot coffee yang tekan-tekan dekat mesin tu,satu RM1.50 ”
Maya ketawa melihat Daniel yang benar-benar memegang perjanjian semalam. Nampaknya lelaki itu benar-benar buat.
“Nah..” Daniel menghulurkan untuk Maya.
“thankyou..”
“welcome.. nah” Daniel menghulurkan plastik yang berisikan makanan ikan kepada Maya.
“takkan kita je nak sarapan? Ikan-ikan pun nak join.. ni rm2..”
“hahahahhaha” Maya kertawa terbahak melihatnya.
“apa pula dia ketawakan kita?”
“hahahah sorry-sorry..”
“Maya.. saya ada satu ayat untuk awak, dan saya harap awak faham kerana ayat ni seolah saya bila kehilangan diri awak”
Maya memandang Daniel
“kenapa Allah menciptakan rindu?”
“ermm? Taktahu..”
“Kerana Allah ingin mengajar kita untuk selalu menghargai sesuatu yang ada… sebelum ia tiada”Kata Daniel membuatkan Maya terpana.
“saya jujur dan ikhlas dari hati saya.. saya rindukan Maya ariana. Gadis tercantik yang sudah menambat hati saya.. tapi lepas bercerai, saya hilang arah tuju..”
“dari situ sudah dapat dilihat, hanya Maya ariana, pemilik hati Daniel Nazief..”
Tinggal berapa Bab je lagi guys!
Share this novel