Ni kontraknya” Maya meletakkan beberapa kepingan surat untuk Daniel menurunkan tandatangan.
Laju Daniel mengambil dan membacanya.Tandatangan ditinggalkan menandakan dia bersetuju dengan kontrak. Hati hanya mengetahui apa yang dirasakannya. Dia hanya boleh berdoa sahaja supaya dipermudahkan.
“Lepas kahwin I nak you pindah ke penthouse I.. jangan risau, semua kemudahan you I sediakan”Kata Maya serius.
“ermm.. Miss maaf, saya tak boleh nak ikut adat meminang.. ibu saya sakit”
“Its not a problem Daniel.. cukuplah sekadar majlis akad nikah. Asalkan orang tahu yang kita kahwin..I ingat nak bawa you pergi birthday party Tengku Fasha..”
“Untuk apa Miss? Saya ni orang biasa-biasa sahaja?” Daniel menggaru kepala.Sudahla dia tidak terbiasa dengan majlis-majlis macam itu.
“You ada baju?”
“Ha? Err baju melayu?”
Maya menghela nafas.Takkanlah mahu dihentam kuat lelaki itu.Maya mengeluarkan blackcard tanpa had nya dan dihulurkan kepada Daniel.
“Ambil ni, pergilah shopping apa yang you nak.. I nak kenalkan you dengan semua orang dan I nak orang kenal siapa diri you“
“and ingat, bila you dah bergelar suami kepada Miss Maya.. semua orang akan tahu siapa you dan pangkat you.. You bukan orang biasa-biasa dah selepas itu Daniel”
*
“Maya Ariana! Datang juga you”
Tengku Fasha berpelukkan bersama Maya.Gembira dapat berjumpa rakan sekerjanya. Tengku Fasha dan Maya bukanlah sahabat yang rapat tapi mereka mempunyai hubungan yang baik di hal pekerjaan. Mata Fasha kini terarah kepada lelaki yang berkemeja kemas disebelah Maya.
“Oh my gosh Maya.. who’s this?”
“Kenalkan my future husband.. and you Daniel.. kenalkan Tengku Fasha”
“Nice to meet you Tengku”
“Tak sangka eh you.. lama membujang kahwin juga”Perli Tengku Fasha kepada Maya.Dia turut gembira sahabatnya sudah mahu berkahwin.Walau agak terkejut mendengarnya namun itu adalah berita baik.
Daniel sedikit terkejut mendengar perlian Tengku Fasha.Lama membujang? Jadi selama ini Maya tidak pernah berkahwin? Dia fikir Maya sudah berkahwin atau janda, ye lah umur Maya selalunya sudah berkahwin.Rupanya masih bujang.
Terlajak bujang lah ni…
‘Takpa lah Daniel.. tak dapat anak dara, Mak dara pun jadilah..’Bisik hati Daniel sambil mata mengerling Maya dari atas hingga bawah.
“Eh come on.. jemput makan”
Maya menarik pergelangan Daniel yang berlapikkan baju kot dipakainya itu.Mata sekeliling memandang mereka berdua. Majlis tersebut pasti dihadiri oleh orang yang berpangkat besar.
*
“Kenapa tak bagitahu ayah dulu yang kamu nak balik? Boleh ayah masakkan untuk kamu Dan..”Tuan Adnan menggelengkan kepala melihat Daniel yang menarik beg bagasinya masuk ke dalam rumah.
“Tak apa lah ayah, Dan dah makan dah sebelum bertolak tadi.. Dan datang dengan Irfan ni, Irfan dia pergi buat kerja sekejap, Irfan tumpang tidur sini boleh ayah?”Soal manja Daniel bersama ayahnya.
Tuan Adnan tersenyum. Dia hanya menganggukkkan kepalanya. Daniel menolak bagasi memasuki bilik yang sudah lama dia tinggal.Masih sama tiada apa-apa diubah.
“Dan balik ni cuti ya?”
Daniel menganggukkan kepalanya.
“Cuti ayah, Daniel teman Irfan je sebab dia ada kerja.. alang-alang tu Dan boleh jenguk ibu dan ayah? Ouh! Ibu dekat hospital macam mana ayah?”Tanya Daniel saat teringat soal ibunya.
“Allhamdulillah.. Dokter pun dah bagi tarikh bedah untuk ibu kamu tu, cuma tak pasti lagi sahaja.. kamu… kamu dapat duit dari mana Dan? Banyak tu..”
“Dan dapat kerja bonus ayah..” Daniel hanya ukirkan senyuman palsu. Kali pertama bibirnya mengungkap kebohongan kepada ayahnya. Nak buat macam mana lagi, jika dia jujur pasti ayahnya akan marahnya atau lebih kepada membenci dirinya.
Dia sendiri masih keliru halalkah duit yang dia beri keluarganya makan? Halal kah duit yang menjadi kos rawatan pembedahan ibunya?
Mendapat duit dengan cara perkahwinan kontrak?
Dia dianggap anak yang sangat baik oleh Tuan Adnan dan Puan Solehah. Bahkan dia juga sanggup ikat perut demi keluarga. Tapi cara ini..
“Daniel dengar tak?”
“Ha-ha apa ayah?” Daniel tersedar dari lamunannya. Kekekok-kekok bertanya semula apa yang disampaikan oleh ayahnya tadi.
“Kejap lagi kalau kawan kamu tu sampai bagi tidur bilik kamu dulu ya, nak bagi dia tidur luar macam tak hormat pula lagipun tak elok adik-adik kamu nak bangun pergi sekolah esok, mesti lalu lalang.. ganggu tidur dia pula nanti”Pesan Tuan Adnan.
“Baik ayah..”
“ha ni ayah nak pergi pekan nak belikan ikan pari,ibu kamu teringin pula nak makan ikan pari asam pedas yang adik kamu buat..”
“ye ke ayah? Daniel nak juga.. Lama juga tak makan makanan angah buat”
Tuan Adnan hanya meninggalkan senyuman sebelum beredar dari rumah kayu itu untuk pergi ke pasar.
Daniel menutup pintu biliknya. Tilam yang lusuh dan nipis diduduki olehnya. Iphone 13 dikeluarkan dari poket. Hadiah pemberian Maya kepadanya.Sebelum ini harapkan nokia biasa sahaja, mungkin susah untuk bergaul fasal kerja.Sebab itu Maya membelikannya Iphone.
Dah bagitahu ayah belum?
Pesanan dari Maya dibiarkan bluetick. Bagaimana lah dia mahu memberi tahu Tuan Adnan bahawa dia mahu bernikah dengan bos sendiri? Mungkin lebih pelik apabila dia baru sahaja beberapa minggu di Kuala Lumpur pulang meminta izin untuk berkahwin.
*
“sedapnya Dahlia masak..” Puji Irfan sambil mengusap perutnya akibat kekenyangan.
“alaa masak kampung je abang irfan..”Kata Dahlia sambil mengemas pinggan mangkuk lauk pauk yang tinggal sisanya.Daniel dan Tuan Adnan hanya ketawa kecil. Nampak berselera sungguh irfan menikmati makanan kampung.
“eh apa pula, Dahlia ni beruntung tau siapa yang dapat.. muda-muda dah pandai masak.. asam pedas ikan pari meletop Dahlia ni memang kalah dari yang Along Dahlia masak.. selalunya budak-budak umur macam Dahlia manalah pandai masak, itu yang abang terkejut”Ujar Irfan semangat.
“aku pernah masak asam pedas bagi kau makan ke?”Soal Daniel kepada Irfan. Irfan menyiku lengan Daniel. Kacau betul niatnya yang mahu mengambil hati keluarga Daniel.
“Sudah-sudah la kamu puji anak dara pakcik ni, Dahlia dengan Daniya memang pandai masak, rajin.. sama macam ibu dia” Potong Tuan Adnan.
“kalau makcik sihat sekarang mesti saya dapat makan masakkan makcik, saya pun turut mendoakan kesihatan Makcik..”
“Amin…”
Melihat Dahlia dan Daniya yang sudah beredar dari dapur. Daniel membetulkan kedudukannya.Hanya tinggal mereka bertiga di ruangan dapur yang tak seberapa itu.
Share this novel