Kereta Audi R8 membelok masuk ke pekarangan pasti asuhan.Mendengar bunyi kereta itu sahaja sudah buat hati wanita tua yang sibuk menyediakan makanan teruja. Sebaik sahaja kereta berhenti, Puan Salmah terus keluar mendekati kereta itu.
Terdengar jeritan kecil si pemandu. Maya keluar dari perut kereta, berlari kecil mendapatkan Puan Salmah. Dipeluk tubuh wanita tua itu.Terubat rasa rindu selama sebulan tidak berjumpa.Sibuk tak terkata di pejabatnya, itu sahaja lah alasan Maya yang memang mudah dan tidak mudah terasa dibohong.
“Ummi.. rindunya..”
Puan Salmah tersenyum, dia turut membalas pelukkan Maya.Rambut panjang gadis itu dibelai dengan penuh kasih sayang. Dia juga sangat rindukan Maya.
“Ermm wanginya, ummi masak apa?” Seakan terbau-bau wangian masakkan dari dapur.
“mestilah.. kari ayam kegemaran kamu.. Jom masuk makan” Puan Salmah menarik tangan Maya kedapur.
“wahh banyak nya.. untuk adik-adik sekali ke ummi?” Maya duduk di meja yang terhidang makanan itu.Sudah lama dia tidak menjamah seleranya dengan masakkan yang Puan Salmah masak.
“Iya sayang.. kejap lagi mereka pulang dari sekolah, bersemangat mereka harini dapat tahu kamu nak balik” Puan Salmah mencedokkan nasi ke pinggan Maya.
“Kak Rubi dengan pak Mat mana Ummi?” Maya bertanya. Tidak nampak langsung kelibat dua orang itu.
“ ada, biasalah.. waktu anak-anak ke sekolah, waktu itu lah mereka nak rehat nanti bila dah pulang… hmm.. sibuklah nak melayan kerenah budak-budak tu nanti”
Rubi dan Pak Mat adalah pembantu Puan Salmah di rumah anak yatim itu. Mereka umpama satu keluarga.Sentiasa bersama memberi kasih sayang kepada mereka.
“makan lah Maya.. ummi tahu kamu rindu masakkan ummi kan?”
Maya memandang nasi yang terhidang dipinggannya. Lauk pauk dicedok sendirinya. Dengan selera dia memakan makanan kegemarannya itu. Tak lekang senyuman Puan Salmah melihat Maya yang gelojoh makan.
“Masakkan ummi tak pernah mengecewakan”
“iye? Kalau macamtu balik la hari-hari..”
Maya ketawa kecil. Kalau diikutkan mahu sahaja dia pulang hari-hari, tapi kerja tak mengizinkan.Biasalah jika dia mulakan satu kejayaan pasti niatnya mahu membesarkan lagi kejayaan itu.
“adik-adik balik pukul berapa ummi?”
“Kejap lagi balik lah tu, kenapa?”
“Tak ada apalah, duit Maya bagi ada lagi ummi?”
“Ada Maya, masih banyak lagi yang ada.. Ummi ingat nak bawa adik-adik kamu berjalan”Puan Salmah melabuhkan punggung bersebelahan Maya. Seronok melihat Maya yang berselera makan itu.
“ye? Okay lah tu lagi pun budak-budak tu dah lama tak jalan.. nanti Maya tolong bookingkan hotel”
“Ey tak payahlah, duit yang kamu bagi tu banyak lagi Maya”
*
Esok adalah hari pertama dia bekerja, dan esok juga lah hari yang dia perlu menemui Maya.
“apa yang aku nak buat? Dia mesti tuntut aku bayar ganti rugi baju dia, aku baru ja nak mula kerja” Gelisah dihati memikirkan perkara yang akan berlaku esok.Hati tadi tak senang duduk memikirkan hal tersebut.
“kalau dia minta ganti..Eyy memang dia minta ganti rugi pun.. macam mana aku nak ganti, baju dari Milan. Mahal pula tu!”
Daniel mencengkam rambutnya dan melepas sebuah keluhan. Serabut dirinya dari pagi hinggalah sekarang. Kalau dia tak dapat ganti? Apa hukumannya.
Silap-silap dia dibuang kerja. Kemana pula dia harus bekerja selepas ini?Lagipun bosnya tu pasti akan terkejut dengan kehadirannya. Lagi-lagi dialah yang melanggar dirinya haritu.
“kalau aku terima hukuman tu? Ya, hukuman tu mungkin penyelesaian..” Bibir dikemam. Kepalanya diangguk berkali-kali. Dia sudah yakin dengan jawapannya.
“apa yang dianggukkan tu Dan?”
Pandangan menuju kepada Irfan yang bersandar di muka pintu. Kening diangkat sebelah sebelum dibetulkan kedudukannya.
“apa yang kau fikirkan tu?” Soal Irfan melangkah masuk ke dalam bilik Daniel.
“Tak.. tak ada”
“ye la tu, terangguk-angguk kepala tadi kenapa?”Pelik Irfan yang lalu mahu ke biliknya tiba-tiba ternampak bilik Daniel yang tak tertutup pintu lalu ulang-alik pula lelaki tu berjalan dan bercakap sendiri.
“berzikir” Daniel tersenyum kerang busuk. Tidak dapat menahan ketawa, terbahak-bahak Irfan ketawa mendengar jawapan Daniel.
“Kenapa kau ketawa? Betul laaa”
“Main-main lah kau ni..”
“hahahah.. kau tu masuk bilik aku kenapa? Ada apa-apa nak cakap ke?”
“tak ada apa, cuma aku nak cakap goodluck untuk esok.. ye la, kau nak mulakan kerja kan. Kau jangan risau sebab syarikat ni memang besar dan bayaran pun mahal dan tinggi. Insyaallah boleh la setakat sara diri kau”Kata Irfan.
“aku tak kesah sangat fasal diri aku, yang penting aku nak cari duit untuk pembedahan mak aku… harap-harap cukuplah” Balas Daniel. Itu sahaja harapannya.
*
“ha.. jauh termenung anak ummi..”
Puan Salmah mendekati Maya yang duduk di buaian yang menjadi tempat kegemaran Maya sejak dahulu. Puan Salmah tahu, malah sudah menghafal sifatnya.
Maya mesti mempunyai masalah jika dia memilih untuk bersendirian di buaian itu.
“Maya ada apa-apa nak bicang dengan ummi?”
Puan Salmah duduk bersebelahan Maya. Pandangan turut dilemparkan kearah permandangan pantai yang tidak jelas kelihatan di waktu malam. Hanya bunyi ombak sahaja kedengaran.
“ummi rasa patut ka Maya kahwin?”
Maya kini memandang tepat wajah Puan Salmah yang duduk disebelahnya. Menanti jawapan wanita tua itu.Mungkin penyelesaiannya bila dia bertanya kepada ummi.Dia sendiri bingung dengan jawapan hatinya.
“Ya Allah budak ni.. sepatutnya benda ini dari dulu lagi kamu fikirkan, berkahwin itu sunnah Nabi.. Tujuan berkahwin bagi melahirkan zuriat dan mengembangkan umat”Ujar Puan Salmah.
“kamu dah ada calon ke?”
“ish ummi ni, orang tanya je lah”
“Maya.. Siapa pun pilihan Maya, Ummi harap dia mampu membahagiakan Maya..” Lembut Puan Salmaj bersuara.Tangannya mengenggam erat tangan Maya.
“Boleh ummi tanya?”
Maya mengangguk, mengizinkan umminya bertanya kepadanya.
“Kenapa tiba-tiba timbul isu kahwin ni?” Tanya Puan Salmah.
“sebenarnya Ummi, Maya rasa sunyi sangat.. ramai orang yang sama umur dengan Maya dah bergelar isteri dan ibu, tapi Maya?”
“ummi faham.. tapi Maya kena ingat, perkahwinan bukanlah boleh dibuat main, tersilap langkah parah hidup kita”
“Lagipun ummi pasti orang yang baik macam Maya pasti akan dapat lelaki yang baik”
Hanya sekadar anggukkan dibalas.Mungkin apa yang dikata puan Salmah itu benar.Ianya adalah takdir yang menentukan segalanya.
“macam mana ya ummi kalau dah ada suami?”Soal Maya tiba-tiba.
“Suami lain Maya dari lelaki. Suami ada ikatan sah diantara kita dan dia. Kita bebas mahu melakukan apa-apa pun. Bergurau, bersentuhan kulit semuanya.Kalau lelaki, mungkin banyak perkara yang diharamkan”
Maya tekun mendengar. Entahla bagaimana nasib dia jika mempunyai suami? Menjadi milik lelaki itu. Dapatkah dia rasa kebahagiaan? Selalunya perkahwinan bagi seorang wanita banyak tanggungjawab yang perlu dijalankan.
“Maya takut ke nak kahwin?”
“hmm? T-tak lah ummi.. cuma tanya je”
“Ingat Maya, Mendirikan rumah tangga ni indah.. masing-masing rasa tenang dan menikmati rasa cinta dengan ikatan sah. Lagi-lagi kalau cinta selepas berkahwin..”
Share this novel