22

Romance Series 137352

“Tunggu.. bukankah kita sudah bekerja sama dengan NDI sdn. Bhd?”Maya mula memeriksa semula kertas-kertas yang bertarubur di hadapannya.

“Ya Miss..”

“Siapa yang uruskan Meeting bersama pemilik syarikat?”Tanya Maya memandang beberapa orang staff yang duduk berhadapannya serius.

“Irfan,Hazila dan Daniel..”Jawab Amira.

Maya menghempas kertas yang baru dibacanya di atas meja kasar.Dia mengurut pelipisnya.Matanya kini fokus kepada tiga orang staffnya yang bertugas.Bagaimana urusan yang main harga ini mereka tidak dapat selesaikan?

“Apa yang kamu bertiga buat ni?”

Daniel, Irfan dan Hazila diam.Takut pula mahu memandang wajah tajam Maya yang menikam mereka.

“Sekarang ini kita nak cari barang di mana kalau bukan NDI? Syarikat lain pasti I tolak kerana pengurusan kita berharga tinggi dan memilih barang yang berjenama dan tinggi kualiti..”

“What are doing Irfan? Kenapa tak ada tandatangan pemilik disini?”

“And you Daniel Nazief.. “

Daniel menunduk kepalanya apabila namanya disebut.Dia bermain jari-jarinya apabila Maya kini fokus kearahnya.

“You I bagi cuti dua minggu.. tapi kenapa terlebih cuti ni? Ada masalah apa-apa ke yang you ponteng? Tak reti nak hantar MC atau surat cuti? Dah la you ketua dalam perbincangan ini!”

Daniel mendongak memandang Maya tanpa berkelip.

Dia cuti dari bekerja hanya semata-mata mahu menjaga Maya yang masih belum sembuh selepas kemalangan.

“And you Hazila.. I maafkan sebab you ada minta cuti sebab nenek you sakit haritu kan?”

Hazila mengangguk.Syukur tak kena marah.

“Tapi pelik pula.. hari yang you cuti tu bukan main nenek you pergi shopping barang gucci..”

Dam! Hazila sudah mula gementar.Macam manalah neneknya boleh kantoikan pula.Memang dia hanya saja-saja meminta cuti.Tapi..

“AKU MEMANG BETUL-BETUL BENGANG DENGAN KORANG!”

Bentak Maya Ariana.Buat kali pertamanya didengari oleh Daniel.

“Now.. kemas meja fail-fail kertas apa semua ni, keluar dan selesaikan perbincangan dengan pihak syarikat NDI..Meeting tamat sekarang! If pihak diorang dah tak ambil perhatian, korang boleh berambus dari pejabat ni..banyak lagi orang yang nak dapatkan jawatan ni”

Maya mencapai Iphonenya dan bergegas keluar mendahului staffnya yang terlibat.Amira cepat-cepat mengemas barang-barang milik Maya.

“Maafkan saya.. kalau saya datang ke pejabat pasti tak akan jadi macam ni”Daniel berdiri sebelum menundukkan sedikit badannya.

“Tak apalah Daniel.. saya pun salah”Kata Hazila.

“Itulah.. aku rasa Miss ada masalah tu.. itu yang dia marah je dari tadi”Kata Irfan pula.Tangganya menepuk berlakang Daniel.

“”Betul tu.. Miss kalau tak ada mood macam tu lah dia”

*

“Kau betul tak ada masalah dengan Miss?”Irfan yang memandu itu memandang sekilas sahabat nya yang sedari tadi termenung.

“Entahla..”

“Kau buat apa dekat dia Daniel?”

“Aku tak tahu apa salah aku,malam di kampung kita orang bergaduh hanya sebab aku menolong sahabat kecil aku. Anak ketua kampung tu datang malam tu.. dia terjatuh”

“Jadi kau tolong dia? Kau angkat dia?”

“Tak.. aku tak sentuh dia cuma dia terjatuh atas aku.. dan sebabtu jugalah Maya balik ke KL dan kemalangan..”

“kes cemburu lah ni?”

Daniel menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak tahu masalah Maya sekarang ini.Wanita itu makin dingin dengannya.

“Kau kena sabar dan.. dia tu lebih matang dari kita, semuanya ,dia tahu sebelum kita, dia yang nampak bumi dulu sebelum kita..”Kata Irfan memberi semangat kepada sahabatnya.

“Macam mana aku nak berpisah dengan anak aku nanti kalau kontrak tu dah tamat?”Daniel mengusap kasar wajahnya Tidak dapat membayangkan bila dia berjauhan dengan anaknya nanti.

“Kau dah mula cintakan Miss Maya?”Soal Irfan.

“Bukan setakat cinta.. aku sayangkan dia sepenuh hati.. aku tak sanggup kehilangan dia, biarlah orang kata apa, asalkan aku..”

“Kenapa kau tak luah perasaan kau?”

“Dalam keadaan macamni kau nak suruh aku luah? Dia betul-betul dingin dengan aku Fan.. nak makan sekali pun susah apatah lagi berbual.. lagi-lagi kehadiran pakcik mana tah”

Daniel menjeling.Mengingati pula sejak akhir akhir ini ada seorang lelaki yang sama dia berjumpa kerap ke penthouse mereka.

“Pakcik? Pakcik mana?”

“taktau lah.. aku rasa aku handsome lagi.. bukan apa kalau tengok dia,jambang dia macam tak cukur bagi habis, tu kalau pegang tu habis calar”

Irfan melepaskan ketawanya.daniel kalau marah atau benci, lelaki itu tidak pernah mencarut tapi digantikan dengan mengutuk.

“kenapa? Apa yang lawak.. aku tengah marah ni”

“Hahahah ye ye… umur berapa pakcik tu?”

“Lebih kurang isteri aku, sebab aku pernah dengar dia orang cerita fasal zaman sekolah.Sama umur lah kut”UjarDaniel.

“Aku rasakan.. lebih baik kau ambil hati Maya..”

“Ha.. kau pun kena tolong aku juga”Daniel kini merenung sahabatnya yang memandu itu.

“Apa?”

“Kau single kan? Kau pergilah berpasangan dengan pakcik yang tak bercukur tu.. Ni pakcik tu asyik datang rumah aku je.. macam mana aku nak rapat dengan bini aku”

Sekali lagi Irfan ketawa terbahak-bahak.Stereng kereta diketuk-ketuk.Kereta Irfan memasuki perkarangan syarikat kayu berjenama itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience