Daniel menggaru tekannya yang terasa susah mahu menelan liur. Kepala dilentokkan ke kiri dan ke kanan. Menghilangkan lenguh lehernya.
“Hang pasaipa Dan? Tak seronok ka aku ajak mai sungai? Sabaq sat dapat ikan keli sekoq kita balik” Celoteh Zara yang sibuk merenung buluh yang menjadi batang kailnya.
“Bukanlah.. kau nak duduk sampai malam pun tak kesah..”
“Eh hang ni, kena tunang aku mai serang kang. Nasib adik ada.. mana hilang pulak budak tu?” Zara memandang sekeliling sungai mencari keberadaan adiknya.
“Zahra balik kejap ambil tuala.. katanya nak mandi sungai”Kata Daniel yang duduk di atas batu berlakang Zara.
“Hang dok bohong natangpa? Terjun dalam sungai ni ka buaya telan buang la..”
Daniel ketawa kecil. Matanya melihat ikan keli yang sudah ditangkap oleh sepupunya. Teringat pula dia masakkan maya. Bukan baru tapi dari semlam lidahnya meminta masakkan Maya.Nampaknya alahan bayi masih lekat padanya.
“Hang pasaipa dan? Macam ada masalah ja”
Daniel menggelengkan kepalanya. Dia kembali memandang zara yang sedang memancing itu.
“Takda pa aih..” Jawab Daniel.
“Aku tengok muka hang pun tau dah, kita bukan baru kenal Dan.. hang tu macam adik aku dah.. Kalau ada masalah tu, selesaikan dengan cara baik” Kata zara.
“aku nak tanya kau boleh?”
“apa?”
“Kalau ditakdirkan kau berpisa--”
“Hang pasaipa hah?! Hang nak bagi aku single lagi ka?!” zara memotong percakapan Daniel.Batang buluh yang menjadi alat memancing ikan dihala kearah Daniel.Nasib lelaki itu sempat mengelak dari terkena batang buluh itu.
“Bukanlah.. aku nak tanya pendapat kau je”
“Ouhh ya ka? Ha tanya-tanya..”
Daniel menggelengkan kepalnya. Nasib kau lah dapat sepupu macamni. Tapi keuntungannya hilang semua tekanan.
“kalau lah ditakdirkan kau berpis--”
“Abang Dan.. Kak! Mak panggil balik, ada orang mai rumah”
Zara mengerutkan dahinya. Siapa pula datang ke kampungnya harini. Kalau tunangnya, sekarang sedang ada penerbangan di Luar negara. Maklumlah ‘pilot’
“Siapa datang?”Tanya Zara.
“Taktau, jom lah balik” Ajak Zahra berumur 10 tahun itu.
“Jom lah.. dah lewat dah pun, ikan keli kau tangkap pun dah banyak” Daniel mengambil plastik yang berisikan ikan keli itu.
“ha jom lah balik kalau macamtu..”
Zara, Daniel dan Zahra berjalan pulang beriringan. Sungai dekat sahaja dengan rumah. Tidak mengambil masa yang lama mereka sampai tepat dihadapan rumah.
“Siapa yang datang?”
Zara memandang sekeliling kawasan rumahnya yang penuh dengan beberapa biji kereta yang agak canggih.Begitu jugaDaniel, terpaku melihat kereta yang terparking.
‘Macam kenal…’ Bisik hati Daniel.Tak terdetik melihat kereta yang bagaikan tidak asing baginya.
“Jom lah masuk..mana nak tau anak raja mai meminang aku” Zara berjalan laju memasuki teratak ayu milik keluarganya yang dahulu menjadi milik opah.
Daniel menggelengkan kepala.Tak padan dah tunang ada hati lagi nak jadi ‘playgirl’.Dari kecil sampai lah sekarang tak berubah lagi perangai loyar buruk dia. Dipandang kiri dan kanan mencari kelibat si bongsu.
“mana pu-- lah dah naik”
Perlahan Daniel melangkah masuk mengikuti Zara dan Zahra. Tangga kayu dipanjat perlahan. Plastik berisikan ikan keli diletakkan dihadapan pintu.
Tangan yang agak kotor ditepis di seluar jeans hitam yang dipakainya. Mata kini memandang ruang tamu yang penuh dengan orang ramai. Senyuman yang diberi pudar.
“Hang buat apa lagi kat luaq tu Daniel.. Mai masuk, bini hang mai ni” Puan Saleha bersuara.
“Irfan..”
Daniel benar-benar bengang dengan situasi sekarang. Macam mana Maya boleh sampai ke sini?
*
Bekal makanan dikeluarkan dari beg. Dahlia mengambil tempat yang selesa untuknya. Di taman yang mempunyai cuaca baik.
Nasi Ayam hidangan bekal yang dibuat oleh kakak iparnya. Dia tidak sempat makan pagi kerana dia bangun terlambat. Untung Maya ada tinggalkan bekal untuknya.
Lama juga dia tidak balik ke kondo yang diberi oleh Maya.Dahlia membuat keputusan untuk menjenguk kondo yang sudah menjadi miliknya.Lahap dia memakan makanan yang dibawa.Mawar sekarang entah kemana dia.
“Sedap makan..”
Dahlia memamndang golongan yang bersuara. Gadis itu tersenyum sebelum melabuhkan punggung bersebelahan Dahlia.
“Err awak tak rehat?”
Pelik Dahlia melihat keberadaan Mawar yang tiba-tiba datang. Sudah lama mereka tidak bertemu kerana masing-masing sibuk dengan peperiksaan awal.
“saya sudah makan dengan Aiman tadi.. Aiman ada kelas awal itu yang dia naik dulu” Kata Mawar.
Dahlia mengangguk biasa. Entah kenapa jadi janggal dengan Mawar.Lagi-lagi naik nama Aiman.
“Saya tak sangka yang awak sebenarnya crush dengan Aiman..”
Hampir terkeluar nasi yang disumbat Dahlia. Mahu sahaja dia tersedak mendengar kata-kata Mawar yang tiba-tiba.bagaimana pula dia tahu? Sebelum ini tak pernah lagi dia memberi tahu mawar demi menjaga hati wanita itu.
“I-itu dulu..”
“dan sekarang masih sama bukan?”
Sekali lagi Dahlia mahu tersedak. Tiada angin tiada ribut, namun dia sudah nampak lampu permulaan pergaduhan menyala.
“Apa yang awak cakap ni Mawar?”
“Aiman mengadu dekat saya awak kacau dia.. Awak dah tak sayang saya sebagai sahabat awak ke?”
Membulat mata Dahlia mendengarnya.Cerita lawak apa pula yang Aiman buat? Lelaki itu sahaja yang datang menganggu dia sedangkan dirinya sendiri tidak pernah mencari keberadaan lelaki itu. Atau AimaAimanna sahaja tidak mahu Mawar berkawan dengannya.
Dahlia meletakkan bekal makannya disebalahnya.Dia menatap Mawar yang seakan berair mata mahu menahan kesakitan.
“tak terdetik pun saya nak rampas Aiman.. itu cerita dulu mawar..”
“tapi kenapa awak tak pernah bagitahu saya? Dan rampas.. awak sebut rampas.. awak ada niat ke? Jahat ke saya dengan awak?”
“Itu--”
“sayang..”bahu dahlia dipegang erat.lengan sasa yang berurat itu dijeling Dahlia memastikan siapa yang memegang bahunya. Begitu juga Mawar memandang lelaki yang berada di belakang Dahlia.
“Abang dah cakapkan makan sekali dengan abang.. jom kita makan KFC?”
Sapp!
Bagaikan mahu luruh jantungnya.Suara yang sudah pasti Dahlia kenal. Siapa lagi kalau bukan Zafril. Kenapa dia masih ada disini. Dia belajar balik ke? Tapi dia kan dah tua.Bukankah pelajaran yang diganti oleh dia sehari sahaja--
Dahlia tidak berani mahu berpaling wajahnya menatap Zafril yang berada di belakang.
“dato..” Mawar bersuara.
“Yes?”
“err tak apa saya pergi dulu, saya pergi dulu ya Dahlia..”
“dahlia?” Zafril menghentikan pengerakkan mawar.
“Errr haah Dahlia..”Mawar mengangguk kekok.
Wajah kacak zafril benar-benar menawan hati para wanita.
“I think bagus lagi kalau you panggil dia Datin Dahlia” zafril menekan ayatnya.
Share this novel