12

Romance Series 137352

“I’m sorry”

Daniel tersentak sebaik sahaja ada tangan melingkar di pinggangnya. Dengar suara sudah tahu siapa yang memeluknya dari belakang.Siapa lagi kalau bukan Maya, isterinya. Daniel menutup api dapur. Niatnya yang mahu mengisi perut dibatalkan.

Pelukkan Maya cuba dilepaskan namun sengaja gadis itu mengtetatkan pelukkannya.Dengan wajah yang disembamkan di belakangnya. Itu benar-benar buatkan dirinya lemah,

“lepaslah.. saya nak naik atas”

Daniel cuba berganjak tetapi pelukkan Maya membuat menganggu pegerakkannya. Maya tidak mahu melepaskan pelukkan.

”Miss..”

“Call me Maya.. im your wife now.. not your bos” Kata Maya.

Jantung Daniel berdebar.Hatinya seolah cair mendengar kata-kata Maya ditambahkan pula dengan perbuatannya. Daniel memusingkan badannya menghadap Maya.Mata mereka bertentangan.

Daniel membalas pelukkan.Dia menyandarkan kepala Maya ke dada bidangnya.Sesekali mengusap kepala gadis itu.Semakin laju debaran mereka berdua.Tidak tahu mengapa dirinya melakukan begitu.

Nak marah lama-lama pun tak ada guna. Mungkin ada juga salahnya pada pergaduhan tadi.

“I tak buang motor you.. I hantar bengkel je..”Kata Maya.

“I tahu dia bermakna buat you.. takkanlah I sanggup nak buang.. Niat I nak bergurau je” Sambung Maya.

Jika ikutkan hati dan ego mahu sahaja dia menyambung ajuknya itu. Namun kata-kata Maya seolah api yang mencairkan ais batu dengan masa yang cepat.

*

“Aiman..”

“Kau nak apa lagi..”

Aiman memandang Dahlia dengan pandangan malas. Dia mahu mengulang kaji.Tetapi kehadiran Dahlia membuatkan dirinya rasa malas pula.

“Aiman saya suka awak.. saya betul-betul suka awak, kita dah nak habis sekolah Aiman, takkan awak tak mahu beri peluang dekat saya?”

Aiman memandang Dahila dari atas hingga bawah. Gadis itu tidak berpakaian seperti dulu.Kalini Dahlia lebih kemas, seperti mengenakan pakaian baru.Satu sekolah sudah tahu siapa Dahlia sekarang. Mungkin boleh dikatakan keluarga kaya.

Kakak iparnya yang banyak memberi bantuan dan juga mempunyai hubungan rapat bersama pengetua sekolan Puan Hanisah.

“Jadi apa kena mengena bila habis sekolah? Kenapa pula aku perlu bagi kau peluang?”

Dahlia diam.

“Aku cuba bersabar dari berkasar dengan kau, ye lah kau sekarang dah jadi anak orang kaya kan? Aku pula perlu hormat kau disebabkan kakak ipar kau pangkat tinggi..”

“Dengar sini Dahlia.. dari dulu lagi aku tak pernah terima cinta kau apa semua ini, kita datang sekolah untuk berlajar bukan bercinta.. Aku nak capai cita-cita aku”

“aku rasa lebih elok kalau kita fokus belajar”Kata Aiman.

“Tapi tak salahkan kalau kita berkawan Aiman?”

“kenapa pula aku kena berkawan dengan kau? Pernah tak kau nampak aku ada kawan? Tak kan? So just move on”Aiman beredar meninggalkan Dahlia di koridor sekolah.

*

Daniel masih kaku melihat bilik Maya. Ya, dia sudah berpindah ke bilik Maya selepas kejadian yang berlaku semalam.

Bilik Maya sangat mewah. Lebih mewah dari biliknya.Dan dia juga dapat tahu, pasti Maya sangat sukakan warna putih. Atau lebih kepada sesuatu yang menampakkan ketenangan. Dari awal perkenalan, tempat tinggal Maya, bilik pejabat Maya bahkan syarikat Maya yang besar itu semuanya di hasilkan design dengan tangan Maya sendiri.

Tidak jauh berbeza temanya.Tapi dia memang kagum kerana Maya menghasilka satu tema yang buatkan pekerjanya rasa tenang dan mudah bekerja. Mungkin kerana warna. Warna yang menghasilkan aura ketenangan buat pekerja.

Klerk!

Pintu bilik air terbuka.Kelibat Maya yang baru selesai membersihkan diri keluar menuju ke rak barang solekkannya.Dia menatap sekilas Daniel yang yang berada di atas ketil menjenguknya.

“whats wrong?”

“Ha?”

“You kenapa?” Maya mendekati Daniel.Duduk bersebelahan suaminya.

“errr.. tak tahu” Daniel jadi ragu untuk berbual dengan Maya.Entah kenapa setiap kali dia dekat dengan Maya jantungnya berdebar.Menatap wajah Maya buatkan detak jantungnya tidak normal.

“You.. Hahahhahaha” ketawa Maya melihat wajah Daniel yang memerah itu.

“kenapa?”

Maya menggelengkan kepalanya. Ini kali pertama dia ketawa besar didepan Daniel sehingga terguling jatuh dari dudukannya.Jarang dia mahu ketawa seperti itu, tapi ini betul-betul mencuit hatinya sehingga ketawa jatuh bergolek di atas lantai.

“Hahahhahahaha”

“Kenapa ya Allah..” Daniel terikut ketawa melihat kerenah Maya yang tidak dapat berhenti dari ketawanya.

“eh Daniel…”Maya memperbaiki kedudukannya.Matanya fokus kepada wajah Daniel. Sesuatu yang menarik dirinya menatap wajah lelaki itu. Ianya sangat sempurna di wajah lelaki itu.Menarik dan sangat manis ditatap.

“You ada dimple…”Maya terpegun melihat wajah Daniel yang ketawa tadi.Sepanjang perkahwinan mereka dia tidak pernah melihat senyuman Daniel yang menampakkan lesung pipitnya.

Daniel sangat pandai menyebunyinya, ianya benar-benar istimewa pada pipi Daniel.Nampaknya Maya sudah jumpa kelemahannya. Senyuman lelaki itu benar-benar bermakna.

Wajah Daniel yang sangat cantik kulitnya yang berwarna kuning langsat. Kulit yang tiada lansung jerawat. Kulitnya juga sangat bersih dan tiada bulu halus membuatkan wajahnya benar-benar tampak licin dan cantik.

“Miss.. eh tak maksud saya Maya..”

“Yes?” Maya tersedar dari lamunannya.

“Kereta tu awak bagi dekat saya ke?” Tanya Daniel.

“Yes.. I tak nak you ulang alik dari office naik motor you.. kalau hujan susahkan? You suami I takkan I tak boleh tolong you? Takkan I nak biarkan you naik bas or naik motor? Apa pula orang cakap nanti”Ujar Maya.

Daniel mengangguk faham.Maya sangat terkenal dikalangan orang ramai dan pastinya dirinya juga ramai yang tahu siapa dia sebenarnya bagi Maya. Tak mungkinlah isteri naik ferarri dan suami naik motor buruk? Duit dapat, kereta pun dapat.. apa lagi yang dia mahukan.

“Tapi kalau kita bercerai?”

“I takkan ambil balik.. hati I tak sebusuk itu.. buruk siku I nanti, lagipun you dah sanggup kahwin dengan I, anggap sahaja itu hadiah dari I”

“Terima kasih”

Maya memejamkan matanya apabila Daniel tersenyum kearahnya.Lemah betul dia selepas dapat tahu keindahan senyuman Daniel.Kalau lah dari awal dia tahu, pasti dia sudah banyak kali mengelak dari berjumpa Daniel.

Bukan apa!

Comel masalahnya!

Wanita tua mana yang tidak terpikat dengan lelaki yang comel? Dan kacak?

“Ermm Dan, sorry tau, I tak dapat bawa you pergi honeymoon.. ”Wajah Maya berubah serius kembali. Teringat sesuatu yang mahu dibicarakan. Mungkin tidak serius tapi mungkin juga perlu dibincangkan.

“Eh tak apa.. awak busy kan? Saya faham..”

“tapi tengok perangai you baik, esok kita flight ke Paris”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience