“Ha turun pun.. mari makan” Puan Solehah menghidang makanan itu tersenyum melihat anak turun bersama sahabatnya.
Lega hati melihat Daniel yang semakin sembuh. Tetapi lelaki itu masih belum dibenarkan keluar dari rumah atau berkeliaran di luar selepas senja.Masing-masing cuba mahu merawat Daniel. Mereka memberi semangat. Itu yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
“Ibu masak sup ayam dekat Dan, Dan makan yang ini dulu ya.. lepastu minum air ubat ayah buat ni”
“Terima kasih bu..” Daniel tersenyum lalu duduk bersebelahan Irfan, Si ayah yang sibuk membaca surat khabar dipandang.
“ayah..” Panggilnya perlahan,
Tuan Adnan menurunkan surat khabarnya. Melihat si anak yang memanggil. Daniel melempar senyuman terlebih dahulu.
“Daniel minta maaf ayah kalau Daniel ada buat perkara yang ayah tak suka, maafkan Daniel sebab berkasar dengan ibu dan ayah..” Kepala ditundukkan,
“Perkara dah nak jadi Dan.. nak buat apa lagi kita berbual fasal itu? Kamu dah sihat kan?”
“Ingat Daniel, solat jangan tinggal.. rasa perkara pelik terus buat solat hajat minta Allah jauhi dari perkara buruk faham?” Puan Solehah menyambung.
“Dah la makan, harini kak Dahlia masak!” Kata Daniya yang mencidukkan nasi ke dalam pinggan masing-masing.
“Sejak bila kamu rajin masak ni Dahlia? Dulu kalau nak suruh masak cukup satu jam baru pergi masak” Kata Tuan Adnan.
“sejak duduk sendiri,kalau Dahlia tak masak Dahlia nak makan apa ayah? Lagipun Dahlia lebih suka masakkan sendiri dari beli yang lain”Kata Dahlia.
“Untung siapa yang jadi suami kau dik” sampuk Daniel bersama senyuman nakal dibalas jelingan adiknya..
“apa? Untung lah.. aku dah la cantik, pandai masak suara sedap rajin pula tu..”
“apa? Suara sedap? Baru semalam aku dengar suara katak mana tah menyanyi dalam bilik air ahhahahahah”
Dahlia mencubik lengan Daniel bersama jelingan. Pantang betul dia apabila Daniel memalukan dirinya dihadapan orang ramai.Dipandang Irfan yang sudah tergelak kecil dengan gurauan abangnya ingat tak malu ke?
“aduh sakit la angah!”
“tahu pun… lempang kang!”
“eh sudah lah makan-makan, nanti sejuk pula lauk”
“Daniel jadi ke nak rujuk dengan Maya?” Soalan Tuan Adnan membuatkan suasana kembali hening tanpa suara. Mata tertumpu kepada Daniel, menanti jawapan.
“Kalau ikhlas dari hati Daniel, Daniel nak sangat rujuk.. tapi Daniel tak yakin kalau Maya nakkan Daniel semula selepas apa yang terjadi. Maya pun dah hilang jejak”
“apa?”
“haah pakcik, Miss Maya dah tak datang pejabat sebulan selepas bercerai dengan Daniel, penthouse Miss Maya telah disewakan dekat orang lain. Masing-masing tak tahu keberadaan Miss Maya” Sambung Irfan pula.
“habistu nombor telifon? Along tak cuba contact Kak Maya?” Tanya Daniya.
“Along rasa Maya dah tukar nombor telifon.. semua staff cakap perkara yang sama”Kata Daniel.
“betul lah, sebab waktu along tak sihat banyak kali angah call Kak Maya tapi tak dapat..” Terang Dahlia pula.
“Kak Maya dah benci kita ke?”
“hei apa cakap macamtu Niya.. mesti kak Maya pun tertekan dengan apa yang berlaku. Ayah rasa mungkin Maya tenangkan diri dia. Daniel bagi dia masa dulu..”
“Tak boleh ayah.. Maya perlukan Daniel, Daniel kena cari Maya.. Maya tak sihat”Kata Daniel.
“mana kita nak cari Daniel? Semua orang tak tahu mana Miss Maya pergi”
“sebab itu kita kena berusaha cari..”tegas Daniel.
“betulah tu, Lia yakin Kak Maya tak akan pergi jauh dari sini melainkan dia…” Dahlia mengemam bibir saat dipandang tajam oleh abangnya.
“apa Lia cuba cakap ni?” soal Puan Solehah yang memerhati gelagat dua beradik itu.
“Kak Maya masih hidup, tolong jangan fikir bukan-bukan.. lagipun kandungan Kak Maya baru masuk enam bulan, ianya tak akan jadi apa-apa.. Kak Maya juga ambil rawatan”Ujar Daniel kepada Dahlia.
“Macam mana Dahlia tahu? Bukankah…”
“Dato Zafril bagitahu” Terang Dahlia selamba.
Daniel mengecilkan matanya memandang sang adik. Benarlah, memang Zafril tahu tapi apa pula hubungannya bersama Dahlia?
*
“I jumpa dalam laci meja you.. I sendiri was-was nak pegang tapi I perlu ambik sebagai bahan bukti, kalau I tak ambil sampai bila pun kita tak akan tahu puncanya..”Jelas Amira kepada dua orang sahabatnya.
“asstarfirullahalazim..”Irfan mengusap wajahnya.
Daniel diam memerhati bungkusan yang dibalut bersama kain kuning yang terletak diatas meja. Hatinya seakan panas melihatnya.
Siapalah manusia jahat yang berani merosakkan rumah tangga dia dan juga Maya? Dimana salah silapnya kepada manusia itu? Dimana kejahatannya yang dibenci oleh manusia itu sampai sanggup lakukan perkara begini.
“Nasib I tergerak hati nak ambil fail-fail Daniel yang I suruh dia kerjakan haritu..”sambung Amira.
“awak dah tengok cctv rakaman?” Tanya Daniel pula.
“Tak.. tak ada masa yang ‘orang’ tu letak benda ni dalam laci awak, saya dah tengok dan periksa bersama Uncle Mail”Kata Amira.
“habistu siapa yang letak? Takkanlah dia boleh ada sendiri dalam laci meja Daniel?”Pelik Irfan.
“Boleh jadi juga kalau ada orang yang makan rasuah..”Kata Daniel serius. Tangan diganggamkan.
“Kita kena buat laporan polis…”Saran Irfan.
“aku rasa perkara ni tak perlu dihebohkan.. cukup kita tiga sahaja yang tahu, Amira.. nanti tolong bincang dengan polis. Berapa pun nanti saya bayar..”
“baik, nanti saya akan cuba bincangkan hal ini dengan pihak polis”
“Kau pula Daniel? Macam mana dengan misi nak memujuk Miss Janda kau?”
“yang tu aku nak start esok, sebab itu hal ini aku biarkan Amira yang settlekan dengan pihak polis, kau kena tolong aku”Kata Daniel.
“memang aku kena tolong kau, kau ingat aku sanggup nak lepas kau pergi cari Miss Maya sorang-sorang?”
“eh tapi kan, how about kes penceraian Daniel? Sah ke? Daniel kan disihir..”Potong Amira yang keliru itu.
“hakim cakap sah bermakna sah, lagipun Daniel bercerai dalam keadaan masih waras”Beritahu Irfan.
“ouhh.. tak apalah, nanti wedding boleh buat wedding of the year, dulu paksa-paksa sekarang cinta pula kan?”
Daniel senyum tawar mendapat sengihan dari Amira.
“itupun kalau Maya still mahu bersama saya”
“kami sentiasa doakan kau Daniel, kami akan tolong kau.. Amira, kau ada contact dengan Miss Maya kan?”Irfan dan Daniel memandang Amira.
”sebenarnya I taknak bagitahu tapi disebabkan keihkalasan you Daniel.. I memang ada contact dengan Miss Maya but bila I tanya dia dekat mana sekarang she just bluetick me”Jelas Amira.
Amira menyelup tangannya masuk ke dalam beg tangan dan mengambil telifon miliknya lalu diberi kepada Daniel.
“bacalah chat I dengan Miss Maya.. Miss Maya cuma tanya soal kerja”
“eh bukankah kita boleh tahu alamat melalui nomber telefon?”
“haah la!”
Share this novel