“Seronok tak datang sini?”Tanya Maya kepada Daniel
“Seronok.. Best juga sebab ada pantai”Daniel menduduki dirinya di atas buaian kayu yang tergantung elok di dahan pokok berhadapan pantai.
“Sinilah tempat kitorang akan main waktu petang selepas mengaji..”
Daniel memandang kanak-kanak kecil sehinggalah seumuran dengan remaja.Masing-masing masih ketawa dan tersenyum.Suasana rumah anak yatim itu sangat bahagia.Kasih sayang yang diberi ummi memang sangat menakjubkan.
Ombak pantai yang menampar pasir.Ditambahkan pula angin sejuk malam itu. Anggun-anggun api yang dipasang oleh kanak-kanak disitu sangat menambahkan suasana baru bagi Daniel.
“Nampaknya ada orang lebih susah dari saya”
Maya tersenyum sebelum melabuhkan punggungnya bersebelahan Daniel.
“Dulu kitorang lebih susah.. Ummi pula masih tiada duit tapi masih bertekad mahu menjaga kami.. tapi sekarang diorang semua dibawah tanggungjawab i..Makan minum diorang semua i tanggung.. asalkan diorang tersenyum”Kata Maya.
“saya tertanya, macam mana awak boleh tempuh semuanya dengan sendiri?”
“I lebih suka bersendirian dari berduaan”
“You so amazing sayang..”
Maya ketawa kecil mendengar pujian Daniel.
“Abang Dan..Kak Maya jom balik, ummi panggil!”jerit seorang gadis kepada mereka.
*
“Hahaha tu la daniel..Maya kalau sakit tu dia punya tahap mengada tu memang tak boleh buat apa”
Daniel ketawa mendengar cerita Puan Salmah yang sedari tadi menyakat Maya.Maya pula sudah lama menyembunyi wajah di belakangnya.Malu.
“hahah tu lah ummi… Kalau kita tak bagi puasa, degil juga nak puasa…”
“Hahahha Daniel dengan Maya macam mana sekarang okay?”Tanya Puan Salmah.
“Allhamdulillah ummi..Macam yang ummi tengok”Balas daniel.
“Baguslah kalau macamtu.. Ummi ikut bahagia sekali, dah berisi ke?”
Maya dan daniel berdiam apa pula nak dijawab kali ini?
“Mungkin bukan rezeki lagi, lagipun masih awal ummi..”Maya menjawab sopan bagi pihak suaminya juga.
“Betul lah tu.. Biar masa kamu berdua banyak, nanti ada anak masing-masing dah mula sibuk untuk ber kasih sayang”
Maya dan daniel mengangguk serentak.
“eh kejap ya, ummi nak pergi tengok budak-budak tu kejap, entah tidur ke belum lagi..”
Hilang sahaja puan Salmah dari pondok yang diduki mereka.Terus Maya memandang Daniel yang duduk bersebelahannya.
“apa?”tanya daniel sebaik sahaja perasan dirinya diperhati oleh Maya.
Maya tersenyum sebelum membaringkan tubuhnya.Membiarkan kepalanya berehat di atas paha suaminya. Dapat dirasa usapan lembut dari Daniel.
“You nampak kacak dengan Tshirt lengan pendek dengan kain pelekat ni”Puji Maya.Dari tadi dia cair melihat suaminya yang sangat pandai bergaya.
“Setiap hari saya kacak.. awak sahaja tak nampak”
Maya terkekeh kecil.Senyumannya kembali pudar sebaik mengingati sesuatu difikirannya.
“Dan..”
“ermm?”
“apa perasaan you bila you dipisahkan bersama darah daging you sendiri?”Soal Maya.
“Maksud awak… anak?”
Maya menganggukkan kepalanya.
“Sudah pasti sedih.. impian saya mahu menjadi seorang pembimbing keluarga yang paling terbaik, tapi tak ada rezeki kan..”
Maya tawar mendengarnya.
“tak apalah.. Perjanjian tetap perjanjian..Berbintikan nama saya, dia akan tahu kasih sayang seorang ayah yang masih sanggup berbintikan dia..”Kata daniel.
“saya minta maaf kalau--”
“saya tak pernah fikir tentang itu.. saya rasa lebih baik kita fokus kehidupan kita”
Jangan lupa follow ain readers, and komen biar ain rasa bersemangat nak up hhihihihi.
Share this novel