Cermin mata hitam dilepaskan oleh Maya.Air latte yang dipesannya diminum.Cuba memanaskan tekak sebelum mahu bersuara dengan lelaki yang duduk dihadapannya.
Zafril tersenyum memandang wajah Maya dihadapannya. Lama tidak bertemu, pastilah rindu.
“So, how are you?”Soal Zafril.
“Fine, how about you?”
“I sebenarnya tak sihat.. tapi tengok you terus sihat”
Maya ketawan kecil.
“Biasalah, makin lama makin tua.. bukan makin muda..”
“Itulah, sebab tu I nak cari calon isteri cepat-cepat, kalau tak bujang terlajak lah I”KataZafril.
“Itulah, orang suruh kahwin taknak..”
“Bukan senang nak cari calon isteri sekarang ni.. Tapi kalau boleh I nak muda dari I”
Maya ketawa terbahak sehingga menampar lengan Zafril dihadapannya. Nasib baru 32, ada jugalah yang pandang kalau tua pun.
“Macam-macam lah you ni Zaf..”
“hahah lawak je, tapi kalau ada apa salahnya”
“I tengok you macam tak sihat je Maya? Its everything okay?”tanya Zafril.
Maya yang sibuk ketawa kini berwajah suram memandang Zafril dihadapannya. Zafril pula sudah mula risau melihat wajah yang seakan menghadapi masalah itu.
“Kenapa ni?” Risau Zafril.
“I…”
“I?”
“You akan dapat anak buah nanti”Kata Maya tanpa memandang seinci pun wajah Zafril.
Zafril memasang wajah bengang. Taktahu nak marah atau gembira dengan berita yang disampaikan oleh Maya.dia dan Maya sahaja yang tahu apa yang jadi.Tapi tak sanggup dia marah kerana Maya tidak ada orang lain untuk meluahkan.
“what are you doing Maya Ariana?”
“I nak--”
“You tak fikir tentang kesihatan you ke Maya? You tak ingat ke dokter cakap apa? Apa yang you dah buat ni?!”
“Tapi I betul-betul mahukan perwaris! Kalau I tak ada pun sekurang-kurangnya cukup harta peninggalan I untuk anak I nanti… you tak faham apa yang I rasa.. semua orang tak faham”
Air mata jatuh membasahi pipi Maya. Hatinya- betul-betul sakit dengan keadaan sekeliling.
Zafril mula berasa bersalah. Tapi hatinya lebih mengaitkan tentang kesihatan wanita itu. Perlahan tangannya mendarat di bahu Maya.
“Daniel tahu?”
Maya menggelengkan kepalanya.
“kenapa you buat cadangan gila ni Maya? Cinta boleh cari tapi you? You beli cinta tu..”
“sebab otak I tak berfungsi.. I fikirkan diri I sendiri tapi I tak fikirkan hati I..Maybe Daniel jodoh sementara I, sebabtu tuhan temukan kami berdua?”Maya memeluk tubuhnya.
Zafril menggaru kepala yang tidak gatal.Dari awal hinggalah akhir dia dengar cerita Maya dia sendiri tidak tahu apa yang salah,apa yang betul.Maya adalah gadis yang baik,dari awal sekolah dia sangat mengenali Maya.
Tetapi dirinya sahaja yang tamak. Lebih pentingkan pangkat hartanya.Maya yang dulu berlainan dengan Maya yang sekarang.Gadis itu sangat cantik bahkan memiliki hati yang baik.Sekarang terbit rasa menyesal atas perbuatannya kepada Maya.
Dia juga pernah mengambil tahu soal syarikat Maya selepas pulang ke malaysia.Kakinya tidak dapat menahan untuk berjalan pergi memohon maaf kepada Maya. Hatinya rasa bersalah jika diingatkan perkara dulu.
Pertemuan yang tidak disangka.Zafril lebih berasa bersalah melihat wajah Maya selepas bertahun mereka berpisah.Nak dikatakan Cinta?
Baru sekarang dia cintakan Maya? Sedangkan dulu bila gadis itu sibuk tergila-gilakan dia dia sendiri yang lukakan dan buang cinta itu.
“I yakin.. dan I sentiasa doakan kebahagian untuk you..tapi percayalah semua keputusan terbaik ada di tangan you Maya.Cuma you sahaja perlu bijak memilih keputusan”tangan Maya dicapai lalu digenggam.
“terima kasih untuk you juga Zafril.. you sudi jadi peneman I saat macamni”
“I see.. start from now you kena banyak berehat,makan cukup..jangan skip okay? Biar baby dengan mommy bertenaga sikit”Zafril memberi senyuman buatkan Maya ikuttertawa.
Rasa sesak dihati bagaikan melihat ketawa Maya seolah palsu.Gadis itu pasti meyembunyikan kesedihannya pada kebahagian.Kali ini dia perlu betul-betul mengambil hati maya semula.Apa sahaja yang wanita itu minta dia akan beri semuanya. Walaupun nyawa sekalipun dia akan bagi demi MAYA ARIANA.
*
Muka dicuci oleh Daniel.Kain tuala yang kering diambil lalu dilap diwajahnya supaya kering. Daniel menatap cermin yang menampakkan wajahnya tapi lain di matanya yang membayangkan sesuatu perkara. Terfikir tentang kejadian yang berlaku bersama isterinya semalam.
Bangun sahaja Maya sudah tiada di tepi, pasti gadis itu sedang merajuk dengannya. Apakah dia keterlaluan memarahi Maya?
Jujur perasaannya sangat marah dicampurkan cemburu dengan Zafril.Maya pula lebih mersa dengan lelaki kaya itu.Mlamnya sahaja tidak dapat tidur lena kerana takut yang Maya akan tinggalkannya hanya kerana Zafril.
Daniel menghela nafas.Apa-apa pun yang terjadi dia dan Maya pasti akan berpisah.Tangan naik bermain rambut yang masih serabai selepas dikeringkan.
“Rambut dah panjang? Kena gunting sikit yang depan ni” daniel bermain rambutnya.
Dahlia pagi-pagi sudah keluar. Katanya mahu pergi beli barang keperluan. Daniel tidak menghalang kerana Maya menyuruh untuk membiasakan diri Dahlia di kawasan KL.Lagipun tidak lama lagi dia akan menyambung pelajaran.taknak pula lah adiknya sesat di kawasan KL.
Daniel berjalan keluar dari bilik mandi untuk mencari gunting rambut yang disediakan oleh Maya. Pandangan mengarah kesekeliling bilik.Cuba mengingati dimana tempat yang dia letakkan gunting rambut.jarang sekali dia mahu potong rambut tai disebabkan terlalu panjang ia jadi rimas dan sangat tidak selesa di cuaca panas .
Rak barang keperluannya bersama Maya didekati. Laci ditarik satu persatu mencari keberadaan gunting rambutnya.
“mana pula aku le--”
Tangan Daniel berhenti sebaik sahaja menyentuh satu buku yang sangat menjadi perhatiannya.Tangannya mengeluarkan buku berwarna merah jambu itu.
Baru sahaja dia mahu buka sekeping gambar jatuh ke atas lantai, tepat di atas kakinya.Dia menundukkan badan lalu mengambilnya.Gambar yang bercorak hitam putih yang menampakkan jelas dinding rahim yang berpenghuni benih kecil.
“apa semua ini Maya?”
*
“Apa ni ma.. kalau datang Malaysia sebab nak berbincang tentang tu--”
“Kamu tak sayang dekat adik kembar kamu ke Zaf?”
Zafril bangun berdiri memandang kedua ibu bapanya. Saja niatnya mahu datang melawat disebabkan ibunya baru sahaja berpindah.Tapi tdiak disangka makin pening kepalanya.
“Salah siapa sekarang? Kalau bukan sebab mama dengar cakap nenek, Zaf dengan Zafina takkan hilang ma.. Yang mama fikir cuma anak lelaki anak lelaki yang boleh dijadikan perwaris..”
Tersentak Amira dan Kamal. Perpisahan adik beradik bukanlah hal yang menyenangkan bagi Zafril. Siapa sahaja tak sayang adiknya? Dia sendiri tidak pernah melihat si adik kembar yang sudah bertahun hilang.
“Mama minta maaf Zaf, sebab tu mama datang sini nak cari adik kamu”
“Dekat mana lagi ma nak cari Zafina? Tell where? Entah adik zaf hidup--” Zafril menghentikan kata-katanya. Tak mampu menahan sedih.
“Zafina hidup lagi.. mama yakin ada orang jaga dia”Kata Puan Amina.
“Kalau ya pun mungkin sekarang dia dah berkeluarga.. biarlah dia bahagia dengan keluarga angkat dengan suami dan anak-anak dia..”
“Mama nak jumpa dia Zaf..”
“Cuba awak bersabar, kalau awak teruk kan keadaan macam mana kita nak cari anak perempuan kita?” Campur Tuan Kamal mendiamkan isterinya.
Tuan Kamal memandang salah satu anaknya yang menjadi harapannya.
“Zaf.. nak tak nak kita perlu cari adik Zaf”
“Tengoklah pa..”
“zaf dah tak sayangkan mama ke sayang?”
“Ambil wudhuk solat hajat, minta pada Allah permudahkan segalanya.. bukan perlu merayu dekat Zaf yang manusia biasa. Belum tentu zaf boleh tolong mama papa,Setiap orang pasti ada kesilapan sendiri..mama papa fikirlah..”Kuncil kereta di atas meja dicapai.Laju kakinya meninggalkan kedua orang tuanya di ruang tamu dan memanjat tangga ke bilik.
Apa pula nak jadi ni..,jangan lupa follow Ayn okay,love u
Share this novel