Majlis resepsi diadakan dengan penuh gilang-gemilang berlansung dengan jayanya.Tetamu yang hadir buatkan meriah susasana di dalam hotel yang dilengkapi tema bunga lavendar.Maya dan Daniel tidak lekang dari senyuman.
Walaupun sangat penat saharian,bangun awal untuk bersiap kemudia melakukan aktiviti yang sering di lakukan di dalam majlis respsi.Kini mereka hanya duduk menanti ditepung tawar oleh keluarga.
Hati mengucap kesyukuran.Akhirnya mereka dapat disatukan kembali.Maya yang berdanda bagaikan puteri raja yang sangat cantik dilirik sekilas.Gadis itu adalah bidadari Daniel.Benar, jodoh itu tidak kira umur cuma datang dengan cepat atau lambat itu sahaja.
“selamat pengantin baru Maya.. Dan.. semoga kekal bahagia ye?” Kata Puan Salmah sambil menepung tawar pada Maya dan Daniel.
“terima kasih ummi..”
“anak ummi jangan nakal-nakal eh? Dah tua dah pun.. ummi cubit nanti”Pesan Puan salmah kepada Maya. Daniel ikut tertawa melihat aksi dua wnaita itu.
“ikutlah ummi… apa-apa pun terima kasih ummi sebab sudah besarkan Maya..Maya sayang ummi” Tubuh Puan Salmah dipeluk lalu dikucup pipi wanita itu.
“ummi pun sayang Maya”
Giliran keluarga Maya naik untuk menepung tawar. Bermula dengan Puan Amina bersama Tuan Kamal. Kedua-duanya memberi riaksi positif.Masing-masng turut gembira dengan hari yang bahagia anak perempuan mereka. Giliran Zafril. Daniel berdehem memangdang wajah Zafril yang memasangkan wajah tegang itu.
“Kahwin dengan adik aku ni nak buat hal lagi tak?”Soal Zafril.
“Zaf…” Bisik Maya.
“err haha? Ha?”
“dah-dah la tu… tak payah nak takut sangat, aku pun nak minta maaf atas apa yang aku buat selama ni, ye la aku kurang percaya dengan budak zaman sekarang..”
“Tapi apa pun aku minta, jaga adik aku baik-baik.. ajar dia kejalan yang benar, bimbing dia dengan baik..”Kata zafril serius kepada Daniel.
Tiba mas untuk mengalah, apa jadinya umur 30 lebih masih mahu cari gaduh seolah tidak matang. Lagipun bersyukur, walaupun Maya bukan isterinya atau kekasih, Maya adalah adik kandungnya dan darah diging yang sama.Mungkin kasih sayang itu mudah tertukar kepada kasih sayang seorang abang.
“Terima kasih Dato saya pun nak minta maaf atas kata-kata kasar saya sebelum ni” Daniel bersalaman dengan Zafril.
Tidak disangka tubuh Daniel ditarik lalu dipeluk oleh Zafril.Belakang badan daniel ditepuk perlahan.Seolah memberi kepercayaan kepada Daniel untuk dia titipkan Maya kepadanya.Daniel tersenyum sebelum mebalas pelukkan Zafril
Maya tersenyum diam, begitu juga dengan keluarga yang lain. Mengharapkan hal sama berlaku.
“Aku salah juga.. nak tak nak aku perlu mengalah.. Maya jodoh kau Dan, tapi aku tetap bersyukur Maya halal dari segi adik beradik bagi aku..”
Daniel menganggukkan kepalanya. Tangan mengusap lalu menepuk perlahan berlakang Zafril.
“kau wajar cemburu kerana aku.. sebab aku jugalah korang bercerai. Aku tak sepatutnya ikut cakap Maya untuk rahsiakan semua ni”
“Tak apa, saya faham.. kosong-kosong lah kita”
Usai Zafril menepung tawar, giliran Amira bersama Irfan naik kepelamin untuk menepung tawar bersama mereka. Maya dan Daniel menghadiahkan senyuman.
“Selamat penganti balik bro!” Irfan berpelukkan bersama Daniel manakala Amira berpelukkan bersama Maya.
Sahabat karib yang sentiasa ada dimana jua.Dan dua orang pasangan yang telah menyelamatkan rumah tangga mereka.
“Asal pengantin balik?”Soal Daniel.
“Dah korang kahwin balik Hahahhahahaha”
Ketawa Amira dan Maya dibuatnya. Irfan kalau tidak kecoh memang tidak sah.
“Apa-apa pun kitorang harap korang kekeal hingga ke jannah.. ingat tau mula sahaja pergaduhan.. mulalah perbincangan” pesan Amira.
“Baik adikku sayang… Terima kasih tau sebab korang juga lah kitorang bersatu balik”
“Nothing lah Miss Maya, kita ni dah macam family dah” kata Irfan.
“Janganlah panggil bini aku Miss Miss dah!”Daniel meninggikan sedikit suaranya.
“kenapa pula? Kau nak aku panggil bini kau sayang? Tak ke aku kena kejar dengan kau nanti?”
“Bukanlah, Miss tu panggilan untuk orang yang single.. ni aku dekat sebelah ni sapa dia habaq mai”daniel memeluk tubuh mengangkat kening sebelahnya memandang Irfan yang berdiri dekat dihadapannya.
Amira dan Maya terkekeh kecil.
“Tapi panggilan tu betul-betul sesuai dengan Miss Maya..”
*
“Awak serius lah nak pergi sana lima tahun?” Tanya Mawar kepada Dahlia. Sedih apabila sahabatnya akan tinggalkan tanah air.
“Ya.. lagipun saya dah habiskan diploma dekat sini, nak taknak saya kena kejar cita-cita saya dekat sana..”
“laa tapi kenapa tak sambung dekat sini sahaja? Lagipun bidang bisnes-bisnes ni senang je kan?” Mawar mencebik bibir. Tangannya memegang lengan Dahlia.
“Mana boleh macamtu.. saya kenalah belajar lebih lagi, lagipun kakak ipar saya yang tawarkan. Dia nak sangat tengok saya berjaya”Kata Dahlia.
“Baguslah tu.. semoga awak berjaya” Kata Aiman yang sedari tadi diam.memandang si kekasih yang sedih akan kehilangan sahabatnya yang mahu sambung belajar di luar.
Dahlia merenung sekilas wajah lelaki itu yang mempamerkan senyuman. Mahu tidak mahu dia hanya membalasnya.
“saya nak minta maaf atas apa yang saya buat dekat awak selamani..”Kata Aiman.
“Tak apa, perkara lama biar dilupakan..”Balas Dahlia sekilas.
“Mana boleh macamtu, saya masih rasa bersalah sebab tuduh awak macam-macam dulu dan waktu sekolah.. tapi tu lah tak sangka pula awak tunang orang”
Dahlia memandang Aiman terkejut. Tunang orang? Bila pula dia bertunang? Teman lelaki sahaja tiada. Jari jemarinya dilihat. Tiada cincin yang terpasang kerana dia tidak suka memakai cincin.
Dia lebih gemar memakai gelang dan rantai di leher.
“A-apa maksud awak? Bila masa pula saya bertunang?”
“Dahlia, awak kan nak berkahwin dengan Dato Zafril? Tapi tulah awak nak sambung belajar.. awak tangguhkan dulu ke majlis?” Tanya Mawar.
Membulat mata Dahlia mendengarnya. Tidak habis lagi soal itu? Rasanya sudah berbulan dia tidak menjumpai lelaki itu selepas terserempak dengannya di mall.Entah apa khabar lelaki itu sekarang.
“errr dah la dah lewat, nanti terlepas flight pula.. apa-apa pun thankyou sebab sudi teman saya”Kata Dahlia mengubak topik bicara.
Tubuh mawar ditarik lalu dipeluk.
“I will miss you my bestfriend”Kata Mawar.
“me too.. take care okay?”
Pelukkan dilepaskan. Mawar mengangguk faham. Kini Dahlia bertatapan dengan Aiman pula, Lelaki yang pernah dicintainya dulu.Dari atas hingga bawah pandangannya melirik lelaki itu.Tidak pernah ubah rupa yang pernah digilainya dulu.
“Good luck.. “Sokong Aiman.
“Thank you.. and kalau kahwin nanti calling-calling eh? Saya nak jadi pengapit awak ya Mawar”Aiman dan Mawar saling ketawa melihat kerenah gemas Dahlia.
“Okay, dah cepatlah.. tadi dah bising dah pramugara pramugari tu.. ingat sampai call” Pesan Mawar.
“okay.. bye”
Dahlia berjalan memasuki jalan yang dikehandaki masuk. Dahlia tersenyum puas akhirnya cita-citanya mahu jadi penduduk luar tercapai.Mungkin tiba masanya untuk dia cuba hidup baru.dulu mungkin dia adalah pengemis tapi sekarang tak mungkin akan dia biarkan masa hadapannya juga dia seorang pengemis.
Wajah yang awalnya tersenyum gembira kini berubah riak.teringat kata-kata mawar dan Aiman tadi.
“Kenapalah Dato tua tu.. aiii entahla!”
esok ayn up chapter last okay
Share this novel