59

Romance Series 137352

“You memang sengaja kan nak naikkan angin I?” Maya menghempas beg di atas sofa manakala Daniel berjalan menuju ke dapur dan meletakkan barang yang dibeli mereka tadi.

“Kenapa pula?”

“You lah! Yang sarankan Alia kerja dengan I tu kenapa? Mahu satu office I bising nanti” Marah Maya. Tak berpuas hati dengan suaminya pula.

Badan dihempas kasar di atas sofa sehingga mengelurkan bunyi dan didengari oleh Daniel,

“duduk tu perlahan la.. bukan awak sorang, kesian dekat baby” tegur Daniel.

Mula sudah pernagai Maya. Gadis itu semakin hari semakin manja. Malah kuat memberontak jika ada sesuatu yang tidak kena.

Emosi ibu hamil. Seperti itulah pesanan Dokter Faridah. Dia dilarang untuk marah Maya kerana takut jika gadis itu tertekan kerana tidak disokong.

“You tak sayang I ke?”

Daniel tersentak lantas menoleh. Dia mendekati Maya yang sedang merajuk di atas sofa.Berdiri di hadapan isterinya.

“I love you Maya Ariana.. “ Kata Daniel.

“habistu kenapa ajak perempuan tu bekerja dengan kita?”Soal Maya lagi,

“Keluarga dia dah banyak bantu keluarga saya..”

“bagitahu I apa yang diorang tolong, kenduri nikah kita.. kenduri makan-makan haritu pun tak nampak batang hidung” kata Maya.

“Rumah yang saya tinggal tu lah pertolongan dari mereka. Diorang bagi percuma dekat ayah.. kalau ikut tu kami nak sewa tapi mereka tolok kerana niat nak bantu kami”

Maya memandang Daniel tidak percaya. Sebentar, kali pertama di jejak ke rumah itu, mahu sahaja papan luruh dan dirinya jatuh kebawah. Bumbung sahaja tidak lengkap.

Halaman luar juga agak kelihatan menakutkan baginya. Adakah mereka memberi rumah yang sudah lama terbuang?

”Rumah tu memang nampak buruk, tapi banyak kenangan saya dengan adik-adik dekat situ.. ayah dah tak tahu nak cari rumah lain, yang lain sewa mahal.. jadi kami bersyukur sangat dapat tinggal di rumah itu walaupun buruk” Kata Daniel.

*

Maya hadir ke pejabat seperti biasa semula. Rawatannya semakin lama semakin banyak rawatan yang perlu dilakukan. Entah kenapa harini tiba-tiba rasa kuat mahu datang bekerja.

Tangan pula sudah sedia rasa kuat seperti mahu menumbuk muka seseorang. Maya memandang dari luar biliknya melalui tingkap. Memandang meja staff yang diduduki oleh,

Daniel, Irfan, Syahira dan Alia. Pekerja barunya. Dia tidak boleh asingkan Alia kerana dua sebab. Alia mengambil bidang yang sama seperti Daniel, Irfan dan Syahira.

Merek perlu duduk satu kumpulan untuk berbincang soal projek. Kedua, Alia masih pekerja baharu. Jadi dia perlukan kawan dan rakan sekerja untuk membantunya.

Maya tidaklah terlalu kejam. Tapi sakit mana hatinya tetap perlu ditahan. Untung Alia duduk bersebelahan Syahira berhadapan Irfan.

Tetapi tidak kalah juga, Syahira yang disebelah tidak mahu menegur kerana sikap sombongnya. Irfan juga sama, malah Irfan walaupun ditegur lelaki itu memilih diam.

Benci juga Irfan dengan perangai minah sengek itu. Jadi Daniel lah mangsanya. Selepas diterima bekerja, awal datang demi nak suruh Daniel bawa ronda satu pejabat.

Maya berjalan keluar dari bilik pejabatnya. Bunyi pintu yang ditutup membuatkan semua staff yang sibuk berbual berhenti bercakap dan keadaan sunyi.

Maya memasang wajah biasa. Mula masanya untuk meronda melihat kerja-kerja pekerjanya. Tiga bulan lebih dia cuti, dan sekarang mulalah dia melihat pekerja.

“Macam mana kerja okay?”Tanya Maya kepada Amira yang kelihatan sibuk itu.

Amira membalas dengan senyuman manisnya.

“Okay Miss.. sebelum tu I nak bagitahu yang you ada appoiment dengan Tan sri Kamal dan Puan sri Amina” Pesan Amira.

Maya mengerutkan dahi. Macam pernah dengar, tapi dimana. Sepertinya dia kenal dengan pasangan itu.

“Siapa mereka tu?” tanya Maya memanstikan.

“Tan sri kamal CEO AK Holsding.. Puan sri pula pemilik butik berjenama di Landon dan New zealand, lebih lagi mereka keluarga Dato Zafril”

Maya mengangguk faham, patut kenal rupanya keluarga Zafril.

“Bila appoiment tu?”

“esok malam, dekat restoran batu lima..”

“kenapa pula dekat restoran? okay..”

“Maybe diorang nak fokus kot, apa yang saya tahu mereka kan baru pulang ke Malaysia mungkin nak ubah suai rumah”

Maya sekadar memberikan anggukkan Amira kembali menyambung pekerjaannya. Maya mula berjalan melihat satu persatu staffnya. Mulut berjalan kerja tak berjalan. Itu yang membuatkan Maya naik angin.

“Wawa.. you tak boleh campur bonus dengan keuwangan gajian, Tak sama dan tak akan pernah sama, kalau awak hantar dalam keadaan macamni dekat I, I akan boleh menjadi keliru dan akan campurkan bonus dan keuwangan gajian dengan sama”

“Jadi..?” Maya memandang staff perempuan itu agar menyambung kata-katanya.

“keuntungan kurang..” Sambung Wawa dengan takut.

“tahu pun.. nasib I periksa dengan betul, kalau tak habis you dapat dekat I.. Its okay, tak perlu buat lain keluarkan dan asingkan semula” Pesan Maya sebelum beralih memerhati staff-staff yang lain.

Tiba masanya di meja yang dinanti-nantikannya. Maya mendekati Syahira, berdiri di belakang gadis itu yang sibuk membuat kerja.

“Good job syahira, kerja yang kemas” Puji Maya melihat kerja Syahira. Syahira adalah salah satu pelukis disigner yang mahir baginya. Agak senang untuk membayangkan lukisan kemas Syahira.

“Terima kasih Miss” Syahira tersenyum.

Kemudian Maya berjalan mendekati Alia yang pura-pura sibuk. Maya memutarkan bola mata. Baru kali pertama masuk dah sibuk. Pelik pula.

“How your first day?” Tanya Maya.

“Busy..” jawan Alia tanpa memandang Maya.

“Ouhh really? Busy sangat ke setakat isi borang beli baju pakaian staff dan borang Kad syarikat?”

Maya tersenyum kecil. Syarikat Maya perlu ada satu kad dimana mereka perlu ‘scan’ di tempat yang disediakan agar mereka lepas memasuki ruangannya.

Tidak kesahla tandas atau ruang dapur sekalipun mereka perlu ‘scan’ agar tidak ada yang berani menceroboh kecuali bilik peribadi Maya. Hanya Maya dan Amira saja yang memegang kad peribadi itu.

Maya kembali memandang Irfan yang sibuk menanda kertas-kertas kerjanya. Maya tersenyum.

“How? Ada masalah?” Tanya Maya.

“err nak tanya Miss Boleh?”Ragu-ragu Irfan mahu bersoal kepada Maya.

“Sure you can”

Maya tersenyum ramah. Agar lelaki itu tidak terlalu takut dengan kehadirannya.

“Err Miss, Kenapa model bahagian atas lebih dari 200 ribu? Sedangkan yang bawah sedikit sahaja” Irfan keliru dengan kerjanya.

Maya mengambil pen milik Irfan diconteng pada bahagian yang tertentu.

“Cuba tengok apa yang I bulatkan ni? Bahan yang diminta oleh client sangat berharga.. dan lakaran you menunjukkan bahawa client mahukan susana mewah di bahagian atas betul tak?” tanya Maya.

Irfan mengangguk. Matanya fokus memandang kertas. Telinganya mendengar peneranagn Maya.

“ Bermaksud tuan rumah mahu jadikan bahagian atas tempat yang selesa bagi mereka sekeluarga, dan bawah hanya untuk ruang yang akan dihadiri dan menjadi tempat untuk tetamu dan orang luar” Kata Maya serius.

“Ouhh patutla, saya ingat saya buat salah sebab selalunya harga untuk rumah tingkat atas hanya berjarak 30% dari yang bawah”Ujar Irfan.

“Cuba periksa balik catatan you dan lakar balik supaya tidak keliru, dan kalau still was-was you boleh tanya I..”

“thank you Miss”

“Welcome”

Kini giliran yang paling dinantikan. Maya terus memeluk leher Daniel tanpa menghiraukan keadaan. Nak terkejut pun tak guna kalau dah suka dengan kelakuan Maya.

“Miss you” Suara Maya terdengar menggoda.

Dapat dirasa hembusan nafas Maya pada lehernya. Bukan mahu marah tapi Daniel tersenyum.

Maya mengangkat semula wajahnya. Dia tahu ramai perhatikan mereka. Ada yang berbisik mereka pasangan yang serasi dan sweet.

Alia juga memandang mereka. Entah apa pandangannya, itu tidak hairan sama sekali oleh Maya.

“How your work?”Soal Maya. Tangan tidak lepas memegang bahu Daniel.

“Okay.. tak banyak kerja sangat, just standby barang nak pergi appoiment esok” kata Daniel.

“Good, kita balik awal eh? Baby rindu masakkan daddy dia”

Daniel ketawa kecil. Maya yang berada dibelakangnya dipegang tangan.

“Pergi masuk bilik awak, rehat sekejap.. kejap lagi saya panggil balik. Jangan banyak mera--”

Satu kucupan dihadiahkan oleh Maya. Sakit telinga mahu mendengar bebelan suaminya itu. Lebih baik dia sambung semual kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience