58

Romance Series 137352

Maya berjalan beriringan Daniel yang sedang menolak troli. Tangannya memaut lengang sasa daniel. Terilhat seperti pasangan bahagia.

Allhamdulillah, semuanya bertukar baik selepas peristiwa yang berlaku pada malam itu,Melpaskan dan meluhahkan segela perasaany mereka berdua.

“Nak beli apa dulu?” TanyaDaniel yang berhenti langkah memandang si isteri.

“Mmm.. beli barang dapur dulu la, lepastu I nak tengok baju sikit” Kata Maya malu-malu.

Daniel ketawa kecil. Teringat peristiwa diwaktu mereka bersiap mahu keluar membeli belah tadi. Seluar yang Maya cuba padankan tidak muat dan tidak mudah menutup zipnya.

Begitu juga dengan kain, Agak ketat kerana badannya juga semakin berisi. Ketawa teruk Daniel melihat Maya yang berususah Paya mencuba semua seluarnya.

Maya tidaklah kelihatan gemuk terlalu, Mungkin disebabkan perut yang makin membesar, baju-bajunya menjadi tidak muat.

Jadi Maya hanya mengenakan seluar palazo bersama kemeja biru miliknya. Dia tidak terlalu banyak seluar atau pakaian yang diapaki untuk berjalan.

“Ketawa kenapa? Ingat lawak?” Maya memandang tajam Daniel.

Mereka memulakan langkah memasuki ruangan yang tersedia barang dapur. Sesekali mata melilau dan mengambil barang-barang yang tersusun rapi di atas rak.

Hubungan semakin rapat atau lebih lagi saling mencintai. Ya, Maya bernekad mahu meneruskan perkahwinananya bersama daniel.

Keputusan itu baik untuk dirinya, Daniel, bakal anak mereka dan juga kedua belah pihak keluarga.

“Saya tak pernah nampak awak pakai blouse..”

“Blouse?”

“No I mean.. Dress, Dress yang labuh separas lutut or labuh terus? Kalau awak pakai skirt, awak akan asingkan dengan baju-baju mana yang awak rasa sesuai”Ujar Daniel.

Sudah terhafal cara pemakaian Maya Ariana baginya. Seorang gadis yang suka berfesyen di mana sahaja. Maya tersenyum, dia juga baru perasan bahawa dirinya tidak pernah mengenakan pakaian yang disebut oleh Daniel.

“I tak suka maybe.. I rasa tak berkenan dengan pakaian macamtu..”Kata Maya.

“Maybe you need it? Awak nak berjalan pun awak kata malas apatah lagi pakai baju.. Kalau beli dress tu okaylah, pakai sekali je semua siap”Saran Daniel.

“Bukan you suka ke kalau I tak pakai baju?” Sengih Maya nakal.

Daniel ketawa menampakkan giginya. Mula sudah perangai nakal Maya.dekat mall pun menjadi lagi.

“Kita dekat Mall sekarang, Tapi awak memang perlu beli.. itu pakaian orang mengandung bukan?”

“Ada je pakaian pregnant woman yang berseluar..”

“Ha ikut awak lah.. beli banyak-banyak, tahun depan boleh pakai lagi” Kata Daniel menolak troli laju meninggalkan Maya.

“Hmm… Eh Apa?!” Maya ketawa kecil dan mengejar Daniel yang menjauhinya,Bahu lelaki itu ditampar perlahan.

“Aduh sakit..”Adu Daniel sambil menggosok lengannya.

“ingat saya ni mesin ka?”

“Dak la..Hhahahaha” Daniel ketawa.

Begitu juga Maya, wajah yang tadinya teruja akhirnya turut berubah riak.Memandang Daniel dengan tatapan sayu.

“Daniel..”

“Hmm?”

“Kalau jadi apa-apa dekat I macam mana?”Soal Maya kepada Daniel.

Daniel memandang setiap sudut wajah isterinya. Dapat dilihat ada sesuatu yang merasuki fikiran Maya.

“Apa awak cakap ni?”

“You tak ingat ke? I ada risik--”

“shh! Remember, I stay with you forever.. jangan cakap perkara yang bukan-bukan..”Daniel memeluk bahu Maya.Membiarkan gadis itu tenang dipelukkannya.

Kehilangan Maya? Bukanlah perkara yang mudah baginya.

“daddy.. Baby lapar la”

Daniel kembali tersenyum apabila mood Maya sudah berubah baik. Daniel melihat Maya yang tersenyum kepadanya.

“Baby lapar ke mommy yang lapar?”Tanya Daniel.

“Mommy kut.. hahahahha”Ketawa Maya.

“Okay kita beli barang dulu, and--”

“Ehh sorry-sorry saya tak sengaja”

Daniel terhenti kata apabila seorang gadis melanggarnya dari berlakang. Sibuk gadis itu menunduk dan mengutip barang yang dibelinya sudah jatuh bertarabburdi atas lantai.

Maya menunduk membantu gadis itu. Mungkin mereka salah kerana bersweet di tengah jalan itu yangterlanggar.

“Tak apa kami yang salah..” Kata Maya sambil menghulurkan bahan dan barang yang dibeli oleh gadis itu. Maya mengangkat wajahnya memandang gadis itu.

“Eh Maya.. Daniel” Gadis itu tersenyum ramah. Bangun berdiri bergitu juga Maya yang sudah beriak dingin.

“Alia! Awak buat apa dekat sini?” Tanya Daniel memandang sahabat kawan lamanya itu.

“Alia datang sini nak cari kerja.. kat kampung tak banyak sangat, Alia berkelulusan tinggi, itu yang datang sini nak cari kerja tu” Kata Alia.

Maya sudah menjeling tajam. Haritu dekat kampung. Sekarang dekat sini pula. Geram Maya dibuatnya.Salah seorang yang mebawa masalah.

‘Nak tunjuk kau pandai sangat lah tu? Sampai puji diri sendiri? Hello.. aku lebih tinggi eh pangkat dari kau’ Bisik hati Maya.

“Alia ambil bidang apa? Berkelulusan apa?”

“Interior disigner..”

“Eh samalah dengan Dan.. Awak, dekat office bukan perlukan Interior ke?” Daniel bertanya kepada Maya yang sedari tadi beridam diri.

Maya menatap daniel dengan tidak puas hati. Nak bagi kerja dekat pejabat dia? Lingkuk agaknya kerja dia nanti. Silap-silap habis semua staff yang tak bersalah dia marah.

“Sayang..”

Maya pasrah. Dianggukkan kepala sambil tangan menyilang ke dada.

“Datanglah ambil borang, mana tahu rezeki.. lagipun syarikat wife saya.. kami sedia membantu, dulu ayah awak dah banyak bantu kami sekeluarga”

Sekali lagi Maya memandang Daniel tajam. Membantu mereka sekeluarga? Kenduri yang dibuat haritu tak nampak pun keluarga Alia.

Alia sendiri tak datang. Yang datang mak dia sahaja. Itu namanya tolong? Tolong membawang adalah. Maya memutar bola mata malas.

“ish apa lah awak ni..” Malu-malu Alia dibuatnya.

‘Eh dia ni aku lempang jugak kang.. terhegeh-hegeh..’ Bisik hati Maya.

“Boleh je Alia.. Lagipun kami betul-betul perlukan staff itu untuk bahagian baru nanti, datanglah interview nanti..”Saran Daniel.

“Syarikat Maya yang bangunan kaca tinggi tu eh? Depan… depan kedai-kedai butik pakaian jenama tu?” Alia mengingati syarikat Maya yang sudah lama menjadi perhatiannya.

“Haah.. yang itulah”

“Ouhh saya dah lama perasan sebab ada MY, saya selalu pegi butik pakaian jenama tu.. sebab itu selalu nampak Syarikat Maya”Kata Alia.

“Ouhh hahahah memang selalu beli baju disitu lah?”Maya bersuara pula kali ini.

“haah.. baju situ walaupun mahal tapi bolehla kuantiti tinggi.. kain pun selesa, baju yang paling mahal saya beli dalam lima ribu” Kata Alia dengan riak berlagaknya.

Maya tersenyum tawar. Hati mula mengutuk sikap Alia.

“Ouhh mahalnya, samalah I pun.. rajin shopping dekat situ.. I ada 200 helai baju kemeja. Ada yang bewarna dan bercorak. Harga sehelai dalam dua ratus ribu hingga ke lapan ratus ribu, tak termasuk lagi dengan 200 helai” Maya tersenyum sinis.

Daniel menelan liurnya. Rasanya Maya sudah menghidupkan apinya tanpa sebarang minyak atau arang.

“Baju I pakai dekat rumah pun beli di situ juga.. baju Tshirt biasa sahaja I dah habiskan 60 ribu.. Lepastu baju kerja I.. I jarang sangat beli dekat butik tu, I selalu pergi fashion show or mana-mana butik di luar negara..”

“You know berapa I habiskan? I habiskan One Million hanya untuk satu set pakaian kerja..” Maya tersenyum puas.

“and lebih lagi.. semua butik berjenama dekat depan syarikat I.. semua milik I”

Seronok juga dapat melawan Alia.tangan daniel ditarik berlalu pergi tanpa bersuara. Biarlah minah tu nak kata apa pun. Asalkan lelaki dia selamat dari minah tu.

Korang boleh teka tak apa yg jadi nanti? Tekaan betul,Ayn up 6 chap terus:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience