66

Romance Series 137352

Maya memasuki keretanya di ruangan parking. Enjin kereta dimatikan. Matanya tertunpu kepada beberapa orang yang berada dihapan rumahnya.

Pintu kereta dibuka, perlahan Maya turun dari kereta mendekati mereka semua dengan bingung. Dia melihat Amira, Irfan, Syahira dan Alia.

“kenapa korang datang ni? Kenapa tak masuk”Tanya Maya bingung.

Maya melihat Alia yang sedang menayangkan senyuman sinis. Dah kenapa datang-datang senyum sorang-sroang?

“Miss..”

“Kenapa ni Amira?”Tanya Maya.

“Miss tak tengok phone ke?” Irfan ambil ahli pula.

Maya diam. Handbag yang digalas dibuka lalu diambil Iphone miliknya. Panggilan penuh dari Daniel amira dan staff-staff yang lain.

Ting!

Maya membuka apalikasi perbualan bersama Daniel.

(gambar)

Maya Ariana binti Abdullah..
Aku ceraikan kau dengan talak satu..

Jumpa saya dekat makhamah minggu depan

Jantung Maya bagaikan terhenti membacanya. Gambar yang dilihat olehnya membuatkan darahnya naik turun. Gambarnya dengan Zafril.

Bagaimana boleh…

“Kau puas buat macam ni dekat Daniel” soal Alia kasar.

Maya menggelengkan kepalanya berkali-kali. Memandang wajah Amira dan Irfan dengan tidak percaya.

“I tak buat semua ni.. ini fitnah!”

“Miss bawa bertenang..”

“Daniel mana Daniel? Kenapa motor dia tak ada?” Maya memandang motorsikal milik Daniel. Kereta Daniel masih ada tapi..

“Miss..”

“I tak buat semua ni mana Daniel?!”

Kepala sudah sibuk memikirkan perkara yang terjadi.gambar dia berdua-duan dengan Zafril di kedai makan dan juga didalam kereta.Sapa yang sampaikan gambar ini.Dia yakin Daniel cemburu kerana Daniel sendiri belum tahu hal sebanar dan siapa dia bagi Zafril.

Air mata mengalir deras.Terlafaz talak satu dirinya dan Daniel tanpa disangka.Tanpa sebarang sebab yang diketahui olehnya.Masing-masing sudah salah faham.Maya menjeling Alia yang sudah tersenyum puas sebelum dia laju masuk ke dalam rumah.

*

“Kau jangan macam ini Daniel.. kesian dekat isteri kau” Irfan memandang Daniel yang sedari tadi diam dan fokus kepada telifonnya.

Entah apa yang dilihat oleh lelaki itu sampaikan Irfan yang bercakap pun dia abaikan.

“Kau marah ke aku duduk rumah kau? Kau nak aku keluar? Tak apa aku keluar” Daniel bangun berdiri. Mahu pergi dari situ.

Irfan menyentap tangan Daniel supaya kembali bersemuka dengannya.

“Kau gila ke Daniel? Maya itu isteri kau tahu tak..”

“bekas isteri aku” Daniel menekankan ayatnya.

Irfan melepaskan pegangan tangan Daniel. Rambutnya diusap ke belakang. Orang lain yang ada masalah dia pula yang naik gila.

Macam mana Daniel boleh tampak senang dengan semua masalah ini? Tapi tidak hati Daniel, pasti lelaki itu sedang rasai kesakitan namun disembunyikan.

“Daniel.. kau lebih percayakan orang luar dari isteri kau sendiri hmm?” Irfan memegang kedua belah bahu Daniel. Membiarkan muka mereka saling bertatapan.Sejujurnya dia sendiri terkejut apa yang dilakukan oleh Daniel.

“Apa aku nak buat lagi? Gambar tu dah terlebih bukti.. kau nampak sendiri kan Maya keluar makan dengan orang tua tu? Sedangkan dia cakap dengan aku dia nak balik jumpa ummi.. patutlah dia kerap marah aku sebelum ini”

“Dan..

“Kau sendiri tahu macam mana hubungan orangtua tu dengan Maya, anggap sahaja lah kami tiada jodoh. Setiap kali aku bersama dengan dia.. hati aku lebih sakit”Luah Daniel.

Tangannya memegang dadanya. Menahan perasaan yang membuak itu. Dia rasa dia adalah seorang lelaki yang seriang disakiti dengan perasaan itu.

“Kau boleh bincang elok-elok dengan dia Dan.. dia ada dekat luar rumah. Dia macam dah nak pengsan dah tu.. pergilah jumpa dia. Bincang baik-baik, kesian dia tengah mengandungkan anak kau”Pelawa Irfan

Daniel tidak membalas. Malah berjalan keluar dari rumah. Pandang pertama tertuju kepada Maya yang didamping oleh Amira.

“Daniel..”

Tangan Daniel dicapai Maya lalu gadis itu mengucup tangan lelaki itu bersama air mata yang sudah lencun di pipinya.

“I tak buat semua tu Daniel.. you salah faham,gambar tu bukan apa yang you fikirkan” Tangis Maya yang tersedu-sedu.

Daniel diam.

“Please.. jangan buat I macam ini.. kita dah janji nak lalui bersama. You dah tak sayangkan I ke?”

Alia menjeling anak matanya. Geli pula melihat drama dihadapannya.walaupun hati telah bersorak gembira dengan kemenangan.Mudah sekali untuk dapatkan Daniel.

“saya yang sepatut tanya awak.. awak sayang saya tak? Hm? Kalau sayang kenapa awak buat macamni?”Soal Daniel.

“You salah faham Daniel..”

“salah faham apanya? Awak cakap dengan saya, awak nak pergi rumah ummi.. tapi awak keluar dengan Dato Zafril. Awak tipu saya sekali lagi MAYA ARIANA!” Suara Daniel tinggi.

Tangisan Maya dibiarkan reda sendirinya. Dia sudah tidak tahan dengan situasinya. Sakit, penat semua ada.Lagi lama dia bersama Maya lagi keliru kehidupan dia ditambahkan masalah yang datang.

“Kalau awak rasa dia terbaik untuk awak.. teruskan hubungan awak dengan dia. Saya hanya suami kontrak yang menjadi orang ketiga dalam hubungan”

“Daniel.. you tak sayang anak kita ke? Daniel…”

“Itu bukan urusan saya.. Miss Maya, saya rasa elok lah kontrak kita ditamatkan”Daniel berkata formal.

“No! Daniel!! apa yang you cuba kata ni”

“Eh perempuan! Dah cerai tu buat cara cerai lah!”Alia yang menahan geram bersuara.

“Diamlah!” bisik Amira kepada Alia.

Amira sendiri takut nak masuk campur.Memang tak nak masuk campur pun.Tapi boleh pula so Alia mencelah.Cabai juga mulut perempuan tu kang..

“Duit yang Miss bagi dekat saya selama ini, saya akan cuba pulangkan dalam masa terdekat. Dan saya akan cari kerja dekat tempat lain.. saya taknak Miss dipermalukan”Kata Daniel.

‘Ya Allah..’ Bisik hati Maya.

‘andai ini keputusannya aku redha..’

Maya berdiri tegak semula.Memandang setiap inci wajah lelaki yang menerangi hidupnya.setiap peristiwa yang berlaku membawakan keindahan dalam hidupnya.Lelaki itu juga mengubahnya.

Tapi harini ini..

“baiklah.. kalau itu yang you mahukan, tapi tak perlu sampai berhenti kerja.. syarikat itu seratus peratus milik you sekarang Daniel. Duit tu tak perlu ganti..its you mine”

Readers sayang.. siapkan mental kalian hohoho..

Share this novel

Rimatanti Rasyid
2022-10-11 11:15:01 

sedih pulah baca chapter ni.. semoga maya tabah..


NovelPlus Premium

The best ads free experience