73

Romance Series 137352

“aku tak sangka perkara ni terjadi dekat aku..”

Kata Daniel dengan mata yang tertumpu kepada televisyen yang tidak menyala.Seolah menggambarkan apa yang terjadi dari awal hingga akhir. Dirinya duduk sambil menyandar di kepala katil. Kaki yang ditutupi selimut dilunjurkan.

Sedar sahaja dari pengsan. Semua dia lupa seolah dia baru bangun tidur, Untung Irfan menemani dirinya tidur, Irfan juga lah jadi mangsa apabila Daniel mengingati bahawa Irfan adalah Maya isterinya.

Pinggang Irfan dipeluk.Tubuh badan lelaki itu juga dia dakap seeratnya sampai susah bernafas so Irfan.Nasib dia tak sempat cium.Setiap pagi bangun tidur,pasti perkara pertama adalah 'Morning kiss' dengan isteri tercinta.

“Sabar Dan.. aku yakin ada hikmah disebaliknya. Kau betul-betul tak ingat ke yang kau dah bercerai dengan Miss Maya?”

Tanya Irfan yang duduk dibirai katil bersebelahan sahabatnya.Menatap sahabatnya dengan penuh kasihan.Wajah Daniel sangat pucat.Mungkin tidak berapa sihat.Suhu badan lelaki itu pun panas.

“aku ingat.. cuma aku tak sedar. Aku rasa diri aku banyak beban time tu. Aku rasa penat lain macam.. penat sangat. Sebabtu aku pilih untuk bercerai”

“setiap malam aku dengar ada suara suruh aku bercerai dengan Maya jika aku nak hilangkan perasaan penat tu. Aku cuba tahan tapi makin lama makin teruk dan akhir sekali sakit bila nampak Maya keluar dengan Zafril”

Irfan mengangguk faham mendengar curhatan sahabatnya. Ya, dia sayu melihat Daniel. Entah kenapalah lelaki baik seperti Daniel menjadi mangsa.

“Dah kau tak perlu banyak fikir, ustaz dah buang dah buang semua yang kau rasa Kau pun penat teruk kan semalam? Better kau rehat dulu dalam dua ke tiga minggu” Saran Irfan.

Daniel mengangguk. Rasa lemah diketepikan. Dia perlu kuat untuk melawannya.

“Ingat pesan aku, dengar je suara pelik-pelik terus selawat atau baca ayat kursi.. “Pesan Irfan lagi.

“Hmm…”

“kau rindu Maya?”Soal Irfan tiba-tiba.

“Tipulah kalau aku tak rindu.. aku sayang dan cintakan dia sepenuh hati aku. Dekat mana dia sekarang Fan?” Soalan dibalas soalan.

“Kau sihat nanti aku bawa kau cari dia.. aku sendiri tak tahu Miss Maya pergi mana..”

Daniel menidurkan dirinya kembali.Selimut diperbaiki daitarik menutup hingga paras pinggang.Maya, dimana gadis itu?Kenapa saat dia sakit seperti ini tak terlihat jelas langsung wajah gadis itu.

Pasti Maya kecewa dengannya.Tidak guna jika dia salahkan kenapa Maya tidak datang menjengukkan.Semua kesalahan datang daripada dirinya.Andai dia masih kuat untuk berjalan, sudah lama dia menghidupkan enjin kereta dan pergi mencari keberadaan Maya.

Tapi nak bangun saja sudah pening kepala apatah lagi berjalan.

*

“kalau barang ni I rasa you kena bincang dengan Haikal.. tapi pastikan kilang yang nak ditempah barang tu 100% ori”Pesan Amira yang sibuk melayan pekerja-pekerja dibawahnya.

“Baik Mira.. ini kami perlukan tanda tangan Miss Maya tapi Miss Maya tak hadir, macam mana ya?”Tanya Aina.

“Its okay.. biar I yang uruskan, nanti tinggal dekat meja I” Kata Amira bersama senyuman manis.

Amira berjalan pula kemeja Daniel dan irfan. Dua orang itu tidak hadir. Masing-masing merehatkan diri. Daniel sudah berpindah kebilik peribadinya kerana kenaikan pangkat.

Tetapi Daniel juga sering duduk di tempat itu kerana lebih senang untuk bertanya soal kerja dan tidaklah terlalu bosan apabila ada Irfan disebelahnya.Sahabat rapat.Nak berpisah sudah pasti susah.

“Kenapa diorang tak datang lagi Mira?” Soal Syahira yang duduk di kerusi hadapan meja kerja Daniel.

“Daniel ambik mc lagi..”Balas Amira tanpa memandang Syahira. Tangannya bersama mata sibuk mencari sesuatu di meja Daniel.

“semoga cepat sembuh..”

“Amin.. Syahira you nampak tak borang My atas meja Daniel? Dia cakap dekat I dia tinggal atas meja..”Tanya Amira.Tangan membelek satu persatu fail diatas meja milik Daniel.

“Tak nampak la pula.. Alia awak nampak tak? Tanya Syahira kepada Alia yang sedari tadi diam.

“Tak nampak.. carilah dekat dalam laci ke tepi-tepi buku ke or dia selit dalam buku” Kasar Alia menjawab. Sibuk dia melakar kerjanya.

Amira menjeling. Orang minta tolong baik-baik dibalas begitu pula. Kalau dia bos sudah lama dia pecat. Untunglah Miss Maya baik hati orangnya.Laci pertama dibukalalu dibelek tiada barang yang dicarinya laci kedua yang berada di bawah dibuka. Tangan Amira terhenti sehingga ternampak sesuatu yang mencari perhatian.

‘asstarfirullahalazim..’

Amira memandang bahagian-bahagian atas meja. Terdapat satu kotak besar yang berisikan barang Daniel.

Perlahan Amira mengambilnya agar orang sekeliling tidak sadar lalu dimasukkan ‘barang’ yang dijumpainya kedalam.

*

“Maya…”

Gadis yang sedang termenung berpaling kebelakang sebaik sahaja namnya dipanggil. Maya tersenyum melihat si abang datang kearahanya.

“Kenapa duduk luar? Mak kiah cakap kau tak makan lagi, kenapa tak makan hmm?” Zafril mendekati Maya.

“Tak ada selera la…”Maya menunduk.

“Mana boleh macamni, kau tak sihat lagi tahu tak.. Kau masih fikir tentang tu lagi ke?”

Maya kembali mendongak memandang Zafril dihadapannya. Dia mengeluh perlahan. Dirinya terlalu serabut memikirkan hal itu.Berita fasal Daniel sendiri masih diingatkan.Tapi hati sangat sakit jika mahu pergi melihat wajah lelaki itu.

Tapi semuanya berpunca pada dia juga.Dan banyak salah perbuatan yang dilakukan olehnya kepada Daniel.Mungkin ini adalah balas untuknya.

“Kalau aku tak buat semua ni, pasti aku tak akan lalui semua ini”Kata Maya.

“Kalau semua tu takdir, kita sebagai manusia tak boleh mengubah…”

“Takdir menemukan kita sekeluarga semula.. Mungkin bukan jodoh Maya dengan Daniel, Mungkin ada yang lebih baik selepas ini, mana tahu anak raja ke?”

Maya menjeling Zafril. Lengan lelaki tu ditampar perlahan olehnya.Orang tengah serius mula lah dia nak bermain-main.

“Ada ke orang nak aku? Dah la janda.. tua pula tu. Kalau nak pun mesti sebab duit”

“Cakap fasal duit lah kan.. Daniel kahwin dengan kau sebab duit juga kan? Kau yakin dia cintakan kau sepenuh hati?”

Maya menggelengkan kepalanya. Ditatap sang abang dengan tatapan pasrah.

“semua itu paksaan, entah kenapa aku terlalu bodoh nak cari perwaris syarikat aku. Aku terlalu fikirkan diri sendiri.. Aku bayar dia untuk jadi suami kontrak.. macam yang aku bagitahu kau. Aku pun sama juga banyak salah aku dekat dia”Jelas Maya.

Zafril mengangguk faham.Malas nak diungkit sangat hal peribadai adiknya bersama Daniel.Apa pun ada salah masing-masing.Dan dia hanya boleh memberi semanat untuk Maya.Gadis itu berpindah ke rumah keluarganya.

Tuan kamal dan isterinya jauh gembira dengan kehadiran puteri yang dinantikan mereka bertahun selepas berpisah.

“aku pun nak minta maaf.. sebab aku pun punca semua ni” Zafril berkata serba salah.

Ya, dia juga lalai dengan perasaannya bersama Maya. Dan sekarang sudah tahu hubungan diorang, bersyukurlah bahawa dia masih boleh rapat dengan Maya.Walaupun ikatan darah daging yang sah.

Sangat tidak diduga.Orang yang dia hina, orang yang dia buli.Orang yang dekat dengannya adalah adik kandungnya sendiri.

“Taknak rujuk dengan dia?”

“Buat apa? Its over right now.. anak-- anak aku dah tinggalkan aku.. buat apa lagi a-aku nak ada hubungan dengan Daniel?” Bergetar suara Maya.

Mengingati peristiwa diamana dia betul-betul terkesan dengan apa yang berlaku.Tekanan yang membuak sehingga dia tumpah darah dan kehilangan anak pertama yang sangat dia inginkan.Bagaikan hilang nyawa.Daniel sudah tinggalkan dia dan anaknya juga.

Zafril menarik Maya kedalam pelukkannya. Membiarkan gadis itu berehat di dada bidangnya. Tangannya mengelus perlahan kepala si adik.

Brtahun berpisah. Tidak dapat melakukan hal yang patut dilakukan adik-beradik bersama. Sekaranglah mereka perlu memulaknnya.

“Sudahla.. aku tak suka tengok adik aku macamni, jom makan, nanti mama bising” ajak Zafril perlahan.

Maya melepaskan pelukkannya. Dia memandangZafril yang tersenyum manis kepadanya. Senyuman Maya terukir.

“Tak sedap lah makanan…”adu Maya.

“hei, awak tu pantang tau.. memang lah tak sedap, cepatlah.. Kejap lagi nak bertungku kan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience