“memang degil kan nak datang office?”
Maya yang sibuk dengan kerjanya memandang daniel yang masuk bersama muka tegang.Bunyi pintu yang ditutup kuat seperti lelaki itu cuba memberi tahu yang dia akan mengamuk kecil.
“salah ke?”
“kalau tak salah tak ada maknanya saya nak marah.. kenapa degil sangat hmm? Tak reti nak duduk rumah ke? Saya ni bukan 24 jam boleh duduk tengok awak dekat office kalau jadi apa-apa macam mana?”
Maya ketawa kecil mendengar bebelan Daniel.Sekali bising susah mahu berhenti. Maya bukanlah seorang yang suka duduk diam. Nak berehat pun ikut mood dia.
Kalau dia betul-betul tak sihat barulah mahu rehat. Maya memandang Danniel yang memandangnya sambil memeluk badan.Lagipun masih banyak kerja yang perlu dia tundakan apabila mereka bercuti di kampung.
Terpaksalah Maya datang semula ke pejabat untuk periksa semula semua kerja yang dia tinggalkan tak lupa juga kerja-kerja staffnya.
“Sweet lah you Daniel”
“Bukan masalah sweet sekarang ni.. you tu pregnant Maya. Apa-apa jadi boleh bagi risiko tahu tak!”
Daniel menahan geram apabila Maya sengaja memandangnya dengan Mata yang membulat. Kepala digeleng, sejak akhir ini nakal pula isterinya.Tapi nak berkasar pun rasanya sudah malas.Mungkin kerana aura gadis itu yang sentiasa buatkan hatinya lembut setiap kali mereka berpandangan.
“Sorrylah abang..”
“apa abang-abang orang- tak payahla buat mata macam tu!”
Maya ketawa terbahak-bahak melihat wajah Daniel.Akhir-akhir ini dia dialayan bagaikan permaisuri oleh Daniel, makan imnum,pakaian atau lebih kepada tugas seorang isteri semua diambil alih oleh Daniel.
“Daniel memang anak yang baik Maya, semarah-marah dia..takkan pernah lama pun.. sebab hati dia lembut dan mudah memaafkan orang lain.Ibu dan Ayah bersyukur sangat dapat anak macam dia.Dari kecil sampailah besar tak pernah susah ibu dan ayah jaga dia.Walaupun sakit, dia akan lakukan semuanya sendiri.Yang paling kami kagum,dia sanggup lakukan apa pun demi keluarga..”
Maya tersenyum mengingati kata-kata ibu mertuanya.Daniel memang lelaki yang baik.Bahkan memiliki sifat yang sangat disukai orangramai.Dari awal perkahwinan sampailah sekarang,dia masih di dalam sifat yang sama.
Pergaduhan rumah tangga itu mungkin dianggap biasa.Walaupun Daniel lebih muda darinya tapi sifat matang Daniel buatkan mereka seperti pasangan bahagian yang sama umur.
“sudahla,, I okay je, you keluarlah dulu.. I datang sekejap sebab nak semak fail client kejap lagi I balik”
“kalau awak nak lunch nanti bagitau ya?”
*
“Fuhh penat pula harini, tapi banyak kan pensyarah kita lelaki..”
Mawar meneguk air sirap ais yang dipesannya. Makanan yang dipesan masih belum sampai. Mungkin masih disiapkan.
“Betul, tak sangka awak ambil bidang yang sama dengan saya”Kata Dahlia.
“Tak apalah, lepas ini kita boleh kenal lebih rapat..”
Dahlia dan Mawar memandang kepada seorang pelayan yang membawa makanan yang dipesan mereka. Terliur melihat hidangan mereka yang diletakkan di atas meja.
“Daging bakar dengan Mee goreng basah kan?”Tanya pelayan itu.
“Haah ye.. terima kasih” Sopan Dahlia bertutur.
Daging bakarnya diambil. Namun terhenti pengerakkannya apabila dapati ada dua pinggan yang berisikan makanan yang sama.
“awak punya ke satu lagi ni?” Tanya Dahlia memandang Mawar bingung.
“Eh tak, boyfriend saya punya.. maaflah saya ajak dia makan sekali”
Dahlia tersenyum. Dah ada kekasih rupanya sahabat baru itu. Dia? Lambat lagi.
“Ouhh ye ke? Ingat ke--”
“Maaf, I lambat..”
“Aiman?”
*
“aku betul-betul kagum dengan Amira. Boleh buat dua benda dalam satu masa.. dengan jaga anak lagi” Kata Daniel.
Irfan menganggukkan kepalanya. Mejanya berdekatan dengan bilik Maya. Dihadapan bilik Maya pula meja Amira. Matanya mengintai gadis itu yang sibuk menyemak fail-fail.
“kau termenung apa itu Irfan?” tanya Daniel yang berada di sebelah Irfan. Meja mereka berdekatan. Senanglah nak berbual.
“Tak.. aku cuma kesian.. Amira nampak lesu dan pucat. Macam tak cukup tidur.. mesti dia penat”Kata Irfan.
“Itulah.. aku sebagai kawan pun dah bincang dengan Maya, nak bagi Amira cuti bergaji. Bagi dia rehat dan tenangkan fikiran”Ujar Daniel.
“Kenapa kau tak suruh Miss Maya bayarkan pengasuh ke? Apa ke?”
“Maya susah nak percaya dengan pengasuh ni.. sekarang dah banyak kes, sebabtu Maya lebih pilih itu Amira bawa Aisya kepejabat. Tapi tu lah.. terganggu”Kata Daniel.
Irfan menggelengkan kepalanya. Matanya masih memandang Amira. Wanita itu kelihatan tidak terurus. Kepenatan yang melanda pasti banyak.Permulaan baru bagi Maya mendidik anak dan menguruskan semua hal rumah tanpa suami.Tapi apa bezanya?sebelumnya bercerai pun tetap sama juga.
Amira pula bekerja sebagai P.A Maya. Banyak kerja yang perlu dilakukannya.
“aku lapar lah..”Kata Daniel.
“Kau tak sarapan ke tadi? Nak keluar makan? Sekarang waktu lunch jom la kita makan dekat mamak depan tu..”
Tangan irfan menutup komputer yang diguna olehnya. Buku-buku yang tercatat ditutup dan disusun rapi di atas meja. Pen-pen yang bertarabur diletak dibekasnya semula.
Baru sahaja irfan mahu bangun, dia memandang wajah Daniel yang kelihatan masam itu. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengannya.
“Jom lah, kata nak lunch..”
Daniel menggelengkan kepalanya. Tangannya bermain pen.
“Tadi kau kata lapar, ni taknak makan pulak” Bengang Irfan dibuatnya.
“aku nak makanlah”
“Ha jom lah kita makan dekat mamak depan tu.. lunch nak habis dah ni” Irfan berdiri tegak.
“aku taknak makan mamak”
Irfan memejamkan matanya. Mula sudah perangai pelik sahabatnya itu.
“Habistu kau nak makan apa?” Soal Irfan dengan nada lembut.
“Tetiba rasa nak makan ikan jerung lah pula” Daniel tersengih memandang irfan yang membulatkan mata itu.
“Siapa yang mengandung sekarang ini? Kau ke Miss Maya.. kenapa kau pula nak melebih ha? Kau kalau mengidam kau bagitahu aku, lepastu aku pula yang susah nak cari, kalau aku tak cari kau nak merajuk.. kau tahu tak aku rasa macam kau isteri aku sekarang ni!”
Ketawa Daniel dibuatnya mendengar bebelan Irfan yang sangat marah dengannya.
“hahah dah la jom lah, jangan nak membebel.. perkena ikan jerung tiga rasa pun sedap” Daniel menarik tangan Irfan mahu keluar dari ruangan perjabat.
“Daniel! Irfan”
Daniel dan Irfan menghenti langkah memandang Amira yang memanggil mereka.
“Kenapa Mira?”
“you berdua nak pergi lunch ke?”Tanya Amira.
“Ya, nak ikut sekali ke? Jom lah saya belanja” Kata Daniel bersama senyuman.
“Tak apalah saya banyak lagi kerja cuma saya nak minta awak berdua tapaukan boleh? Saya tak sempat dah nak lunch”Kata Amira.
“I tak janji sebab I takut mati lemas tak pun kena makan” Kata Irfan.
Amira mengerutkan dahi memandang irfan yang kelihatan menyesal itu. Daniel pula sudah menahan ketawa.
“kenapa pula?”
“Daniel mengidam ikan jerung, jadi I kena pergi selam laut kejap lagi”
Terlepas ketawa Amira dan Daniel.
“aku gurau je lah.. agak-agak lah kau ni bro” daniel menampar bahu Irfan.
“Ouhh lagi satu,Daniel Miss cakap dia balik awal tadi sebab nak pergi beli barang dengan adik awak katanya”
Daniel menganggukkan kepala.Tidak dikesah Maya mahu pergi kemana sekalipun asalkan berdua.Lagipun awal lagi gadis itu sudah menghantar pesanan yang hanya dibluetick olehnya.Tak sempat jawab akibat sibuk dengan persediaan meeting.
Share this novel