“Adik bagi chiken chop dua ya..”Amira tersenyum ramah kepada lelaki yang sibuk menyediakan makanan pelanggan.Kedai makan yang dipilih olehnya memang agak ramai.Mungkin kerana hujan yang baru sahaja berhenti,perut jadi lapar bila kesejukkan.
“Baik kak.. maaf lambat sedikit” Sopan lelaki itu bertutur.
Amira hanya tersenyum. Dilihat sekilas Aisya yang berada di dalam kereta bersendirian. Gadis kecil itu sudah lelap, mungkin kerana penat seharian.Sehari dia meluangkan masa bersama anknya.Sebelum ini sangatlah sibuk, sampaikan Aisyah pun sudah jarang dia dapat lihat kerana hal pekerjaan.
Dia memilih untuk mebawa Aisya bermain di taman serta melawat zoo.Nak bercuti jauh tidak dapat cuti yang lama.Lagipun Aisya sudah didaftarkan sekolah permaianan.Sengaja dia benarkan gadis kecil itu sibuk dengan kawan-kawan agar tidak merasa kesunyian jika dia sedang sibuk bekerja.
Amira memilih gerai makan tepi jalan kerana mudah untuk dia mengawal Aisya yang berada di dalam kereta tanpa ditutup cermin kereta.Mahu dukung keluar kesian pula dengan bunyi bising.Takut terganggu mimpi indah gadis kecil itu.
“Bang.. saya nak bebola daging chesse dua ya”
Amira mengerling memandang gadis yang berada disebalahnya.Gadis yang baru sampai dan memesan makanan.Wajah yang sangat tidak asing baginya.
“Baik kak, kejap ya..”
“Alia..” Tegur Amira sebaik sahaja perasan dengan wajah wanita itu.
Gadis perempuan yang berdiri di sebelahnya dipandang riak biasa. Alia hanya membalasnya dengan senyuman.
“Amira beli makanan ke?”
“Tak lah, saya beli kereta” Balas Amira.
Alia senyum tawar. Malas pula jika kita bertanya dengan cara baik dibalas seolah kita bertanya dengan jahat.Dipandang dari atas hingga bawah.Amira gelengkan kepala.Jika dipejabat gadis itu bertudung, kenapa kali ini free hair pula?
“Kau buat apa dekat sini?” Tanya Amira.
“Beli lembu..”Balas Alia pula.
Amira menjelingkan matanya.Sekali lagi dia tanya sekali lagi balasan kasar dekat wanita itu.Makin lama makin menjadi perangainya.Naik geram sahaja Amira.Kalau diikutkan mahu sahaja dia menarik rambut gadis itu.Untung sahaja orang ramai.
“Bukankah kau kata kau nak pindah dari kawasan ni sebab rumah kau tuan rumah jual?” Soal Amira dengan pandangan menyelidik.
Bagaimana dia tahu? Sudah pasti perkara ini perlu dia tahu kerana pangkatnya dibawah Maya perlu menguruskan semua data-data staff.
“Tuan rumah saya tak jadi” Balas Alia biasa.
Amira mengepal tangan. Nampak sangat gedik mahukan suami orang sampai sanggup diri tampil dihadapan orang tanpa perasaan malu.Wujud lagi wanita yang bersikap sepertinya.Dalam hati sengat terasa dan dia dapat membayangkan perasaan Maya dipermainkan wanita lain untuk mendapatkan suaminya.
“Gedik tu simpan sikit ya…”
Alia memandang Amira dengan pandangan tidak berpuas hati.Dia membalas
“apa masalah awak ya Amira? Saya tak cari fasal dengan awak pun”
“Memang tak cari fasal dengan aku.. tapi ingat, dosa kau tercatat kerana kau telah menghancurkan hubungan rumah tangga orang” Pedas ayat Amira.
“Jadi sekarang Amira nak tuduh saya lah menghancur rumah tangga mereka? Awak ada bukti?”
“Ingat, kalau aku dapat tahu kau punca semuanya.. kau siap. Adik! Akakcancle” Amira berjalan menuju ke keretanya. Mahu berlalu pergi daripada duduk berpanas bersama wanita itu.Terbakar pula gerai itu nanti jika dia berlama dan menghadap muka gadis itu.
Alia ketawa senis memandang kereta Amira yang berlalu pergi.
“Tch, kalau boleh selamatkan Daniel.. I don’t think so”
*
Daniel membuka matanya saat terdengar satu suara seperti datang dari radio atau lebih lagi pembesar suara.Matanya memandang sekeliling mencari kedatangan suara itu.Alunan merdu yang menenangkan hati,tapi tidak baginya.
Tubuh badan yang terasa panas diusap. Daniel mengerutkan dahinya menahan sakit seperti sesuatu menikam dirinya.Kenapa rasa seperti ini sekali?
‘Sakit ke Daniel?’
Daniel membuka matanya luas apabila suara yang didengarinya semalam terdengar semula, Matanya memandang kiri kanan. Tiada siapa-siapa.
“Irfan!” Jerit Daniel menahan kesakitan yang dialami.Kali ini dia rasa bagaikan beribu jarum menikam dirinya.
‘Suruh diorang tutup, kau tak akan sakit.. percayalah’
Sekali lagi suara itu menghasut Daniel. Perlahan Daniel turun dari katil. Memegang dadanya yang terasa sakit. Kaki melangkah perlahan untuk keluar dari bilik.Nak berjalan susah baginya.Bagaikan sesuatu menghampap dirinya berkali-kali.
Belum sempat dia mahu memulas tombol pintu. Pintu terbuka terlebih dahulu. Kelibat Irfan mendekatinya dan memandang dirinya risau.
“kau okay tak ni?” Tanya Irfan
“Tak.. aku sakit badan, panas..” Jawab Daniel.
“panas?! sabar jap aku panggil pakcik” Mahu sahaja Irfan melangkah untuk turun mencari Tuan Adnan namun dirinya dihalang oleh Daniel.
“aku tahu kau kesian dekat aku Irfan.. sanggup ke kau tengok aku sakit macamni? Tolong tutup suara-suara radio yang buat aku sakit” Bisik Daniel perlahan.
“aku tak boleh buat Daniel, kau kena lawan.. mengucap Irfan, jom aku bawa kau pergi ambil air wudhuk” Irfan menarik tangan Daniel namun lelaki itu menghalangnya.
“aku taknak tolong tutup suara-suara tu.. aku sakit Fan..” tangan Daniel memegang kerusi meja solek agar menahan dirinya dari rebah. Dia sudah tidak tahan, sendiri tidak sedar apa yang berlaku.Yang dia tahu sekarang dia hanya tunggu masa untuk pitam.
“suara-suara apanya? Itu bacaan surah Dan.. kami nak rawat kau tahu tak”
“Rawat apanya? Korang buat aku lagi sakit”
Irfan mengeleng kepalanya.Rasa tak senang hati melihat Daniel yang sangat kesakitan.Bahkan cuba dia melonggarkan pegangan tangan Daniel.
“Kau ikut aku pergi ambil air wudhuk sekarang..”
“aku taknak!”
“jangan degil Dan, Ikut sekarang!!”
“AKU CAKAP AKU TAKNAK AKU TAKNAK!!!”
*
“I tak sangka pula boleh jadi macamni..” Amira mengeluh.
“sama la.. entah manusia mana yang sanggup buat macamni. Dah tak fikir dosa ke?”
“Sabar lah Irfan, kita banyak-banyak doa.. lagipun ustaz kata Daniel dah okay sikit kan?”
Irfan menganggukkan kepalanya. Dari kecil sehingga besar Daniel berada di sisinya. Pergi sekolah bersama, cari rezeki bersama.Susah senang pasti dia akan bersama Daniel.Lelaki itu bagaikan adiknya sendiri tidak dianggap seperti orang lain.
Irfan menatap langit yang sudah malam. Ramai jiran-jiran yang datang membantu selepas kejadian tadi. Hampir sahaja Daniel ingin memukul semua orang yang cuba menenangkan dirinya.Amira pula malam-malam sanggup datang kerumah demi membantu apa yang patut.
Lagipun Daniel bukanlah siapa-siapa baginya tetap kawan juga
“Siapa yang buat semua ni? ustaz ada bagitahu you?” Tanya Amira.
“tak.. ustaz lebih fokus untuk rawat Daniel. Daniel teruk sangat.. maaflah sebab I ajak you datang tengah-tengah malam macamni”
“Daniel kawan I juga Fan.. apa-apa yang terjadi dekat dia I pun perlu tahu dan membantu dia as a friend.. Daniel baik orangnya.. Penyabar.. entah siapa yang buat macamni. Di manalah sifat Daniel yang dibenci oleh orang tu..”Kata Amira.
“Betul lah tu..”
“Semalam I ada jumpa Alia”
Irfan memandang Amira sebaik sahaja wanita itu membuka topik baru untuk dibual.Bahkan menjadi keinginan untu mendengar topik itu.Irfan fokus memandang Amira disebelahnya.
“Kenapa dengan dia?”
“entahla.. I suspek dia punca utama.. Miss Maya pernah mengadu dekat I tentang dia. Dulu dia juga punca Miss Maya perlu buat proses keguguran”
“apa maksud you? Kenapa? Jadi Miss Maya dah kenal Alia?”
“yap, dulu Alia penyebab pertengkaran diorang dekat kampung. Miss Maya tak tahan, biasalah she’s women.. wanita yang matang memerlukan ketenangan bersendirian.. “Jelas Amira
“Miss Maya kemalangan.. jadi dia lah puncanya?”Irfan terkejut.
“I tak berani nak kata, maybe ada juga salah yang terselit dekat Daniel dan Maya kita tak tahu..”
“Jadi sekarang ni boleh katakan Alia yang-”
“Fitnah itu berdosa.. biarlah ada bukti kukuh dulu”Kata Amira. Irfan menganggukan kepalanya. Betul juga, tak baik jika meluru sahaja tanpa sebarang bukti.
Tapi sangat terusik hati menyatakan Alia punca semuanya.Dari awal dia bertemu sudah sangat mendapatkan aura jahat dari gadis itu.Alia juga sahabatnya.Tapi mereka tidak rapat kerana keluarga Alia sering memperbodohkan keluarganya yang hanya sekadar berniaga kecil-kecilan.
“I dah bagitahu Miss Maya, but she just bluetick my chat.. Maybe dia juga masih tertekan” Kata Amira.
“hmm, Miss Maya macam mana? Sihat?”
“Like--”
“ARGHH!!!!!”
Amira dan Irfan memandang kawasan dalam rumah sebaik sahaja mendengar jeritan seseorang. Irfan memandang Amira sekilas sebelum berlari memasuki rumah dan menuju ke bilik Daniel diikuti Amira.
“Kenapa Pakcik?” Irfan mendekati Tuan Adnan yang sibuk mengusap kepala anak lelakinya.Orang ramai yang berkeliling sudah sibuk mebaca surah-surah yang patut.
Untung jiran-jiran masih belum pulang.
“ustaz dah balik ke? Dia jadi lagi ni…”
“ustaz dah balik dah.. Irfan do something!” Jerit Amira risau melihat keadaan Daniel.
Amira melangkah medekati Puan Solehah yang sedang menangis dipujuk oleh kedua orang anak perempuannya.Keadaan Daniel sangatlah teruk.Bahkan sangat kelitihan jika dilihat lelaki itu yang menyakitkan dirinya sendiri.
“Daniel bawa mengucap Daniel, ingat Allah… “ Tangan Irfan memegang kedua kepala Daniel. Memerhati wajah lelaki itu yang sudah kemerah-merahan.
“Lepaskan aku!! Aku sakit!!!” bentak Daniel yang cuba melepaskan dirinya dari pegangan.
“Kau kena kuat Daniel!! Mana Daniel sahabat aku yang kuat dulu? Tengok aku Daniel…”
“Irfan!”
“Mira call ustaz balik”
“Irfan pegang kaki dia.. Daniya Dahlia tolong abang irfan..” Kata Tuan Adnan diikuti mereka semua.
“ayah… ayah tak kesian dekat Daniel ke ayah?” Tangis Daniel.
“aku takkan kesiankan kau selagi kau bukan sahabat aku yang dulu, dan begitu juga anggapan ayah kau Daniel”bisik Irfan kini memgang kuat tubuh badan sahabatnya sehingga menampakkan urat-urat tangan dan lehar.
Share this novel