19

Romance Series 137352

“Maya.. dia terjatuh kan…”

“Dia terjatuh ke dia pura-pura terjatuh hah?!”Maya meninggikan suaranya.Matanya memandang tepat kearah Daniel.Membiarkan lelaki itu menatap anak matanya yang membuakkan perasaan marah.

“Please lah Maya.. Dia kawan saya--”

“Kawan tu boleh pegang ke? Tak haram ke?” Maya betul-betul bengang.

“Maya behave.. kita ada di kampung sekarang..”Daniel naik risau dengan suara Maya yang semakin kuat. Dia takut ibu dan ayahnya anggap apa pula.

“Tahu pun kita ada dekat kampung, adap you dengan perempuan bukan muhrim mana?”

“I dah sabar lama dengan perangai perempuan tu.. I tahu dia kawan you but dia cuba ambil kesempatan dekat you tahu tak?!”

“Asstarfirullahhalazim.. Awak ni kenapa Maya?”

“I yang patut tanya you kenapa Daniel? You boleh keluar dengan perempuan tu.. biarkan I sorang-sorang dekat rumah! Lepastu boleh pula you buka aib isteri you sendiri Daniel!”

“saya tak pernah buka aib awak dekat siapa-siapa Daniel.. Kekurangan awak saya terima semuanya..saya tak pernah buka mulut dekat sesiapa pun..”

“awak cemburu?”tanya Daniel

“Wajarlah kalau I cemburu.. im your wife Daniel Nazief.. Kalau you nak dia, just married her then kita percepatkan kontark kita! You pun ada hak nak bahagia”Marah Maya.

“What are you talking Maya Ariana?”

“I love you Daniel Nazief!”Maya melepaskan perasaannya.

Daniel terdiam.Dia memandang Maya tidak percaya.Entah dengar atau tidak dia dengan perkataan Maya tadi.

Tak mungkin Maya mencintai dirinya. Sangat mustahil.Dia dan Maya ibarat raja dan rakyat biasa.Tapi,gadis seperti Maya berjaya jatuh cinta padanya.Apa yang dia sudah lakukan sampaikan gadis itu..

Atau Maya hanya melepaskan kemarahannya?

Dia yakin Maya tidak bermaksud dengan kata-katanya.Maya pasti tidak akan jatuh cinta dengan lelaki biasa sepertinya. Maya hanya memerlukan dia untuk kontrak yang dijanjikan.

“I really love you Daniel.. I cintakan you.. tapi kenapa you buat I macamni? You tahu tak tiga hari I tak makan sebab I cuba tak nak tengok muka you.. I taknak terlepas marah dekat you.”

“I cuba biarkan you dengan perempuan tu sebab I ingat we just contract marrige! But I tak boleh..”Air mata Maya jatuh membasahi pipinya.

Buat kali pertama. Daniel terpegun melihat mutiara jenis itu.

“Maya..”

“Pergilah tengok buah hati you Daniel.. Entah patah ke apa kaki dia..”

“Maya saya minta maaf” Daniel cuba meraih tangan Maya.Namun wanita itu terlebih dahulu melarikan diri.

“Pergilah Daniel..she need you.. I ni dah tua Daniel.. tak layak jadi isteri you”

Maya mencapai kunci kereta sebelum keluar dari rumah itu.Otak bercelaru entah kemana.Dia kecewa sanagat kecewa.Kereta dipandunya tanpa arah.Dia tidak tahu mahu kemana.Sedih. Dia benar sedih.

Rasa silap dia menaruh cinta pada lelaki itu yang selayaknya menjadi milik wanita lain.Dia sudah silap dan sekarang dia yang menanggung rasa sakit yang sangat berbisa.

Iphonenya diambil.Didail nomber umminya.Mungkin itu adalah tempat yang baik untuk dia luahkan segalanya.

“Assalamualaikum..”

“Ummi…”

“Maya.. kenapa ni?”

“U--Ya Allah!!!!”

Bamm!!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience