56

Romance Series 137352

Satu minggu menghabiskan masa di kampung. Satu minggu itu juga Maya mencipta kenangan manis di Kedah.

Ipad ditangan ditutup dan diletakkan di atas meja. Jam dinding dipandang oleh Maya. Daniel masih belum pulang kerja.Mungkin melayan pelanggan yang baru dan dia tundakkan di hari mereka berada di kedah.

Entah kenapa rasa tidak boleh renggang dan berjauhan bersama Daniel. Hubungan dia bersama Daniel macam biasa. Masih di dalam mood pergaduhan tetapi tidak.Mungkin Daniel masih fikir-fikir yang disoalkan.

Maya menghelan nafasnya. Maya juga pening memikirkannya.Lagi beberapa bulan dia akan bersalin.Sanggupkah dia mahu menghadap semuanya.

“kenapa aku rasa lemah sekarang ni? Sedangkan dari dulu lagi aku akan buang perasaan ni.. tapi sekarang..” Maya memejamkan matanya.

Lemah. Sangat lemah dirinya sekarang. Entah hilang kemana Maya Ariana yang kuat dan tidak lemah seperti dulu. Maya Ariana yang selalu tegas, kuat dan berani hilang selepas kehadiran Daniel Nazief.

Perut yang semakin membukit diusap perlahan oleh Maya. Maya tersenyum dengan perkembangan bayinya. Makin sihat kata Dokter.

Cuma dirinya sahaja yang makin lemah. Efek ubat terlalu kuat. Walau apa-apa pun dia perlu berusaha lebih untuk bakal anaknya.Anak yang dinanti-nantikan olehnya sehingga sanggup membuat kontrak hitam putih di atas kertas.

Biarlah apa-apa pun yang terjadi kepadanya. Asalkan anak hasil dan bukti cinta dia bersama Daniel Nazief sihat selamanya.

“Mommy tak sanggup nak pisahkan anak mommy dengan daddy..Mommy sayang daddy, anak mommy pun mesti sayang daddy kan?” Maya tersenyum.

“Daddy lelaki yang paling istimewa bagi mommy.. Mommy dapat rasa keikhlasan kasih sayang yang daddy bagi, marah-marah pun tetap ambil tahu tentang mommy..”

*

“Zarif tak sayang dekat mama ke sayang?”

Zarif menyerabutkan kepalanya. Datang je rumah keluarganya sudah buatkan dia serabut. Mahu saja dia naik angin tetapi kerana hormatnya bersama keluarga dia perlu jaga.

“Sudahla ma.. Zarif tak rasa yang Maya tu adik Zarif! Dia kawan Zarif dari kecil ma” Zarif mengawal suaranya agar tidak terlalu tinggi.

“Tapi rantai--”

“Maya pangkat dia lebih tinggi dari kita ma.. dia lebih kaya dan terkenal dari kita, syarikat dia besar ma.. rantai macamtu pasti dia boleh beli dengan duit dia sendiri”Ujar Zafril.

Bukan niat tidak mahu menyokong pihak keluarganya mencari keberadaan si adik kembar. Tetapi dia sendiri jadi ragu kerana Maya Ariana yang menjadi tumpuan mereka sekeluarga.

Maya Ariana bukanlah orang biasa baginya. Bermula dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah. Wajah Maya sahaja selalu dia pandang dengan hinaan.

Bukan hinaan yang biasa tetapi luar biasa. Seperti buih, buih yang dipecahkan dengan cepat. Tidak sempat nak mengira saat pecah buih itu.

Begitulah setiap kata-kata hinaan yang keluar dari bibirnya. Sangat sakit untuk Maya.

Dan sekarang dia tiba di saat masa kemalangan berlaku. Niatnya mahu membantu. Tetapi…

“I datang malaysia sebab nak urusakan syarikat I Syira.. bukan datang nak cari isteri”

Cermin mata hitam dibuka perlahan oleh Zafril. Permandangan kawasan Kuala Lumpur dipandang olehnya. Sedar betul udara di kawasan itu walaupun sudah malam.Akhirnya dapat juga memijak tanah airnya yang sudah bertahun dia tinggalkan.

“Mana lah saya nak tahu.. saya ni dah lama uruskan syarikat Dato dekat Malaysia.. lepastu tiba-tiba Dato nak balik, terkezuuutt saya”

Meledak ketawa Zafril dengan pembantu peribadinya yang ditetapkan di Malaysia. Sudah bethun dia tidak jejak kaki ke tempat lahirnya.

Selepas habis persekolahan. Dia memeilih untuk sambung belajar di luar negara dan tinggal bersama keluarganya.

“Betul ke dekat sini ada jual makanan sup sup panas?” Tanya Zafril memandang sekeliling.

“Haah Dato, dekat depan tu ada Mee kuah sedap walaupun gerai tepi jalan. Saya suruh jalan bukan apa, jala--”

BOmm!!!!

Zafril dan Syira memandang sebuah kereta yang dirempuh kuat tepat dihadapan mereka. Masing-masing terkejut. Nasib mereka tidak melintas jalan lagi.

“ya Allah Dato…” Syra terkejut besar.

Zafril menghiraukan panggilan Syira. Dantungnya tidak berhenti akibat terkejut. Laju sahaja dia mendekati kereta tersebut.

Pintu kereta cuba dibuka namun terasa seperti ada barang yang menghalang. Cermin diketuk berkali-kali bagi menyelamatkan mangsa di dalam kereta tersebut.

“Cik!!! Dengar saya tak!! Cik buka kunci pintu ni!” Jerit Zafril kuat.

“Dato! Ambil kayu ni” Zafri;l memandang syira ang menghulurkan kayu kepadanya. Lebih kepada besi panjang yang terbiar.

Zafril mengambilnya dan memasukkan ke bahagian selit pintu dan menekannya agar pintu terbuka. Usahanya berjaya dan pintu terbuka luas.

“Cik! Bu--”

“Maya!!”

Zafril duduk di atas sofa. Berhadapan ibu bapanya. Keadaan makin tegang dengan sikap Zafril.

“Kita boleh buat ujian DNA..”

Zafril memandang ayahnya. Tak habis lagi ke nak kait soal ni? Getus hati Zafril.

“Zaftak faham lah sekarang ni.. salah mama dengan papa, buat Zafina hilang dan sekarang sibuk pula nak cari.. Dalam masa 32 tahun ni tak pernah sekali Zaf dengan mama dan papa kait soal Zafina”

“ Apa kamu ni Zaf? Setiap malam mama kamu menagis, lupa ke mama kamu selalu masuk hospital kerana tekanan darah tidak stabil?” Kata Tuan Kamal.

Zafril membuang nafas perlahan. Mencari kesabaran dan mengumpul ketenangan pada dirinya. Sudahla dia serabut sekarang ni.

Hal pejabat, hal pelajar ganti di kolej dan sekarang masalah alah keluarga pula.Boleh jadi gila kalau dia terus melawan.

“Macamnila mama dan papa.. Maya Ariana dah lama dekat dengan Zaf, cuma Zaf sahaja yang jauhkan diri dari dia kerana Zaf pandang rendah dekat dia..”

“zaf perasan muka Maya macam mama tapi ingat.. Zaf tidak akan layan Maya baik kerana..”

“Kerana apa Zaf? Kalau dia adik Zaf, Zaf taknak layan juga ke?” Puan Amina memotong.

“Dulu Zaf pandang hina kerana dia tidak tahu asal keturunan.. miskin”Kata zafril.

“Astarfirullah haazim Zaf, buruk sangat ke orang miskin terhadap kita? Kita ni kaya sangat ke?” Tuan Kamal memandang geram anaknya.

Terkejut dengan sikap anak lelakinya yang tidak menghormati itu.

“Sekarang dia dah kaya Zaf nak kata apa? Zaf dah tak benci dia? Zaf pandang harta dia macamtu?”Puan Amina memandang anaknya.

“Cinta.. Zaf cintakan Maya Ariana, sebab itu Zaf tak mahu Maya Ariana jadi anggapan mama dan papa yang Maya adalah Zafina”

Riak wajah Tuan Kamal bersama Puan Amina berubah mendengar luahan anaknya. Taktahu mahu mengata apa dengan sikap Zafril.

“apa ni Zaf..”

“she already married”

“Dia akan bercerai selepas bersalin.. and I will get married her”Serius Zafril.

“Zafril!!”

Naik turun dada Puan Amina. Wanita itu berdiri di hadapan anak lelakinya dengan penuh amarah.

“Mama betul-betul kecewa dengan sikap Zafril… Tak sangka ini perangai kamu, jahat sangat Zafril, hitam sangat hati kamu” Tajam kata-kata puan Amina.

“Jangan kerana cinta kamu rosakkan hubungan perkahwinan mereka. Tidak kisahlah tujuan mereka apa sekali pun, ingat.. Jodoh Allah yang tentukan”

“Cinta mana Zafril dengan Maya.. kalau dia adalah Zafina..”

“Stop Mama!!”

“KAMU YANG PE--” Puan Amina memegang tangan suaminya yang berada di belakangnya. Kepala yang tiba-tiba terasa berat dipegang.Nafas yang seakan sesak.dan penglihatannya yang berbinar menjadi hitam.

Akhirnya tubuh itu jatuh di dakapan Tuan Kamal dan tidak sedarkan diri.

“Amina!”

“mama”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience