7

Romance Series 137352

“Irfan!!”

Daniel melangkah masuk ke dalam rumah sewa. Kelibat sahabatnya dicari.Perasaan marah benar-benar membuak.

“Ye ha kenapa? Aku tengah masak laa..” Irfan medekati sahabatnya yang baru pulang kerja itu.

Daniel memandang tajam sahabatnya. Irfan pula memandang dengan penuh bingung. Dia ada buat salah ke? Kepala diserabutkan. Daniel sendiri tidak tahu bagaimana ia mahu ungkapkan kemarahan itu. Tapi dia benar-benar serabut dengan apa yang terjadi.

“Kau cerita dekat Miss Maya ke tentang ibu aku?”Tanya Daniel.

Irfan mengerutkan dahinya.

“Tak pun..”

“Habis itu macam mana Miss Maya boleh tahu kalau bukan kau yang cerita?”

Irfan bingung.Bila masa pula dia bercerita kepada Miss Maya soal itu? Tapi Amira..

“Err Amira bagitahu Miss Maya kut”

Daniel menyerabutkan rambutnya.Beg kerjanya dihempas ke atas sofa berdekatan.Dia sudah agak pasti ada kaitan dengan Irfan. Irfan sahaja yang tahu tentang keluarganya.

“Kenapa kau bagitahu orang Fan?”

“T-tak aku cuma nak bantu kau.. Ibu kau dah tenat Dan.. takkan itu pun kau nak main-main lagi?”Irfan mula serius.

“Tapi bukan..”

“Bukan apa lagi Daniel Nazief? Kau sanggup ke tengok ibu kau tenat, penuh dengan wayar-wayar dekat hospital itu? Niat aku nak bantu kau sahaja Dan.. tak ada niat pun nak sebarkan aib ke dekat orang lain. Aku baru fikir nak pinjam duit Amira tapi Amira cakap tak perlu kerana dia akan buat sesuatu untuk kau”

Daniel memandang anak mata Irfan dalam. Benar apa yang dikatakan Irfan. Tapi entahlah apa yang dirasainya sekarang.

“aku nak kahwin..”

“Ha?!” Terbeliak Mata Irfan.Senduk yang dipegang erat olehnya dibaling dek kerana terkejut.Siapa tak terkejut, baru datang kuala lumpur seminggu dah cakap nak kahwin.

“aku akan kahwin dengan Miss Maya, esok aku nak ke pejabat agama, nak daftar untuk khusus kahwin..” Kata Daniel sebelum berganjak ke bilik nya,

Irfan masih berdiri kaku. Berfikir kenapa Daniel perlu berkahwin dengan Miss Maya.Dirinya benar-benar terkeju kenapa Daniel akan berkahwin dengan Miss Maya.

*

“Kenapa Maya datang tiba-tiba ni ? Dengan pakaian kerja lagi..” Puan Salmah menghidangkan secangkir kopi panas untuk Maya.

Terkejut juga dia kerana Maya pulang tanpa memberi tahunya.Air kosong dihidangkan kepada Maya. Beberapa kuih muih turut dihidangkan. Pasti wanita itu masih belum menjamah apa-apa semasa dalam perjalan ke sini.

“Maaflah ummi.. Maya rindukan ummi sangat-sangat” Maya menarik Puan Salmah supaya duduk di atas pondok itu bersamanya.

“kenapa ni? Kalau rindu pun balik petang sikit boleh kan? Dengan baju kerja tak tukar.. Kamu ada nak cakap apa-apa ke?”

Puan Salmah memandang Maya. Menanti masalah yang difikirkan oleh anak angkatnya itu.Bukan tidak tahu, Maya akan mencari dia sahaja untuk meluahkan segala masalah.Tak cari dia pasti Amira, tapi lebih menenangkan Puan Salmah yang dianggap ibunya.

“Ummi Maya nak kahwin”

“Masyaallah betul ke ni Maya?”Terkejut tetapi gembira Puan Salmah mendengar. Kahwin juga anak angkatnya itu.

“Ya.. tapi, Maya dengan dia baru sahaja jumpa.. Boleh ke Ummi?”

“Apa yang tak boleh? Bercinta selepas berkahwin lagi indah..”Kata Puan Salmah.

“Macam mana kamu jumpa dia Maya? Siapa nama dia? Umur?”Tanya Puan Salmah.

“Maya jumpa dia seminggu lepas, nama dia Daniel Nazief.. umur dia..”

“Umur dia?”

“23”

“Ya Allah mudanya.. Ummi ingat sama umur dengan kamu, tak pun tua dari kamu..”

Maya menunduk. Sudah di agak soalan itu akan ditanya. Bukan apa, siapa sahaja tak pelik kalau dia berkahwin dengan lelaki yang muda?

Beza umurnya dengan Daniel sembilan tahun. Rupa seperti seorang ibu bersama anak sulung pula.

“Tak boleh ke ummi?”

“Bukan tak boleh Maya, kalau dah jodoh tak kemana cuma.. dia tahu ke umur kamu berapa?”Tanya Puan Salmah.

Maya menganggukkan kepalanya. Dia yakin Daniel sudah tahu semuanya tentang dirinya.

“Bagus lah kalau macam tu, tentang wali nanti biar ummi bagitahu pak Mat”

“Ermm terima kasih ummi.. Maya sayang ummi..”Maya memeluk tubuh Puan salmah.

Puan Salmah ketawa kecil.Dia membalas pelukkan Maya, tangannya mengusap kepala Maya.Terasa berat mahu melepaskan Maya kepada seorang lelaki, tetapi dia bersyukur, dia bersyukur yang Maya pasti akan dibimbing dan dijaga lebih baik dengan suaminya nanti.

“Nak kahwin dah anak ummi ni..”

“kenapa? Ummi tak bagi Maya kahwin ke?”

“Ish kamu ni.. kahwin lah Maya sayang.. jangan nanti anak darjah satu orang kata nenek hantar cucu ke sekolah”Usik Puan Salmah.

“Ummi!”

“Hahhahahahhaha”

“”Maya yakin ya mahu berkahwin?”Soalan Puan Salmah menghentikan tawa Maya. Riak gadis itu tiba-tiba berubah.

“kenapa ummi?”

“Ingat ya sayang, tanggungjawab kita besar sangat bila dah jadi isteri, dan yang paling penting.. Syurga tu beralih kepada tapak kaki suami. Mudah kita untuk dapat dosa jika kita tak menghormati suami”

“Maya faham ummi.. Maya akan cuba, Ummi doakan sahaja ya..”Maya menganggukkan kepalanya. Tangan menganggam erat tangan Puan Salmah.

“Ummi pelik juga, ye la kamu jarang nak ada masa tapi boleh pula cari suami ya?”Puan Salmah tersengih nakal.

“hahahah kami kenal biasa-biasa sahaja Ummi”

Maya tersenyum manis.Figura wajah Daniel yang sangat manis dilihat bahkan kacak itu terbayang difikirannya sehingga dapat dinantikan wajah cahaya mata mereka.Maya berasa senang hati,dalam masa yang sama Amira sangat tepat mencari lelaki yang akan djadikan ‘bahan kontraknya’

*

Daniel diam. Dirinya masih lagi duduk di atas sejadah.Fikiranya benar-benar serabut memikirkan hal yang akan berlaku selepas ini. Dia akan berkahwin dengan Maya hanya atas sehelai kertas yang dinamakan kontrak?

Dia benar-benar tidak percaya. Bagaimana hidupnya selepas berkahwin nanti? Dan diakhirkan dengan penceraian?

Bagaimana pula dia mahu beritahu hal sebenar kepada keluarganya?

Kepala digelengkan. Apa pun yang terjadi dia hanya perlu hadap semuanya. Dia melakukan semua ini demi ibunya dan keluarganya.

“Ibu… Along minta maaf kalau cara ini buatkan ibu tak suka dengan Along tapi niat Along nak ibu pulih macam dulu..”

Mata dipejamkan. Cuba menjernihkan fikiran sebelum dibuka semula matanya.

“sekali lafaz diakad Maya Ariana.. Saya berniat menjadikan awak isteri sah saya, tidak diatas kontrak atau apa-apa sekalipun”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience