Maya berjalan perlahan mendekati Daniel yang sedang termenung di halaman rumah. Mengambil udara segar malam dan lebih lagi menenangkan dirinya.
Punggung dilabuhkan berhadapan Daniel. Memandang lelaki itu yang hanyut dengan fikirannya sehingga tudukidak sedar kehadirannya.
“Erkhem!” Maya berdehem perlahan.
Daniel tersentak. Dia melihat Maya yang berada dihadapannya. Jam tangan yang dipakai ditatap. Sudah pukul 12 lebih. Kenapa Maya masih belum tidur.
“Can we talk?” Maya bersuara.
Daniel mengangkat sebelah keningnya. Menanti topik yang akan dibacarakan oleh mereka berdua. Daniel menyilang tangannya ke dada.
“Tentang perjanjian..” Serius Maya berkata.
Daniel sudah membuang wajah. Kalau ikutkan dia benar-benar malas mahu mengulang dan mengait peristiwa di kampung haritu.
“Pandang lah I Daniel…” Pinta Maya.
Anak mata Daniel kini memandang kearah Maya dengan tepat. Mengisyaratkan Membiarkan gadis itu buka mulutnya sedangkan hatinya sangat berdebar menantinya.
“I know.. I adalah wanita yang tak waras sebab buat perjanjian bodoh tu dengan you.. I gila sebab I mainkan masa depan you demi diri I” Kata Maya.
Daniel diam.Fokus dengan pembicaraan mereka berdua.
“I nak minta maaf atas semua yang terjadi di atas kesalahan I.. I mengaku I salah dan puncanya jadi bergini.. I nak minta maaf sebab I banyak berahsia dengan you..”
Daniel membuang nafas. Kata-kata ulangan yang sama tetap menjadi tumpuannya. Maaf kerana tipu. Rasa muak mahu mendengar.Bahkan tersana bernanah ditelinganya.
“Awak nak tahu tak.. apa yang kita lalui sekarang ni semuanya takdir, jadi tak perlu nak minta maaf.. masing-masing salah.. masing-masing betul” Kata Daniel.
“Awak nak cakap yang awak dah rosakkan masa depan awak.. awalnya saya dah tak fikir soal tu, sebab apa yang saya nak duit awak dan ibu saya kekal sihat..” sambung Daniel.
“Setiap perbuatan yang dilakukan awak dan saya buatkan tercipta kenangan indah walaupun perkahwinana hanya atas kertas.. dari situ saya dapat rasa perasaan itu..”
“daniel I…”
“Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dipermainkan. Walau atas dasar pun, perkahwinan adalah ikatan suci yang dimeterai atas nama hukum..” daniel memotong kata-kata Maya.
Masing-masing berpandangan. Daniel pula cuba mengawal wajahnya agar beriak biasa. Dia perlu tenang dan menyelesaikan masalah dengan betul.
Tangan Maya dicapai lalu digenggam kemas.
“Maya Ariana…”
Panggilan dari daniel buat Maya gugup. Suara laki itu benar-benar berubah dan kedengaran lembut tetapi serius.
“Sudikah awak bersama saya sehingga akhir hayat?” Terjelas keluar soalan yang dituju Daniel.
Didengari perlahan di telinga Maya.
“Hidup bersama saya.. dan kita mulakan cinta kita bersama”
Daniel memandang Maya dengan kaku. Penuh harapan disimpan kepada Maya agar wanita itu tidak menolaknya.
“You masih muda Daniel.. kejar masa depan you”
“masa depan saya ada dihadapan saya sekarang ni” Riak biasa Daniel menjawab.
Maya hanya diam dengan fikiran yang sudah hanyut entah kemana. Air liurnya diteguk. Pilihan yang paling baik ada pada dirinya.
Tak!!
Maya berdiri sehingga kerusi yang diduduknya jatuh. Laju Maya memeluk tubuh Daniel. Menyembamkan wajahnya pada leher Daniel yang sedang duduk itu. Suara tangisan mula kedengaran.
“I love you too..”
*
“Kita lunch dekat kedai tepi jalan tu jom, sedap bihun sup dia” Pelawa Mawar kepada Dahlia yang berjalan bersebelahan dia.
“Sorry saya bawa bekal.. lagipun saya ada tugas dekat perpustakaan lepas ni” dahlia menunjuk beg platik yang berisikan makanan yang dibawanya tadi.
Tanpa senyuman. Melihat lelaki yang memeluk bahu Mawar buatkan hilang moodnya. Siapa lagi kalau bukan Aiman.
Mawar tersenyum nakal memandang Dahlia.
“Nak gi lunch dengan hubby dia lah tu” usik Mawar membuatkan Aiman menatapnya bingung,
Dahlia pula memandang tajam Mawar. Suka betul mengusik dia. Dah la dia lapar, kalau pergi lunch dengan ‘hubby’ tu memang tak makan lah dia. Jaga sopan lah katakan.Kalau nak pergi makan sekali pun sudah pasti dia tak mahu.
“saya lapar ni awak.. awak pergilah makan dengan Aiman.. lepasni kita ada kelas pula” Kata Dahlia.
“Betul ni awak tak nak ikut?”
Dahlia menganggukkan kepalanya. Lebih baik tak payah ikut kalau nanti hatinya yang terasa sakit dengan perangai mereka berdua.
Bersuap-suap lah. Apa lah..
“Dah la jom sayang.. nanti tutup pula kedai tu” Aiman menarik tangan Mawar menjauhi Dahlia. Meninggalkan gadis itu bersendirian.
Dahlia menghela nafas. Dipandang sekeliling kolej. Kakinya mula melangkah pergi ke tempat yang selalu menjadi tempat rehatnya.
Imbangan badannya tiba-tiba tidak dapat dikawal apabila rasa sesuatu yang menghempap tubuhnya dari berlakang. Untung tangannya sempat memegang tiang tangga dihadapannya.
“Im sorry..”
Mata Dahlia terbuka luas mendengar suara itu. Rasa ragu-ragu mahu menoleh kebelakang. Hatinya sudah mula berdebar.
“Are you okay?”
“hm!” Dahlia tersentak apabila bahunya dipegang oleh lelaki yang tidak asing baginya. Badan ditegakkan semula. Dahlia menoleh memandang lelaki yang menolaknya tadi.Sehari kalau tak jumpa memang tak sah.
“Dahlia? You buat apa dekat tangga ni?” Tanya Zafril.
Tangga disini jarang diguna oleh pelajar. Kebanyakkan ramai mengunnakan lif yang tersedia. Pelik pula bila Dahlia ada di kawasan ini.
“Err makan?”
Zafril memandang beg yang berisikan bekas makanan. Dahlia rehat di kawasan sunyi seperti ini? Bukankah Dahlia selalu makan di taman?
“Bukan awak selalu makan dekat Taman ke? Kenapa makan dekat sini?”
“Dekat sini tenang..” Takut dahlia menjawab.
Dahlia melihat pemakaian Zafril dari bawah sehingga atas. Lelaki itu dipandang serabut olehnya. kemeja yang tidak kemas bersama tali leher yang tidak dibetulkan.
Rambut pula kusut seperti tidak disikat. Dia ada masalah ke?
‘Mata dia merah…’ Dahlia memandang mata Zafril yang kelihatan bengkak.Mata lelaki tu sangat jelas bahawa dia menagis agak lama.
“Dahlia saya tanya ni..”
“err apa?” Dahlia tersedar dari lamunanya.
“Tak takut ke makan dekat sini? Dah lah seorang diri mana kawan awak?”
“err pergi makan”
“Makanlah.. saya teman” Kata zafril dengan riak biasa lalu menduduki dirinya di atas tangga. Ditarik tangan dahlia duduk bersebelahannya.
Dahlia berkelip mata. Segan pula bila Zafril menemannya. Kalau orang nampak muncul gosip panas pula. Zafril lelaki disebelahnya dilihat.
Lelaki itu menekup wajahnya seperti sedang memejamkan mata.
‘Okay ke tak dia ni?’ Soal dahlia di dalam hati.
Mahu bertanya lanjut dia segan pula kerana hubungan dia dan Zafril boleh dikara baru. Takkanlah dia nak masuk campur urusan Zafril.
Beg yang berisikan bekal makanan dipandang. Dia baru ingat yang dia ada buatkan makanan lebih untuk Mawar. Tapi mawar memilih makan bersama teman lelakinya.
Dikeluarkan satu bekas lalu disua kepada Zafril yang berada disebelahnya. Lengan lelaki itu disentuh perlahan. Zafril mendongak memandang dahlia yang menyuakan bekal mekanan kepadanya.
“ambillah.. saya buat lebih untuk Mawar., tapi Mawar pergi makan dekat kedai” Kata Dahlia.
Zafril tidak menolak kesian pula melihat Dahlia yang seperti ditinggal oleh sahabat itu. Bekal makanan dibuka, garpu yang diberi Dahlia diambil olehnya.lagipun dia belum mengisi perut lagi.banyak kelas yang diselesaikannya sehingga tak sempat nak makan.
Lagikan pula dia terlewat harini.
“Tunggu.. apa ni?” Tanya zafril pelik memandang makanan di dalam bekas itu.
“Chiken Pichatta dengan nasi putih.. cubalah”
Zafril mula memakannya. Rasa baru yang dirasainya. Selalunya dia banyak menghabiskan masa dengan makanan masakkan kedai. Ibunya sendiri jarang masak kerana sibuk.
“Awak masak sendiri?”tanya Zafril
“Kucing saya masakkan"
Share this novel