18

Romance Series 137352

“Seronok sangat ke dapat datang dusun?”Tanya Daniel.

“Gila tak seronok, you know what? Nak makan buah manggis ni bukan senang bagi I”Kata Maya yang sibuk mengasingkan buah-buah kedalam plastik.

Daniel membawanya ke dusun milik Encik Adnan.Bukan mereka berdua, Encik Adnan juga datang tapi terlebih dahulu pulang kerana mahu membahagi kepada penduduk kampung.Kebun yang bertahun ditanam kini banyak hasil.

“kenapa pula? Bukan dekat tepi jalan banyak ke?”

“you sanggup habiskan masa dekat luar ke kalau kerja banyak? “

Daniel hanya mengangguk faham.Lupa pula Maya sangat fokus dengan kerja.Buah Durian di yang dikumpul diambil.Haruman buah itu sangat segar dan menarik nafsu makannya.

“awak suka durian?”Tanya Daniel.

“Of course I like it”

Daniel tersenyum.Nampaknya tidak sia-sia dia membawa Maya ke dusun.

“awak makan durian?”

“Suka tapi tak suka bau..”Kata Maya.

“ouhh.. tak apa balik nanti, buka puasa kita makan sama-sama.. Jarang nak tengok orang cantik makan durian”

“nevermind”

“Durian ni.. kalau makan dengan pulut lagi sedap”Kata Daniel.

“Pulut? Ada ke?”

“Mestilah ada, kegamaran saya tu.. nanti musim durian lagi kita balik kampung suruh ibu buat.. buka puasa nanti awak jangan makan banyak sangat,panas badan nanti”Pesan Daniel.

Betul-betul sedap dengan selera kampung.

“Macam mana ayah boleh tanam dusun ni? Mesti ambil masa yang lama kan?”Tanya Maya.

“Dusun ni arwah atuk punya.. lama sudah, umur saya lapan tahun dah boleh makan cuma masa tu tak ada lagi pokok rambutan”Kata Daniel.

“Ouhh,kalau hasil banyak memang selalu bagi dekat orang kampung ke?”

“Tak sangat.. kalau awak nak tahu, musim buahlah musim yang kitorang boleh makan sedap-sedap.Setiap pagi saya akan datang dusun tolong ayah kutip buah dan bawa jual ditepi jalan..”

Tersentuh Maya mendengar.Daniel benar-benar anak yang bertanggungjawab akan keluarganya.Sanggup bersusah payah asalkan mereka sekeluarga tidak lapar.Tapi jika nak dibandingkan dengan dirinya, walaupun hidup dia susah seperti Daniel atau lebih susah.

Diusia Daniel, dia sudah berjaya mendapatkan wang dan mengumpul wang yang dibayar berjuta-juta untuk menghasilkan satu design.

*

“eh cantik lah yang ini”

“haah kan”

Sibuk keluarga ini memilih pakaian raya mereka.Maya membawa mereka sekeluarga ke pekan untuk membeli baju raya di butik berjenama.Mata Maya keliling mencari baju punya dirinya pula. Walaupun berjenama tapi agak susah pakaian yang berkain mahu menjadi pilihannya,

“Tapi mahalah..”

“Daniya.. Dahlia.. Just take it.. akak belanja”Maya menyampai adik adik iparnya,tanda harga dibaju dipandang biasa.

Setakat beribu bukan lah masalah baginya.Dari awal lagi Daniel dan keluarga tidak mahu datang ke butik ini. Butik ini sangat terkenal dan sangat beruntung dia dibuka di kawasan pekan tersebut. Baju berkain jenama tinggi. Hasil jahitan yang kemas buatkan para pelanggan puas dengan baju yang reka.

Rekaan baju juga sangat menarik. Sebab itu Maya memilih butik ini dan dialasankan dia akan membayar semuanya termasuk juga barang raya yang lain.

“Kita pakai warna merah kan tahun ni?”Daniel menghampiri Maya.Membawa sepasang baju untuk pasangan.

“I think this good for you sayang..”Kata Daniel sambil menunjuk baju kurung moden bersama baju melayu berwarna merah kepada Maya.

“Awak tinggi.. tapi tak boleh potong ketinggian saya, sesuailah untuk awak”Kata Daniel sambil tersenyum.

Maya mengangguk.Tanda dia setuju dengan pilihan Daniel. Maya bukanlah seorang yang suka menghabiskan masa untuk memlih pakaian yang cantik cuma test yang dimahunya sahaja sangat susah dicari.Tapi pakaian yang dipilih Daniel, simple bersama corak bunga yang tidak banyak.

Dia tidak kisah cantik atau buruk asalkan jenamanya tinggi.

“You tak ambil samping?”Tanya Maya.

“Tak.. tak suka pakai samping. Akad nikah haritu pun nasib baik tak londeh depan tok kadi”

*

“Maya.. kenapa asyik terperap sahaja dalam bilik?”Daniel memasuki biliknya.Melihat Maya yang sudah mula sibuk dengan ipadnya.

Pastilah hal kerja.

“Sibuk ke? Nak balik KL?”tanya Daniel.Dia duduk berhadapan Maya yang berlunjur di atas tilam itu.

“Tak.. I bos.. suka hatilah nak masuk pejabat ke tidak”Kata Maya.

Daniel memandang tubuh Maya yang hanya mengenakan baju Tshirt berlengan pendek bersama kain batik.Lain seperti yang lain.Kecantikkan seperti gadis kampung.Maya walaupun tua tetap dapat mengalahkan kecantikkan gadis-gadis muda.

“Mana dapat kain batik ni?”Tanya Daniel.

“Ibu bagi.. katanya selesa buat kerja.. tapi asyik longar sahaja”Kata Maya tanpa memandang Daniel.

“Biasalah tak terbiasa lagi tu cuma… lepasni pakai baju bersaiz besar tau kalau nak pakai kain batik”Pesan Daniel.

Maya berhenti bermain ipadnya.Dia memandang Daniel penuh kebingungan.

“What’s wrong?”

“Bentuk badan jelas sangat”

Daniel mengalihkan pandangannya.Badan Maya yang cantik ditambahkan pula pakaian macamtu lelaki mana sahaja tak pandang? Suami sendiri pun naik geram. Merah padam wajah Maya dibuatnya.

“Tapi okay apa? Cantik juga kan?”

Daniel kembali menatap Maya serius.

“Cantik? Dalam rumah ni saya tak kesah tapi pekerja perkerja kebun ayah tu.. diorang selalu buka puasa dekat sini belakang rumah, kalau ayah normal je lah dia pandang awak macam anak sendiri tapi pekerja tu?”

“Saya takkan kongsi apa yang saya ada..”

Maya terkedu dengan apa yang dikatakan Daniel sebentar.Takkanlah dia pula yang cemburu? Sedangkan di pejabat, Kl dia juga selalu mengenakan pakaian yang mungkin agak ketat.

“you cemburu?”

“tak-tak lah”

Daniel memeluk tubuh.Tak tahu mahu memandang ke arah mana kain pelikat yang dipakainya juga lah yang menjadi tempat singgah anak matanya.

Maya menatap wajah Daniel. Lelaki yang menjadi suami kontraknya.Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dia tidak dapat berjauhan dengan Daniel.Dan dia juga merasakan perasaan itu ‘cemburu’.Ya dia cemburu,cemburu bila Daniel dekat dengan mana-mana wanita sekalipun.

Hatinya bagaikan sesak,sukar bernafas dan sangat sakit jika melihat perkara tu berlaku.Bagaikan dia melepas insan yang paling dia cintai.

Adakah dia benar-benar mencintai Daniel?

*

“Kak Maya baru sudah mandi ke?”Daniya yang berlalu ke dapur itu menyapa kakak iparnya yang berbalut tuala di kepala.

“haah..”Senyum Maya. Segar air telaga yang sejuk itu masih terasa di badan.Ditambahkan pula cuaca mendung yang sejuk di malam itu.

“Jom lah akak main bunga api dekat luar.. Kak Alia bawa banyak”

Dengar sahaja nama itu.Hati Maya jadi panas.Mengapa pula gadis itu datang kemari? Rasanya buka puasa tadi sudah datang memberi kuih buatan tanggan katanya, Malam datang pula? Laju dia berjalan ke luar rumah.

Pelita-pelita yang terpasang dihalaman rumah dipandang.Walaupun lambat lagi nak beraya,tapi ini memberikan semangat untuk mereka.Dia melihat Daniel yang sibuk menyalakan api-api bersama Encik Adnan.

“Bersyukur awak Daniel.. sambut hari raya dengan lengkap”Kata Maya.

Rasa sunyi melengkapi isi hatinya.Bertahun dia beraya tanpa keluarga kandung.Kadang dia beraya di hadapan komputar sahaja untuk mengelek rasa sunyi itu.Tapi dia tidak lupa, ummi dan adik-adiknya tetaplah semangat baginya.

Sambutan hari raya bersama mereka,akan lebih indah.

“Maya! Sini lah turun”

Maya menatap Puan Solehah dan Alia yang berbual di beranda.

“kenapalah ada lagi perempuan tu”

“Ada apa ibu?”Maya mendekati Puan Solehah dan Alia.

“ni.. kamu berbual lah dengan Alia, ibu ni dah mengantuk dah ni.. ibu naik dulu ya”

Maya menghela nafas.Takkan nak halang pula mertuanya.Dan takkanlah dia nak menolak suruhan mertuanya? Nak tak nak kena lah dia teman musuhnya sendiri. Yang datang tu kenapa?!

“Nama kau Maya Ariana kan?”Alia bersuara.

“Dah tahu kenapa tanya?”Dingin Maya.

“Umur kau berapa eh?”

Alia memeluk tubuh.Bertanya tanpa memandang Maya yang duduk jauh disebalahnya.

“Nevermind!”

“amboi.. nak ajak berbual pun marah. Takut ”

Maya menjelingkan matanya. Menyampah pula dengan minah ni.Dia mengerling Alia yang mendekati Daniel yang sibuk menyalakan api di pelita itu.

“Macam tak ada orang lain.. suami aku juga dia nak”

Iphonenya dikeluarkan.Teringat pesanan umminya untuk ditelifon,Lama juga mereka tak berbual.Baru sahaja mahu mendail nomber umminya..

“Aduhh!!”

“Daniel Nazief!!!”

Apa yang terjadi kepada Daniel? Apakah hubungan Maya dan Daniel akan baik-baik sahaja?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience