37

Romance Series 137352

Klerk!

Pintu penthouse milik Maya dibuka. Maya menapak masuk ke dalamnya tanpa melihat keadaan sekeliling. Penat.Lelah seharian menghabiskan masa di luar.

Beg tangan berjenama gucci dicampak di atas sofa. Badannya didudukkan perlahan atas sofa. Maya menyandarkan dirinya. Kepala diurut perlahan-lahan akibat pening.Cuba mencari tenaga semula.

“Panasnya..”Adu Maya.

Tangan dikipaskan.Nak kata kipas tak buka berpusing elok sahaj di atas kepalanya.Mungkin cuaca harini terlalu panas baginya.

Pakk!

Terbuka mata Maya akibat terjeut dengan lemparan yang mengenai badannya dengan kuat. Maya memandang ‘barang’ yang dibaling kepadanya Tangan Maya mengambil sebuah buku yang tidak asing baginya.

Terdiam kata selepas memastikan buku itu. Maya mendongak memandang Daniel yang berdiri dihadapannya.Wajah lelaki itu sudah lain.Dapat dilihat dari mata,kemarahan yang sangat membuak pada dirinya.Jantung yang berdengup normal kini dirasa berhenti.

Bibir kaku mahu mengeluarkan suara.Dia cuba berdiri di hadapan Daniel tapi satu badan seakan lumpuh tiba-tiba.

“Apa ni?”

“T-tak bagi i jelaskan..”

“Takkan tentang berita ni pun taknak bagitahu? Jadi ini ke sebab awak tak sihat selama ini? Tapi pelik kenapa awak taknak bagitahu saya..”

“Siapa saya ni? Ouhh lupa suami kontrak awak..”

Hati bagaikan rasa pedih seperti dihiris pisau.daniel benar-benar kecewa dengan Maya.Daniel juga pelik mengapa Maya merahsiakan semua ini? Tak layakkah dia dapat tahu soal berita itu? Tak layakkah dia ayah dari benih itu tahu tentang hal tersebut?

Maya berdiri berhadapan Daniel. Dia tidak tahu apa yang perlu dia cakap sekarang. Salahnya juga kerana berahsia dengan Daniel.

“I minta maaf tapi..”

“Tiga bulan awak rahsiakan dari saya.. salah ke kalau saya nak tahu? Anak saya juga kan?”

“Daniel.. I betul-betul minta maaf tapi ada sebab I buat macamni”

“Awak sendiri selalu cakap dekat saya, belajar mantangkan diri, now saya tak mahu bergaduh.. tapi saya betul-betul kecewa dengan apa yang awak buat”Kata Daniel.

Maya cuba mencapai tangan Daniel namun lelaki itu cepat melarikan tangannya.Rasa berdosa menyeleburi diri,Air mata sudah keluar membasahi pipi.Tidak ada kesalahan Daniel dan semuanya berpunca dari dirinya sendiri.

Motif apa juga dia menyembunyikan tentang hal kandungannya yang semakin lama semakin membesar? Semuanya datang dengan tiba-tiba selepas kemalangan yang berlaku.Hati berbisik cuba menyalahkan Daniel.kalau Daniel tidak buat perkara yang dapat menimbulkan pergaduhan semuanya berlaku.

Tapi fikirkannya masih boleh berfikir jelas.Dia juga salah kerana merahsiakan hal seperti orang bodoh.

“Dan..”

“saya betul-betul penat bergaduh dengan awak Maya.. Taktau lah siapa yang salah diantara pergaduhan kita sekarang”

Belum sempat Daniel mahu membuka langkah meninggalkan ruang tamu. Tangan Daniel disambar oleh Maya.

“I tahu I salah Daniel.. I minta maaf, I tak patut rahsiakan hal ini dari you cuma--”

“Cuma apa? Ada rahsia lain lagi yang awak sembunyikan dari saya? Hmm?”Wajah Maya yang sudah basah dengan air mata dan kemerahan itu dipandang dengan penuh kecawa. Hanya tuhan sahaja yang tau bagaimana rasa hatinya sekarang.Puas daniel menahan segala rasa yang tumbuh di dada.

“ampunkan I daniel.. I tak ada niat nak tipu..”

Sudah terbongkar.Dan lebih teruk yang Maya fikirkan akan terjadi.Daniel sangat marah besar bahkan lelaki itu juga kecewa dengan sikapnya.Dia cuba memandang wajahdaniel,walaupun tidak berbalas pandangan.

Gadis itu masih menyuakan wajahnya.

“Esok.. I ada chek up, kita pergi ya..”

*

“Maafkan I irfan sebab minta you ambil I dengan anak I dekat hospital… you pula tu yang bayar bil” Kata Amira yang berada di kerusi penumpang.

“Tak apalah.. Aisya tu pun I dah anggap macam anak I sendiri. Anggap je itu I beri sebagai tanda persahabatan kita” Kata Irfan yang sibuk memandu.

Amira tersenyum. Dia melirik sekilas Aisya yang berada di kerusi belakang. Sibuk membelek hadiah pemberian Irfan.

“I betul-betul simpati dengan apa yang terjadi dekat you sekeluarga..” Irfan bersuara membalikkan Amira memandangnya.

“you tahu?”

“Tipulah kalau I tak tahu, I dengan Daniel rapat dengan you.. Maya pula isteri Daniel.. dari situ khabarnya lepas dekat kami..”

“Pakcik bawang lah you dengan Daniel”

“eh apa pula.. lagipun kitorang sebagai kawan memang wajib tahu tau”Kata Irfan serius.

“i minta maaf.. tapi tak elok juga I buka aib keluarga sendiri..”

Irfan mengeluh. Mendengar sahaja masalah yang dialami Amira dari mulut Daniel membuatkan dia terlalu simpati dan marah. Kalaulah suami dia ada di situ sudah lama dia belasah.Kenapala sanggup jadi elaki tak guna sedangkan wanita sempurna ada dengannya?

“Aisya kecil lagi Mira.. dia perlu kasih sayang.. kalau ayah dia tak mampu beri bermakna separuh sudah hilang. Jadi you perlu penuhkan.. biar dia nampak pengorbanan you sebagai seorang ibu bila dia besar nanti..”

“I tak tahu apa yang perlu I buat.. dan yang ada di kepala I sekarang memang surat makhamah..”

“I taknak masuk ca-- Eh siapa dekat depan rumah you tu Mira?”Irfan berheti kata sebaik sahaja melihat lelaki asing yang berada di hadapan rumah Amira.

“P-papa!”

Irfan memandang Aisya sekilas melalui cermin hadapan yang menampakkan gadis itu sangat riang. Pasti suami Amira. Itu yang difikirnya.

“Macam mana dia boleh ada dekat sini?” Tanya Irfan.

“I takda sampai seminggu sebab jaga Aisya.. pasti dia nak duit” Amira bersuara perlahan tapi masih dapat didengari oleh Irfan.

“Tunggu sini, jangan keluar” Irfan menghentikan kereta dihadapan rumah Amira. Laju sahaja lelaki itu keluar dari perut kereta mendekati lelaki asing itu.

Amira sudah kecut perut. Takut pula membiarkan Irfan berjumpa dengan suaminya yang boleh juga dikatakan panas baran.

“Buat apa datang sini?” Soal Irfan kasar.

“Kau tu siapa? Ni rumah aku..”

Irfan berdecit sambil memeluk tubuh. Mata irfan melirik lelaki itu dari bawah hingga atas. Berpakaian lusuh, seperti seminggu tidak membersihkan diri.

Mata yang memerah mungkin akibat terlebih dos dadah. Dan kesan lebam di tangan serta muka. Pasti akibat dipukul dengan sebabnya.

“Kalau tak pandai jaga diri buat apa nak kahwin?”

“Apa masalah kau hah?! Tiba-tiba datang pastu nak soal itu ini!”Marah Hariz.

“Bukan nak soal itu ini.. tapi fikirlah fasal anak.. dia perlukan masa depan yang indah, mana hati kau sebagai seorang bapak?”

“Kenapa kau nak masuk campur urusan rumah tangga aku?!?”

Irfan berundur sedikit belakang agak tidak bersentuhan dengan Hariz.Berbagai penyakit boleh dijangkiti.Kalau nak pukul pun pasti akan bersentuhan.Mungkin hanya berlawa dengan suara lebih baik.

“Aku nak kau jauhi diri kau dari Amira dan anak dia.. atau aku akan rembat kau masuk penjara, Kau paham tak?” Irfan menekan ayatnya.

Hariz ketawa sinis.Memandnag Irfan dari atas hingga bawah sebelum dihadiahkan pandangan tajam.

“Kau siapa ya nak suruh aku jauh dengan anak bini aku?”

“aku bakal suami baru dan bakal ayah baru anak dan bini kau.. apa kau nak cakap? Jangan lupa, kau pasti kena Miss Maya kan? Isteri kau pula kerja dengan dia.. wanita sehebat Miss Maya tu, petik jari pun dah boleh hukuman gantung sampai mati.kau nak merempat dekat penjara macamtu?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience