Maya dan Puan Solehah sibuk menganyam tupat. Dahlia dan Daniya pula sibuk mengemas rumah memandangkan esok mereka akan menyambut hari raya.
Daniel dan Maya membuat keputusan untuk beraya di kampung. Maya sendiri jarang beraya, sebab itu Daniel sengaja mebawanya beraya di kampung.
Mahu beraya di kuala Lumpur, tiada pula rumah yang mahu mereka beraya.Maya tiada kawan.Irfan sudah pulang ke kampungnya.Amira pula pulang ke kampung suaminya.
“Ibu”
Daniel memasuki pintu rumah memandang si ibu dengan isterinya.
“ye dan?”
“Ibu nak ayam kampung ke ayam biasa je untuk rendang?”tanya Daniel.
“Ambil kampung lah.. kamu pergi tangkap kat reban tu,Lepastu nanti sembelih kamu sianglah siap2, biar lembut sikit”Kata Puan Solehah.
“Rebus sekali dengan bulu-bulu ke ibu?”
Maya ketawa terbahak mendengar soalan suaminya. Begitu juga dengan Dahlia dan Daniya,Sampai berguling mereka dibuatnya.
“Agak-agak lah kamu nak rebus dengan bulu-bulu Daniel oii.. Kamu buang lah dulu apa yang patut,pastu potong kecil-kecil”
Daniel mengangguk sebelum turun melakukan pekerjaannya yang perlu disiapkan sebelum raya.
“Maya pandai buat rendang?”
“Pandai ibu.. cuma kalau ayam kampung tu tak tau lah nak jdi ke tak”
“Alah.. macam biasa je Maya, nanti kamu buat, ibu nak rasa”
“baik bu..”
*
Maya mendekati Daniel yang membakar lemang bersama Encik Adnan.Bau harum dari batang buluh bersama daun pisang menusuk kehidungnya..enaknya.
Ditambahkan pula bau pulut yang dicampurkan bersama santan.
“Eh Maya..”Encik Adnan mengeur menantunya yang baru tiba itu.
“Sayang?”
“Tak siap lagi ke lemang ni ayah?”Tanya Maya.
“ada dah yang siap tu, Daniel.. ambil potong dekat isteri kamu sebatang.. bagi dia rasa air tangan chef Adnan ni hahaha”
Maya dan Daniel ketawa. Daniel mengambil salah satu lemang yang sudah matang dan dibawa ke atas meja yang tersedia.
Suasana malam raya dikampungnya tidak terlalu sunyi.Daniya dan Dahlia mengajak sahabatnya untuk bermain bunga api.Riuh rendah suara jeritan mereka bersama bunyi letupan mercun.
Puan Solehah pula sibuk berbual dengan sahabat kampungnya.
“Nah” Daniel memberi isi lemang yang baru di potongnya.
Maya mahu mengambilnya namun terlebih dahulu Daniel menghalang.Daniel membuka mulutnya menanda dia menyuruh Maya membuka mulut.
Maya membuka mulut.Perlahan dia menyuap pulut lemang itu kedalam mulut Maya.Tersenyum Daniel melihat Maya menikmatinya.
“Sedap?”
“Sedap sangat”
“seronok dapat beraya di kampung?”Tanya Daniel.
“Mestilah.. I tak pernah rasa perasaan gembira bila raya.. seronok sangat!”Maya mendakat kembut tubuh Daniel.
“Thank you sebab bawa I ketahui erti bahagia bersama keluarga”
Daniel tersenyum.Adakah selepas kontrak mereka tamat dia masih dapat membawa Maya mengenal erti itu? Bukankah mereka sudah tidak dapat bersama lagi?
*
Azan raya berkumandang. Maya mendekati daniel.Butang baju melayu Daniel dibutangkan olehnya.Sesekali dia memperbaiki baju yang dipakai Daniel.
Daniel mengenakan baju melayu bersama seluar jeans berwarna hitam.Itu membuatkan lelaki itu kelihatan sangat kacak dipagi raya.
Maya pula mengenakan baju kurung moden yang cukup sesuai dengan badannya seakan model itu.Maya sangat cantik bagi Daniel.Rambut panjang gadis itu diusap perlahan oleh Daniel.
“Dan..”
“Hmm?”
“I nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau ada salah silap I dengan you, maafkan I kalau I terkasar dengan you..”Maya mencium tangan Daniel.
“Saya pun nak minta maaf jika saya ada salah..saya sentiasa maafkan awak Maya Ariana”Daniel kucupun lembut singgah di dahi Maya.
“I maafkan you juga”Suara Maya menahan sebak.
“dah la jangan menagis.. you to cantik sayang nanti comot pula.. Jom keluar” Daniel menarik tangan Maya keluar dari bilik mereka.
Dapat dilihat diruang tamu adik-adiknya sudah beraya bersama puan Solehah dan Encik Adnan.
Daniel melepaskan pegangannya dari Maya dan mendekati ibunya.Daniel melutut berhadapan Puan Solehah.tangan ibunya diambil lalu dikucup.
“Ibu.. maafkan Daniel kalau Daniel ada buat salah dengan ibu.. maafkan Daniel juga sebab tak dapat kehidupan yang penuh kemewahan dekat keluarga”Kata Daniel
“Tak apalah daniel.. Ibu maafkan kamu.Kamu sudah berusaha banyak..”
“Selamat hari raya ibu..”
Daniel kini kembali bersalaman dengan ayahnya pula yang berada di samping ibunya.tangan ayahnya dikucup perlahan sebelum tangisan mula terlepas.
“Maafkan Daniel ayah…”
Sebak Maya melihat itu.Air mata yang jatuh dihapuskan sebelum dia mengambil giliran beraya bersama ibu mertuanya.
“Selamat hari raya ibu.. maafkan Maya kalau Maya ada buat silap”Maya mengucup tangan ibu mertuanya.
“Selamat hari raya Maya.. Ibu sentiasa maafkan menantu ibu yang cantik ni, terima kasih Maya sebab sudi terima anak ibu seadanya..”
Maya mengangguk. Mata Maya dipejam menerima kucupan dari ibu mertuanya.
Maya berganjak pula ke arah Encik Adnan dan beraya bersamanya.
“selamat Hari raya ayah… Maafkan Maya kalau ada buat salah”
“Kamu tak ada salah Maya.. Ayah maafkan kamu”
Maya kembali berdiri bersebelahan daniel.Daniya dan Dahlia pula giliran mereka beraya bersamanya,
Dahlia mendekati abangnya.Tangan Daniel disalam olehnya.
“Selamat hari raya along.. Lia minta maaf kalau ada buat salah”
“Hmm along maafkan, selamat hari raya adik kesayangan along..”
Kini Maya pula menghulurkan tangannya kepada dua beradik itu.Mereka saling bermaafan.Maya juga mencium kedua belah pipi adik iparnya itu.
Maya sudah mengaggpa mereka berdua seperti adik kandungnya sendiri.Sampul duit raya yang berisikan duit diberikan kepada Dahlia, Daniya dan Daniel.
“Eh kita pun ada?”Tanya Daniel mengambil sampul surat itu.
“dah jom kita makan,nanti nak sembahyang raya pula” kata Encik Adnan.
Selepas kembali dari bersembahyang raya,mereka pun beraya dengan jiran tetangga.Ramai juga tetamu yang berkunjung ke rumah Encik Adnan.sibuk juga Maya dan Puan solehah sehingga tidak dapat keluar dari dapur.
“sibuk lagi ke awak?” Soal Daniel yang beru sampai ke dapur melihat isterinya yang semakin sibuk di dapur.Lengan baju kurung yang dipakai di singkatkan.Rambut yang dilepaskan sudah diikat rapi bagi tidak menganggu dirinya yang sibuk memsak itu.
“Rendang habis.. I nak buat yang baru sebab baru petang takut pula malam ni lagi ramai..”Kata Maya mula memotong bahan-bahan diperlukan.
“Ibu mana?”
“Ibu pergi ambil daun kunyit dekat belakang katanya..”
“laku juga ya rendang awak, saya pun makan sikit je tadi yang lain habis dekat tetamu”
Maya tersenyum.rendang yang sangat jarang dia masak.Disebabkan ibu mertuanya saja yang teringin istimewa jugalah dia buat di hari raya.Tak sangka pula tetamu yang hadir malah menambah rendang ayam walaupun nasi tomato menjadi hidangan raya.
“Seronok tak raya kat sini? Atau awak tak selesa?”Soal Daniel.
“sangat.. sangat seronok.. you nak tahu tak, Dulu I tak pernah rasa gembira bila nak raya melainkan I pulang ke rumah ummi.. Walaupun hari raya I tetap hadap kerja, tapi bila datang sini banyak sangat perkara berlainan”
Jangan lupa follow and komen,love you readers
Share this novel