BAB 3 - NOTA

Romance Completed 85459

Kiriman bunga mawar berwarna merah itu datang lagi hari ini sudah tiga hari berturut-turut,tapi tidak disertakan nama pengirimnya. Hanya ucapan salam kenal dan ucapan terima kasih. Doktor Puteri hanya memandang sepi bunga2 yang telah mengambil ruang dimeja kerjanya itu. Mungkin tanda terima kasih dari pesakit2 yang dia rawat sebelum ini.
“Bunga lagi hari ini? Lain macam jer pengirim ni, kalau nak terima kasih pun cukup kirim sekali jer. Ini tiga hari berturut-turut, macam sesuatu aje.” Kata dokor Aliana yang juga sahabat baiknya itu.
“Entah, malas aku nak fikir buat semak meja kerja aku jer.” Kata Doktor Puteri malas melayan usikan sahabatnya itu.
“Jom... la lunch time dah ni, aku lapar sangat dah ni, dari pagi tak sempat sarapan pun.” Rengek Alia yang telah sedia menunggu dipintunya.
“Ada orang nak join kita makan lunch hari ni.” Ujur Aliana lagi.
“Siapa?” Doktor Puteri Mengangkat muka memandangnya.
“Tuuu.” Alia memuncungkan bibirnya ke arah Doktor Imran yang telah sedia menunggu.
“Aku rasa, dia tu macam syok kat ko jer.” Bisik Aliana disebelah.
“Merepek la ko, Pangkat adik2 kot dengan kita, tak mahu la aku.” Jelingan maut disambut Puteri dengan usikan sahabatnya itu.
“Alaa beza setahun ajer pun, berkira sangat la ko ni.” Usik Aliana lagi.
“Kau tahu aku kan. Pangkat adik tetap adik, full stop.” Marah Puteri dengan usikan itu.
Kebetulan masa rehat hari ini agak lama sedikit, kami bertiga bercadang pergi makan ke tempat yang jauh sedikit dari tempat kerja. Doktoi Imran menbelokkan keretanya masuk ke restoran yang sedang viral itu, Boleh tahan pengunjungnya. Pelbagai jenis lauk pauk yang dihidangkan secara buffet memenuhi deretan meja hidang dikiri kanan restoran itu.
“Patutlah viral, lauk pauknya cover menu 1 malaysia kot.” Bisik Aliana ditelingaku
“Jom kita Q, kat sana tu. Ujur Doktor Imran sambil menunjukkan kearah barisan pelanggan yang juga baru tiba ke situ.
Setelah mengambil makanan pilihan masing2, Mereka menapak duduk dimeja yang bersebelah dengan satu barisan meja gabungan panjang. Dalam empat meja juga dalam kiraan mata Puteri. Geng2 mat motor la kot fikirnya.
Seorang pelayan datang mengambil order air minum buat kami bertiga.
“Mana Imran tahu tentang restoran ni, boleh tahan juga makanannya. Tak jauh pula dari hospital kita tu.” Aliana memulakan bicara.
Im kan menyewa dikawasan taman sebelah sana tu, kira ini tempat mengalas perutlah juga dihari cuti.” Ujurnya sambil tersenyum kearahku.
Setelah selesai makan, Imran melambai adik pelayan di situ untuk mengira makanan kami.
“Kira dik.” Ucapnya.
“Dah ada orang bayarkan tadi. Ini ada note orang tu minta berikan pada kakak.” Ujur adik pelayan itu sambil menghulurkan note itu kepadaku.
“Terima kasih dik.” Puteri menyambut huluran itu.
“Amboi kat sini pun ada peminat juga.” Usik Aliana sambil menjeling ke arah Imran didepannya.
Imran hanya tersenyum paksa dan berdiri untuk bergerak keluar.
“Nampak muka cuak mamat tu kan?” usik Aliana.
“Hishh, kau ni perasaan plak dia nanti, cakap slow-slow sikit tak boleh ke?” Ujur ku mencubit lengan Aliana disebelah yang mula galak mengusik.
“Have a nice day”

-TAH-.
Aku selitkan note ringkas dari Hamba Allah yang membelanja kami makan tengahari itu dicelah cermin meja kerjaku.

"Thank you all... Updated again....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience